Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute)
Syukurr Alhamdulillah ... amat bersyukur kepada Allah swt kerana sering memakbulkan doaku walau aku sering diuji.. Ya Allah gembira sangat, sampaikan aku tak sabar menanti pagi dan tibanya petang untuk ke sekolah baru Aimy.
IMC Training Centre for Special Needs atau dalam bahasa Melayunya Pusat Jagaan dan Latihan Insan Istimewa yang terletak di USJ 4, pernah ku jumpa ketika aku melayari internet untuk mencari maklumat dan lokasi pusat-pusat latihan sebegitu rupa. Tak salah, ketika itu penat aku mencari alamat dan nombor telefon tapi tiada... Namun apabila aku tahu pemiliknya bukan muslim, fikir banyak juga aku. Tetapi hajat hendak meninjau tetap ada. Tapi entahlah, macam-macam hal dan akhirnya terbiar hal nak ke USJ 4.. Sedangkan dekat jugalah dengan pejabat aku. Tapi itu lah, aku ni isteri setia (hahaha) nak juga dengan suami ke mana saja hehe.. Senang buat keputusan kalau dia ada bersama. Ni kadang, dah tinjau.. terhenti pula tak boleh buat keputusan selagi belum ada keputusan bersama. Jadi kisah menunggu cik abang yang jadi lama tu sementelah dia asyik kena kerja haha. Tapi benarnya, masa memang tiada untuk kami ke sana. Bila dah tiada kerja dan rancangan, Aimy pula tak sihat.. sudahnya begitulah hehe.
Apa pun, kisah Nabila anak tersayang Noina (Ina) yang diluahkan di dalam fb buatkan hajatku menjadi kenyataan. Secara langsung memang kena berterima kasih pada Ina dan Nabila dan secara tidak langsungnya Alisya dan Ita hehe. Tidak menyabar aku hendak mendapatkan maklumat, alamat dan nombor telefon daripada Ina.. Bila dah ada yang pergi dan bersekolah di situ, keyakinan dan semangat tu jadi lebih haha. Dengan rasa malu tetapi nak juga tahu, siap ajak Ina 'chat' haha.. Sudahnya aku menelefonnya. Seronok pertama kali berbual dengan Ina.. (tak jadi malu aku hahaha). Ramah dia.. Rupanya Ita juga menghantar Alisya ke tempat yang sama.. sesungguhnya memang kau tak tahu kerana telah lama aku tidak membaca mana-mana blog rakan senasib sejak bibik tiada. Jadual harian aku penuh, tiada masa lagi untuk melayari internet malam-malam. Rutin hidupku bagai berkejar pagi hari 'punch card' di pejabat dan berkejar di lewat petang punch card pula di rumah. Kadang sebaik selesai saja apa harus dan wajib kulakukan, maka automatik mata mula layu hehehe. (Tapi andainya aku terbaca kisah Alisya ke sekolah, mungkin lagi awal aku menghantar Aimy ke IMC.. mungkin hehe.)
Setelah dapat nombor telefon Mrs Sunny dari Ina, terus aku call di petang Jumaat nan indah pada 1 Julai 2011 itu. Nasibku amat baik, Mrs Sunny yang menjawab. Senang aku nak bertanya. Tapi jadi tak berapa jelas kedengaran bila telefon bagai bergaung. Apa pun kata Mrs Sunny, sebenarnya mereka telah mempunyai ramai kanak-kanak yang dijaga. Tapi dia tidak pandai berkata 'NO' (dia speaking cakap melayu sesikit jer.. so aku translate ok hehe). Mrs Sunny bertanyakan apa masalah anak aku, setakat ini ke mana aku bawa, berapa umur dan sebagainya. Akhirnya dia meminta aku bawa Aimy ke IMC keesokkan harinya (Sabtu 2 Julai 2011). Dia nak lihat keadaan Aimy. Dia minta maaf awal-awal, kalau keadaan Aimy perlu banyak bantuan, asyik menangis.. dia takut tak cukup kakitangan nak menjaga anakku. Aku penuh yakin memberi jaminan yang Aimy seorang anak yang ceria, dan keadaannya tidak teruk serta mudah diuruskan (wah confidentnya aku!! apa nak buat.. aku nak juga peluang untuk Aimy bersekolah! haha). Setelah temujanji dibuat pada jam 10-10.30 pagi esok, alamat diperolehi.. aku berterima kasih tak terhingga kepada Mrs Sunny. Bunyi suara begitu serius dan agak berumur, mula aku membayangkan guru yang garang haha. Setelah pasti baru ku maklumkan pada cik abang kekekke..
Tak sabar rasanya menunggu pagi. Sebenarnya, penuh jadual hari Sabtu kali ini. Daripada hendak ke Tadika Adani melihat 'report card' kemudian ke IMC meninjau sekolah Aimy menghadapi sesi ala interview dan plan terakhir untuk hari sabtu itu, kami hendak pusing-pusing Genting Highlands..!! Semuanya semoga menceriakan hari kami.. aminn. (Alhamdulillah memang semuanya berjalan lancar dan murah rezeki kami.. Sungguh bahagia rasa hehe)
Alhamdulillah setelah puas hati melihat keputusan 'assessment' Adani di tadika.. dengan markah amat cemerlang dan dia memperolehi nombor 1, kami bergegas ke IMC. Kami dah terlewat 20 minit, nasib Mrs Sunny pun tiada di pejabat, keluar sebentar. Maka kami menunggu penuh setia. Kami diberi sehelai risalah berkenaan IMC untuk dibaca. Lama juga aku menunggu hehe. Cik abang dan anak-anak melihat keliling, sedangkan aku setia di dalam bilik pejabat Mrs Sunny. Bila Mrs Sunny sampai dengan gaya ranggi ringkasnya, memang bolehku agak itu pasti dia.. Wah muda lagi orangnya, lawa pula tu.. ! haha.. Bayanganku dari suaranya jauh menyimpang! haahhaa. Perbualan kami memang susah nak fokus, banyak gangguan... sama-sama faham. Sekejap gangguan dari Aimy dan anak-anakku, sekejap dari anak-anak yang tengah bertuisyen, sekejap dia perlu masuk campur dalam urusan anak-anak yang ada.. memang lama jadinya baru nak habis cerita haha.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Mrs Sunny suka melihat Aimy.. Dia kata Aimy tidak teruk, cumanya masalah perkembangan lambat sahaja, kalau dia boleh berjalan..semuanya akan beransur OK (aminn). Aimy ceria, menarik hati.. dan pasti jadi tumpuan dekat sini katanya sementelah Aimy yang paling kecil (tak salah pendengaran aku laa haha). Begitu mesra dan ceria dia bercakap.. Akhirnya katanya dia menerima Aimy.. syukurrr Alhamdulillahhhh.. Sibuk dia picit-picit dan nak gigit Aimy.. geram katanya.. Dia memang suka baby. Katanya, jangan marah kalau ada lebam kesan gigit.. hahaha. Dah laa pantang ditegur Aimy ni, mula laa buat goyang kepala la, buat muka pelik-pelik dan lucu la.. apa lagi, mengekek gelak Mrs Sunny melayannya. Aku diberi penerangan tentang aktiviti pembelajaran di situ, kalendar sekolah, kaedah pembelajaran, menu seharian, guru-guru yang ada dan sebagainya. Persoalan yang menggusarkan pun telah kutanyakan. Sementelah Mrs Sunny 'vegetarian' mereka tidak membawa apa-apa yang tidak halal masuk ke dalam sekolah. Malah mereka mempunyai pembekal khas muslim yang datang menghantar bekalan bahan mentah. Kata Mrs Sunny, Aimy akan dicuba diberi makan nasi. (Aku terangkan yang Aimy tidak gemar bubur nasi dan mengalami sembelit yang teruk. ) Sebab umurnya dah memang sepatutnya makan nasi. Tapi itulah, kena hati-hati kerana dia mudah tersedak.
Antara aktiviti yang dijalankan selain fisioterapi, sensori, terapi pertuturan dan semua yang asas untuk anak istimewa, mereka juga mempunyai kelas renang, kelas yoga, kelas ginseng dan sebagainya. Akhir sekali baru Mrs Sunny bercerita berkisar tentang yuran dan segala bayaran yang diperlukan. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, tak berapa jelas mengapa Mrs Sunny hanya mengambil bayaran untuk kelas (bulan Julai), pendaftaran, deposit dan yuran alat tulis (untuk 6 bulan sahaja). Yuran jagaan harian atau 'daycare' katanya dia tidak perlu lagi. (Budak-budak baya Aimy, termasuk Alisya dan Nabila.. dikatergorikan dalam satu kumpulan. Setakat ini ada 5 orang tak salah. Semuanya dia tak ambil yuran 'daycare'.) Katanya, tunggulah mereka besar kut baru I ambil yuran tu... hahaha. Katanya mereka masih kecil. Apa yang dapat ku fikirkan, mungkin dia takut budak baya Aimy ni tidak lama fokus dan berkerjasama.. dan mungkin layan tidur saja. Adakah sebab itu dia tak sampai hati nak ambil duit 'day care'.. hmm mungkin.. hehe. Apa pun aku siap tanya, boleh tak I dapat diskaun bila you decided nak ambil yuran day care nanti?? haha. SUREEE boleh!! katanya hahahha
Apa pun aku cukup bersyukur hari ini.. gembira tak terhingga.. Apa yang aku cari selama ini dah tercapai untuk Aimy. Paling penting hajatku nak melihat Aimy mula sekolah paling lewat bermula umur 2 tahun tercapai! SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Paling menyenangkan hati, ia boleh dikatakan dekat dengan rumah dan dekat juga dengan pejabat aku untuk aku berulang alik (sekitar 15-20 minit dari rumah ke IMC dan 15-17 minit IMC ke pejabat). Ditambah lagi dengan ada pula jalan USJ Heights sebagai 'short cut' untuk Aimy tidak berlama dalam kereta hingga menjadi bosan.. Syukur Alhamdulillah..!!! Syukran JazakaAllah..!! Petang ahad (selepas ke Genting Highlands, kami ke OU mencari buku Adani dan hadiah kecil untuk dia. Kemudian bermalam di rumah MIL. Petang Ahad balik dari jinjang, kami survey jalan yang perlu ku lalui untuk menghantar Aimy setiap pagi dan petang. Survey jalan USJ Heights la apa lagi hehe)
Maka bermulalah sesi persekolahan Aimy pada 4 Julai 2011. Dengan secara rasminya aku maklumkan pada teacher taskanya yang Aimy telah dapat sekolah untuknya. Di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat aku ambil pada minggu lepas, dan semalam (11 Julai 2011). Ketika itu mereka tengah adakan sesi regangan otot untuk anak-anak mengikut kesesuaian setiap kanak-kanak. Muzik dipasangkan, suasana tenang, duduk di tepi laman. Adakala Aimy diajak bertatih ke sana ke mari atas rumput, batu dan berkasut. Kaki dan badan mereka juga akan diurut ketika itu. Itu sahaja yang sempat ku lihat haha.
Hari pertama Aimy berjalan dengan lancar. Dari rumah ke sekolah Aimy cukup baik dan ceria. Sampai di sekolah, tercengang juga dia melihat ramai mengerumuni dia. Happy saja wajahnya. Tak lama aku menunggunya, tinggalkan pelbagai pesanan terutama pasal ubatan, terus aku bergerak ke pejabat. Jalan ke pejabat pun dari hari ke hari aku tinjau untuk cari jalan tersingkat dan paling baik untuk laluan aku seharian. Asyik bertukar setiap hari sehinggalah aku rasa bodohnya aku selama ni berpusing jauh!! hahahhaha. Itu setelah aku jumpa semua jalan yang memudahkan dan mempercepatkan aku sampai dan balik dari pejabat mengambil Aimy di sekolah. Ya Allah tepi jalan besar sahaja rupanya.. kekeke.
Pada hari pertama, oleh kerana aku sibuk di pejabat, walau hati agak risau juga.. Aku tak sempat call IMC. Tapi itulah, tak ku sangka bila Mrs Sunny menelefon aku. Memaklumkan semua apa Aimy buat.. hahaha. Dia yang bersemangat lebih melihat gelagat Aimy. Katanya semua kakitangannya tak jadi kerja seronok melayan keletah Aimy yang banyak akal... suka buat memek muka dan goyang-goyang kepala hehe. Kelakar sungguh katanya. Gelak saja mereka. "Your daughter so adorable.." hihihihi. Katanya lagi, aku tak perlu risau kerana dia good girl. Nasi pun dia makan! ...wah Alhamdulillah.. Kalau kat rumah makan la juga sesikit, kemudian sembur atau tersedak huhu. Rekod buat Aimy, sebaik sampai di rumah.. dia hanya bermain seketika... dan kemudian dah merengek mengantuk. Selepas azan maghrib, dia terlelap sendiri di atas tilamnya di depan tv haha. Begitulah Aimy sepanjang minggu, paling lewat jam 8.30 pasti dah mahu tidur. Penat kut di sekolah hehe.
Hari ke 2, Aimy bangun pagi dengan selsema yang teruk dan sedikit demam. Alahai tetiba jer..!! Mula la aku tak sedap hati, mana taknya... ubat selsema Aimy dah kehabisan.. yang ada hanya ubat demam. Setelah aku hantar Aimy, banyak benda yang melintas benakku. Tak jadi aku meneruskan perjalanan ke pejabat. Aku terpusing-pusing sekitar rumah kedai depan IMC.. Terfikir pula nak cari ubat untuk selsema Aimy. Syukur alhamdulillah, apa yang aku terniat dimakbulkan Allah. Ada klinik panel di situ dan aku hanya nak minta ubat selsema sahaja. Tapi oleh kerana prosidur klinik yang memerlukan pesakit dibawa bersama untuk pertama kali, aku terpaksa mengambil Aimy. Letak kereta depan klinik. Berjalan kaki ke IMC untuk meminta Aimy dari jagaan teachernya. Memang dia sedang ceria mendengar muzik di laman IMC.. Sekejap sahaja janjiku. Tapi akhirnya jadi lama juga. Lambat nak dapatkan ubat. Apa pun memang teruk selsemanya kata doktor.. Setelah selesai di klinik, hantar Aimy semula ke sekolahnya. Legaa sedikit hatiku bila tahu dia ada ubat bersama. Apa pun syukur Alhamdulillah, selsema Aimy sekejap dah ok .. kalau tidak likat bewarna hijau.. huhu.. (Tapi selsemanya berulang jumaat 8 julai pula).
Semasa balik pada hari ke 2, terserempak dengan Ina dan Nabila. Wah pertama kali aku melihat mereka secara 'life' hehehhe. Selalu tengok gambar dalam blog sahaja hehe. Kecik jer Ina tu, dalam blog nampak tinggi hehe. Syukur bertambah sahabat dan kawan.. Pagi tadi (Isnin) juga nampak Nabila. Alisya tidak pula kelihatan pula, tak pernah terserempak lagi dengan Ita mahupun Alisya. Aimy yang didukung teachernya, sibuk menolak badan ke arah Nabila. Dia nak sayang nabila. Suka tengok keadaan itu, aku masuk ke dalam kereta mengambil telefon. Nak mengambil gambar pula rasa bila melihat gelagat Aimy. Aimy dan Nabila duduk bersebelahan hehe. Mereka didudukkan di atas stroller/prem untuk menggalakkan mereka cuba berdikari dan tidak mengharap mereka didukung untuk bergerak ke sana ke mari.
Pada hari kedua, aku diminta Mrs Sunny untuk membawa kasut bertapak berat untuk menggalakkan Aimy berjalan. Tapak berat itu membolehkan Aimy menjatuhkan kakinya ke bawah. Oleh kerana kasut Aimy dah tidak muat dan kami pula tidak sempat lagi nak belikan yang baru, kami cuma pakaikan Aimy foot cover atau stoking sahaja. Tapi bila hari ke 3 pun masih ditanya tentang kasut, segan pula rasa. Maka malam itu juga kami mencari kasut Aimy di sekitar Seksyen 18.. hahaha. Aimy dah tertidur pun kami angkat masuk kereta. Kalau tak bawa dia susah pula, maklumlah Aimy kan ada 6 toes. Syukur lagi sekali apabila rezeki Aimy sentiasa murah. Ada sales dan diskaun 50% untuk kasut Aimy.. syukur dapat yang murah, maklumlah ibu dah berhabis bayar yuran sekolah Aimy..terover budget pula bila semua dibayar tunai sabtu lalu.. hehe.
Sebelum ini, aku risau Aimy tidak mahu berlama duduk di dalam 'car seat'nya. Tapi syukur, setakat ini...aku dipermudahkan Allah.. Aimy ok sahaja duduk dengan dilayan susu/air masak sesambil dia melihat ke luar tingkap hehe. Jalan USJ Heights pun lancar dan tiada kesesakan. Ia memudahkan aku untuk mengatur jadual pergi dan balik kerja aku.
Dalam seminggu Aimy ke sekolah, nampak perubahan juga. Dia dah mula mahu berlatih tatih (dipegang sambil berjalan). Kalau dulu 2-3 langkah dah duduk.. Tapi kali ni kalau kami buat di rumah, dia boleh mengikut bertatih sehingga 6-8 langkah .. wow satu perubahan yang hebat kan.. syukur Alhamdulillah. Walau perubahan itu hanya sekelumit sahaja tapi amat besar makna pada kami.. alhamdulillah.
Allah itu Maha Mengetahui.. sesungguhnya inilah hikmah di sebalik bibik balik indon dan tak balik lagi.. Sebenarnya dari awal tahun telah ku fikirkan, tahun ini aku berazam nak dapatkan juga sekolah untuk Aimy. Kalau bibik dah tak nak kerja bila Aimy dah sekolah, aku berbesar hati untuk benarkan dia berhenti haha. Tapi masalahnya, aku tak tahu bila Aimy akan mula bersekolah. Ketika kami pertama kali meninjau ke PDK dulu, bibik masih ada.. Masa itu kami merancang, bibik yang akan selalu meneman Aimy di PDK sementelah kami susah hendak mendapatkan cuti. Jadi kami memang harap bibik setia berkerja dengan kami. Tapi itulah, sebaik kami balik dari PDK Klang, bibik minta nak balik sekejap untuk kahwinkan anak perempuannya.. Sudahnya hajat kami membawa Aimy ke PDK Klang tertangguh apabila bibik pulang ke Indon 2 minggu selepas kami berkunjung ke PDK Klang. Masa itu kami berhati walang, dengan bibik yg bagai lari, dengan Aimy nak dijaga siapa dan sering sakit, dengan kesiankan mak menjaga Aimy sementara..Aduhai serabut kepala masa itu.. huhu
Sekarang ini, kalau bibik masih ada, teruk juga kewangan, manakan nak bayar gaji bibik, nak tanggung keperluan bibik di samping nak bayar yuran sekolah Aimy. Alhamdulillah laa tak perlu nak susah hati fikir perasaan orang, tak perlu kasihan dan sebagainya. Lemah aku bab tu haha.
Alhamdulillah juga tak jadi ke PDK Klang. Jadual aku akan jadi bertambah ketat dan tergesa-gesa untuk ke Klang pada pagi dan tengahari. Pasti risau dan susah hati aku. Sempat ke nak cilok amik dari PDK tengahari?? Jauh dari pejabat.. huhu... Pasti banyak masalah akan timbul. Kos berulang alik lagi... huhu... sekarang aku bersyukur sangat dengan apa Allah anugerahkan dan rencanakan buatku... Syukurrr Alhamdulillahhhh....
Selain itu, aku juga rasa antara lain hikmahnya, Aimy bagaikan berlatih apabila mula berkunjung ke nursery/taska semula setelah 1 tahun 2 bulan dijaga bibik. Iaitu sejak berumur 8 bulan lebih hingga umurnya 1 tahun 10 bulan. Sebelum tu memang pernah pergi nursery pun hehe. Ada sekali menangis sepanjang 3 hari di nursery, waktu itu bibik lari haha. Tu yang kami cuak juga bila kena hantar nursery semula pada bulan Mac lalu. Apa pun, sempat juga lebih kurang 4 bulan Aimy di nursery sebelum masuk IMC. Mula masuk nursery dulu memang teruk juga menangis, nasib hari pertama sahaja dan tak lama menangisnya. Kemudian sekejap-sekejap sahaja menangis selama 3 hari, terutama ketika baru sampai di nursery. Kemudian dah ok sangat, senyum jer pagi-pagi dan petang. Siap tak nak balik nak main kadang tu. Jadi bila pergi ke IMC, Aimy bagai pergi nurserynya. Senyum sengih jer bila sampai. Tapi masa hari pertama, ada juga dia menangis kejap kata teachernya. Sekali sahaja, dalam 10 minit... kemudian terus ok. Mungkin mereka pandai ambil hati dia. Alhamdulillah. Selain itu, hasil dari pergi nursery juga aimy mula membiasakan diri menggunakan 'car seat'. Ianya menjadi 'training' untuk Aimy sebelum masuk dan perlu berjalan jauh ke IMC... haha.. Kalau dulu, jangankan masuk car seat, masuk stroller pun sekuat hati dia meraung, merembes air mata hahaha. Sekarang bukan sahaja mahu duduk dalam car seat, di IMC sentiasa didudukkan di dalam stroller hehe. Perancangan Allah cukup indah bukan?? SubhanaAllah...!! KAU MAHA MENGETAHUI...
Alamak dah lewat sangat.. aku perlu tidur.. dah 4 pagi laa haha.
;)
Betul tika.. Macam ina pun..kalau tak jadi hal Nabila masuk stor sure Nabila masih lagi di Tasputra. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah.. :) Allah permudahkan jalan untuk kita. Mudah2 an anak2 kita dapat manfaat di IMC.. :)
BalasPadamInsyaAllah Ina.. moga Allah berkatinya... aminn..
BalasPadamSetiap kejadian ada hikmahnya.Alhamdulillah, kini anak-anak itu happy belajar di sekolah baru.Seronok membaca dan melihat gambar mereka di sana.Rasa cam nak hantar aisya ke sana juga.Hahaha..
BalasPadamSemoga akan ada peningkatan dan perkembangan baru untuk aimy dari sehari ke sehari.
Alhamdulillah..... auntie tena doakan yang terbaik untuk Aimy... ameen...
BalasPadamgud girl aimy .. moga ini yg terbaik tuk aimy ;-)
BalasPadamAyu.. terima kasih atas doa buat Aimy.. Moga dimakbulkan olh Allah swt.. aminn. Ayu tinggal mana ya? jom laa join kami.. hehe
BalasPadamTena & Jah..amin.. moga semua yang diputuskan terbaik buat Aimy kan.. amat berharap ini yang terbaik buat aimy... aminnn, kalau tidak kena berusaha mencari lagi, ntah bila pula akan ketemu huhu..