Rabu, 18 November 2009

DEMI MASA... hadapan, kualiti, pembahagian.

Lepas maghrib, sebaik aku sampai di rumah..siap barang dan bekalan aimy, terus kami keluar ke DEMC. Appoinment dengan Dr Koshy again. Walau nombor giliran tak jauh...takat 3 sahaja..tapi bukanlah sekejap setiap pesakit masuk ke dalam bilik doktor.

Syukur Alhamdulillah Aimy sihat.. paru-paru ok, demam tiada..cuma selsema masih ada sikit. Tapi tak ketara pun dia selsema. Doktor jalankan rutin periksa sana sini. Ukur sana sini, sebelum masuk bilik doktor tadi dah timbang-7.2kg. Ok laa untuk Aimy yg tecit hehe. Kemudian beliau tanya pasal operation yang ditunda, tanya pasal rutin pemberian ubat dan apa yang dilakukan oleh kami. Siap dia kata aku dah boleh jadi doktor..pakar kanak-kanak lagi, sebab aku dah boleh bertindak dan berfikir macam doktor walau tanpa arahan doktor.. hahahaha.. Siap dia kata kat cik abg, untung you dah ada doktor anak you dekat rumah wakakakka... perli yaaa hahaha. Bukan apa katanya, setengah orang... teruk dia terangkan details.. tapi satu pun tak ikut..dan bila sesuatu terjadi, tak boleh berfikir apa yang patut dan tak patut dibuat hehe..Alaa logik akal jer tu, rasanya ramai yang tahu.. hehe.

So bila aimy sudah sihat, aimy dapat hadiah dari Dr Koshy haha. Apalagi... dapat cucuk imunisasi laa..haha... untuk 6 bulan punya, Hep B kut. Aimy minggu depan dah 7 bulan, tapi dek kerana dia asyik sakit, pengambilan imunisasi dia selalu tertangguh. Tapi bila selesai yang ini, alhamdulillah dah 'on track' semula.. sebab yang akan datang hanya akan bermula ketika 9 bulan hehe.

Sesambil doktor ukur sana sini di katil dlm bilik doktor tadi.. Kami bertanyakan tentang 'keistimewaan' aimy yang kami asyik tertanya-tanya apakan terms sebenar 'keistimewaan' yang dikatakan. Kata doktor, sebenarnya tanda-tanda yang aimy ada, belum 100% menunjukkan tentang sesuatu penyakit atau syndrom. Untuk kepastian, kena ada sedikit ujian selepas ini. Bermula dari setiap deria, pemantauan perkembangan selepas 1 tahun dan pelbagai lagi. Sekiranya benar ada, Dr Koshy sarankan treatment dan kelas rangsangan dimulakan seawal 1 tahun setengah. Bukan bermula dari umur 2 tahun++ seperti orang lain lakukan. Lagi cepat kita bantu, lagi cepat dia respon semakin kurang potensi dia untuk menjadi 'istimewa' itu. Setakat ini, memang aku perasan laa.. ada sedikit kelainan tentang anakku itu. So pitty Aimy..:(

Oleh itu, kami sebagai ibu bapa...perlu bersedia segalanya.. terutamanya mental, fizikal dan emosi.. Pengurusan masa juga penting.. kerana kata Dr Koshy, group tersebut memerlukan displin dan kesungguhan. Apa pun, masa depan Aimy adalah segalanya.. !

Tapi sebagai ibu, aku masih mengharap segalanya tidak berlaku dan NORMAL. Aku takut aku tidak kuat dan tidak pandai menguruskan masa untuk semua yang memerlukan diriku, perhatianku, masaku, malah segalanya. KAsihan juga pada anak-anakku yang lain.. Begitu cepat mereka berdikari bila ibu ayahnya terlalu sibuk dengan macam-macam hal.. Kesian anak-anakku... Semoga Allah lindungi mereka... Ameennn

Alesha membawa pulang kertas assessment yang dah bermarkah dan report card. Aku ingat peratusannya meningkat bila dia mendapat tempat ke 3 dlm kelas tempoh hari, rupanya menurunnnnn! WAlau menurun hanya 3 %.. tapi macam ketara sangat ...Ni laa akibatnya kalau asyik tgk tv dan main tak henti-henti selagi dok rumah, selagi tu dia buat aktiviti bebas. Mentang-mentang ibu takat bising mulut.. Mula laa buat endah tak endah untuk belajar. Aku periksa dan baca semua soalan dan jawapan alesha.. Frust gak aku, sebab kadang Alesha cuai, bukan tak tahu, tapi mungkin dia main jawab berlumba nak cepat habis. Ada pulak, dah betul jawapan, dia padam balik, gi tulis yang salah...Rugi sungguh mata. Study balik apa yang dia salah.. Apalagi Alesha..mula laa sangap tetiba hahaha. Habis jer ulangkaji semula yang salah, mula dia kembali pot pet pot pet tanpa henti hahahah

Adani pula sekarang, banyak menyanyi dan layan diri. Kesian dia, kekecik dah perlu berdikari... Tiada siapa layan, mula dia layan diri... Cian anak ibu.

Raya Haji nursery tutup lama laa... dari 26-30 November tuh! 2 hari kena sedia utk bercuti. Aduhai... cuti dah laa tinggal sedikit, dengan keperluan di HKL lagi...hmmm

Again beraya di rumah ku rasanya. Adik-adik yang berdua tu nak datang raya di rumah minggu depan. Kesian mereka, takkan nak raya berdua sahaja di Guar nanti. So awal haritu lagi kami dah ajak beraya di sini. Haa apa pula aku nak jamu adik-adik beraya nanti...haha.. western ke? melayu ke? atau cacamarba?? hahaha.. Apa saja laa kut haha.

Baru aku bersms dengan ayahanda di Mekah.. macam dah berapa hari tak dengar khabar berita. Alhamdulillah semua sihat di sana, cuma sakit sesikit laa. Makan sedap kata ayah, maka naiklah berat ayah dan adik hahahha.

Minggu ini, aku kemaruk berborak dengan rakan-rakan sekolah di fb...amboiii hahaha.. Tapi tulah dia.. Kadang entah kenal entah tak ingat, tapi layan jer borak sampai akhirnya jelas apa yang kabur sebelumnya hehe. Tapi aku sekadar berkawan, bergurau, mengembalikan nostalgia yang semakin berkarat hehe.

Ok laa, dah terlalu larut untut terusan menulis.. Nanti lain difikir, lain pula ditaip hehehe

2 ulasan:

  1. Tika...faham perasaan hang komitmen kita pada family amat tinggi mmg sometimes ada masa for fun tp banyak untuk org tersayang. Ada senior kita masa anak dier bby dia terperasan something pd mata anak dia rupanya ada ketumbuhan nasib baik dia perasan cepat..so mata tu kena buang skarang anak dia gal sebaya anak aku yg sulung darjah 5 trpaksa pakai mata palsu....ianya anugerah Allah SWT dan jua amanahNYa....
    Abah & mak aku last year kat mekah so kami beraya kt KL sedih tp bersyukur abah & mak happy kat sana....aku doakan agar ayahanda hang dikurniakan haji mabrur..ameem
    Kita adalah hamba Allah SWT dan pemegang amanahNya ....Sal

    BalasPadam
  2. alhamdulillah aimy sihat..tadak demam segala. harap berterusan laa...
    aku juga doakan aimy cam baby² lain..sihat² yer aimy...

    pasal alesha..
    biasa laa bebudak..
    nak cepat habis..lumba ngan kawan..
    dulu yaya pon sama gak..
    so tiap kali exam..kena remind benda yg sama..
    la neh dah nampak laa..kurang skit careless tuh..

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular