Sabtu, 29 Mei 2010

Sepetang di 16 Puncak Jalil




Malam semalam lagi aku sms sahabatku Linot, sementelah cik abang ku bertanya bila nak melawat Anjang? Aku bertanyakan Linot, mereka sekeluarga ada di rumah ke esok (Jumaat)? Kami nak datang melawat Anjang kiranya boleh dan diizinkan. Tapi sms aku tak berjawab. Pagi Jumaat baru Linot menjawab sms. Rupanya dia tak perasan bateri handphone-nya kong dan ada sms masuk. Mereka ada di rumah, tak ke mana dan boleh saja kalau kami nak datang. Sebaik dapat keizinan untuk menziarah sahabat, baru aku sms kengkawan Kelab Isteri KMC/MDC yang mana mengenali Linot kut-kut ada yang nak follow sekali.

Tepat jam 4 petang, kami keluar rumah. Dari nak sampai awal, jadi lambat bila hujan ribut di kawasan Bukit Jalil menyebabkan kami terlepas susur U-Turn berdepan TPM. Nak mencilok secepat mungkin tak dapat bila jarak penglihatan amat tidak jelas. Maka terpaksa terus dan try & error masuk ke lebuhraya. Alhamdulillah walau ada sedikit tersasar, kami dapat berpatah balik. Aduhai.. kalau tak risau sebab dah janji dengan kawan-kawan yang confirm untuk jumpa di rumah Linot jam 4.30petang hehe. Allah permudahkan, kami sampai ke depan rumah linot tepat masanya hehe.

Tena aka Ayu sampai dulu, tapi dia tunggu takmo turun lagi sebab anak2nya tidur. Payah nak keluar dalam hujan yang sangat lebat. Kami sampai, berpusing serba tak kena nak parking mana haha..Mula bebetul depan pagar linot, tak jadi rasa cam senget sangat kereta bila parking melintang haha.. turun balik.. Bebel cik abang aku, bila suruh alih kereta ke depan sikit. Sudahnya dia parking dekat bucu depan simpang rumah Linot, bertuah tul. Malas nak layan, selamber keluar dalam hujan ribut dan ajak Alesha berpayung bersama. Masa aku tengah kalut-kalut parking tu, Intan pula parking kat depan umah linot hehe. Pastu Tena park belakang keta intan. Dah 10 min kami 3 keluarga masuk rumah, Reen pula sampai. Reen selamat tak kena hujan ribut.. Aku kuyup seluar hahaha.

Seperti biasa Zafri penyambut tamu yang cukup ceria dan telah bersedia dengan apa yang disuka oleh kawan-kawannya. Rupanya dia dah menanti cukup lama untuk menerima tetamu kata mamanya hahaha. Cute sungguh budak bulu mata lentik ni.. Bercakap tak berhenti, asyik suruh kawan-kawannya (anak-anak kami) main.. Dia nak berkawan.. Sunyi dan boring katanya..haha. Kelakar tul..!! Sekejapan Alesha yang benarnya dah tertidur dalam kereta, mamai... cergas bila berjumpa Zafri.. Kena GU..! Huh teringat mereka main api berdua masa open house linot last year.. bertuah tul budak berdua tu haha. Adani pun tak malu bila dengan Zafri. Kalau tak sakan takmo kawan haha. Anak-anak Intan jer yang tak jauh berganjak dari mamanya, budak-budak lain semua follow zafri memunggah stok mainannya. Sampaikan Akief pun leh kami tak perasan mana hilangnya, rupanya dok dalam stor mengadap mainan kekekkee.

Anjang lambat keluar dari bilik. Rasanya dia tengah solat Asar masa kami sampai. Linot pula sibuk menghidang air serta kek-kek, maruku dan limau buat kami. Susah-susah jer Not.. kami datang bukan untuk makan... takyah susah-susah... Lain laa masa open house dulu, memang datang untuk makan kekekke. Anjang keluar jer, geng lelaki berkumpul kat tempat cik abang aku duduk. Di depan TV. Geng perempuan aka isteri-isteri semua di kerusi empuk..kekeke. Borak cam biasa mula tu.. PAstu mula bicara hal anjang bila ada yang bertanya. Sikit-sikit keluar cerita. Kami lebih banyak mendengar... Asyik..! Terkadang diganggu juga dengan gelagat anak-anak yang ada saja halnya..hehe.

Masa Anjang keluar bilik, ku sapa ringkas. Ku tenung sebentar ke wajahnya. MULUS.. SUCI BERSIH!! Segar jer wajahnya. Dagunya makin juring tajam, muka nampak semakin panjang, dengan badan yang makin sekeping.. perlahan dan tenang dia menuju ke cik abang yang sedang menanti di depan tv. Tak lama, dia bangun menjemput suami Tena, suami Reen dan suami Intan yang masih di luar. Mereka tak masuk sebab menurunkan air hujan di badan dan merokok, tapi mungkin segan sebab tak nampak anjang lagi sebelum tu.

Tenang Linot dan Anjang menjawab soalan dan berborak.. Teratur tersusun ayat dan bahasa.. Sungguh melambangkan ketenangan yang mungkin mereka rasa. Tapi memang lain sangat dari Linot yang sentiasa ceria, keloloh-gila-gila, asyik betui tudung, riang ria, bergurau senda.. Walau dia tidak reti menangis, nampak jelas kesedihan dalam ketenangannya. Semakin matang, tidak lagi kebudak-budakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi apa sebenar di hati dan fikiran mereka, Allah sahaja yang tahu.

Pancreatic Cancer bukan suatu mainan. Ia sememangnya serius. Mereka sampai ke Kepong mendapatkan ubat hemeopathy untuk Anjang. Telah beberapa tempat mereka kunjungi untuk berubat sebelum memulakan pengambilan ubat hemeophaty. Urusan Chemo ditangguhkan dulu.

Dikhabarkan, Anjang terus berhenti merokok setelah dia sakit-sakit di bahagian perut. Ketika itu dia belum tahu lagi penyakitnya. Pengambilan nescafe 3 in 1 juga terus dihindar. Tambah pula kini mengambil ubat hemeophaty, memang tidak dibenarkan pengambilan kafein dan sebagainya. Sebemban ulaman disediakan Linot buat suami tercintanya hehehe. Baru aku bercadang nak bawakan buah tangan ulaman, tapi sayang Fresh MArt kat rumah ini pula dah tak berapa segar sangat ulaman yang ada kekkee. Melenggang jer pergi menziarah orang sakit, tak shenonoh tul kami kekeke.

Sesekali kami keluar tajuk, biar Linot tidak terlalu ditumpukan dengan hal yang berat itu. Hal anak-anak yang menjadi topik gantinya. Linot dan Anjang sedang putuskan jalan terbaik untuk cuti dan mc anjang dan linot, dan bagaimana untuk berurusan hal berubat dan kerja yang masih diperlukan. Mungkin Anjang akan bercuti dan berubat, atau sesambil berubat tetap bekerja bagi tidak menumpukan ingatan dia pada penyakitnya.. Semangat perlu kuat, tidak boleh dilayan sakit itu. Tapi itupun kalau Anjang mampu kata Linot. Tengoklah macam mana. Sebab Anjang memang sakit, kadang terasa kuat sangat sakit dalam perutnya. Linot pun ada juga alternatif untuk cuti separuh gaji menjaga Anjang buat sementara ini. Tapi itu semua belum diputuskan sebaiknya. MAsih dalam perbincangan katanya.

Keluarga Anjang banyak membantu mencari maklumat dan mengusahakan Anjang dibawa berubat. Ramai teman-teman dari zaman belajar sampailah ke zaman bekerja yang membuat solat hajat dan bacaan yassin untuk Anjang. Syukur mereka ramai yang sayang. Semoga Allah memberi keajaiban yang dapat memulihkan sepenuhnya penyakit Anjang.

Ikutkan banyak yang diceritakan Linot, tapi tak mampu aku nak nyatakan di sini. Sesungguhnya ketabahan mereka buat aku juga kuat tak leleh..hehe. Sehingga cerita ini ditaip, aku tetap tak leleh ...berbanding semalam, kelmarin.. hati aku tak lepas dari kesayuan bila teringatkan Linot dan Zafri.

Untuk Linot, insyaAllah segala pilihan, jalan, usaha, doa, munajat dan tawakal kalian akan dipelihara dan dibawah petunjuk Allah swt. Aminnnn. Tabah sahabat!!


Linot, aku perasan T-shirt kau pakai.. TOKIO HOTEL!!!! hahaha

Rabu, 26 Mei 2010

Marathon kisah dan duniaku..



18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka pergi aku pun tak pasti. Tiada dinyatakan dalam surat yang sampai pada kami. Sungguh laa kurang pandai mereka ni menulis surat ya hehe. Tapi atas dasar percaya, ku izin juga bawa anak aku berjalan.

Tghari balik rumah, nak bawa Alesha ke klinik gigi. Tapi sampai jer di rumah, aku dikhabarkan Adani tak balik lagi. Sedangkan waktu itu jam dah menunjukkan pukul 1.15 petang. Bibik tak ada kredit nak call aku. Alesha ala takut pula nak ke klinik gigi, tak seperti selalu. Dia cam dah tahu nak kena cabut segala. Selalu ok jer dia kalau nak ke klinik gigi, ni cam nak cuba bagi alasan laks dia hehe. Aku dan Alesha masuk kereta, aku terus putuskan untuk ke tadika Adani dulu bertanyakan hal Adani. Rupanya dari jam 12.30pm dia menunggu Uncle Zainal van dia di depan rak kasut. Alahai kesian Adani. Teacher dia pula, takde ke inisiatif nak telefon aku atau pakcik van Adani.. alahai. Hmm... Payah nak cakap.

Tapi itu tak mengecewakan Adani, macam bertih mulutnya bercerita dalam kereta sambil mengeluarkan segala makanan dan minuman yang dia dapat dari aktiviti tersebut. Siap kakaknya 'paw' apa yangd dia dapat haha. Tapi memang dia gembira sangat dengan pengalaman yang diterima haha. Terus aku bawa jer terus ke Klinik Pergigian Khairuddin. Terpaksa tunggu sebentar bila ada pesakit lain laks menyelit hmmm..



Kesian tengok Alesha terangkat-angakat kaki menahan sakit pabila gusinya diinject dan gigi dicabut. Kata doktor, gigi kacip bawah tu perlu dicabut untuk membolehkan gigi kacip baru yang tumbuh di belakang gigi tersebut selesa keluar dan tidak berlapis lagi. Gigi geraham kecil sebelah kanan dibersihkan dan ditampal, manakala gigi geraham belah kiri dibersihkan sahaja. Sebenarnya gigi geraham belah kiri tu yang bermasalah dari tahun lepas, infection dan bengkak gusi. Tapi dah nampak surut bengkaknya.. jadi doktor suruh biarkan dulu. Kalau kembali sakit, baru disuruh datang balik. Alhamdulillah cepat juga selesai, tapi seriau juga tengok darah keluar tak berhenti dari gigi yang dicabut. Entah berapa kali kapas diganti. Aku janjikan aiskrim untuk keberanian Alesha itu sementelah pembantu klinik dan doktor juga sarankan makan aiskrim vanilla untuk hentikan pendarahan gusinya. Tapi tak sempat nak terus beli, tunggu petang nanti sajalah hehe.

Lewat petang, kami bawa Aimy ke DEMC walau suhu Aimy agak turun ke 37++ lewat petang itu. Risau, sebab nampak dia terlalu lemah, lembik, diam tak aktif, dan ada pula ruam di badan, tangan dan belakang telinga. Doktor kata mungkin demam sebab virus, jadi dia suruh cek darah. Maka kami ke lab di tingkat 3 pula, ambil darah dan turun semula. ALhamdulillah tak lama, result diterima.. masuk semula ke bilik doktor. Kata doktor Koshy, memang ada virus tapi jenis apa ntah aku lupa pula. Katanya, yang bagusnya .. demam Aimy akan pulih dalam sehari dua kerana ruam yang keluar adalah petanda demamnya semakin pulih dan dia tak perlukan antibiotik atau ubatan lain selain ubat demam sahaja. Syukurr alhamdulillah. Aku dah risau takut Aimy warded lagi. Tapi malam tu, memang suhu dia tak sampai 37C pun doktor cek hahaha. Takut doktor yaaa kata Doktor Koshy. Balik laa kami dengan hati lapang penuh kelegaan.

Alhamdulillah Aimy pulih dari demam sepenuhnya.





21 May
Pagi-pagi dah Nurul jiran seprumahanku menghantar kek birthday Alesha (belated) yang akan dibawa ke Tadika. Kesian Alesha, bulan lepas ibu dia lupa nak beli segala untuk celebrate di Tadika, orang lain seronok jer. So ni kira ganti laa.. sementelah tadikanya ada sambutan hari jadi anak-anak bulan may dan sambutan hari guru.

22 May 2010 : Sabtu pagi lagi kami dah ke Taman Cempaka Ampang. Nak ke Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ada kenduri di sana. Lama tak balik ke Kuala pilah juga. Jadi dah pakat dengan adik ipar untuk pergi sekali. Naik satu kereta untuk save cost hehe. Kami bayar duit minyak, dia bayar tol hehe. Naik kereta adik ipar jer pun sebab leh muat ramai. Satu perjalanan yang menyeronokkan. Maklumlah dah lama tak berjalan jauh, dan sudah lama juga tak ke belah sana melawat sanak saudara cik abang.





Seronok di kenduri. Usai di kenduri di Seri Menanti, kami ke Pilah dan menziarah kubur arwah bapa mertuaku. Terasa sayau pula mengenang beliau. Banyak kisah suka dan duka bersama beliau yang kini tinggal kenangan. Aku tidak pernah menjejaki kubur arwah kerana ada saja hal yang tidak mengizinkan. Itulah pertama kalinya. Setelah dibersihkan sedikit kubur, disedaqahkan Al Fatihah kami gerak ke rumah Mak Tua di Kg Parit, Pilah. Kedatangan disambut meriah. Anak-anak sibuk nak mandi dek kepanasan. Selepas solat zohor, kami dijamu dengan minum petang. Ceria semua berborak. Bahagia rasa. Aku harapkan ia berkekalan sebagai adik beradik dan 2 mak hingga akhir hayat. Jangan ada selisih faham yang memecahbelahkan adik beradik cik abang.. aminn.

23 May, Ahad berehat sepuasnya di rumah.

Isnin 24 May 2010, pagi lagi dah keluar rumah ke Sunway Medical Center. Lalu KESAS, mak aii apsal jem teruk ni? Rupanya ada lori rosak di susur persimpangan USJ/Subang. Maka aku terus cadangkan cik abnag terus sahaj, dan masuk susur keluar tol Sunway. Tak kisahlah bayar tol mahal, asal cepat sampat. Appoinment MCUG Aimy jam 9.30 pagi. ketika itu dah jam 9. Apa pun alhamdulillah sampai ke hospital tersebut jam 9.15pagi. Mudah nak parking, ala Sunway Pyramid pula rasanya hehe. Mudah juga nak mencari di mana Jabatan Radiologi. Semua papantanda, gamabrajah map cukup jelas walau itulah pertama kali kami jejak kaki di situ.

Setelah urusan pendaftaran, penyerahan GL dan surat rujukan dari Doktor Koshy selesai, kami disuruh tunggu. Jam masih belum 9.30am. Sekejap-sekejap kami dipanggil untuk maklumat yang mereka perlukan. Tak lama dalam 9.45am, kami diberi 2'complimentary voucher' Starbucks kerana appoinment kami terpaksa diganggu dengan kes kecemasan yang mereka perlu tangani dulu. Mereka akan call bila dah ready. Huh 1st time beb aku dapat begini dari hospital swasta. Selama ni dah berapa hospital swasta aku pergi, tak pernah dapat gini. Bagusnya 'customer service' mereka..!! Memang ada starbuck dalam hospital itu, maka kami lepak di situ sebentar sementara menunggu dipanggil. Nasiblah Aimy ok jer tak meragam bila lama menunggu.






Jam 10.15 tak salah, kami dipanggil. Sempat cik abang membuang haha. Kami disuruh salinkan baju Aimy ke baju hospital baby. Kemudian letakkan Aimy di katil bilik radiologi tu. Lama menunggu, entah apa masalah mereka kami tak pasti. Tapi macam teragak-agak apa perlu dibuat. Kemudian hal ubat tidur pula, takkan tak tahu memang kena bagi dah dari awal mereka tanya hal ubat tidur ni. Doktor Koshy pun ada sebut hal ubat tidur ni. Tapi tak mengapa, sabar jer laa dah kita memohon pertolongan orang kan hehe.




Dah confirm hal ubat tidur, kami diajak ke bilik lain dulu pula dan Aimy diberi ubat tidur di situ pula. Seksa nak bagi Aimy ubat tidur tu. Tak sedap agaknya.. meraung dan tersedak-sedak dia dipaksa minum. Walau ada terkeluar sedikit bersama lendir kahaknya, akhirnya tertidur juga Aimy. Tunggu 5 minit kasi Aimy betul tidur baru dibawa semula ke bilik Radiologi tadi. Kami berdua disuruh keluar, dan disuruh jangan risau. Ubat tidur tu tak pengsankan Aimy, cuma bagi dia tidur jer. Dia akan sedar apa berlaku, cuma tak agresif sahajalah nanti. Jadi kalau dengar dia menangis, jangan risau kata pakar radiologist itu hehe. Maka kami pun tunggu di luar. Mula-mula tengok tv. Kemudian boring. Pergi berjalan tanpa tujuan tengok papan kenyataan dan semua artikel yang ditampal di situ. Dalam kami dok borak pasal artikel-artikel tu, radiologist tadi telah bawa Aimy keluar. Terbelalak mata Aimy segar. Macam tiada apa berlaku jer haha. Tapi katanya. semua procedure ok berjalan lancar. Cuma dia kata urine Aimy memang ada berbau sedikit tak macam biasa. Dia nasihatkan bagi banyak air terutama air barli. Dia minta tunggu sebentar untuk dapatkan report. Alhamdulillah cepat selesai. Yerlah, dah hampir sebulan Aimy tak miunum air barli.. baru aku pasan. Memang bau urine dia aku sendiri tak gemar haha. Nanti kena suruh bibik buat lagi untuk aimy hari-hari cam selalu.

Dalam jam menghampiri pukul 12 tengahari, report telah kami dapat. Alhamdulillah semuanya normal, buah pinggang, urine bladder dan sebagainya. Jadi tiada apa perlu dirisaukan. Cuma perlu minum banyak air terutamanya air barli jer aimy ni. Syukur nikmat Allah. Dalam perjalanan balik singgah sebentar di Klinik. Aku kena jep eczema, semakin teruk eczema aku.. buruk benor kaki tangan aku. Dapat laks MC walau tak pinta haha.

Selasa 25 May, kerusi kereta buat hal. Nak ke TAdika Al Husni Alesha pula mengambil kad laporan prestasi Alesha Sufia. Nasib laa cik abang ada, kalau tak.. tak boleh ke pejabat aku.

Alhamdulillah Alesha dapat no 7. Lihat prestasi dia not bad walau dapat no 7. Peratusan 90%. Tapi tak puas hati bila dia salah pada benda yang dia memang tahu. Mesti kerana cuai dan nak cepat laa jadi begitu ni.. Itu prestasi exam, prestasi ketrampilan diri dan hafazan ayat quran pula Alhamdulillah ok sangat. Syukur. Takpelah walau tak seperti yang diharapkan-patutnya better dari tahun lepas no 3, yang pasti dia kena lebih berusaha selepas ini. Tak boleh nakal-nakal dan asyik mainnnnnn jer kekekke.

Tengahari ke kedai sup di belakang Masjid Subang Airport, seat problem lagi..aduhai..! Sampai suspen bila aku sangkakan dah ok, rupanya seat ke belakang semula masa tekan minyak.. aduhai jenuh nak emergency break huhu. Apakah petanda? kekeke. No komen, tapi alhamdulillah atas kebijaksanaan seorang kawan, kami dapat selesaikan masalah. Diikatnya seat belt ke kerusi..sudahnya aku tak pakai seat belt sepanjang perjalanan hahahhaa. Sungguh bahaya kekeke. Tapi nak makan jauh punya pasal.. hadappp jer kekeke.

Dapat bahulu idaman hati hehe. (Aimy pun suka.. haha). Paling suka bila kawan 2 orang tu puas hati dengan apa yang aku perkenalkan hari ini. Siap mereka tapau sup dan bahulu sekali wakakkakaka. Ok lain kali leh gi lagi, sebab ada hutang lorrrr hahahaha. Kelakar bila Liza nak beli bahulu duit dah takde di purse masing-masing, yang si penjual pula (Emma namanya tak salah) sibuk suruh ambil jer.. bayar kemudian sebab dah kenal aku katanya hahahaha. Sungguh baik Emma. Nanti kami datang lagi ek.. Terima kasihhh sangat.

26-27 May, aku ada kursus in house di pejabat. Lega sedikit bila tak menghadap kerja yang hactic sepanjang hari kekeke. Tapi itu jangkaan aku jer lah.. sebab asyik keluar masuk jer aku ni dari bilik latihan huhu. Nak buat camne..hmmm. Busy semedang.. ada jer yg cari huhu

27 May 2010. Dalam jam 12 tengahari, cik abang sms. "Teacher Alesha call, Alesha tolak Nurin sampai jatuh". Ya Allahhhhhh.. Apa Alesha dah buat?? Aku call rumah, bibik kata Alesha taknak cakap.. hmmm. Tapi kata bibik, bapa Nurin datang tadi ke rumah. Dia tanyakan bila kami balik? Dia bawa Nurin, memang teruk muka Nurin yang comel tu. Dengan dahi benjol, dengan muka bercalar dan berdarah.. Aduhai. Bila bibik tanyakan Alesha, Alesha kata dia tak sengaja. Tertolak masa berlari...hmm waAllahualam. Memang perkara budak-budak, tapi risau aku bila parents Nurin sampai ke rumah dan tak puas hati. Cik abang balik, aku suruh dia bawa Alesha jumpa bapa Nurin dan Nurin, minta maaf. Kata cik abang memang teruk juga muka Nurin. Alahai kesian, dah laa budak tu lembut, cantikkkk sangat.. senyum selalu. Tapi tu laa, bapanya faham tu hal budak-budak.. tapi mak Nurin yang tak puas hati. Jadi dia nak gak laa jumpa Alesha. Tapi masa datang rumah, Alesha takut tak nak jumpa dia. Apa lagi yang kami boleh buat selain minta maaf dan nasihatkan Alesha. Nak bagi kos perubatan tak mahu pula mereka. Aduhai.. Alesha salam Nurin dan ayahnya. Takut dia dengan ayah Nurin. Tau takut..!! Alesha ni buat aku risaukan dia.. Risau pembawakan diri dia yang tak seimbang. Lasak dan kasar.. agak ganas sedikit. Kemudian tak fikir akibat dan kesan perbuatan dia. Main SONDOL jer apa nak buat dan cakap..!! Takut ramai yang marah nanti. Ya Allah, permudahkanlah aku mendidik anakku ini.. Aminn.

28 May 2010.
Lepak di rumah jer sepanjang pagi. Dah petang baru ke rumah Linot, menziarah suaminya yang menghidapi Pancreatic Cancer. Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui. Dugaan Allah kerana Allah sayang kita... Kita hambaNYA yang terpilih.. Aku dengan dugaanku, dikau pula dengan dugaanmu.. Walau ia tetap dugaan, tapi sungguh kurasakan berat lagi dugaanmu Not. Apa pun Allah Maha Mengetahui..

Balik dari rumah Linot, singgah di Mydin. Beli barang dapur. Sempat belikan selipar berjalan bebudak ni dan barangan dalam bibik..hehe. Dah sakan anak-anak pakai selipar tu dalam rumah.. aduhai haha.

29 May 2010.. cik abang sibuk buat maintenance segala kerosakan dan masalah rumah ni. tapi sekerat jalan jer dia.. huh hahahahha. Kemudian tengahari gi Emperial Subang sekejap. Wah tak pernah masuk.. hmm tak best sangat laa hehe. Balik, lunch solat bagai.. aktiviti rehat. Tambah cuaca sejuk dengan hujan lebat.. nyaman sungguh!

Malam, perkenalkan bibik dengan McD. Dah dia teringin tengok kat tv haritu hahaha. Tapi dah makan, tak sedap laks katanya.. bertuah tul! hahahaha. PAstu dia kata dia teringin yang bulat leh kerat2 tu...pizza kut?? hahahha. Lain kali laks bik.. bulan depan laks. Khamis malam jumaat kami makan sate..hehe.

Tapi hari ni pagi-pagi Adani dah demam. Asthma juga. Nasib dia mahu makan ubat bila aku pujuk-pujuk. Syukur. Ok lepas makan ubat. Siap leh ikut ke EMperial Subang hehe. Tapi dah nak tidur, cam suam balik. cepat-cepat bagi ubat. Alhamdulillah ok. Tapi seperti yang aku risau, dah Aimy laks demam ni. Aku terjaga jam 4 pagi, badan Aimy panas. Cek suhu memang tinggi. Letak towel basah terus. Kemudian cek suhu Adani pula. Ok alhamdulillah, cuma nampak pucat jer. Ni kedengaran dia batuk. Alhamdulillah suhu Aimy dah berkurang walau tak makan ubat. Syukurrr...

Berhenti solat subuh jap.

Sepatutnya pagi 29 Mei ini Alesha ada peperiksaan kemasukan SRAI Sek 19. Tapi peperiksaan tersebut ditunda ke 19 Jun pula. Dah dapat dah suratnya kelmarin. MArah Adani kakak dapat surat, dia tidak hahahha. "Asyik kakak jer dapat surat, adani nak surat jugak!!"

30 May 2010
Wah hari ni genap usia perkahwinanku 7 tahun!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH atas rahmat dan kasih sayang Allah terhadap kami. Moga perkahwinan ini kekal bahagia ke akhir hayat... ditambah rezeki, dipermudahkan perjalanan hidup dan diberi kejayaan dunia akhirat.. aminnn.

Aku dah order kek benarnya dari jiran setaman perumahan..hehe. Tak sabar nak tengok kek special itu hehe. Kek kecik jer aku suruh buat, dah kami jer yang nak celebratenya.

Dah 7 pagi ni.. macam nak jogging jer.. Tapi takde kawan pula..cik abg tidoq lagi..bertuah tul hehe.

Aduss perutku memulas kembali.. dah ler semalam 3 kali aku kena ceret.


Aku masukkan gambar kek yang kami terima jam 11 pagi tadi kekeke. Simple jer, tapi SEDAPPPP sungguh oreo cheese cake nih!! Sakan aku dan anak2 makan. Cik abang pun kata sedap kekeke.






Tengok muka Adani yang muncung sedepa hahaha. Merajuk dia, bukan kek dia lagiii!! Merajuk dia sebab kununnya asyik kek ibu dan kakak jer.. hahaha.. Ayah dia laks bagitahu tu kek ayah dan ibu bercinta, lagi dia marah.. "asyik nak bercintaaa jer ayah ibu ni.. Adani takde kek pun..!!" terus masuk bilik bibik dan tutup pintu. Pujuk cakap dia leh potong kek ibu, jap jer dah keluar balik kakakkaka.. Adani...Adani..sejak dua menjak ni, kerap benor dah dia buat pangai majuk masuk bilik bibiknya.. Pernah sampai tertidur pun haha. Tapi kelakar bila cik abang bisik.. "Memang bilik merajuk tu.. sesuai untuk Adani dan bibik.." ha??? hahahhahahakakkakakaka...

Selasa, 18 Mei 2010

Demam lagi.. huhu

Penangan ke HKL Jumaat lepas.. berjumpa ramai orang, kemudian gatal laks kami gi bawa sekeluarga ke i-City melihat lampu. Agaknya bukan sahaja sebab orang ramai, tapi titis hujan yang jadi tak jadi hujan turun buat aimy demam panas.. huhu.. RISAUNYAAA aku.. huhu. Bertambah risau bila baru jer warded last month, dan paling risau bila dia tak aktif, tak menyusu sangat.. dan tak ceria.. huhu.. Risaunyaaa ya Allah.. Kasihanilah anakku ya Allah.. kurangkanlah penderitaannya menanggung kesakitan.. KAsihanilah Aimy Sufia.. Amin.. :((

Jumaat lepas aku terpaksa EL bila lupa pasal appoinment dengan doktor mata Aimy di HKL yang asyik tertunda dek Aimy tak sihat. Walau bermula pagi khamis dah menampakkan suhu Aimy mula naik, selsema dan batuk pun dah bermula seminggu ketika itu.. kami bawa juga dia ke HKL. Tak larat lagi nak tunda dan tunda lagi tarikh. Menunggu doktor yang lama, tu pun kira sekejap berbanding orang lain yang dah lagi lama menunggu. Yerlah Aimy kecil lagi, masih dapat no khas bila beratur menunggu giliran...

Kami berjumpa dengan doktor Jamilah (yang ku sangkakan namanya Intan, rupanya Dr Intan yang lain haha).. ini kes rabun tak nampak name tag laa tuh haha. Doktor Jamilah juga yang melakukan operation pertama dulu bersama doktor lelaki berbangsa India yang tak ku ingat nama. Tapi cukup baik orangnya. Rupanya baru ku tahu, mereka perbanyakkan hari untuk doktor bertemu pesakit bagi mengurangkan masa menunggu pesakit yang seramai 4000 bilangannya. Patutlah aku hairan kenapa ada appoinment hari Jumaat. Dulu tiada, dulu hari Selasa untuk kanak-kanak, Rabu baru untuk dewasa. Sekarang ditambah Jumaat, dan mungkin ada hari yang lain juga. Aku tak pasti.

MAsa jumpa doktor laa baru Aimy nak tidur, mengamok sedikit bila doktor halakan alat memeriksa tekanan mata tu ke matanya. Sudahnya, doktor minta aku tidurkan Aimy dulu baru dia cek. Memang Aimy nak tidur, (padahal sebelum tu dah jenuh dodoi haha) sekejap jer aku dodoi tepuk2 sambil dukung, dia dah tidur. Memang jadi mudah bila dah nyenyak. Doktor cuba bukakan mata dia pun dia dah tak sedar atau dah malas layan dek terlalu mengantuk hehe. Memang pelik alatnya, nampak cam tak yakin jer aku alat itu boleh mengukur tekanan mata. Tapi percayalah!! Memang boleh.. Cam tembak jer gayanya ke anak mata hehe. Sungguh canggih dunia sekarang. JAdi Aimy tak perlu lagi amsuk ward sampai 3 hari, berpuasa, masuk OT, mengalami complication selepas keluar OT, dibius, tunggu sihat untuk dibius dan sebagainya yang meresahkan dan melambatkan prosidur. Guna alat ini, Aimy tak sihat pun boleh dijalankan pemeriksaan tekanan matanya. Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan. Alhamdulillah sekali lagi, tekanan mata Aimy makin menurun. Tetapi rabunnya masih sama. Ubat pula, hanya perlu teruskan ointment, yang titis sudah tak perlu. Alhamdulillah..

Hari yang panas, kesian terpaksa diharungi dengan Aimy yang asyik menunduk dan pejam sahaja mata bila silau dek panas terik. Berlepuh-peluh kami. Memang panas!! Sampai sahaja di rumah, terus tukar baju. Minum air sampai bergelas-gelas.. takde laa rasa haus.. tapi rasa asyik nak minum hahaha.

Esok nak kena bawa Aimy ke hospital semula. Last week dah bawa, masa tu dia tak demam lagi, sekadar batuk dan selesema sikit-sikit. Ni nampak gayanya, suhu asyik dalam lingkungan 38C-39C+++ sahaja.. Siapalah yang tak risau. Cuba pergi klinik lain ahad lepas. MAsa tu suhu dia dah mencecah 39.4C.. huhu.. panas giler..!! Dapat ubat buntut, ubat demam dan selsema. Memang teruk Aimy ahad semalam.. dengan merengek, dengan pasas sangat badan dia, dengan sembelit, dengan muntah.. alahai..kesian anak ibu..

Alesha pula, tumbuh gigi berlapis di bahagian gigi kacip bawah. Kemudian bengkak pula gusi di geraham kecil. Dengan gigi yang tinggal tunggul pun patah mereput. Alahai, kesian kakak.

Adani pula, asyik dok sebut pasal nak pergi kilang coklat 18 May 2010. Tak sabar-sabar dia. Asyik dok sebut. Yang kami pula, asyik sururh dia bawa balik banyak coklat, terutama untuk ibu.. sebab ibu yang bayar harga trip lawatan hahahhaa. Poyo jer ibu ni haha.

Cik abang dan aku pula, sibuk dok sesama editing gambar majlis Aqiqah anak kawan. Alhamdulillah dah selesai tadi. Ok laa puas hati.. Bukan banyak pun harga yang kami ambil, tapi seronok pula bila memprosesnya hehe.

HAri ini aku lega sikit bila melihat rakan sekerja yang baru balik dari cuti bersalin hehe. Tapi dia belum buat kerja.. jadi aku masish sibuk giler haha.

Ok lah dah pukul 2.. ngantuk dah.. Selamat Malam!!

Khamis, 13 Mei 2010

NAk cutTiiiiiiiiiiii!!

Penatnyaaa aku...!!! Stressnyaaaa aku..!! Aku bukan tak suka apa-apa, aku tak dimarah atau ditekan sesiapa.. Tapi kerja aku, hidup aku.. aduhai.. serabut!! Rasa nak cuti.. gi vacation ke.. gi white water rafting ke.. gi dating ke..haha. Hmmm..Aduhai... Aduhai... Tapi nak cuti pun boleh buat aku stress.. Macam-macam fikir bila terniat nak cuti. Sudahnya tak jadi ambil cuti.. huhu. Nak berjalan? Duit pula yang menyerabutkan kepala aku... Sudahnya?? LAyanNnnnzzzzzzz jer laa apa yang tiba.. hadappppp!! hahahha..

KAdang rasa nak jerit jer.. Tapi apakan daya, aku tak reti begitu.. huhu. Apa nak buat ek?? Nak tidur lelama kut.. kasi hilang penat. Tapi kang lesu pula terlebih tidur haha.

Kadang-kadang aku diam memerhatikan kehidupan orang lain.. hidup senang, bagai tiada masalah.. Anak-anak semua ok dan sihat, kerjaya terjamin, kewangan amat stabil, keseronokan dan kepuasan diri tercapai.. bebas dalam dunianya sendiri.. Aku tak tahu mengapa aku rasa terpenjara dalam diri aku.. nak buat ini tak boleh, nak itu tak dapat, nak ini nanti dulu, semuanya perlu banyak fikir.. banyak timbangtara, banyak persepsi perlu dilihat dan dikaji..

Aku lihat gambar anak orang duduk dan berjalan aku boleh mengalir air mata, aku dengar orang lain berseronok membelanjakan duit tanpa perlu fikir apa-apa aku sayu, aku menatap gambar kawan-kawan yang pulang dari bercuti dan trip xpdc mereka berjaya berjurai air mata aku.. Kenapa aku??? Aku tak iri hati.. apatah lagi berdengki... Tidakkkk!! Tapi entahlah.. kadang tak semena-mena aku akan menangis sepuasnya.. Aku juga manusia.. Terkadang terlalu kuat dan terlalu bersemangat tidak terdaya juga aku menahan air mata ini dari mengalir laju..

Aku ingin menjadi seperti mereka yang sentiasa gembira dan tersenyum.. Aku memang positif dalam hidup.. Tapi aku penat.. penat sangat.. ! Terlalu penat..!

Aimy batuk semula. Tak tahu laa makin ok ke makin apa ke.. tapi masih in control. Adani penuh ruam aczema di belakang badan dan leher. Asyik laa suruh digaru. Alesha pula gigi kacip nak tumbuh berlapis, kemudian ada pula gusi yang bengkak pada geraham kecil. Tadi siang buatkan appoinment dentist untuk dia. Tapi paling awal yang dapat hari selasa minggu depan.. aduhai lamanya.

Pagi tadi aku ke Sek Keb Seksyen 20. Nak kena sahkan laks dah aku gatai buat pendafatran online walau dah daftar manual bulan mac tahun lepas. Tapi tu laa, dah cakap dan tanya. Mula mereka kata tak perlu datang sah atau buat online pun.. Sebab dah cop pun kat belakang surat beranak Alesha. Tapi entah apa laa tu sebabnya nak suruh aku datang segera gak bawa semua dokumen yang perlu beserta sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

Tempohari sibukkan hal claim hospital Aimy, ke DEMC ulang alik. Masalah pula pejabat aku sekarang ni bab claim medical.. rimas aku dibuatnya. Kemudian hal penghantaran duit bibik pada suaminya di Medan pula bermasalah. Sebab nama suaminya seperti nama yang disenarai hitamkan oleh kerajaan indonesia untuk menerima duit dari Malaysia. Ini mesti hal nama sama ngan 'terrorist' yang mengebom sana sini di sana hehe.

Asyik laa kena bergegas ke sana ke mari terutama lunch hour. Mana laa aku tak penat.. Dah laa sebelum tu sibuk juga dengan hal ambil semula bibik, pergi balai polis sampai 4 kali, imigresen 5 kali, hal itu hal ini pasal dia.. Nasiblah semua dah selesai walau pada awalnya ada masalah semasa nak menghidupkan semula permitnya yang dah terbatal. Hal passport dia lagi, ada pada sindiket/agen.

Tapi apa yang PASTI, semuanya memberi aku pengalaman dan pengajaran. Hidup ini bukan senang nak senang, bukan mudah nak tenang, bukan dapat semua yang dikehendaki, bukan sentiasa kita jumpa jaya, yang penting.. ikhlas dalam menempuh segalanya.. insyaAllah..

Khamis, 6 Mei 2010

Dari sebuah kesibukan

Aku dah tidak tahu nak menaip apa. Buntu sedikit bila dihambat kesibukan. Kerja, rumahtangga, hal pembantu rumah, hal anak-anak, kewangan dan pelbagai lagi yang menuntut akal dan jiwaku tidak lagi menagih ke sini.

Khabar Aimy? Syukur Alhamdulillah.. sejak bibik balik, Aimy bertambah sihat. Dapat kami balik kampung Jumaat malam Sabtu lepas. Tapi kesian dia, tak selesa dan penat diriba. Perjalanan menjadi lama pabila kesesakan terhasil dari sekatan jalan oleh abang-abang Polis. 2 kali jumpa sekatan jalan, ditambah pula dengan cuti hari buruh agaknya.. banyaknya kereta berjujuk sepanjang jalan... aduhai.. letih lama di dalam kereta. Apa pun seronok balik ke kampung. Dah 6 bulan lebih rasanya tak balik kampung huhu.. Ada saja halangan. Kali ni balik pun sebab Aimy sihat, dan kebetulan ada kenduri kahwin sepupu di kampung.

Tadi lepas makan malam, kami keluar sekejap ke Tesco mencari pengisar makanan aka blender. Dah 7 tahun blender kat rumah ni.. mana tak rosak.. Tapi bukan aku selalu guna pun, ada bibik baru dia guna. Tu pun hanya untuk mengisar cabai kering. Aku dulu, jarang sekali guna.. Beli jer cili boh Puteri hahaha.. Beli juga stok susu Aimy sementelah diskaun banyak sungguh. Buat stok 2 bulan jadilah. Selesai apa nak dicari di Tesco, kami ke UpTown mencari hadiah birthday Alesha yang tertangguh dek kesibukan kami... macam-macam dimintanya. Bertuah sungguh. Akhirnya dia dapat laa t-shirt Ben 10, jam ben 10 dan kasut crocs imitation yg ala kasut sekolah hehe. Jadilah.. Tadi cari kat Tesco takde laks yang berkenan. Kat Tesco jumpa hadiah Aimy jer. Jadilah murah-murah yer anak-anak, ibu kesempitan sedikit sekarang ni haha. Adani pula hanya beli sepit di Uptown hahaha..

Tapi masa kat Tesco, sampai jer terus mencari Poh Kong. Sementelah mak sponsor subang Adani, dan kakak yang tolong belikan. Maka tak sabarlah Adani nak tindik telinga, tak mahu dah dia tunggu birthday dia seperti yang kami janji dulu haha. Mula bukan main excited dia nak tindik. Siap tersengih bongeh dan macam-macam coletehnya. Terutama bila disuruh memilih patern subang sementara yang hendak ditembak ke telingannya. Tetap pendirian dia, aku tunjuk yang lain silih berganti, tapi bentuk love warna emas juga yang hatinya berkenan hehe. Seorang perempuan melayu, seorang lelaki cina yang menembak telinganya. Bersediaaa... 1...2...3!! Diam terus Adani.. muka agak berubah bagai menahan sesuatu. Pedorr kata orang Perak haha. Aku dah kasi sign kat cik abang, sure dia akan menangis hahahhaa. Alesha laks sakan dok kata "Adani nak nangis..!!" Terus pekerja Poh Kong tu suruh ambil gula-gula bagi pada Adani. Tapi Alesha yang beriya ambil. Adani lama-lama dah keluar air matanya, merah hidungnya menahan suara tangisannya hahahaha. Lepas bayar, terus keluar.. tak leh tunggu, nanti banyak drama hahaha. Tapi tak lama mana dia nangis, naik jer escalator Tesco tu terus dah ok. Subang emas Adani tak boleh pakai lagi, tunggu 2 minggu kata adik Poh Kong tu hehe. Jadi simpanlah dulu. Alesha sakan tengok rantai emas, minta rantai.. Aduhaii entah bila dapat beli barang kemas anak-anak.. Tapi yerlah, nak beli untuk diri sendiri pun malas... lagi nak dipakai banyak-banyak. Nak simpan di rumah dah serik. Nak simpan dalam handbag, belum tentu selamat huhu.

Semalam aku sungguh terperanjat melihat email yang aku dapat dari M2U. Ya Allah banyaknyaaaaaaaaaaa???? Ya Allah sungguh mulia hati kawan0kawan dan sahabatku.. Hanya Allah dapat membalasnya. Moga kalian bertambah rezeki dan diberi Allah kejayaan dunia serta akhirat. Syukur punya sahabat, kawan dan teman seperti kalian. Akan kupergunakan sebaik mungkin. Sama ada untuk tabungan Aimy, atau untuk mendaftarkan Aimy bagi mengikuti EIP dalam 2-3 bulan lagi. Moga mudah dan murah rezeki Aimy untuk cepat menerima pembelajaran dan sihat sentiasa hendaknya. Aminn..

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku perlu tidur. Ikutkan, bertambah lagi idea bila terusan menaip. Tapi tak boleh dilayan, nanti dalam mengantuk.. tidak tidur pula aku.

Jumpa lagi..

Bersambung...

Jam menunjukkan pukul 6 petang, aku masih dipejabat. Tetiba teringat beberapa hari lepas. Tak salah aku hari Isnin. Aku dah call Bibik 2 kali haritu, pelik aku kenapa Bibik call lagi. Aku matikan panggilannya kerana aku nak call semula. Nanti habis pula kredit dia. Call 2 kali tak dapat. Kali ke 3 baru dijawab.. Dengan suara kalut dan nak menangis, dia menceritakan kenakalan anak-anak aku. Sekali lagi bermain bedak. Tengahari tu masa aku call, dia dah bagitahu bebudak tu main bedak, bekas kecil Aimy punya. Tapi petang tu, Alesha dan Adani main lagi. Kali ni Bekas BESARRR PUNYA!!! Laa kan aku dah suruh sorokkan. Bibik kata, dia ingat lepas ditegur budak-budak ni tak main lagi. Sekali dia dukung Aimy kulu kilir memujuk Aimy yang tengah sembelit, sedar² budak berdua tu tengah mengekek ketawa sambil bermain salji..

Aku ni kelam kabut laa balik risaukan bibik tension sampai nangis dok ngadap anak-anak aku yang panjang akal tu.. Sampai di rumah.. memang tak sangka sungguh aku sampai depan rumah tebal debu bedak.. Dari porch, pintu utama, penuh putih.. tikar buluh dah diletak bibik di luar. Belum dibersihkan.. Masa aku sampai dalam jam 6.15pm tu, bibik masih mengelap sana sini. Aku tengok Aimy tiada, rupanya bibik tidurkan di dalam bilik dia. Memang macam kena debu gunung berapi layaknya.. astaghfirullah.. Tu ok lagi.. sebab ingat setakat porch, laman rumah, ruang tamu, dapur dan segala atas periuk, thermo pot, tv, meja makan, kerusi jer ada bedak.. Sekali aku nak naik atas untuk mandi, penuh kat tangga, lantai ruang atas. Bilik aku jer takde sebab aku kunci.. Aduhai.. bukan setakat ruang tamu, meja makan, tv, sofa, meja kopi... tapi KESELURUHAN RUMAH!!!... Astaghfirullah..

Memang laa melampau betul budak² ni..huhu. Lepas ku sesambil cubit 2-3 kali sambil mulut bercakap dan tangan mandikan depa (dah 3 kali mandi kata bibik, tadi masa memula lagi putih kepala mereka kata bibik)..aku pakaikan baju kurung, paksa mereka pergi mengaji masa tu jugak. Tiada alasan. Habis ngaji kena bali rumah, tak boleh keluar main dan kena naik bilik buat homework atau buku latihan... Memang kena denda sampai esok aku kata... geram tul dibuatnya. Paling kesian Aimy laa.. cam tersedak batuk dia dek debu bedak. Nasib laa tak melawan, ikut kata dah tau mereka salah.

Ayahnya balik geleng kepala.. (aku dah sms perangai anak kat ayahnya sebelum tu lagi). Memang dia tak tegur anak-anaknya, buat tak tahu jer. Cik abang terus bersihkan tikar buluh, mop tangga dan bahagian atas sebab bahagian bawah dah dibersihkan sikit dek bibik. Dah jadi satu kerja laks nak bersih satu rumah 'weekdays' huhu.. Paling best, baju yang aku gantung untuk diiron kat family hall atas pun penuh debu bedak hahaha. Aduhailah anak.. nasib laa ibu dan ayah ni tak menyinga.. Dah reda dek masa amarah tu. Kalau masa kejadian kami ada, jenuhlah kena babap depa berdua. Sama naik sekarang ni deduanya. Alesha dan Adani akur pasal denda. Memang 2-3 hari mereka tak keluar rumah main petang-petang. Alhamdulillah.

Catatan Popular