Selasa, 3 Mei 2011

Risau..risau ...risauuuu.... :(

Ahad 24 April kami berkunjung ke rumah mertuaku di Jinjang. Di sana Aimy mulanya aktif dan seronok nak mencium baby Rafeeq anak sedara suamiku yang baru berumur 6 bulan. Umur sahaja 6 bulan, badan dah mencecah 10kg! Perghh macam baby SUMO tuh... geram cam nak gigit.. KOKAK kang!! hahaha.

Tapi kemudian, Aimy mula merengek dan tidak selesa dek kesakitan akibat sembelit. Dalam dia kesakitan, boleh dia diam menangis dan menyambung merayap. Habis kabinet tv dan macam-macam dijilat dan dimasuk mulut..huhu. Dah la ibu mertuaku baru siap ubahsuai dapur (cantiknya dapur merah mak!;)). Tapi kemudian, menyambung semula menangis sekuat hati sambil menarik rambut dek kesakitan sembelit. Tak lama, badannya mula panas.. aduhai demam la pulak.. huhu. Tak boleh jadi ni... aku minta cik abang carikan ubat punggung untuk mencairkan najis. Dibelinya di klinik berdekatan rumah. Selesai operasi masukkan ubat dan Aimy membuang.. keletihan sangat dia.. lena tertidur dengan badan yang panas. Nak bawa ke klinik, cik abang kata biar dia pergi ambil ubat sahaja. Jadi ok la, dah dapat ubat, terus masukkan dalam susu dan dia minum dengan lajunya.

Balik dari rumah mertua.. malam tu Aimy kurang lena.. Rupanya suhunya meningkat pada 41C. Aduhai, cuak aku melihat suhu yang begitu tinggi. Aduhai.. kenapa demam semula dik??? Kesiannya dia.. Terus bagi ubat, tampal kool fever di dahi dan basahkan kepala Aimy sedikit demi sedikit. Alhamdulillah suhunya turun bila dah pagi. Tapi masih demam la. Kami ingat ia akan ok. Maka kami hantar ke nursery. Tapi sedih bila ambil Aimy ketika balik dari pejabat, nampak dia mula lemah dan tak ceria. Nampak sangat dia sakit.. huhu. Entah macam mana, ketika dia menangis dalam kereta, aku ternampak ulcer di langit-langitnya berhampiran tekak. Ada 2 biji putih.. ulcer kut ya?? Aduhai, tak sedap hati.. tengok kat area dinding pipi.. pun bengkak sedikit. Gusinya merahhhh sangat. Dah laa Aimy sejak sebulan ni kerap mengasah gigi, sampai terpatah satu giginya dek 'tabiat' barunya tu. Tapi bunyi asahan giginya kadang menakutkan.. kuat sangat.. tak sakit ke?? NYILU!!

Balik dari nursery, terus ajak cik abang ke klinik. Sebab suhu Aimy masih tinggi walau dah makan ubat setiap 4 jam. asyik 38-39C. Sampai di klinik, doktor periksa suhunya dah mencecah 39.5C. Doktor minta kami terus bawa ke hospital bahagian kecemasan untuk dapatkan rawatan segera. Terlalu panas katanya. Diberinya kami surat rujukan. Disebabkan kami sedikit lewat sampai ke hospital, jam 9 malam. Klinik pakar telah tutup. Maka memang kami terus ke area kecemasan. Mendaftar dan minta disegerakan kerana anak dah panas sangat badan. Tapi tak juga segera, agak lama juga baru nombor kami dipanggil. Aimy diperiksa suhu oleh nurse, suhu dah meningkat semula kepada 40.2C. Aduhai... patutlah dia merengek jer. Terus nurse masukkan ubat punggung dan minta kami ke makmal untuk diperiksa darah Aimy. 30 minit juga kami menunggu sebelum dipanggil berjumpa dengan Pegawai Perubatan yang bertugas malam itu.

Doktor kata tiada yang kritikal, cuma jangkitan bakteria. Kami bagitahu ada ulcer/bintik-bintik putih dalam mulut dia. Doktor kata, "saya akan bagi antibiotik untuk itu". Jadi macam pelik juga.. cuma antibiotik sahaja ke sebagai ubat ulcer? Hmm tak mengapalah, mungkin dia lebih tahu kerja dia. Diberi juga ubatan 'standard' untuk demam dan selsema/batuk. Macam tak puas hati aku tak jumpa pakar kanak-kanak - Dr Koshy..huhu. Paling tak best, dah la dah lewat malam.. anak-anak dah lapar dan mengantuk. Ada pula masalah hal surat jaminan insurans pejabat cik abang. Rupanya salah kakitangan DEMC sendiri yang tak fax surat rujukan yang telah kami beri bersama kad insurans dan kad temujanji.. Kemudian kami diminta bayar dahulu sementara mereka buat dan dapatkan surat jaminan tersebut keesokan harinya.. huhu mereka yang salah, kita yang kena tampung kesalahan hmmm. Cik abang malas cerita banyak, dia bayar jer. Huhu sungguh tidak berpuas hati haha.

Hari Selasa 26 April, terpaksa cik abang bercuti bila Aimy teruk sangat meragam malam tu. Aku ada kursus dari isnin. Tak boleh tidur dia... bangun, duduk, berpusing, marah itu ini.. serba tak kena.. Dipujuk didukung semua serba tidak mahu. Dah lama baru tertidur, itu pun adalah 10-15 minit dan terjaga semula.. mengamok semula. Alahai kesiannya, memang kesian bila ketiga-tiga kami tidak boleh tidur. Sampai aku teruk migrain esok paginya. Separuh hari sahaja aku berkursus, dan terpaksa balik dek migrain dan anak yang tak sihat. 3 hari 3 malam Aimy tak boleh tidur...aduhai teruk sangat tengok keadaan dia. Tidak pernah dia begini.. Kalau teruk demam dan kena asma sekali pun, memang dia tak pernah begini. Sampai aku sms mak yang kebetulan ada di rumah kakak. Cepat mak aku menyuruh ambil dia malam tu juga.

Rabu aku pula bercuti walau mak aku ada. Tak sampai hati, merengek dan mengamok saja dia. Rambut ditarik-tarik sampai dah nampak botak setompok, gigi asyik dilaga-laga, kemudia kadang macam meronta marah. Nak tidur jika hanya didodoi di ribaan. Sepanjang hari aku meribanya. Nasiblah tengah cuti solat. Mak yang membantu semua kerja rumah yang mana sempat dan mampu dia buat. Kesian mak. Aduhai jiwa kacau aku, ajak bawa ke hospital semula, cik abang diam jer. Ulcer Aimy dah mula memenuhi lidahnya terutama di tepi lidah, dibibir ada satu di atas dan satu dibawah. Tersentuh bibirnya, mengamok dia. Maka mulalah Aimy tidak mahu menyusu, minum air dan makan sekalipun. Sedangkan kami tahu dia kelaparan.. huhu kesiannnyaa.. :(

Namun Alhmadulillah rabu malam selasa Aimy dah boleh tidur sedikit. Mungkin kerana sebelum tidur dia dapat menjamah sedikit nestum cair yang kami buatkan. Lega sedikit hati. Demam pun dah mula turun bila diberi ubat, kalau tidak sebelum itu.. walau ubat ditelan, tiada kesannya. Hari khamis aku kembali ke pejabat. Tengahari balik menjenguk Aimy yang masih lemah dan tak bermaya walau demamnya turun naik. Aku ulang semula mengajak cik abang bawa Aimy ke hospital. Tapi itulah, entah kesibukan apa buat hajatku terbiar begitu saja.

Jumaat pun Aimy masih begitu walau dia dah mahu duduk sendiri dan melihat tingkah laku kakaknya. Ayah aku yang datang menziarah, risau melihat keadaannya. Seperti mak, ayah pun kata mungkin ada sesuatu yang mengganggu. Selain Aimy suka melagakan gigi, kepalanya sahaja yang panas membahang, tetapi badan dan kaki sejuk pula. Mereka minta aku bawa ke mana-mana ustaz atau minta air penawar segera. Balik kerja jumaat tu, aku mebelefon seorang ustaz yang direkomen boss aku. Dekat saja rumahnya. Di Seksyen 19 sahaja. Ustaz tersebut ada tetamu malam itu, aku tak dapat berjumpa dengannya. Sabtu pagi Ustaz mahu pulang ke kampung pula. Tetapi dia meminta aku memandikan Aimy dengan air yang telah dibancuh dengan garam halus yang telah dibaca Al Fatihah 7 kali. Kemudian dimasukkan ais sebelum memandikan Aimy. Selepas mandi, sapu pula dengan minyak zaitun yang telah dibaca Al Fatihah 7 kali juga. Disuruhnya aku buat 3 hari sebelum jumpa dia pada Selasa malam Rabu 3 Mei 2011.

Sabtu, kami pulang ke kampung. Bawa Aimy berubah angin, mana tahu segar sedikit dia. Sebelum bertolak, kami ke klinik, mencari ubat mulut untuk ulcer. Ramai kata ada. (Kenapa doktor hospital tak beri???). Memang ada.. alhamdulillah dengan ubat mulut tu, nampak progress pada Aimy. Sambil itu kami ikuti arahan Ustaz selama 3 hari, memang nampak sedikit kesan positif. Aimy dah mula nak merangkak merayau sana sini, mula nak ajak berjalan keluar. Namun Aimy masih nampak lemah, matanya redup bagai susah nak dibuka, mukanya pucat sedikit, bibirnya kering walau mahu juga dia minum dengan sudu/sringe dan disuap makan nestum yang cair. Longlai untuk bermain dan tidak ceria. Kadang kuusahakan untuk dia ketawa, adalah sedikit senyuman diberikan.. alahai..sungguh aku berhati walang.. :(( Tak sabar aku nak bawa ke ustaz malam ini dan ke hospital keesokkannya.

Ya Allah KAU sembuhkanlah anakku itu.. KAU pulihkan semula dirinya, semangatnya, dan keadaannya.. KAU padamkanlah kerisauan hatiku ini.. Moga anakku Aimy Sufia dapat membesar dengan sihat sempurna di bawah lindunganMU ya Allah.. Aminnn

** tak sampai hati nak upload gambar Aimy yang tersangat kurus.. kata adikku, macam orang diet jer.. huhu :((

Sejak ahad, Adani pula mulai demam. Rupanya dia pun ada ulcer berhampiran anak tekak. Cepat ku berikan ubat demam, antibiotik dan ubat mulut Aimy. (ubatan itu yang aku perolehi dari klinik Sabtu pagi tu... kerana Aimy aku teruskan antibiotik dari hospital).

Harap anak-anakku sihat walafiat hendaknya.. ya Allah redakanlah kekalutan ini.. resah risau jiwaku... aminn.

Catatan Popular