Sabtu, 20 November 2010

Ujian Audio @ HUKM

11.11.2010

Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nangis ketakutan.. Cik Bee Ying tak jadi cek.. Setiap kali dia nak cek Aimy nangis dia tak jadi cek.(Kalau aku, cek jer laa... pegang kepala dan cek.. nak tunggu budak tak nangis jenuh lerr...huhu). Last dia kata, makan ubat tidur dulu la baru cek kat sini. Keluar bilik semula.

Lamaaaa tunggu.. dah 9.30-9.40 baru aimy diberi ubat tidur. Tudiaaaaa!! lebih 10ml nak kena kasi...cian Aimy.. tak salah 13ml kut kena kasi. Tapi baru masuk 3ml Aimy dah muntah... Aduhai, abis baju Aimy dan cik abang juga lantai.. Gi laks bersihkan di sinki terdekat. Biarkan Aimy tak berbaju sekejap sementara cik abang bersihkan baju dia sendiri. Aimy dah diam dari menangis. Kemudian sambung semula sesi makan ubat tidur.... memang makan masa nak habiskan... Tapi akhirnya...ALhamdulillah selesai.. Terus pakaikan baju lain pula untuk Aimy. Baju tadi dah basah kena muntah.

Tapi punya lama kami menunggu Aimy nak tidur.. dia dah mengantuk sangat pun dia macam tahan-tahan.. Mata yang bulat besar dah jadi separuh.. tetap dia aktif.. tapi dah tak diam sesangat dah.. memang dia lawan. Bila tengok budak dan baby lain boleh tidur selepas 5-10 minit makan ubat aku jelesssss hahahha. Bukan apa, sebab penat pegang dan jaga dia yang berputar melawan mengantuk huhu. Didodoi, ditepuk tak juga tidur.. Setelah 1.5 jam.. staff situ melihat Aimy tak tidur lagi mereka buat keputusan nak tambah dos.. huhu. Sementara menunggu depa amik dos lain, aku sambung mendodoi aimy sambil berjalan.. Dalam 5 minit akhirnya tertidur juga.. syukur Alhamdulillah... Terus kami masuk ke Kabin Ujian Audio.

Jam menunjukkan 11.07 masa kami masuk ke kabin ujian pendengaran/audio tersebut. Sediakan botol susu, takut dia menggelisah terjaga.. leh sumbat jer botol..hehe. Staff Audio pasangkan segala wayar... dilap dulu dengan alcohol swap..pastu disapu pulak ntah krim apa.. kemudian diletak pula gel ke apa ntah pada alat yang nak dilekat di bahagian muka dan belakang telinga.

Aimy memang kadang macam tersedar mengigau.. cepat-cepat kami bagi susu.. tenang balik dia.. Pemeriksaan dijalankan dengan lancar. Ada 2 jenis pemeriksaan. Satu melihat gelombang saraf pendengaran telinga kanan dan kiri, dan satu lagi apa ntah hehe lupa pula. Kami diberitahu bila ada gelombang pada graf, menunjukkan dia mendengar dengan baik. Kalau garisan lurus.. maknanya dia tidak boleh mendengar. Apa pun, syukur Alhamdulillah semua graf turun naik dengan cantik.. syukurr...

Sebaik sahaja habis di kabin.. wayar semua ditanggalkan.. kebetulan aimy terjaga. Ya Allah, nasib laa sempat.. kalau tidak.. jenuh nak datang lagi untuk perkara yang sama.. Tu pun cepat-cepat audiologist tu suruh pergi ke bilik Cik Bee Ying untuk pemeriksaan seterusnya sebelum Aimy sedar betul-betul. Tapi aku rasa cam dah terlambat jer.. dia dah segar beb!! Ya Allah tak sampai 15 minit kut ubat tu bertahan dengan Aimy hahaha..

















Masuk bilik Cik Bee Ying, Aimy senyap jer.. Dia tengok Cik Bee Ying nak cek.. tapi dia tak nangis dah cam tadi... dia senyap kat bahu aku. Maka mudahlah telinganya diperiksa dengan alat macam kanta tu. Kemudian dimasukkan pula dengan ala ear phone untuk diperiksa gegendang telinganya. Selesai semua.. Cik Bee Ying menerangkan hasil graf di Kabin Audio tadi dan juga menerangkan apa yang dia buat sebentar tadi. Dia kata pendengaran Aimy 20 (tak tau ukuran nyer haha)jadi ia adalah pendengaran yang normal.. SYUKURRR ALHAMDULILLAH... Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati aku menunggu kenyataan ini.. syukurr...syukurrr sangat.. Kata Cik Bee Ying, dah tiada appoinment dengan dia. Tapi kalau sekiranya kami melihat ada masalah dia tak respon atau telinganya berair atau apa saja berkaitan telinganya, kami diminta datang terus kepada dia. Syukurrr Alhamdulillah...harapnya kami tak perlu lagi ke situ memabwa Aimy.. Aminn..

Kali ni sesi tak perlu dibayar kerana Aimy dah punya kad OKU. Jadi perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.




Bercakap pasal kad ini, aku sebenarnya bercampur perasaan melihatnya.

Lega - 1 perkara yang kami disyor melakukan telah selesai. Sekurangnya kami tak perlu menyediakan duit untuk setiap sesi rawatan dan latihan. Walau bayarannya murah sahaja, tapi kalau dah kerap... banyak juga jadinya walau ianya tidak membebankan.. Sekurangnya, duit tersebut boleh kami gunakan untuk keperluan-keperluan lain.. Alhamdulillah.

Sedih - Siapa yang nak menjadi kurang upaya kan? Bila ada kad ni, macam terus ia disahkan...diiktiraf sebagai OKU... huhu.. Rasanya awalnya cik abang biarkan tak mahu buat sebab inilah.. kami sebolehnya nak anggap dia sebagai anak normal yang hanya sedikit lambat perkembangan dan akan terus membesar dengan sihat tanpa ada masalah. Tapi bak kata Dr Koshy, kami perlu terima kenyataan yang Aimy adalah anak kurang upaya yang memerlukan bantuan dan sokongan kami dan pihak lain dalam membesarkan dia. Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dan sebagainya dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Cuma apa yang boleh mengubah adalah usaha kita untuk masa hadapan dia. Ujian dan pemeriksaan itu hanya membantu kita memperjelaskan apa sokongan yang paling tepat harus kita berikan pada Aimy. Redha.

Runsing - tetiba kami rasakan kami kurang maklumat yang sepatutnya untuk memastikan 'masalah pembelajaran' yang ditulis di kad OKU itu tidak berterusan hingga Aimy besar. Apa lagi harus kami buat? Ke mana lagi harus kami bawa Aimy? Perlukan semua dilakukan serentak atau satu persatu?? Dengan kesibukan kerja dan rumahtangga, rasa macam tak sempat nak mencari semua itu.. huhu.

Apa pun, doa kami.. agar Aimy Sufia dapat membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak solehah yang membanggakan kami dan diberi Allah kemudahan dalam apa jua aspek kehidupannya. Aminnn...

7 ulasan:

  1. kak.. tetibe sy sedey tgk aimi. :( sian ank kecil itu..

    BalasPadam
  2. watie
    hmm.. terpaksa aimy lalui..

    tapi baru akak tahu, baby yg lahir di HUKM perlu juga menjalani ujian pendengaran ini walau tiada masalah. Selalunya masa umur mereka 3 bulan. Baguslah.. leh kesan dari awal kalau ada masalah.. Hmm hospital swasta pun takde gitu.. cayalah HUKM!

    BalasPadam
  3. tika ... sedih tiba2 bila aku tengok kad tu. aku faham perasaan jack ... walaupun memang dia tau aimy bermasalah tetapi tetap ada sekelumit perasaan dalam diri yang masih mahu menafikan. sebagai ibu bapa, siapa yang tak mahukan anak yang normal kan? dan dengan adanya kad itu, nak tak nak kenyataan pahit tu perlu juga ditelan :(.

    hmm ... tapi kenapa masalah pembelajaran ye? masa apply tu, dalam borang ada pilihan masalah pembelajaran atau ada pegawai yang memberi nama masalah aimy sebagai 'masalah pembelajaran'? ~sela~

    BalasPadam
  4. aduhai.. penat aku menajwab semalam... panjang berjela aku terangkan persoalan hang sela.. dan aku tgk jawapan aku masuk ...sekali buka hari ni, TAKDAK!! mana pi>??? aduhai...

    OK ringkaskan balik... aku dah tak ingat ngat apa aku bgtau smlm haha... Tapi yg pastinya.. ketidakupayaan ni ada beberapa kategori.. Antaranya : Pertuturan, Penglihatan, Pendengaran, Mental, Fizikal dan MAsalah Pembelajaran. Segala jenis syndrom masuk dalam masalah pembelajaran... masalah pembelajaran pula terbahagi 4...
    1. Lewat Perkembangan (GDD)- khas kanak2 umur <5 tahun
    2. Sindrom Down, ADHD, Autisme
    3. Kurang Upaya Intelektual - umur >5 thn
    4. Pembelajaran Spesifik (Dyslexia, Dyscaculia etc)

    pastu ada laa dia punya sambungan ketidakupayaan tuh.. borang dia ada 4 page.. hehe.

    BalasPadam
  5. kak..
    xkesah a ape pon yg tertulis lam kad tuh. pd sy, aimy sgt comel and will always be a sweet heart! ^_^

    BalasPadam
  6. Thanx watie.. it's meant a lots.. ;)

    BalasPadam
  7. Asslm. Anda inspirasi sy mhadapi masalah anak gdd. T.kasih.

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular