Sabtu, 28 November 2009

LAGI??!!



3kg tu bertambah dalam 2 bulan ++. Mai aii.. apa kono ee?? haha.. Ni berat paling tertinggi pernah ku capai (tanpa pregnant)!!!. MELAMPAU..!! Aku rasa takde lain, akibat makan lewat.. Ni ngikut pangai cik abg den la ni.. Paling awal kul 9 baru nak makan.. kadang kul 10 baru nak makan. Nak buat camne, balik dah lewat. Pastu tunggu sesama tunggu nak makan sekali. Last lewat giler..! aduhai...Kena insaf ni..! Padahal bukan makan banyak atau makan berlemak ke apa.. Tu yang bila fikir, memang makan lewat malam ni jer laa puncanya.. Aduhaii...

Di kiri kanan aku ni dua anak ku sedang berlawan cakap dedua.. Dah macam mak nenek dedua bercakap. Kadang merepek, kadang berasas bicara mereka. Kadang menyanyi sesambil main benda apa ntah ala tanah liat. Mereka bertukar pendapat tentang bear, ulat dll... Apa menda laa anak-anak aku ni haha. Tadi depa tertindin kaki adik.. adoi cuak aku... sorang terpijak, sorang tertindih.. alahai cian aimy..Tersedu nangis. Sakit laa tu..

Ayah depa? kunun tengok tv sesambil layan baby. Last dia tido ngan baby Aimy haha. Apa laa asyik tidoq cik abg aku ni... Petang tadi dah tido dah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Khamis : Aku MC.. MC memang sebab kurang sihat + jaga anak2 yang terpaksa dok rumah bila nursery tutup utk cuti raya. Apa jer yang aku buat bila sakit-sakit badan dan jaga anak-anak yang lasak.. hehe. Lewat petang ada appoinment dengan paedtrician Aimy lagi. Sebab ubatan Aimy dah nak habis, batuk dia semakin teruk. Jadi terpaksa pergi juga untuk amik ubatan dan check paru-paru dia sebelum teruk musim raya ni.

Sampai di DEMC, alhamdulillah tak ramai yang menanti giliran. Dr Koshy check paru-paru Aimy..alhamdulillah masih di peringkat awal. Belum banyak kahaknya.. Bagus kata doktor, datang awal senang I nak rawat. So doktor bg ubatan. Sementara tunggu GL dari insurans pejabat cik abang, sempat kami bergilir solat maghrib. Sebaik saja semua selesai, kami terus ke USJ 2. Pergi ke Klinik Eastern, klinik yang biasa aku ambil ubat utk eczema aku. Ku bawa sekali budak berdua tu masuk cek batuk mereka. Masing2 dapat ubat, aku dapat ubat serta kena jep..and MC ;)

Singgah Mydin, beli barang apa yg kehabisan kat umah. Sekejap jer pun.. dah bawa aimy kan.. Ayahnya takmo tunggu dalam kereta, so kena cepat. Cari apa yang bebetul nak beli dan anak-anak mahu. Selesai, terus balik. Singgah tapau makanan.

Jumaat
Patutnya sepagi lepas solat raya, kami terus gerak ke Jinjang. Tapi ntah apa dibuat lelama dek cik abg di surau. Aku nak bersiap pun payah bila si kecik dah bangun. Akhirnya, 11.30 pagi kami bertolak ke Jinjang. Tiada apa pun.. lepak jer umah MIL, makan-makan, borak-borak, gurau senda, melayan bebudak main..pastu makan lagi haha. Anak-anak sakan main laa. Aimy pun bukan main happy..Dilayan dek MIL..suka laa dia..hehe. Malam kul 11++ baru balik. Tu pun sempat round taman perumahan MIL.. sebab anak sedara cik abg sibuk numpang ajak round. Sekali Uncle dia saja jalan jauh sket dan pusing arah macam nak balik...suspen dia...takut sampai nangis. Maklumlah dia manja, anak sorang..tak pernah renggan ngan famili sendiri..mau tak takut hahaha. Siap dia nak pulas stering kereta suruh unclenya pusing balik..hahaha. Adoii laa...kesian ada, nak gelak pun ada.. Jahat cik abg aku haha.

Sampai rumah dah 12++.. Aimy pantang diangkat jaga jer dia. Adani memang tak tido dalam kereta. Alesha pulak nak kencing bila dialih tempat tido. Suruh mereka dua salin baju sebelum tido. Memula semua berjalan lancar. Aimy pun kepenatan terus tido. Sekali kul 3-4 pagi, dia mula batuk. Pukul 4 ++ semakin teruk dan berpanjangan.. tak berhenti-henti dia batuk dan batuk lagi..! Aduss risau dah aku.. Kejap-kejap angkat, tepuk belakang dia.. tidurkan semula. Dia bertenang 2 minit.. batuk teruk semula. Bagi inhaler semua. Kul 5 masih tak berhenti batuknya...malah lagi teruk bila suhu badannya meningkat mendadak. PAdahal baru setengah jam sebelum aku check 36.8C. Sekali kul 5 cek, dah jadi 38.7C.. Takut aku tgk angka tu. Terus kejut cik abg suh amikkan ubat dan towel kecik yang dibasahkan. Terusan tak tidur kami berdua. Lepas solat subuh, aku tengok aimy dah bertenang.. Suhu pun dah turun 38.1C. Batuk sesekali jer. Lama aku tertido kembali lepas kejutkan cik abg solat subuh.

Sabtu
Pagi aku terkejut bila senak perutku ditendang aimy. Huh dah kul 9 pagi!! hahaha.. cek suhu aimy...alhamdulillah dah 36.5C...syukur sangat. Dia pun ceria mengejutkan orang dgn suaranya. Kakak adaninya terjaga, sibuk main dengan adik. Kejut cik abg, kelam kabut dia gi mandi, mana taknya.. dah terlambat nak join korban di surau. Tapi sempat lagi cik abg belikan roti canai utk kami. Masa dia gi dah sesi memotong daging. Terus jer dia join. Aku seperti selalu, tak dapat pergi, dok laa rumah jaga anak-anak hehe. Kemas apa yang patut time aimy dah tido semula..

Lepas mandi, lagi lama aimy tido. Sempat aku membersihkan diri dan cuci toilet bawah sket. Dengar cik abg balik. Dia sibuk nak bawak Alesha dan Adani gi surau, makan kenduri. Siapkan mereka.. mereka ikut ayahnya. Aku mula buka internet hehe. (padahal ada kain ni nak dilipat haha)

Lepas solat zohor, mereka makan kenduri. Kul 2 ++ baru mereka balik, bawa sepinggan nasi untuk aku hehe..alhamdulillah rezeki.. takyah masak hari ni hehe.

Mata dah layu bila kenyang..so apalagi, lain kali sambung... ;)

Rabu, 25 November 2009

1 tahun 6 bulan??







Lebih kurang laa.. rasanya lebih kurang 1 tahun 6 bulan aku tak menyinggah ke kedai buku, apatah lagi membeli buku atau majalah yang biasanya menjadi rutin aku acapkali tibanya hujung bulan...

Hari ni, dek kebosanan di opis.. dan kebetulan aku dipanggil kawan turun ke ground floor utk mengambil kad.. Terus aku 'terniat' keluar bila terdetik tika sampai di ground floor hehe. Mana taknya, kawan yang suruh aku turun, dah keluar ke shopping complex sebelah...tak shenonoh toi ko hehe..

Dengan tiada tujuan selain nak keluarkan duit dari ATM.. aku terus masuk MPH walau perut dah berbunyi minta diisi. Lama aku di MPH, ralit membelek buku dan berfikir buku mana yang harus ku beli sekarang dan ku beli kemudian? hehe... Akhirnya siap jadi membership MPH utk 2 thn lagi!! hahaha...

Kunun nak tengok-tengok, pastu nak beli 1 jer... last seratus labih gak berhabis...Tu pun control...kalau tak nak amik lagi. Nasib juga buku Peter & Jane set box takde stok...kalau tak... lagi banyak duit mengalir hehe. Sedangkan banyak benda nak kena settle bulan ni... huhu.

Bebudak excited dapat buku baru. Jangan kata yang besar...si kecik tu pun sibuk capai tarik buku dan majalah haha.

Malam tadi cik abg balik lewat sungguh dek ada event dinner berserta anugerah apa ntah kat KL. Jenuh aku menjaga budak bertiga sesorang. Ngan Aimy tidur kejap-kejap..dengan alesha dan adani asyik gaduh berebutkan sesuatu... macam-macam. Ada sekali Aimy tido lama sket...haa mas atu laa yg aku menggikos... bertenet bagai. Tapi bila terjaga semula, punya tak reti diam!! huhu...

Tetengah malam cik abg tapaukan nasi goreng utk anak-anak dan roti telur utk aku...hahha...makin gemuk laa kita...hehe

Alesha sejak kelmarin ajak berjalan ke mana-mana.. Alahai cian dia dan adani... Tapi apa nak buat... Adik Aimy tak berapa sihat sayang.. Cian anak-anakku.

Sembelit

Kenapa istilah SEMBELIT?? Semua yang terbelit?? hahahha. Alhamdulillah, tadi balik cik abg citer..cikgu jaga aimy bgtau aimy dah berjaya membuang...dan berdarah sket.. Cian dia...sure pedih dah terluka gitu. Pepagi memang dah pesan suh bg air selang seli ngan suus pada aimy... nak bg dia mudah yak. Alhamdulillah berjaya. Tadi kat umag pun, ada lagi seketul kuar.. PAstu terus ceria dan ligat semula dia...hehe

Tadi petang ayah SMS... esok tengahari mereka akan bertolak ke Arafah .... dia takut putus hubungan.. Dah siap wish selamat hari raya, dan doakan mereka sihat dan kuat untuk meneruskan beribadah ...insyaAllah... Moga Allah makbulkan doa kita yah.... Amennn

Tghari tadi gi lunch kat belakang tesco extra shah alam...Makan bertiga ngan jiejah dan adek (rosnita) hehe. Saja jalan jauh boring punya pasal. Makan kat KAYA KOPITIAM. Aku pernah makan tapau di sini dlm awal thn haritu. Tapi tadi makan koteow kantonesee ke apa ntah...sedap!!! hehehe maklumlah memang lapor sungguh!

Alamak dah ngantuk... tak leh nak terus menulis... gud nite..!

Selasa, 24 November 2009




Sekarang ni kerap pulang lewat dek terpaksa sesama membantu rakan sekerja memfail semula segala rekod dan fail sulit yang telah terbiar lama di dalam bilik fail itu. Penat juga walau sekejap hehe.

Aimy hari ni sembelit. Kesian sangat ku lihat, berjurai airmatanya gelisah, ditegangkannya kaki.. sambil cuba meneran. Sampai ke sudah tak berjaya.. hanya sedikit saja terkencet. Bila rasa, mula dia merengek. Bila penat cubaan tak berjaya, tertidur anakku itu. Alahai kesiannya Aimy. Teringat dulu, ketika alesha lebih kurang sebaya aimy..lagi kerap dia sembelit. Aimy ni agaknya sembelit kerana kami memberinya nestum semalam... huhu. Serba salah dibuatnya. Tak diberi makan, dia dah 7 bulan. Bila dia tak mahu nestum dan bubur.. kami cuba masukkan ke dalam botol takat sesudu dua sudu teh. Tapi begini pula jadinya.. Tetapi, benarnya ini dah kali ke 3 aimy kena sembelit. Aku dah leh agak gaya dia 'ngamok' bila tak sedap perut.

Kena banyakkan minum air ni. Tadi dah bagi sedikit madu dan air masak. Batuknya juga teruk, bila ditepuk fisio.. memang ada kahak yang keluar dari mulut. Alahai susah hati ibu tengok Aimy begini. Kita nak raya dek.. nanti Cik Haire dan Cik Ain datang raya sama kita. Janganlah sakit... huhu.

Hari ini seronok dapat MMS dari ayah. Seronok anak-anak tengok Atok, Opah dan Mak Tok di Mekah hehe... ada unta lagi!! HENSEMNYERRR atok!! kata Alesha dan Adani hahaha. Mana gambar Cek Amree..?? Cameraman... mana masuk gambar ye tak? haha...

Tadi sebelum mereka tidur, sempat sesama melihat ayahnya mengedit gambar haha. Seronok kerja editing ni.. Tapi 'complicated' sangat.. haha. Korang tengoklah gambar tu.. apa yang sama?? hahaha

Ahad, 22 November 2009

Lepaking atau LEPAK KING? haha..



2 hari ni dipenuhi dengan melayan si kecik..sape lagi kalau tak aimy. Memang tak jadi kerja kita dibuatnya. Tak ditengok, dilayan.. sakan dia bergolek sekelian alam... Takut entah apa dijilat, didapat masuk mulut dan kena habuk dan kotoran jer nanti. Walau rumah dah bersih, tau jer laa ada kakak-kakaknya yang baik tak menyepah hehehe.

Apa pun alhamdulillah Aimy dah tak demam.. risau aku kalau demam dia berterusan. Agaknya betullah demam lepas cucuk imunisasi. Cuma demamnya tak terus esoknya, lusa baru nak demam.. hehe. Tapi batuk masih ada laa.. walau masih terkawal. Sekarang kerap pula dia menonyoh muka dan hidungnya.. gatal laa tu. Tambah dok kena inhaler tu.

Semalam sempat sunatkan Aimy. Ingat nak pergi Klinik Ainita di USJ 9. Nasib call dulu tanya, Dr Hamizah atau doktor perempuan ke yang bertugas? Rupanya tiada. Terpaksa cari alternatif lain. Teringat klinik yang dekat. Klinik Ahmad Shah. Kalau hari biasa, siang hari Dr Azizah yang bertugas. Cari nombor klinik dekat ubatan. Tak simpan pula nombornya. Bila call, alhamdulillah Dr Azizah bertugas. Tapi sampai pukul 1 jer. Kelam kabut laa kami bersiap, sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 12+.

Masuk jer klinik, ada 2 orang hampir selesai berurusan. Terus kami.. macam tau-tau laks kami yang menelefon tadi kekeke. Sunat baby girl memang tak cover. Jadi tak isi apa form. Terus masuk, doktor dah ready tempat dah. Nampak kecik sangat ditoresnya.. Tapi kaat doktor, syarat sunat ni baby perempuan ni..ditores sedikit sampai berdarah. Kalau tak berdarah tak boleh.. so kena berdarah..Tu yang macam takberdarah, doktor kelebek tengok tempat yang ditoresnya (pakai gunting laks dia). Memang kuar darah laa walau sikit hehe. Ok laa tu.. Alhamdulillah Aimy dah bersunat. Lega satu yang patut kami sebagai ibu bapa buat, dah terlaksana..

Balik, singgah beli jejari keledek goreng, pastu gi pam tayar jap serta kuar duit sket kat petronas. Lupa laks nak isi minyak. Kalau cik abg yang bawa biasalah..dia bukan tengok minyak..kekeke. Kami decide nak beli jer lunch. Singgah McD drive tru berdekatan rumah. Sesambil menunggu sesambil makan keledek goreng. Sedap sungguh.. !! Cik abang baru nak tau kata sedap sungguh.. sakan semua makan. Alesha dan Adani pun suka.. Sibuk tanya apa ni?? French Fries Orang Melayu hahahaha.. Keledek goreng laa... hehe.

Cik abg order properity burger.. (awalnya dah ada ! selalu nak dkt CNY hehe). Aku order McChic dan bebudak ni beli satu jer happy meal. Dek makan keledek goreng, dah aku kekenyangan...so makan fries dan curly fries jer laa.. Burger simpan dulu. Cik abg semua langsai haha.

Ahad pula.. cik abg yg masak. Kunun dia suruh aku buat ikan masak pedas atau sambal ikan. Sekali dia yang sibuk nak masak.. Dia malas jaga aimy laa tuh haha. Tapi sambal ikan dia dah ala Asam Pedas laa weiii hahahhaa.. Ok gak tu..siap berkuah bagai.. Kami ni memang tak makan banyak lauk.. 1 lauk jer. Tu pun dah sakan enak menjamu selera. Kalau aku, sure tambah telur dadar ke..atau sayur ke. Cik abg mana makan sayur.. so baik takyah hehe.

Rasa tak nak kerja bila hari-hari begini. Sedap jer lepak golek-golek ngan anak denagn cuaca yang sejuk, nyaman, damaii jer. Cuma tak bestnya...kain tak kering berlambak. Kain nak dilipat pun berlambak. Sikit jer luak dilipat, dek asyik melayan budak mata bulat hehhee. Si moto gedik!! kekkee

Kaki ku berdenyut-denyut semula sejak 2-3 hari ni. Mana taknya, hari khamis lepas ada Fire Drill kat opis. 14 tingkat tuh aku turun tangga!! Dah laa kaki sakit ...baru nak ok sket, jadi balik.. Adoi laa jenuh nak berjalan. Nak solat seksa, nak tunduk, duduk bangun seksa.. Cam orang tua sungguh..!!

Dalam benakku tiada lain, selain kerisauan tentang perancangan masa hadapan anak-anak dan kehidupan kami sekeluarga pada masa yang mendatang. Tadika mereka, transport mana nak cari kalau dah dok rumah, pasal maid, perbelanjaan makin banyak rasanya kalau ada maid.. bukan jer segala keperluan maid. Tapi segala keperluan anak juga di rumah. Kalau sekarang ni, segala makan minum anak dah termasuk dalam bayaran yuran nursery.. kemudian kami dah tak runsing dan berat kepala anak nak makan apa..semua dah disediakan di nursery. Kami cuma perlu fikir makan malam dan weekend sahaja. Kalau di rumah, dah tentu kena fikirkan, kena rancang, kena sediakan bahan mentah, kena fikir nak masak apa dan sebagainya.. Wah macam makin banyak benda nak fikir hahaha. Tu belum hal maid lagi. Harapnya maid yang bakap didapat nanti, memudahkan laa segala urusan...amennnn...

Aimy baru muntah, selepas batuk yang panjang..huhu. Hari ni 2 kali aku bersalin baju bila kena muntah aimy yang melambak atas bajuku itu.. huhu.

Sabtu, 21 November 2009

Mampukah ?


Bila tengok Nur Kasih, bila dihayati setiap bait skrip yang diluahkan pelakon-pelakonnya, teringat apa yang ku rasa semalam.

Kenapa aku yang terpilih lagi?? dari kecil hingga sekarang dah punya anak-anak...pelbagai dugaan dan pelbagai ujian mendatang kepadaku. Kenapa mesti aku? Kenapa aku juga yang perlu berfikir dan tabah menghadapi dugaan?? Kenapa tidak orang lain, atau adik beradik ku yang lain?

Ku pujuk hatiku.. Hanya satu sebab, Allah menyayangiku. Mahu aku sentiasa beringat dan menjadi insan mukmin yang tidak alpa dengan kemudahan, kesenangan, kelancaran serta NIKMAT yang diberikanNYA dalam hidup. Bila kita lupa padaNYA, pasti ada yang mengingatkan...Syukur Alhamdulillah. Setiap kejadian ada HikmahNYA.. Setiap dugaan hanya mengikut kemampuan setiap hambaNYA... yang pasti boleh ditangani mengikut kemampuan setiap hambaNYA. Dalam al Quran pun ada kata, dlm surah ankabut.

Apa pun aku kena sentiasa redha, tawakal, berdoa dan berikhtiar untuk hidup seterusnya.. Tanpa dugaan dan cubaan, hidup tiada indahnya...

Moga Allah melindungi diriku sekeluarga.. amennn...

Jumaat, 20 November 2009

Harus diteruskan pencarian Info dan Ilmu

Hari ini, kerja di pejabat aku selang-selikan dengan pencarian maklumat dan pengetahuan tentang Kinwanis dan segala penyakit yang melibatkan anak-anak kecil. Saja menambah pengetahuan dan 'bersedia' untuk apa saja kemungkinan. Sediakan mental dan emosi. Apa pun aku cuba untuk tidak risau pada benda yang belum pasti. Tapi tetap ia datang dan pergi. Apa nak buat, aku manusia biasa.. Kadang kuat, kadang tidak.

Sekarang banyak maklumat sedang kuusahakan cari untuk anak-anak dan suamiku juga. Sudah lama tidakku membeli majalah dan buku sementelah aku juga dah lama tak menyinggah di mana-mana kedai buku dan majalah. Sedangkan dulu, itu laa dah jadi rutin aku setiap minggu hehe. Kenapa mesti sesuatu yang baik mudah dilupakan, mudah dibiarkan...sedangkan yang tak elok tu, cepat saja nak mengikut hehehe.

Telah lama juga aku tak bersenam. Sibuk semedang aku ni. Bahaya tul kalau terus stop bersenam.. Dah laa obes kut ni...huhuhu...syedihhh.. Adani suka sebut ibu 'g****'... aku saja buat nangis dan merajuk bila dia cakap gitu. Sibuk kelam kabut dia pujuk.. dan cakap...nanti ibu kurus yaa... kekekkeke. Tasdi sakan dia ketawa, bergurau dengan ayahnya sementara nak tido. Aku nyampuk, lagi bertambah kuat ketawanya yg ala kuda semput tu hahaha..

Hari ni, terdengar semula batuk aimy...adusss susah hati aku.. Pepagi aku dah fikir, inhaler harus dikerapkan semula.. huhu.

Aku rasa, semakin hari...semakin aku ketinggalan cerita kengkawan. Tak sempat rasanya nak ikuti semua. Tapi kadang dah nekad nak review segala cerita di mana-mana yang sepatutnya. Tapi tetap tak jadi haha. Tambah bila rasa bersalah kain tak habis-habis dilipat hahahaha.

Aku saja tempek gambar tak berkenaan kat topik ini. Sebab aku dah malas nak tempek semula di topik yang sepatutnya aku tempek atau buatkan satu lagi topik dan posting hehe. Kira hutang haritu langsai kut... ke ada lagi hutang? Lupa dahh haha. Tapi sayangnya... lama benar dia upload...ada error kut. Upload sekali lagi dah jadi lain pilihan gambar. Tapi tetap tak DONE!Entah apa kena tak tau


Ok lah...dah masa aku untuk tidor...ngantuk dah ni... hehe

Rabu, 18 November 2009

Biar gambar menceritakan segalanya...










DEMI MASA... hadapan, kualiti, pembahagian.

Lepas maghrib, sebaik aku sampai di rumah..siap barang dan bekalan aimy, terus kami keluar ke DEMC. Appoinment dengan Dr Koshy again. Walau nombor giliran tak jauh...takat 3 sahaja..tapi bukanlah sekejap setiap pesakit masuk ke dalam bilik doktor.

Syukur Alhamdulillah Aimy sihat.. paru-paru ok, demam tiada..cuma selsema masih ada sikit. Tapi tak ketara pun dia selsema. Doktor jalankan rutin periksa sana sini. Ukur sana sini, sebelum masuk bilik doktor tadi dah timbang-7.2kg. Ok laa untuk Aimy yg tecit hehe. Kemudian beliau tanya pasal operation yang ditunda, tanya pasal rutin pemberian ubat dan apa yang dilakukan oleh kami. Siap dia kata aku dah boleh jadi doktor..pakar kanak-kanak lagi, sebab aku dah boleh bertindak dan berfikir macam doktor walau tanpa arahan doktor.. hahahaha.. Siap dia kata kat cik abg, untung you dah ada doktor anak you dekat rumah wakakakka... perli yaaa hahaha. Bukan apa katanya, setengah orang... teruk dia terangkan details.. tapi satu pun tak ikut..dan bila sesuatu terjadi, tak boleh berfikir apa yang patut dan tak patut dibuat hehe..Alaa logik akal jer tu, rasanya ramai yang tahu.. hehe.

So bila aimy sudah sihat, aimy dapat hadiah dari Dr Koshy haha. Apalagi... dapat cucuk imunisasi laa..haha... untuk 6 bulan punya, Hep B kut. Aimy minggu depan dah 7 bulan, tapi dek kerana dia asyik sakit, pengambilan imunisasi dia selalu tertangguh. Tapi bila selesai yang ini, alhamdulillah dah 'on track' semula.. sebab yang akan datang hanya akan bermula ketika 9 bulan hehe.

Sesambil doktor ukur sana sini di katil dlm bilik doktor tadi.. Kami bertanyakan tentang 'keistimewaan' aimy yang kami asyik tertanya-tanya apakan terms sebenar 'keistimewaan' yang dikatakan. Kata doktor, sebenarnya tanda-tanda yang aimy ada, belum 100% menunjukkan tentang sesuatu penyakit atau syndrom. Untuk kepastian, kena ada sedikit ujian selepas ini. Bermula dari setiap deria, pemantauan perkembangan selepas 1 tahun dan pelbagai lagi. Sekiranya benar ada, Dr Koshy sarankan treatment dan kelas rangsangan dimulakan seawal 1 tahun setengah. Bukan bermula dari umur 2 tahun++ seperti orang lain lakukan. Lagi cepat kita bantu, lagi cepat dia respon semakin kurang potensi dia untuk menjadi 'istimewa' itu. Setakat ini, memang aku perasan laa.. ada sedikit kelainan tentang anakku itu. So pitty Aimy..:(

Oleh itu, kami sebagai ibu bapa...perlu bersedia segalanya.. terutamanya mental, fizikal dan emosi.. Pengurusan masa juga penting.. kerana kata Dr Koshy, group tersebut memerlukan displin dan kesungguhan. Apa pun, masa depan Aimy adalah segalanya.. !

Tapi sebagai ibu, aku masih mengharap segalanya tidak berlaku dan NORMAL. Aku takut aku tidak kuat dan tidak pandai menguruskan masa untuk semua yang memerlukan diriku, perhatianku, masaku, malah segalanya. KAsihan juga pada anak-anakku yang lain.. Begitu cepat mereka berdikari bila ibu ayahnya terlalu sibuk dengan macam-macam hal.. Kesian anak-anakku... Semoga Allah lindungi mereka... Ameennn

Alesha membawa pulang kertas assessment yang dah bermarkah dan report card. Aku ingat peratusannya meningkat bila dia mendapat tempat ke 3 dlm kelas tempoh hari, rupanya menurunnnnn! WAlau menurun hanya 3 %.. tapi macam ketara sangat ...Ni laa akibatnya kalau asyik tgk tv dan main tak henti-henti selagi dok rumah, selagi tu dia buat aktiviti bebas. Mentang-mentang ibu takat bising mulut.. Mula laa buat endah tak endah untuk belajar. Aku periksa dan baca semua soalan dan jawapan alesha.. Frust gak aku, sebab kadang Alesha cuai, bukan tak tahu, tapi mungkin dia main jawab berlumba nak cepat habis. Ada pulak, dah betul jawapan, dia padam balik, gi tulis yang salah...Rugi sungguh mata. Study balik apa yang dia salah.. Apalagi Alesha..mula laa sangap tetiba hahaha. Habis jer ulangkaji semula yang salah, mula dia kembali pot pet pot pet tanpa henti hahahah

Adani pula sekarang, banyak menyanyi dan layan diri. Kesian dia, kekecik dah perlu berdikari... Tiada siapa layan, mula dia layan diri... Cian anak ibu.

Raya Haji nursery tutup lama laa... dari 26-30 November tuh! 2 hari kena sedia utk bercuti. Aduhai... cuti dah laa tinggal sedikit, dengan keperluan di HKL lagi...hmmm

Again beraya di rumah ku rasanya. Adik-adik yang berdua tu nak datang raya di rumah minggu depan. Kesian mereka, takkan nak raya berdua sahaja di Guar nanti. So awal haritu lagi kami dah ajak beraya di sini. Haa apa pula aku nak jamu adik-adik beraya nanti...haha.. western ke? melayu ke? atau cacamarba?? hahaha.. Apa saja laa kut haha.

Baru aku bersms dengan ayahanda di Mekah.. macam dah berapa hari tak dengar khabar berita. Alhamdulillah semua sihat di sana, cuma sakit sesikit laa. Makan sedap kata ayah, maka naiklah berat ayah dan adik hahahha.

Minggu ini, aku kemaruk berborak dengan rakan-rakan sekolah di fb...amboiii hahaha.. Tapi tulah dia.. Kadang entah kenal entah tak ingat, tapi layan jer borak sampai akhirnya jelas apa yang kabur sebelumnya hehe. Tapi aku sekadar berkawan, bergurau, mengembalikan nostalgia yang semakin berkarat hehe.

Ok laa, dah terlalu larut untut terusan menulis.. Nanti lain difikir, lain pula ditaip hehehe

Ahad, 15 November 2009

Dah lama aku tak meluahkan rasa, cerita dan khabar berita. Entah kenapa aku tak pasti. Mungkin kerana masa, mungkin kesungguhan tiada, atau mungkin minggu yang begitu letih buatku. Cepat saja nak ku lelapkan mata ...

Minggu ni permulaan harinya, agak hambar. Ku diam seribu bahasa di pejabat. Biarlah, aku buat kerjaku dengan khusyuk. Internet pun tak masuk.. Tapi semakin hujung minggu menjelang.. aku dah semakin ok.. suasana pun dah kendur sagalanya. Biarlah apa yang telah berlaku, aku rasa dia pun tahu dia terlanjur bahasa. Malah aku simpati pula bila ada yang melaporkan perihal suaranya pada atasan...alahai. Tidak tahu aku nak menyatakan apa-apa.

Di pejabat, semua suspen pabila kes H1N1 bermula pada seorang staff perempuan yang mengandung 34 minggu... Alahai kesiannya.... Tapi kena mula berjaga nampaknya. Patutnya mereka periksa suhu semua staff melalui semua pintu masuk. Ini tidak, mereka hanya periksa suhu di tingkat yang terlibat sahaja.. Tapi mask dan sanitizer diberi di stiap division tak salah.

Anakku Aimy Sufia alhamdulillah tiada deman, tiada batuk... yang tinggal cuma sedikit selsema dan ceret. Hal ceret ni betul merisaukan aku. Hari ni saja dah berkali-kali kami mengganti daiper aimy. Merah dah huhu. Sampai dia tak boleh tidur bila asyik berak. Tak banyak setiap kali.. tapi agak kerap. Adakah kerana susu berasas soya yg diminumnya? Kerana 2-3 hari lepas macam dah ok..hmmm

Sebenarnya aku terasa nak berjalan, keluar rumah dan berjalan bersama anak-anak. Tapi apakan daya, perkara sebegitu tak mungkin dapat dilakukan di waktu aimy baru nak sihat. Nasiblah kakiku pun sakit.. aduss menyiksa sungguh. MAcam orang cacat berjalan.. prolapse disc ke aku? Masa aimy warded tempohari, ada saudari tu terkena prolapse disc. Apa yg dia cerita, macam apa yg berlaku dan ku rasa.. Alahai risaunya.. Tapi ni memang aku seksa nak bergerak... Kaki kanan begitu sakit dan sengal terutama dari punggung/pinggang ke betis..paling teruk di paha. Kirinya pula di antara atas lutut hingga ke bawah lutut. MAcam mana tu?? Dah dua-dua kaki sakit..?? Dah laa belikat dan pinggang rasa nak patah.. aduhai...hmmm

Jumaat lepas berjaya aku simpan duit raya dan duit orang sedeqah kat anak-anak yang ku kumpul sejak tahun lepas lagi...haha.. Asyik bertangguh menyimpan, itu laa jadinya..hehe. Tapi dek aku sayang nak keluarkan duit ASB ku untuk urusan maid yg bakal ku ambil, kerana dividen dan bonus ASB bakal dikira sebulan sahaja lagi. Aku terpaksa pinjam duit Aimy dahulu. Tapi tak banyak mana.. 1/3 sahaja dari kos yang diperlukan. Semasa nak membuka akaun ASDnya... aku terpaksa pula tambah duit bila duit lebihan dari yang tak ku guna itu tak cukup hehe. Apa laa...amik sana, tambah sini hahaha.. Tak kisah laa...asal memudahkan.

Bila aku ternampak buku akaun TING kat kaunter Pejabat Pos.. terfikir pula aku.. Patutnya duit budak-budak ni pun ada dlm akaun remaja Ting tu. Tapi rasanya akaun TING bermula 12 tahun kut... hehe.

Minggu ini aku benarnya sibuk menguruskan dokumen dan penghantaran duit kepasa ex-maid kak Salina Saidun untuk mereka menolongku mendapatkan maid. Sungguh baik hati Kak Ina hendak menolong aku.. tak terbalas rasanya.. Semoga Allah panjangkan umur dan menambah lagi rezeki kak ina.. aminn. Paling aku segan, kak ina sibuk nak juga-juga isikan borang yang diperlukan oleh Imigresen utk diriku. Wah kak ina ni boleh jadi agent yang cekap, penuh informasi dan disenangi..! Cayalah kak.. nanti try laa biz kak haha. Tapi kak ina tetap kata dia hanya menolong kawan-kawan... Terima kasihhhh kak ina.. ;)

(Proses pengambilan pembantu rumah warga asing akan ku post lain kali hehe)

Jumaat lepas, ketika sampai di susur Persimpangan Hicom.. di depanku ada sebiji kereta putih.. Suka aku melihatnya.. haha. Ntah kenapa sungguh esklusif gayanya.. LOTUS M'sia yang tertulis di belakang kereta hehe. Nantilah bila-bila ku upload gambar, sekali dgn gambar lain yang ku tak sempat upload sebelum ini..insyaAllah

Tapi paling tak sedap mata memandang, pabila satu kereta Hilux di depan ku ketika aku bergerak perlahan untuk u-turn di Persiaran Kewajipan.. Tetiba ku terlihat sesuatu dibuang dari tingkap kereta tersebut. Bagai tiada perasaan dan tiada apa yang difikirnya ketika membuang.. kerana disambung pula dengan aktiviti yang juga menCEMAR!!.. Kotak apa? Kotak rokok... yang sah menunjukkan gambar penyakit ngeri di kotak tersebut.. Dah laa mencemar udara dengan merokok, dicemar pula persekitaran dgn sampah sarapnya... Sungguh tidak berakal dan peka..!!

Mata dah nak terlelap...ku berundur diri.. di lain masa aku masukkan gambar berkaitan ;)

Sabtu, 7 November 2009

Alhamdulillah yang berganda.. syukur nikmat Allah






Alhamdulillah aku kini bersiaran dari rumah... :)

Walau ada lagi demamnya petang tadi.. Dr Roliza membenarkan Aimy keluar, kerana paru-parunya dah ok sangat. Diberinya supplement sebagai tambahan ubatan untuk aimy kuatkan sedikit antibodinya. Dek kerana aimy jadi kurang mahu susu biasanya sementelah asyik diberi Similac LF untuk mengurangkan ceret beretnya, doktor jadi kesian bila lihat susunya tidak luak...satu tin susu Similac mengiringi ubatan aimy haha.

Sebaik Dr. Roliza keluar sahaja dari bilik dalam jam 2.15pm, aku terus bergegas gerak ke Sek Men Teknik Shah Alam bersama Alesha dan Adani.. Cik abg yang baru sampai ke hospital dalam pukul 1 tengahari, menggantikan aku menjaga Aimy. Sempatlah aku mandi, solat dan bersiap. Juga menunggu cik abang pergi mencari makanannya sebelum aku keluar.

Majlis Penyampaian Sijil/Annual Graduation Day Tadika Al-Husni diadakan di Dewan SMTSA tersebut mulai jam 2.30 petang. Berjaya ku pecut, sampai tepat masanya hehe. Kelakar tengok gelagat budak-budak..kikiki. Tapi aku tak nampak sangat jiran yang aku kenal... mana mereka?..Setelah aku mengambil tempat duduk agak ke depan, baru ternampak mereka. Jauh pula mereka duduk. Aku cuba ke barisan paling depan kerana hendak mengambil gambar. Kamera ku kan canggih dan mahal sangat, tu yang kena ke depan tu hahahhaha. Tapi apa pun gambar yang diambil dek kamera ku, tetap nampak tak cantik gambarnya.. dah laa kurang cahaya.. sungguh hudus banyak yang kabur.. apa nak buat hahaha.

Adani ternganga dan pelik melihat setiap persembahan dari kanak-kanak tadika. Tadika al Husni ini ada 2 cawangan. Jadi majlis ini menggabungkan 2 cawangan Al Husni dari Pinggiran USJ dan Laman Seri. Ada 5 persembahan dari Laman Seri dan 3 dari Pinggiran USJ yang diselang selikan dengan 2 sesi setiap Graduation Certificate Presentation, Excellent Awards serta Examplary Awards. Bila Graduation Certificate Presentation tu, agak boring sedikit.. sebab menunggu ramai budak 6 tahun mengambil sijil mereka. Masa inilah ku ambil peluang membawa Adani yang boring dan tak sabar menunggu kakaknya keluar di atas pentas. Asyik bertanya, "Mana kakak adani?".

Aku dan adani ke belakang dewan untuk membeli sedikit makanan. Apabila berpatah balik ke tempat duduk, ku lihat banyak kerusi kosong di barisan 2 dari hadapan.. Apalagi, terus ku cilok duduk haha. Bukan apa, susah aku nak bergerak nak mengambil gambar Alesha nanti kerana Adani ada bersama.

Persembahan demi persembahan, acara penganugerahan sijil dan penyampaian hadiah diselit dan dimulakan. Seonok nelihat kanak-kanak berumur 6 tahun memakai jubah. Ntah kenapa tiba-tiba ku tersnetuh melihat gelagat seorang anak dan ayahnya...tak lama itu, ibunya datang juga. Bagaikan aku dengar apa yang dibualkan, walaupun tidak dengar..dan perasaan mereka terharu apabila anak telah melepasi fasa tadika dengan jayanya. Terasakan anak tu semakin besar, terharu sungguh laa aku terpandang adegan itu haha..

Untuk Anugerah Kecermelangan atau excellent.. ku lihat kanak-kanak yang bakal menerima hadiah, disuruh beratur di tepi bawah pentas dan diumumkan nama ibu bapa mereka, dan diminta salah sorang dari ibu bapa menemani anak naik ke pentas untuk menyampaikan sendiri anugerah tersebut ke tangan anak mereka. Dalam hatiku berkata, wahh bestnya, tentu ibu bapa seiap anak yang dipanggil berasa begitu bangga.. kalau aku, tentu aku akan terharu jika ia berlaku padaku hahahaha. Poyo tul aku haha. Oleh kerana sesi Laman Seri dan Pinggiran diadakan berlainan waktu.. serta didahulukan kanak-kanak Tadika dari Laman Seri.. maka aku dah dapat agak gaya mereka mengatur acara hehe. 3 orsng ysng cemerlang dari setiap kelas diatur dek teacher masing-masing. Paling depan no 3, paling belakang dapat no 1 !!. MAcam keretapi mereka beratur.

Penyampaian sijil tadika pula, dijalankan bagaikan majlis graduation aku di UiTM. dengan muzik lebih kurang gamelan, dengan berjubah dan bertopi, dengan lalu di bawah pintu gerbang berbunga...dan berarak 2 barisan dari pintu dewan ke depan pentas. Nama akan dipanggil, dan pasti ada yang akan menyuruh mereka berhenti seketika atau lakon semula untuk diambil gambar. Sungguh nostalgik...hehe. Selepas penyampaian sijil dan hadiah untuk murid dari Laman Seri tadi, seingat aku ada satu persembahan sebelum persembahan yang Alesha sertai.

Nasyid Pentomin, itulah yang dinantikan. Kerana persembahan inilah yang Alesha terlibat hehe... Katanya dia berlakon. Ingatkan dia hanya menyanyi kerana di rumah, dia selalu menyanyi kecil lagu baru yang dibelajar di Tadika. Rupanya pentomin!!.. Walaupun ramai ketawa melihat gelagat anak-anak di atas pentas dengan gaya lakonan dan karenah yang belum terkawal sepenuhnya.. Tapi lagu yang dinyanyikan sungguh menusuk jiwa melodinya.. Ingin sangat ku tahu lirik sepenuhnya... Alesha hanya ingat separuh kerana dia tidak menyanyi, tapi berlakon sahaja katanya.. Tapi teringat kata teacher yg menjadi emcee.. Pentomin ini menceritakan pengorbanan dan penghargaan terhadap Ayah... Syahdu pula apabila aku tadi dibantu oleh Alesha untuk mengenal pasti sedikit lirik yang dinyanyikan anak-anak tadika siang tadi.

"Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-beralun

Di suatu hari
Ayah berkata
Jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Air mata mengalir
Hati ku pilu


dah alesha tak ingat dah haha
.............................."

Selesai persembahan Alesha dang kengkawannya yang menggamatkan suasana, ada satu lagi persembahan sebelum Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk cawangan Pinggiran USJ pula. Kali kedua aku dan adani ke belakang mencari sesuatu untuk adani yang kehausan. Kemudian kembali ke hadapan untuk menonton penyampaian sijil untuk kanak-kanak Pinggiran USJ. Sekali aku terperasan Alesha turut dipantau Teachernya di satu kelompok. Aitt apa kena laks tu? Ku lihat dia beratur 4 row dan dia paling depan pada 1 row tersebut. Hatiku mula berdetik, aikk cam ada berita gembira jer ni hehe. Aku takut aku yg perasahsantan hahaa.

Sekali............... semuanya benar belaka apabila nama ayahnya atau ibunya dipanggil naik ke atas bersama anak untuk sama-sama menyampaikan hadiah buat anakanda tersayang. Sebelum tu aku dah terfikir dah, alahai siapa yang terdekat tempat duduk aku yang boleh ku pinta tolong untuk mengambil gambar kami? Orang yang duduk di depanku menjadi pilihan. Ku minta tolong pada isterinya, tapi suaminya yang bergerak ke tengah depan pentas ketika aku dan Alesha naik ke atas pentas. Apabila terdengar nama cik abg..kelam kabut aku menunjukkan muka kepada teacher Alesha yang melilau mata mencari aku haha. Malu nak tunjuk muka benarnya.. hehe. Jadi naiklah ke atas pentas dengan Alesha.. Aku menerima hadiah tersebut dari Pengetua Tadika Pn Zuraida. Beliau ucapkan TAHNIAH di atas kejayaan anakku Alesha Sufia, dan aku diminta menyerahkan sendiri hadiah tersebut kepada Alesha.. Dengan laju Alesha salam dan mengambil hadiah yang ku hulur haha. Kemudian ku pusingkan dia untuk bergambar seketika dengan kamera cokia ku yang dipegang dek saudara yang baik hati tadi. 2-3 kali dia snap..entah apa laa rupa aku dan alesha haha.

Masa turun dari pentas, aku ucap TAHNIAH pada Alesha.. Bila duduk jer kat tempat, aku peluk dia dan puji segala sampai aku yang terharu dan keluarkan air mata sket. Dia cool dan relax jer..hahaha. Adiknya pun sibuk nak peluk kakak cam ibu peluk kakak. Tapi tetap Alesha buat muka bersahaja.. tergelak sket, pastu control ayu haha. Menahan perasan atau apa, tak tau laa... haha. Sempat ku ambil beberapa gambar Alesha bersama hadiahnya. Apa pun aku bersyukur tak terhingga dengan pencapaian Alesha walau hanya di tempat ke 3.. hehe. Tak sangka sungguh..! Sungguh terharu.. SYUKURRrrr ALHAMDULILLAH!..

Aku juga gembira melihat kawan-kawan baiknya yang sesama lasak dengannya juga mendapat hadiah kecermerlangan dari tempat pertama hingga ke 3 dalam kategori 6 tahun dan 5 tahun.. Kadang jeles juga pada kawan baik Alesha tu.. dua-dua beradik pandai. Adiknya yang sebaya Alesha dapat no 1, Abangnya dapat no 2 dalam kelasnya. Sungguh bertuah ibu ayahnya yang juga rapat dengan kami..

Tepat jam 5, seperti yang dijadualkan dalam agenda yang diberi ketika masuk dewan.. majlis bersurai. Terus ku pecut semula ke DEMC. Sempat singgah di Petronas Sek 20 mengisi minyak. Proses billing memang lambat dan makan masa.. Tu yang kami tak kisah fikir sempat atau tak sempat dan pergi juga ke Majlis tu. Sebaik sampai ke lif DEMC, sibuk Alesha nak buat surprise kat ayahnya...nak tunjuk hadiah dia dapat hehe. Tapi malangnya, adiknya dengan selamber memberitahu ayahnya tanpa ditangguh-tangguh hahhahahaha. Marah Alesha adiknya tak boleh simpan rahsia.. haha. Terus dibukanya hadiah yang memang tak sabar nak dibukanya dari awal tadi.

Semua billing dah settle pada jam 4.30 petang, so apalagi terus kemas mana yang belum kemas dan terus balik. Cuaca sangat redup dan hujan rintik mengiringi kami pulang. Sejukk sungguh suasana.. damaii...

Home sweet home.... Macam lama sungguh aku tak balik rumah, rindu sungguh! Sampai rumah semua terlena diulit mimpi...aku jer yang berjaga nak solat, unpack bag dan asingkan baju kotor serta buat apa yang patut.

Kebetulan mak sms tanya khabar aimy sebaik kami sampai di rumah. Instinct opah pun kuat ;) Malam, atok pula sms tanya khabar aimy. Mereka kurang sihat di sana.. ada yang selsema, ada yang batuk, ada yang sakit kepala dengan cuaca panas di sana. Apa pun kuharap mereka semua sihat sejahtera dan dapat melakukan dan menyelesaikan ibadah umrah dan haji dengan sempurna dan mudah. Aminnn..

Ada sedikit ku ceritakan pada mak ayah apa yg berlaku pasal hal cuti aku dan boss bila disoal tentang Aimy. Kata mak, doctor tu dah kerja dia..dia lebih tahu. Kalau hanya berdoa dan tawakal pada Allah tak ikhtiar jumpa doktor, tak guna juga. Doktor tu dah hadap beribu orang pesakit..tahulah dia buat kerja dia. Pasal boss, kita doakan dia menjadi boss yang baik, bertimbangrasa, ada belas kasihan dan prihatin serta ikhlas dlm apa yang dilakukan. Aminn.. Alhamdulillah lega jiwa kacau aku hehe.

Mak ada bagi tips cara memakbulkan doa ibu untuk anaknya...insyaAllah. Dia suruh baca yassin, dan ayat hujung disuruh ulang ke apa ntah, tak faham. Nantilah try buat dulu baru faham hehe.

Kami lepak-lepak jer kat rumah malam ni menonton tv, mengadap pc dan melihat kembali gambar-gambar yang diambil siang tadi.

Selepas jam 12.. cik abg dan anak-anak wish birthday sesambil jer...haha. Saja tau deme...! Dah tuanyaa aku... huhu.

Oklah jumpa di lain masa..

38.4C!

Itu macam petanda tak boleh keluar hospital jer... aduss laa...cian anak ibu. Doktor tak datang lawat lagi ni. Fisio dah buat.. Ceret dah 2 kali. Nak mandikan tido laks aimy lepas fisio. Cepatlah turun suhu dekk... Risau ibu, kalau boleh balik pun ibu risau, kalau tak boleh pun ibu risau.. yerlah dah dok demam lagi.. Camne ye??

Ni dah try bagi susu biasa... Saja nak tengok ok ke tak dia minum. Malas dah nak minta susu Free Lactose tu..

Cik abang tak sampai lagi.. Tadi pagi part time maid datang bersihkan rumah. Awal giler mereka datang kata cik abang, 7.15 pagi dah sampai!. Pastu cepat benar habiskan kerja.. Tak tahu laa cincai ke apa ke buat kerja. Sementara menunggu mereka dijemput driver Minah Maids, cik abg minta tolong mereka melipat kain ...hahahaha. Bijak-bijak.. Selama ni aku segan pula nak minta mereka melipat kain. Cuma aku cek segala kerja mereka dan suruh buat mana yang tidak mereka buat dan tak sempurna buat. Bagus juga cik abg suruh melipat, kurang beban aku bila keluar hospital nanti. Kerja yang paling aku malas nak buat hehe.

Petang ni, jam 2.30 Alesha ada persembahan di Majlis Penyampai Sijil Tadika Al Husni Pinggiran USJ. Katanya dia masuk lakonan. Haa tak pernah tengok dia berlakon. Tahun lepas masa dekat Krista dia menyanyi jer. Cik abang suh aku yang pergi, sementelah masa hari sukan tempohari aku tak dapat pergi dek menjaga Aimy di rumah. Kamera macam tak berapa ok tu...takpelah try jer bawak. Ganti bateri segala. Tengok macam mana nanti. Kalau tak harap handphone jer laa.. huhu..

Hari redup jer.. musim hujan ni. Musim begini yang membuatkan orang asthma kesakitan biasanya.. hmmm.

Dari bilik hospital ini, boleh kulihat Shah Alam Mall dan Plaza Massalam. Tengok sahaja Plaza Massalam terus teringat kes orang yang jatuh dari tingkap tu..sape tu yg ada kaitan politik tu?? Lupa lak nama chinese tu hehe. Tapi pandangan tepi Shah Alam Mall ni kadang menggugat jiwa gak.. mana taknya signboard yang besar terpampang semuanya menggugat nafsu... KFC, PIZZA HUT, HABIB JEWELS, FLOOR DEPOT...wakakakaka. Apa laa aku merepek hahaha. Macam nak makan KFC jer hari ini haha. Tapi tangan kaki dah gatal dek eczema ni huhu.

Aikk...dah bergolek terjaga, tido balik Aimy.. bestnya tengok dia tido.. cam nak tido sama hehe. Tadi pagi sempat aku buang air besar sementara dia tido. Tapi macam tahu jer orang tak ada kat dia, keluar jer toilet..tengok dah celik matanya..renung jer ibunya ni haha. Aku risau bukan apa...dia kan suka bergolek dan dah pandai menyusur ke depan..takut jatuh katil laa. Budak bilik sebelah benjol hijau dahinya dek terjatuh katil masa maknya membuat susu..huhu. Dah laa pagi-pagi tadi Aimy sakan bergolek. Baru rasa segar nak bergolek kut heh. Tapi demam panas, segar ke?

Apalah siaran tv pepagi ni boring giler..sampai aku pun jadi boring mengantuk. Tu yang buka notebook. Tapi mengantuk juga hahaha

Ok lah minggir dulu, kembali kemudian ;)

Jumaat, 6 November 2009

Bukan ku pinta jadi begini...

Tengah lepak-lepak layan aimy nak tido.. tetiba handphone berbunyi..."Kringg...telefon berbunyi... ada haiwan dalam bahaya... ada haiwan dalam bahaya.. di sana.... wonderpets pasti datanggggg!!!"

WONDERPETS toolongggg auntieeee hahahahahaha. Aduss... gelak dulu sebelum menangis kata orang tua-tua..hehe

Suara yang bernada keras, marah, dan bagaikan musuh yang tetiba menerjah... penuh perasaan yg negatif dari suara itu. Sungguh ku tak sangka dan sungguh ku tak percaya.. Ya Allah sungguh bertimpa-timpa ujianMU buatku kali ni.. Ku pohon padaMU hanya satu.. Cukuplah kiranya aku mampu mengatasinya dari segi zahir dan batinku...mental dan emosi.. Ya Allah, Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang tak terdengar dan terlihat olehku.. permudahkanlah urusanku menjaga amanahMU yang kesakitan ini.. berikanlah belas pada orang yang bersuara itu terhadap anakku..KAU berikanlah anakku kesihatan yang paling baik dan berterusan baik buat Aimy Sufia.. Semoga anak kecilku ini dapat membesar bermain lastik dan pistol-pistolan...dapat berjaya dunia akhirat di atas keberkatanMU ya Allah..

Apa yang dibisingnya? Apa yang disibuknya? Pertanyaan bertubi, kutukan, ugutan, kencaman semua dikeluarkan dari mulut seorang perempuan berumur 54 tahun itu. Luluhnya hati ini, kerna aku tak sangka semua itu akan keluar seluruhnya buat diriku.. Sebelum ini aku tidak pernah risau dan peduli tentang peribadinya, perilakunya, tanggapan dan fikirannya yang tidak mengganggu aku walau begitu tidak sedap didengar. Hanya orang sekeliling yang selalu rimas dan terguris serta terganggu dengan segalanya dari dia... Ramai yang mengatakan aku begitu sabar dengan karenah dia. Aku tidak kisah, selagi tak membabitkan aku cukuplah.. Aku juga tak berprasangka. Biarlah dia begitu.. Dah itu dirinya.

Tapi panggilan tadi memang menguji segalanya pada diriku. Menguji emosi ku, akal ku, zahir dan batinku..malah pendirian dan ilmuku dan paling ku pantang MARUAHku.. !Aduhai, adakah dia mencabar aku? Aku rasa tercabarkah? Tidakk... aku lebih pada sedih, sayu, rasa begitu hinanya aku TETIBA di pandangan mata hatinya. Ya Allah kena rasukkah dia? Tidak mengapa dia tahu nak mengubatnya ;)

Antara intipati yang ku ringkaskan :

1. Cuti panjang dan kerap, so ambil saja unpaid leave atau berhenti. (aku masih ada 1cuti ehsan dan 8-9 cuti tahunan. Nak kata kerap cuti, tidak juga.. bukan aku amik cuti tetiap minggu, atau tetiap bulan. Tapi bulan 7 tempohari, bulan 9 tempohari dan sekarang bulan 11. Yang dia asyik bercuti sibuk reno rumah, MC laa kunun padahal reno umah dan merata pergi dan kadang MIA entah hilang ke mana, dan kadang masa kerja lepak di surau dan borak dengan bos-bos yang dikatakannya kamceng dengan dia.. itu ok pula. Tak melanggar etika kerja sekian-sekian? Aku terlupa sehari dua nak inform masih EL dah dikatakan boleh dihentikan kerja. Setahu aku 3 hari tiada khabar berita baru boleh dikenakan tindakan kan? Ingat aku tak tau ke? hehe.. Adakah patut? Dia direct 2 minggu cuti, kemudian dalam minggu lepas 1 hari sahaja dia datang kerja sepenuh hari.. 2 hari MC, 1 hari cuti, 0.5 hari cilok.. Muliakah itu?? Kunun nak habiskan cuti, takut burn yang mana tak boleh carry forward. So aku tak boleh guna cuti aku? Dia jer boleh? Patutkah??

2. Tak perform - aik tetiba tak perform?? Selama ni ok jer.. Baru 4-5 bulan bersama dah kira tak perform? Benda baru beb..! Puan pun tak pandai nak buat, tu yang bisingkan..? hehe. Puan takde, semua benda saya buat keseorangan. Bak kata kawan saya, kena laa ada plan kecemasan bila berlaku kekurangan staf dan sebagainya. Ini puan sendiri pun tak nak belajar buat. Sama seperti saya, buka juga web yang tiada kaitan kerja di waktu kerja. Jadi janganlah mengumpat saya dan bising mengutuk saya di department lama saya, dah laa di department baru pun pagi-pagi dah sekalian alam dan burung terbang ketakutan mendengar suaramu bising-bising mengumpatku..haha.. I'll will know walau I tak belajar ilmu perawatan hehe.

3. DEGIL! - haa ni paling aku tak boleh terima... apa yang degil? Aku ikut jer selama ni arahan kerja dia.. apa dia suruh buat dan apa yang dia tak suruh buat. Adakah kerana aku tidak membawa anak ke sebuah pusat perawatan Islam dan hendak teruskan pembedahan mata anak yang dikatakannya tidak perlu dan doktor cakap takutkan jer.. tu yang dikatakan aku DEGIL?? Wahh tak pernah aku melawan dia.. sampai hati dia berkata demikian. Dia selalu takutkan aku dengan itu ini tu dia tak sedar?? Sampai runsing aku dengan kesihatan anak bila dia suka takutkan, ugut dan macam dia yang tahu segalanya..huhu. Nak kena ikut cakap dia jer, kalau tak diselarnya kita DEGIL.. huhu.

4. Sibuk pasal aku nak amik maid. Haritu bising kata macam-macam pasal ambil maid. Dikatanya aku tak fikir panjang. Kena fikir lagi. Memang sibuk jer nak masuk campur keputusan hidup orang lain. Kemudian tadi, dia yang sibuk.. "kata nak ambil maid? dah ada?" Ishh kalau dah ada takkan aku kalut begini.. Kalau dah lama, dah tentu aku minta tolong maid tengok kejap-kejap di siang hari. Tapi belum rezeki. InsyaAllah ada nanti, kalau ada rezeki ku nak bermaid laa hehehe.

5. Report bulanan aku tak siapkan. Hmm 1 jer kan yang tinggal? Yang lain semua dah siapkan. Kerja-kerja ad-hoc pun aku dah selesaikan. Dia apa tau, aku buat kerja bukan nak menunjuk-nunjuk macam dia.. Bukan dia tak boleh tolong buatkan. Masalahnya dia tak reti laa tu hahaha. Nasib laa labuu..Kalau buat tanpa ikhlas dan asyik bising dan merungut, tak berkat pendapatan tu puan hehehhe

6. Adalah lain-lain lagi dia dok sebut dan begitu menyayat hati..terguris hati ini.. huhu... Cukuplah apa yang ku senaraikan tadi.

Lagi satu nak bagitahu sket, sekarang ku bertapa di bilik 3 bedded. Jadi di bilik sebegini, tak dibenarkan orang lelaki menunggu anak. Juga suami menunggu isteri. Kena sejantina baru boleh. Melainkan kalau bertapa dalam bilik single macam kami duduk tempohari. Tapi sementelah masa admitted bilik single tiada kekosongan, begitu juga double bedded..jadi amik jer laa mana ada. Jadi fahamilah mengapa dan kenapa aku perlu menemani anak di hospital selain dari cuti suamiku yang sememangnya tinggal 1 hari haha.

Lepas panggilan diputuskan, aku tak tertahan lagi untuk menghalang airmataku keluar. Aimy memandang penuh tanda tanya. Kesian aimy..

Terus ku rasa tak tentu arah.. kubuka notebook..posting di sinun dan sinin.. di sinin saja aku nak 'inform' aku EL..geram punya pasal. Aku tahu ramai opismate boleh baca.. tu saja laa aku bgtahu..hehe

Kemudian ku telefon opismate yang baik hati menolong aku carikan maid. Tempohari maid yang dicadangkan tak melepasi ujian air kencing. Bila ku tanya tadi, kebetulan dia baru dapat khabar dari seberang..dia kata ada yang nak kerja.. nanti dia bagitahu ex maid dia. Kemudian dia kata, kalau nak cepat..kita dahulukan duit medical check up RM200. So aku dah tak fikir panjang, nekad jer bayar RM200 pada akak tu. Tawakal jer laa agar yang kali ini melepasi semuanya dan yang terbaik untuk membantu menjaga anak-anakku terutama aimy. Kena belajar dengan akak tu ni nak menjadi majikan yang baik hehe. Dengarnya, tempoh pengurusan dokumen dan segalanya tentang maid pun makan masa.. paling tidak sebulan..Tu paling cepat laa tuh.


Huh lega 1 part. Kemudian kami risaukan pembedahan mata aimy tak boleh dilakukan isnin depan sementelah dia tak sihat ni. Jadi kami decide nak telefon HKL esok. Nak minta posponed tarikh pembedahan. Dulu nurse tu kata, kalau sampai jumaat sebelum masih belum sihat.. Call laa minta tukar tarikh. Kalau selsema paling tak boleh dioperate. Tapi Aimy yang murah rezeki... tadi doktor dari HKL pula yang call, bertanyakan confirmation operation dan keadaan kesihatan aimy sekarang. Doctor call cik abang, masa ni dia kat opis. Kata doktor, tunda pun tak boleh lama sangat. Tak boleh tangguh.. BAHAYA. Tapi kalau ikut kalender booking dah penuh sampai hujung tahun. Ada tahun depan sahaja.. Tapi dek doctor risaukan Aimy, dia carikan tarikh yang pesakitnya belum urgent untuk dioperate. Digantikan dengan Aimy, syukur alhamdulillah dapat doc yang concern begitu. Doc call semula cik abg selepas tarikh yang dicari confirm. Jadi aimy akan diminta warded pada 13 Dec, dan akan dibedah pada 14 Dec..menggantikan 8-9 November asalnya. Syukur alhamdulillah...rezeki aimy. Masa tu keluarga pun dah pulang dari Mekah. Rezeki aimy tul ada masa yang boleh dicilok bulan depan.

Lega sikit bila hal operate ni ditunda. Jadi tidaklah aku berterusan cuti, risau aimy tak sihat dgn kadar segera dan dibebel dek orang tu hehe.

Dr Koshy sedang bercuti sejak petang semalam. Kalau dia ada, tentu dia risau dan kalut juga nak pastikan kesihatan aimy baik sbeleum isnin depan haha...

Oklah, beransur dulu dari sini.. dah mengantuk pula. Hari pun dah lewat sangat. Aku perlu tidur agar pabila anak berjaga aku tidak tertido haha

Selamat Malam

Khamis, 5 November 2009

Dingin...

"Dinginnya di malam ini... hatiku sepi.." ingat tak lagu kumpulan MAY??.. Sape minat rock kapak tau ler...hehe.

Sekarang bilik 3 katil tinggal 2 jer penghuni...iaitu aku dan aimy...hehe. Sunyi giler.. Dah laa hujan lebat di luar..dinginnnnn jerr suasana..

Aimy dah minum 3 botol susu Similac LF instant tu.. suka laks dia. Aku perasan aimy ni suka rasa yang pelik..haha. Setengah budak tak suka susu yang rasa ubat, dia laks sukaaa sangat..! Pasti licin diminum ...haha. Tapi kalau takde ubat...2 kali ulang nak menghabiskannya..Nasib laa belum basi.. masih suam.. Similac LF ni, nurse pun kata selalunya budak tak suka sebab tak sedap.. Tapi aimy sakan nyonyot haha.. Lapar kut dia dah asyik ceret beret.. Tambah bila batuk kuat.. cian aimy.

Tadi borak ngan kawan lama kat FB.. dia syorkan bawa aimy ke doktor lain.. tanya pandangan pakar lain berkenaan sakit aimy.. Hmm nanti dulu kut, settle satu-satu hal dulu...yang mana major. KAlau tak kesian aimy laa.. ke hulu hilir dibawa, penat dia. Mudah kena virus pun ya.. dah laa dia terlalu sensitif. Jadi takpelah..pelan-pelan kayuh, mana yg patut didahulukan...kita dahulukan..insyaAllah diberkatiNYA.

Speanjang hari ni aku jadi kemaruk makan. Ya Allah takut aku, tapi dalam takut..layan juga nafsu tu!! Tu yang aku malas sediakan barang makanan di mana-mana simpanan aku. Bior takde dan tak nampak. Kang tak pasal aku nak hadap selagi mahu.. Ni tadi, dok rehat-rehat sementara cik abg dan anak-anak main games kat notebook, aku pi bantai roti gardenia 3 keping diletak madu Naquia...hahahaha..

Madu Naqia..haa ni pemberian boss ku untuk aimy. Jadikan ubat utk segal apenyakit aimy... Aku terima pemberian orang..insyaAllah aku dah cuba.. Cuma bila banyak lagi aku tengok tu... mendatangkan keinginan nak makan..hahahaha. Apa nak jadi ni...kang mau naik 2-3 kg pula..hahaha

Bab tanggungjawab dan peranan suami isteri...sesuatu yg patut diperbincangkan dan ada penerangan serta penjelasan yang sewajarnya agar tidak lagi kita terkeliru antara yang dituntut agama dan yang sibuk disuruh amalkan dek tok nenek moyang... Macam nak cari segala penerangan dan ilmu berkaitan..agar dapat dikongi bersama kawan-kawan dan adik beradik...insyaAllah

BAnyak tarikh pula yang aku terfikir hari ini.. tentang 6 Dec, tentang 7 November, tentang 8 nov, tentang 9 nov... macam2..huhu

Hari ni dapat SMS dari ibunda tercinta pula...
Dia menyampaikan khabar di sana...Mak ada sedikit selsema. Sana panas dan berhabuk..Orang pula makin ramai..Tadi mereka ziarah Jabal Rahmah dan tempat2 lain..Dan dia sentiasa doakan semua... aminn

oklah..dah buntu dek mengantuk... makan banyak kut haha..

Rabu, 4 November 2009

Bertapa dlm bilik 510@DEMC

Hari ini aku EL..jaga aimy di ward. Risau bila demam dia tak surut-surut. Begitu jer suhu walau dah makan ubat. Last nurse bg ubat buntut. Pas mandi, aimy tido.. baru rasa suhu panasnya dah kurang banyak... Alhamdulillah. Hari ini pagi petang Aimy kena fisio. Kali ini fisio hanya ditepuk sahaja.. tak masuk tiub ikut mulut dan hidung, dek aimy pernah berdarah hidungnya dulu.

Semakin lewat petang, makin nampak cergas Aimy.. nafasnya dah tak laju. Cuma masih denagr bunyi dia bernafas kerana hidungnya masih ada selsema. Doktor datang melawat pagi dan petang. Petang tadi Dr Koshy cakap..kahak dia dah amat berkurangan..bagus. Cuma dia risaukan demamnya sahaja. Kalau ok demamnya tak ada sampai pagi dan tengahari esok, insyaAllah esok boleh keluar. Kalau tidak, kena tambah 1 hari lagi.. Alhamdulillah...at least tak lama dok di hospital ni. Syukur alhamdulillah.

Haa ayahandaku baru menelefon dari Masjidil Haram. Nak tunggu asar katanya. Kena datang awal, kalau tak nak masuk seksa. Kelakar bila ayah citer, dari hotel nak ke Masjidil HAram kena naik van..hotel jauh sikit. Naik van kena bayar 1 Riyal ketika pergi, balik 2 Riyal.. Aikk kenapa mahal waktu balik? Ayah kata sebab masa pergi turun bukit, masa balik hotel naik bukit ......hahahha.

Nurse pun baru datang hantar ubat dan cek suhu aimy..Alhamdulillah suhu dah turun ke 36.8C... Harap berterusan hingga bila-bila..

Cik abg dan anak-anak baru selesai makan McD. Siap beli gelas cik abg aku ni...haha. Aku makan nasi bersama lauk ikan cencaru masak terutup yg aku gemar kalau stay kat hospital ni haha..sedappppp!! Mau gemuk asyik melantak jer...

Risau tgk muka adani.. ntah apa kena muka dia penuh dgn luka dan macam ada jengkitan tepi mata. Asalnya ada yg mencakar ...bila luka dah kering..adani ni suka mengopek. Dah asyik berdarah dan luka kembali. Macam jadi makin teruk bila macam melarat..Tak elok dah muka dia.

Aimy dah bangun...so sambung kemudian. Anak-anak pun nak main komputer kata mereka.. So beransur dulu dari blog ini...

Selasa, 3 November 2009

Macam kurang senang laks ngan org katil sblh ni... dah laa suka suki dia nak buka dan padam aircond.. takpe lagi walau aku cam nak minta oksigen dan aimy pun meresah terlalu panas... Tapi yg aku geram, dibiar tv terbuka sampai habis siaran. Tv laks jenis yg bila habis siaran, punya kuat dia punya bunyi berdesing tu...mak aiii tak kan dia tak terdengar walau dah tertido...padahal tv tu dia sorang tgk..! Asyik hala ke dia jer... Sampai kami ni nampak sipi2 tadi masa tgk berita. Pastu yg peliknya... lepas aku dah tak tahan dgr bunyi kuat dari tv yg dah habis siaran, dan takut aimy terjaga ngan bunyi kuat dan bising tu, aku sendal aimy ngan bantal...aku bangun gi tutup. Aku tgk dia terbongkang tido...Tapi sebaik aku duduk balik di katil.. tutup tirai... dia bangun weii..! Gi basuh botol susu anak dia kut...alahai...Terjaga laks dia?? Tu yg aku malas share bilik ngan orang ni huhu... Pakkal tadi takde choice... terpaksa rela amik dah takde kekosongan...huhu. Tapi mungkin cara aku pun org tak suka kekeke

Isnin, 2 November 2009

Hari yang kalut.. di pejabat dengan kerja yang banyak di awal bulan. Kemudian Aimy pula mula menunjukkan semakin tidak sihat bila demamnya tak hilang sejak kena sabtu malam ahad tempohari.. dengan ceret beretnya...dengan batuk teruk, kuat dan tak berhenti.. teruk dia nak bernafas... dah laa selsema juga. Aku nekad nak bawa aimy jumpa Dr Koshy isnin juga.. cik abg pula suggest selasa, sementelah ada klinik malam. Aku tak sedap hati, serta kesian sangat tgk anak dah tak selesa begitu...



Sampai DEMC dah 2.30, beriya jer nak datang awal...tapi dah aku kalut nak siap report, tak boleh save laks report aku.. poyo tul haha. Tap cepat juga kami dipanggil.. Doktor terpaksa arahkan aimy masuk wad.. Alahai apa nak buat, kesihatan dia penting sementelah nak operate mata pula isnin minggu depan. Doktor terus bagi ubatan dan antibiotik yang agak kuat seperti yg dia dapat masa 2nd time warded dulu. Hopefully, dlm masa 1-2 hari jer kami boleh keluar...aminn



Lepas makan segala, cik abg yg tinggal jaga aimy... aku balik dan amik anak2 serta barang2 yg diperlukan.

Jiwaku dah aman seket hehe...alhamdulilllah... Cuma risaukan aimy jer la..

Ayah pun call tadi dari Mekah.. tanya pasal aimy...

Tetiba aku teringin roti Break Tru yg selalu dihidang dek DEMC time aku sarapan dan sahur haha...

| Ini Cerita Aku |: Fatwa Tentang Merokok

Ini Cerita Aku : Fatwa Tentang Merokok

Ahad, 1 November 2009

Sedih...sayu...

Hari ni yang seronok ada 2 sahaja... pertama, Aimy mengekek ketawa sakan bila aku terikut gaya dia mengagah... Terhibur sungguh melihatnya. Tapi bila malam, dia mula demam... dengan batuk tak berhenti...muntah cukup segalanya lah. Susahnya hati ku...

Kedua, ayah call dari Madinah jam 9.30mlm tadi.. katanya di sana baru 4.15 petang. Mlm ni mereka akan berangkat ke Mekah menaiki bas. Dah packing segala... yang kelakarnya.. bag dah penuh!!! hahaha.... Ayah dan adik dah mula wajib memakai ihram. Ku doakan mereke sihat dan dapat beribadah dengan sempurna di sana. Amin...

Telah 2 hari ku berhati walang... entahlah... tak tahu bagaimana hendak diluahkan, dibicarakan juga tiada gunanya.. tiada siapa yg peduli apatah lagi mahu mendengar.. Benarnya dah berbulan dan mungkin bertahun ku pendam... tapi.... Ku luahkan salah, ku pendam pun salah... Apa yang berlaku.. tiada siapa pun yang peduli.. Tiada siapa yang mahu tahu perasaan dan hatiku ... Apalah sangat perasaan dan fikiran seorang perempuan seperti aku.. Tiada maknanya pada sesiapa pun...

Tak mengapalah... biar ku pendam sebuah duka...

Catatan Popular