Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulangkaji musim cuti sekolah ini di samping untuk Adai ulangkaji serba sedikit sebelum Ujian Kelayakan SRAI esok paginya. At least boleh la belajar sikit-sikit hehe.
Teruja sangat, sampai ibu belum habis bawa masuk barang, dah buka buku hehe |
Pagi Jumaat, dalam bersiap nak ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Seksyen 19 Shah Alam bagi Ujian Kelayakan Masuk Adani, sempat pula aku menyusun baju dalma almari anak-anak yang dah berterabur dipunggah Alesha dan Adani.. Ya Allah sungguh jiwa kacau. Bila nak mandi pula, tetiba air tangki kering. Lupa la cik abang tu nak buka balik air tangki. Tangki kami tu dah berganti apungannya. Tapi masih overflow, kalau tak ditutup selepas penuh.. melimpah air membazir. Kelam kabut pula aku nak mandi haha. Terpaksa ke bilik air bawah. Itu ini, lambat sudahnya. Hampir jam 8.15 pagi baru nak keluar. Cik Abang menjaga Aimy di rumah, aku membawa Adani ditemani Alesha.
Sampai di SRAI, tempat letak kereta penuh luar dalam, depan belakang. Ku cuba juga menyelit di mana-mana. Yerlah dah lambat kan. Ujian bermula 8.30pagi. Masa Alesha dulu 7.45 pagi kami dah sampai. Masa tu bibik ada, jadi bab Aimy dan rumah ada yang membantu. Kali ni semua diriku kan.. hehe.
Bergegas kami berjalan, kadang tertinggal anak-anak di belakang dek ibunya jalan laju sangat haha. Gabra sekejap aku bila ku lihat slip ujian, Adani dalam group B, tapi Group A,B,C dan D telah kosong. Terus terpa pada Cikgu yang menunggu di tiang senarai nama group. Rupanya cikgu memang menunggu yang lewat. Adani dan seorang budak perempuan lagi juga lewat. Cikgu menenangkan aku bila aku bertanya? "Group B dah naik ke Cikgu? anak saya dalam group B". Cikgu menjawab, "Tidak mengapa puan, Cikgu akan bawa naik anak puan. Berikan saya slip Ujian tu" sambil dia menunjukkan slip yang aku pegang. Dia ambil, dia berikan ke tangan Adani, disuruhnya Adani pegang dan dia bagitahu Adani dia akan bawa naik Adani ke kelas. Adani takut slip hilang di tangan, dia minta aku masukkan slip ke dalam bagnya. Sebaik slip dimasuk ke dalam bag. Terus cikgunya tanya "Sudah? Mari kita naik.." Uwarghh tak sempat ambil gambar.. Adani pun takde pengalaman beratur menunggu giliran naik hehe.
Ujian berlangsung 2 jam. Smepat aku mengalih kereta ke tempat letak kereta yang dah banyak kosong, berbual dengan jiran-jiran yang juga menunggu anak masing-masing sementara Alesha bermain dengan kawan-kawannya dan makan nasi goreng yang dibeli dari kantin.
Setelah 2 jam berlalu, anak-anak mula dibawa turun oleh cikgu-cikgu berperingkat. Jam 11 Adani belum turun lagi. Kelas dia lambat turun. Setelah lebih15 minit baru Kelas/Group B dimaklumkan turun. Lihatlah Adani.. riang ria dengan tudung dah menutupi mata hahaha. Takde dah nak cari dan nampak ibu dan kakak yang menunggu. Kalau Alesha dulu, muka ibu yang mula dicari walau kawan-kawnanya ramai. Tetapi tidak pada Adani.. sibuk nak ikut dan ajak kawan bermain dan berborak lagi walau ada yang dah ditarik dari barisan oleh ibu bapa untuk dibawa pulang. Adani tidak mahu balik, dia nak cari kawan katanya. Bertuah tul!
Bila ditanya boleh buat? "Boleh!", Siap semua ke ada yang tak sempat buat? "Sempat..habis adani buat" jawabnya. Tanya lagi, senang tak? "Senang, kecuali Arab susah.. ada banyak yang Adani tak tahu" katanya.. Alahai suspen dengar. Harapnya ada harapan Adani dapat tempat. Ramai yang datang Ujian Kelayakan..470 orang dengarnya.. Tapi yang akan diambil seramai 207 orang sahaja. Aduss.. kecut perut lak. Kalau sekolah lain-lain, susah juga nak diuruskan nanti. Apa pun moga Adani berjaya dalam Ujian Kelayakan tersebut dan boleh sekolah sekali dengan kakaknya. Aminn...
Antara yang di hadapan, tapi lihatlah dia.. gelak ketawa, sampai tudung menutupi mata dibiar haha |
Riang jer dengan kawan hehe. |
Sempat dia marah kakak bila kakak nak pegang tangan ajak balik.. sabor jer la Adani.. Dia nak cari kawannya katanya. |
salam, tumpang bertanya ada sesiapa di sini yang hantar anak ke srai seksyen 19 dr subang bestari atau sg buluh? utk next year? kalau ade buleh email saya ?tq ruladz@yahoo.com ...mohon jasa baik puan blog ...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamBoleh saya tanya, apa subjek2 untuk ujian ni? What kind of books did you buy utk latihan anak you untuk prepare? Anak saya akan ambil exam bulan June ni.
TQ.
Maaf lambat membalas, lamaa tak tengok blog. Tapi sekiranya ada yang mempunya soalan yang sama.. Belikan sahaja buku latihan/kerja darjah 1..terutama yang ada tajuk ujian LINUS..
BalasPadamAntara yang diuji.. B. Malaysia, English, Mathematik, Arab dan Pengajian Islam. Juga ujian lisan - bacaan