Rabu, 26 Mei 2010

Marathon kisah dan duniaku..



18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka pergi aku pun tak pasti. Tiada dinyatakan dalam surat yang sampai pada kami. Sungguh laa kurang pandai mereka ni menulis surat ya hehe. Tapi atas dasar percaya, ku izin juga bawa anak aku berjalan.

Tghari balik rumah, nak bawa Alesha ke klinik gigi. Tapi sampai jer di rumah, aku dikhabarkan Adani tak balik lagi. Sedangkan waktu itu jam dah menunjukkan pukul 1.15 petang. Bibik tak ada kredit nak call aku. Alesha ala takut pula nak ke klinik gigi, tak seperti selalu. Dia cam dah tahu nak kena cabut segala. Selalu ok jer dia kalau nak ke klinik gigi, ni cam nak cuba bagi alasan laks dia hehe. Aku dan Alesha masuk kereta, aku terus putuskan untuk ke tadika Adani dulu bertanyakan hal Adani. Rupanya dari jam 12.30pm dia menunggu Uncle Zainal van dia di depan rak kasut. Alahai kesian Adani. Teacher dia pula, takde ke inisiatif nak telefon aku atau pakcik van Adani.. alahai. Hmm... Payah nak cakap.

Tapi itu tak mengecewakan Adani, macam bertih mulutnya bercerita dalam kereta sambil mengeluarkan segala makanan dan minuman yang dia dapat dari aktiviti tersebut. Siap kakaknya 'paw' apa yangd dia dapat haha. Tapi memang dia gembira sangat dengan pengalaman yang diterima haha. Terus aku bawa jer terus ke Klinik Pergigian Khairuddin. Terpaksa tunggu sebentar bila ada pesakit lain laks menyelit hmmm..



Kesian tengok Alesha terangkat-angakat kaki menahan sakit pabila gusinya diinject dan gigi dicabut. Kata doktor, gigi kacip bawah tu perlu dicabut untuk membolehkan gigi kacip baru yang tumbuh di belakang gigi tersebut selesa keluar dan tidak berlapis lagi. Gigi geraham kecil sebelah kanan dibersihkan dan ditampal, manakala gigi geraham belah kiri dibersihkan sahaja. Sebenarnya gigi geraham belah kiri tu yang bermasalah dari tahun lepas, infection dan bengkak gusi. Tapi dah nampak surut bengkaknya.. jadi doktor suruh biarkan dulu. Kalau kembali sakit, baru disuruh datang balik. Alhamdulillah cepat juga selesai, tapi seriau juga tengok darah keluar tak berhenti dari gigi yang dicabut. Entah berapa kali kapas diganti. Aku janjikan aiskrim untuk keberanian Alesha itu sementelah pembantu klinik dan doktor juga sarankan makan aiskrim vanilla untuk hentikan pendarahan gusinya. Tapi tak sempat nak terus beli, tunggu petang nanti sajalah hehe.

Lewat petang, kami bawa Aimy ke DEMC walau suhu Aimy agak turun ke 37++ lewat petang itu. Risau, sebab nampak dia terlalu lemah, lembik, diam tak aktif, dan ada pula ruam di badan, tangan dan belakang telinga. Doktor kata mungkin demam sebab virus, jadi dia suruh cek darah. Maka kami ke lab di tingkat 3 pula, ambil darah dan turun semula. ALhamdulillah tak lama, result diterima.. masuk semula ke bilik doktor. Kata doktor Koshy, memang ada virus tapi jenis apa ntah aku lupa pula. Katanya, yang bagusnya .. demam Aimy akan pulih dalam sehari dua kerana ruam yang keluar adalah petanda demamnya semakin pulih dan dia tak perlukan antibiotik atau ubatan lain selain ubat demam sahaja. Syukurr alhamdulillah. Aku dah risau takut Aimy warded lagi. Tapi malam tu, memang suhu dia tak sampai 37C pun doktor cek hahaha. Takut doktor yaaa kata Doktor Koshy. Balik laa kami dengan hati lapang penuh kelegaan.

Alhamdulillah Aimy pulih dari demam sepenuhnya.





21 May
Pagi-pagi dah Nurul jiran seprumahanku menghantar kek birthday Alesha (belated) yang akan dibawa ke Tadika. Kesian Alesha, bulan lepas ibu dia lupa nak beli segala untuk celebrate di Tadika, orang lain seronok jer. So ni kira ganti laa.. sementelah tadikanya ada sambutan hari jadi anak-anak bulan may dan sambutan hari guru.

22 May 2010 : Sabtu pagi lagi kami dah ke Taman Cempaka Ampang. Nak ke Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ada kenduri di sana. Lama tak balik ke Kuala pilah juga. Jadi dah pakat dengan adik ipar untuk pergi sekali. Naik satu kereta untuk save cost hehe. Kami bayar duit minyak, dia bayar tol hehe. Naik kereta adik ipar jer pun sebab leh muat ramai. Satu perjalanan yang menyeronokkan. Maklumlah dah lama tak berjalan jauh, dan sudah lama juga tak ke belah sana melawat sanak saudara cik abang.





Seronok di kenduri. Usai di kenduri di Seri Menanti, kami ke Pilah dan menziarah kubur arwah bapa mertuaku. Terasa sayau pula mengenang beliau. Banyak kisah suka dan duka bersama beliau yang kini tinggal kenangan. Aku tidak pernah menjejaki kubur arwah kerana ada saja hal yang tidak mengizinkan. Itulah pertama kalinya. Setelah dibersihkan sedikit kubur, disedaqahkan Al Fatihah kami gerak ke rumah Mak Tua di Kg Parit, Pilah. Kedatangan disambut meriah. Anak-anak sibuk nak mandi dek kepanasan. Selepas solat zohor, kami dijamu dengan minum petang. Ceria semua berborak. Bahagia rasa. Aku harapkan ia berkekalan sebagai adik beradik dan 2 mak hingga akhir hayat. Jangan ada selisih faham yang memecahbelahkan adik beradik cik abang.. aminn.

23 May, Ahad berehat sepuasnya di rumah.

Isnin 24 May 2010, pagi lagi dah keluar rumah ke Sunway Medical Center. Lalu KESAS, mak aii apsal jem teruk ni? Rupanya ada lori rosak di susur persimpangan USJ/Subang. Maka aku terus cadangkan cik abnag terus sahaj, dan masuk susur keluar tol Sunway. Tak kisahlah bayar tol mahal, asal cepat sampat. Appoinment MCUG Aimy jam 9.30 pagi. ketika itu dah jam 9. Apa pun alhamdulillah sampai ke hospital tersebut jam 9.15pagi. Mudah nak parking, ala Sunway Pyramid pula rasanya hehe. Mudah juga nak mencari di mana Jabatan Radiologi. Semua papantanda, gamabrajah map cukup jelas walau itulah pertama kali kami jejak kaki di situ.

Setelah urusan pendaftaran, penyerahan GL dan surat rujukan dari Doktor Koshy selesai, kami disuruh tunggu. Jam masih belum 9.30am. Sekejap-sekejap kami dipanggil untuk maklumat yang mereka perlukan. Tak lama dalam 9.45am, kami diberi 2'complimentary voucher' Starbucks kerana appoinment kami terpaksa diganggu dengan kes kecemasan yang mereka perlu tangani dulu. Mereka akan call bila dah ready. Huh 1st time beb aku dapat begini dari hospital swasta. Selama ni dah berapa hospital swasta aku pergi, tak pernah dapat gini. Bagusnya 'customer service' mereka..!! Memang ada starbuck dalam hospital itu, maka kami lepak di situ sebentar sementara menunggu dipanggil. Nasiblah Aimy ok jer tak meragam bila lama menunggu.






Jam 10.15 tak salah, kami dipanggil. Sempat cik abang membuang haha. Kami disuruh salinkan baju Aimy ke baju hospital baby. Kemudian letakkan Aimy di katil bilik radiologi tu. Lama menunggu, entah apa masalah mereka kami tak pasti. Tapi macam teragak-agak apa perlu dibuat. Kemudian hal ubat tidur pula, takkan tak tahu memang kena bagi dah dari awal mereka tanya hal ubat tidur ni. Doktor Koshy pun ada sebut hal ubat tidur ni. Tapi tak mengapa, sabar jer laa dah kita memohon pertolongan orang kan hehe.




Dah confirm hal ubat tidur, kami diajak ke bilik lain dulu pula dan Aimy diberi ubat tidur di situ pula. Seksa nak bagi Aimy ubat tidur tu. Tak sedap agaknya.. meraung dan tersedak-sedak dia dipaksa minum. Walau ada terkeluar sedikit bersama lendir kahaknya, akhirnya tertidur juga Aimy. Tunggu 5 minit kasi Aimy betul tidur baru dibawa semula ke bilik Radiologi tadi. Kami berdua disuruh keluar, dan disuruh jangan risau. Ubat tidur tu tak pengsankan Aimy, cuma bagi dia tidur jer. Dia akan sedar apa berlaku, cuma tak agresif sahajalah nanti. Jadi kalau dengar dia menangis, jangan risau kata pakar radiologist itu hehe. Maka kami pun tunggu di luar. Mula-mula tengok tv. Kemudian boring. Pergi berjalan tanpa tujuan tengok papan kenyataan dan semua artikel yang ditampal di situ. Dalam kami dok borak pasal artikel-artikel tu, radiologist tadi telah bawa Aimy keluar. Terbelalak mata Aimy segar. Macam tiada apa berlaku jer haha. Tapi katanya. semua procedure ok berjalan lancar. Cuma dia kata urine Aimy memang ada berbau sedikit tak macam biasa. Dia nasihatkan bagi banyak air terutama air barli. Dia minta tunggu sebentar untuk dapatkan report. Alhamdulillah cepat selesai. Yerlah, dah hampir sebulan Aimy tak miunum air barli.. baru aku pasan. Memang bau urine dia aku sendiri tak gemar haha. Nanti kena suruh bibik buat lagi untuk aimy hari-hari cam selalu.

Dalam jam menghampiri pukul 12 tengahari, report telah kami dapat. Alhamdulillah semuanya normal, buah pinggang, urine bladder dan sebagainya. Jadi tiada apa perlu dirisaukan. Cuma perlu minum banyak air terutamanya air barli jer aimy ni. Syukur nikmat Allah. Dalam perjalanan balik singgah sebentar di Klinik. Aku kena jep eczema, semakin teruk eczema aku.. buruk benor kaki tangan aku. Dapat laks MC walau tak pinta haha.

Selasa 25 May, kerusi kereta buat hal. Nak ke TAdika Al Husni Alesha pula mengambil kad laporan prestasi Alesha Sufia. Nasib laa cik abang ada, kalau tak.. tak boleh ke pejabat aku.

Alhamdulillah Alesha dapat no 7. Lihat prestasi dia not bad walau dapat no 7. Peratusan 90%. Tapi tak puas hati bila dia salah pada benda yang dia memang tahu. Mesti kerana cuai dan nak cepat laa jadi begitu ni.. Itu prestasi exam, prestasi ketrampilan diri dan hafazan ayat quran pula Alhamdulillah ok sangat. Syukur. Takpelah walau tak seperti yang diharapkan-patutnya better dari tahun lepas no 3, yang pasti dia kena lebih berusaha selepas ini. Tak boleh nakal-nakal dan asyik mainnnnnn jer kekekke.

Tengahari ke kedai sup di belakang Masjid Subang Airport, seat problem lagi..aduhai..! Sampai suspen bila aku sangkakan dah ok, rupanya seat ke belakang semula masa tekan minyak.. aduhai jenuh nak emergency break huhu. Apakah petanda? kekeke. No komen, tapi alhamdulillah atas kebijaksanaan seorang kawan, kami dapat selesaikan masalah. Diikatnya seat belt ke kerusi..sudahnya aku tak pakai seat belt sepanjang perjalanan hahahhaa. Sungguh bahaya kekeke. Tapi nak makan jauh punya pasal.. hadappp jer kekeke.

Dapat bahulu idaman hati hehe. (Aimy pun suka.. haha). Paling suka bila kawan 2 orang tu puas hati dengan apa yang aku perkenalkan hari ini. Siap mereka tapau sup dan bahulu sekali wakakkakaka. Ok lain kali leh gi lagi, sebab ada hutang lorrrr hahahaha. Kelakar bila Liza nak beli bahulu duit dah takde di purse masing-masing, yang si penjual pula (Emma namanya tak salah) sibuk suruh ambil jer.. bayar kemudian sebab dah kenal aku katanya hahahaha. Sungguh baik Emma. Nanti kami datang lagi ek.. Terima kasihhh sangat.

26-27 May, aku ada kursus in house di pejabat. Lega sedikit bila tak menghadap kerja yang hactic sepanjang hari kekeke. Tapi itu jangkaan aku jer lah.. sebab asyik keluar masuk jer aku ni dari bilik latihan huhu. Nak buat camne..hmmm. Busy semedang.. ada jer yg cari huhu

27 May 2010. Dalam jam 12 tengahari, cik abang sms. "Teacher Alesha call, Alesha tolak Nurin sampai jatuh". Ya Allahhhhhh.. Apa Alesha dah buat?? Aku call rumah, bibik kata Alesha taknak cakap.. hmmm. Tapi kata bibik, bapa Nurin datang tadi ke rumah. Dia tanyakan bila kami balik? Dia bawa Nurin, memang teruk muka Nurin yang comel tu. Dengan dahi benjol, dengan muka bercalar dan berdarah.. Aduhai. Bila bibik tanyakan Alesha, Alesha kata dia tak sengaja. Tertolak masa berlari...hmm waAllahualam. Memang perkara budak-budak, tapi risau aku bila parents Nurin sampai ke rumah dan tak puas hati. Cik abang balik, aku suruh dia bawa Alesha jumpa bapa Nurin dan Nurin, minta maaf. Kata cik abang memang teruk juga muka Nurin. Alahai kesian, dah laa budak tu lembut, cantikkkk sangat.. senyum selalu. Tapi tu laa, bapanya faham tu hal budak-budak.. tapi mak Nurin yang tak puas hati. Jadi dia nak gak laa jumpa Alesha. Tapi masa datang rumah, Alesha takut tak nak jumpa dia. Apa lagi yang kami boleh buat selain minta maaf dan nasihatkan Alesha. Nak bagi kos perubatan tak mahu pula mereka. Aduhai.. Alesha salam Nurin dan ayahnya. Takut dia dengan ayah Nurin. Tau takut..!! Alesha ni buat aku risaukan dia.. Risau pembawakan diri dia yang tak seimbang. Lasak dan kasar.. agak ganas sedikit. Kemudian tak fikir akibat dan kesan perbuatan dia. Main SONDOL jer apa nak buat dan cakap..!! Takut ramai yang marah nanti. Ya Allah, permudahkanlah aku mendidik anakku ini.. Aminn.

28 May 2010.
Lepak di rumah jer sepanjang pagi. Dah petang baru ke rumah Linot, menziarah suaminya yang menghidapi Pancreatic Cancer. Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui. Dugaan Allah kerana Allah sayang kita... Kita hambaNYA yang terpilih.. Aku dengan dugaanku, dikau pula dengan dugaanmu.. Walau ia tetap dugaan, tapi sungguh kurasakan berat lagi dugaanmu Not. Apa pun Allah Maha Mengetahui..

Balik dari rumah Linot, singgah di Mydin. Beli barang dapur. Sempat belikan selipar berjalan bebudak ni dan barangan dalam bibik..hehe. Dah sakan anak-anak pakai selipar tu dalam rumah.. aduhai haha.

29 May 2010.. cik abang sibuk buat maintenance segala kerosakan dan masalah rumah ni. tapi sekerat jalan jer dia.. huh hahahahha. Kemudian tengahari gi Emperial Subang sekejap. Wah tak pernah masuk.. hmm tak best sangat laa hehe. Balik, lunch solat bagai.. aktiviti rehat. Tambah cuaca sejuk dengan hujan lebat.. nyaman sungguh!

Malam, perkenalkan bibik dengan McD. Dah dia teringin tengok kat tv haritu hahaha. Tapi dah makan, tak sedap laks katanya.. bertuah tul! hahahaha. PAstu dia kata dia teringin yang bulat leh kerat2 tu...pizza kut?? hahahha. Lain kali laks bik.. bulan depan laks. Khamis malam jumaat kami makan sate..hehe.

Tapi hari ni pagi-pagi Adani dah demam. Asthma juga. Nasib dia mahu makan ubat bila aku pujuk-pujuk. Syukur. Ok lepas makan ubat. Siap leh ikut ke EMperial Subang hehe. Tapi dah nak tidur, cam suam balik. cepat-cepat bagi ubat. Alhamdulillah ok. Tapi seperti yang aku risau, dah Aimy laks demam ni. Aku terjaga jam 4 pagi, badan Aimy panas. Cek suhu memang tinggi. Letak towel basah terus. Kemudian cek suhu Adani pula. Ok alhamdulillah, cuma nampak pucat jer. Ni kedengaran dia batuk. Alhamdulillah suhu Aimy dah berkurang walau tak makan ubat. Syukurrr...

Berhenti solat subuh jap.

Sepatutnya pagi 29 Mei ini Alesha ada peperiksaan kemasukan SRAI Sek 19. Tapi peperiksaan tersebut ditunda ke 19 Jun pula. Dah dapat dah suratnya kelmarin. MArah Adani kakak dapat surat, dia tidak hahahha. "Asyik kakak jer dapat surat, adani nak surat jugak!!"

30 May 2010
Wah hari ni genap usia perkahwinanku 7 tahun!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH atas rahmat dan kasih sayang Allah terhadap kami. Moga perkahwinan ini kekal bahagia ke akhir hayat... ditambah rezeki, dipermudahkan perjalanan hidup dan diberi kejayaan dunia akhirat.. aminnn.

Aku dah order kek benarnya dari jiran setaman perumahan..hehe. Tak sabar nak tengok kek special itu hehe. Kek kecik jer aku suruh buat, dah kami jer yang nak celebratenya.

Dah 7 pagi ni.. macam nak jogging jer.. Tapi takde kawan pula..cik abg tidoq lagi..bertuah tul hehe.

Aduss perutku memulas kembali.. dah ler semalam 3 kali aku kena ceret.


Aku masukkan gambar kek yang kami terima jam 11 pagi tadi kekeke. Simple jer, tapi SEDAPPPP sungguh oreo cheese cake nih!! Sakan aku dan anak2 makan. Cik abang pun kata sedap kekeke.






Tengok muka Adani yang muncung sedepa hahaha. Merajuk dia, bukan kek dia lagiii!! Merajuk dia sebab kununnya asyik kek ibu dan kakak jer.. hahaha.. Ayah dia laks bagitahu tu kek ayah dan ibu bercinta, lagi dia marah.. "asyik nak bercintaaa jer ayah ibu ni.. Adani takde kek pun..!!" terus masuk bilik bibik dan tutup pintu. Pujuk cakap dia leh potong kek ibu, jap jer dah keluar balik kakakkaka.. Adani...Adani..sejak dua menjak ni, kerap benor dah dia buat pangai majuk masuk bilik bibiknya.. Pernah sampai tertidur pun haha. Tapi kelakar bila cik abang bisik.. "Memang bilik merajuk tu.. sesuai untuk Adani dan bibik.." ha??? hahahhahahakakkakakaka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular