Isnin, 2 November 2009

Hari yang kalut.. di pejabat dengan kerja yang banyak di awal bulan. Kemudian Aimy pula mula menunjukkan semakin tidak sihat bila demamnya tak hilang sejak kena sabtu malam ahad tempohari.. dengan ceret beretnya...dengan batuk teruk, kuat dan tak berhenti.. teruk dia nak bernafas... dah laa selsema juga. Aku nekad nak bawa aimy jumpa Dr Koshy isnin juga.. cik abg pula suggest selasa, sementelah ada klinik malam. Aku tak sedap hati, serta kesian sangat tgk anak dah tak selesa begitu...



Sampai DEMC dah 2.30, beriya jer nak datang awal...tapi dah aku kalut nak siap report, tak boleh save laks report aku.. poyo tul haha. Tap cepat juga kami dipanggil.. Doktor terpaksa arahkan aimy masuk wad.. Alahai apa nak buat, kesihatan dia penting sementelah nak operate mata pula isnin minggu depan. Doktor terus bagi ubatan dan antibiotik yang agak kuat seperti yg dia dapat masa 2nd time warded dulu. Hopefully, dlm masa 1-2 hari jer kami boleh keluar...aminn



Lepas makan segala, cik abg yg tinggal jaga aimy... aku balik dan amik anak2 serta barang2 yg diperlukan.

Jiwaku dah aman seket hehe...alhamdulilllah... Cuma risaukan aimy jer la..

Ayah pun call tadi dari Mekah.. tanya pasal aimy...

Tetiba aku teringin roti Break Tru yg selalu dihidang dek DEMC time aku sarapan dan sahur haha...

3 ulasan:

  1. sebenarnya aku ada cerita, tapi bila buka blog... aku lupa... hahahha. Skrng kerap benar gitu..nak kena asah balik belakang parang yg dah terlalu tumpul hehehe. Kena buat nota kecil kut hehe... Selalu tu macam banyak benar nak bercerita, tu yg buka blog... Tapi bila dah ada, blur manjang haha

    Ngantuk pun ya...bila letih, otak tak leh jalan dan fikir...asyik tersengguk di kala melayari internet hehe

    BalasPadam
  2. Sian nyer Aimy....tak sihat blk..... semoga Aimy cepat sembuh...semoga operation dia berjalan lancar...Aminnn.....

    BalasPadam
  3. kak tika
    laaa, napa akak tak bitau lis akak kat DEMC...leh gak lis jumpa akak kejap...tulun jaga aimy taim akak nak qada' hajat ke...hehehehehe...
    apa pun, lis doakan aimy sehattt...

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular