Tengah lepak-lepak layan aimy nak tido.. tetiba handphone berbunyi..."Kringg...telefon berbunyi... ada haiwan dalam bahaya... ada haiwan dalam bahaya.. di sana.... wonderpets pasti datanggggg!!!"
WONDERPETS toolongggg auntieeee hahahahahaha. Aduss... gelak dulu sebelum menangis kata orang tua-tua..hehe
Suara yang bernada keras, marah, dan bagaikan musuh yang tetiba menerjah... penuh perasaan yg negatif dari suara itu. Sungguh ku tak sangka dan sungguh ku tak percaya.. Ya Allah sungguh bertimpa-timpa ujianMU buatku kali ni.. Ku pohon padaMU hanya satu.. Cukuplah kiranya aku mampu mengatasinya dari segi zahir dan batinku...mental dan emosi.. Ya Allah, Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang tak terdengar dan terlihat olehku.. permudahkanlah urusanku menjaga amanahMU yang kesakitan ini.. berikanlah belas pada orang yang bersuara itu terhadap anakku..KAU berikanlah anakku kesihatan yang paling baik dan berterusan baik buat Aimy Sufia.. Semoga anak kecilku ini dapat membesar bermain lastik dan pistol-pistolan...dapat berjaya dunia akhirat di atas keberkatanMU ya Allah..
Apa yang dibisingnya? Apa yang disibuknya? Pertanyaan bertubi, kutukan, ugutan, kencaman semua dikeluarkan dari mulut seorang perempuan berumur 54 tahun itu. Luluhnya hati ini, kerna aku tak sangka semua itu akan keluar seluruhnya buat diriku.. Sebelum ini aku tidak pernah risau dan peduli tentang peribadinya, perilakunya, tanggapan dan fikirannya yang tidak mengganggu aku walau begitu tidak sedap didengar. Hanya orang sekeliling yang selalu rimas dan terguris serta terganggu dengan segalanya dari dia... Ramai yang mengatakan aku begitu sabar dengan karenah dia. Aku tidak kisah, selagi tak membabitkan aku cukuplah.. Aku juga tak berprasangka. Biarlah dia begitu.. Dah itu dirinya.
Tapi panggilan tadi memang menguji segalanya pada diriku. Menguji emosi ku, akal ku, zahir dan batinku..malah pendirian dan ilmuku dan paling ku pantang MARUAHku.. !Aduhai, adakah dia mencabar aku? Aku rasa tercabarkah? Tidakk... aku lebih pada sedih, sayu, rasa begitu hinanya aku TETIBA di pandangan mata hatinya. Ya Allah kena rasukkah dia? Tidak mengapa dia tahu nak mengubatnya ;)
Antara intipati yang ku ringkaskan :
1. Cuti panjang dan kerap, so ambil saja unpaid leave atau berhenti. (aku masih ada 1cuti ehsan dan 8-9 cuti tahunan. Nak kata kerap cuti, tidak juga.. bukan aku amik cuti tetiap minggu, atau tetiap bulan. Tapi bulan 7 tempohari, bulan 9 tempohari dan sekarang bulan 11. Yang dia asyik bercuti sibuk reno rumah, MC laa kunun padahal reno umah dan merata pergi dan kadang MIA entah hilang ke mana, dan kadang masa kerja lepak di surau dan borak dengan bos-bos yang dikatakannya kamceng dengan dia.. itu ok pula. Tak melanggar etika kerja sekian-sekian? Aku terlupa sehari dua nak inform masih EL dah dikatakan boleh dihentikan kerja. Setahu aku 3 hari tiada khabar berita baru boleh dikenakan tindakan kan? Ingat aku tak tau ke? hehe.. Adakah patut? Dia direct 2 minggu cuti, kemudian dalam minggu lepas 1 hari sahaja dia datang kerja sepenuh hari.. 2 hari MC, 1 hari cuti, 0.5 hari cilok.. Muliakah itu?? Kunun nak habiskan cuti, takut burn yang mana tak boleh carry forward. So aku tak boleh guna cuti aku? Dia jer boleh? Patutkah??
2. Tak perform - aik tetiba tak perform?? Selama ni ok jer.. Baru 4-5 bulan bersama dah kira tak perform? Benda baru beb..! Puan pun tak pandai nak buat, tu yang bisingkan..? hehe. Puan takde, semua benda saya buat keseorangan. Bak kata kawan saya, kena laa ada plan kecemasan bila berlaku kekurangan staf dan sebagainya. Ini puan sendiri pun tak nak belajar buat. Sama seperti saya, buka juga web yang tiada kaitan kerja di waktu kerja. Jadi janganlah mengumpat saya dan bising mengutuk saya di department lama saya, dah laa di department baru pun pagi-pagi dah sekalian alam dan burung terbang ketakutan mendengar suaramu bising-bising mengumpatku..haha.. I'll will know walau I tak belajar ilmu perawatan hehe.
3. DEGIL! - haa ni paling aku tak boleh terima... apa yang degil? Aku ikut jer selama ni arahan kerja dia.. apa dia suruh buat dan apa yang dia tak suruh buat. Adakah kerana aku tidak membawa anak ke sebuah pusat perawatan Islam dan hendak teruskan pembedahan mata anak yang dikatakannya tidak perlu dan doktor cakap takutkan jer.. tu yang dikatakan aku DEGIL?? Wahh tak pernah aku melawan dia.. sampai hati dia berkata demikian. Dia selalu takutkan aku dengan itu ini tu dia tak sedar?? Sampai runsing aku dengan kesihatan anak bila dia suka takutkan, ugut dan macam dia yang tahu segalanya..huhu. Nak kena ikut cakap dia jer, kalau tak diselarnya kita DEGIL.. huhu.
4. Sibuk pasal aku nak amik maid. Haritu bising kata macam-macam pasal ambil maid. Dikatanya aku tak fikir panjang. Kena fikir lagi. Memang sibuk jer nak masuk campur keputusan hidup orang lain. Kemudian tadi, dia yang sibuk.. "kata nak ambil maid? dah ada?" Ishh kalau dah ada takkan aku kalut begini.. Kalau dah lama, dah tentu aku minta tolong maid tengok kejap-kejap di siang hari. Tapi belum rezeki. InsyaAllah ada nanti, kalau ada rezeki ku nak bermaid laa hehehe.
5. Report bulanan aku tak siapkan. Hmm 1 jer kan yang tinggal? Yang lain semua dah siapkan. Kerja-kerja ad-hoc pun aku dah selesaikan. Dia apa tau, aku buat kerja bukan nak menunjuk-nunjuk macam dia.. Bukan dia tak boleh tolong buatkan. Masalahnya dia tak reti laa tu hahaha. Nasib laa labuu..Kalau buat tanpa ikhlas dan asyik bising dan merungut, tak berkat pendapatan tu puan hehehhe
6. Adalah lain-lain lagi dia dok sebut dan begitu menyayat hati..terguris hati ini.. huhu... Cukuplah apa yang ku senaraikan tadi.
Lagi satu nak bagitahu sket, sekarang ku bertapa di bilik 3 bedded. Jadi di bilik sebegini, tak dibenarkan orang lelaki menunggu anak. Juga suami menunggu isteri. Kena sejantina baru boleh. Melainkan kalau bertapa dalam bilik single macam kami duduk tempohari. Tapi sementelah masa admitted bilik single tiada kekosongan, begitu juga double bedded..jadi amik jer laa mana ada. Jadi fahamilah mengapa dan kenapa aku perlu menemani anak di hospital selain dari cuti suamiku yang sememangnya tinggal 1 hari haha.
Lepas panggilan diputuskan, aku tak tertahan lagi untuk menghalang airmataku keluar. Aimy memandang penuh tanda tanya. Kesian aimy..
Terus ku rasa tak tentu arah.. kubuka notebook..posting di sinun dan sinin.. di sinin saja aku nak 'inform' aku EL..geram punya pasal. Aku tahu ramai opismate boleh baca.. tu saja laa aku bgtahu..hehe
Kemudian ku telefon opismate yang baik hati menolong aku carikan maid. Tempohari maid yang dicadangkan tak melepasi ujian air kencing. Bila ku tanya tadi, kebetulan dia baru dapat khabar dari seberang..dia kata ada yang nak kerja.. nanti dia bagitahu ex maid dia. Kemudian dia kata, kalau nak cepat..kita dahulukan duit medical check up RM200. So aku dah tak fikir panjang, nekad jer bayar RM200 pada akak tu. Tawakal jer laa agar yang kali ini melepasi semuanya dan yang terbaik untuk membantu menjaga anak-anakku terutama aimy. Kena belajar dengan akak tu ni nak menjadi majikan yang baik hehe. Dengarnya, tempoh pengurusan dokumen dan segalanya tentang maid pun makan masa.. paling tidak sebulan..Tu paling cepat laa tuh.
Huh lega 1 part. Kemudian kami risaukan pembedahan mata aimy tak boleh dilakukan isnin depan sementelah dia tak sihat ni. Jadi kami decide nak telefon HKL esok. Nak minta posponed tarikh pembedahan. Dulu nurse tu kata, kalau sampai jumaat sebelum masih belum sihat.. Call laa minta tukar tarikh. Kalau selsema paling tak boleh dioperate. Tapi Aimy yang murah rezeki... tadi doktor dari HKL pula yang call, bertanyakan confirmation operation dan keadaan kesihatan aimy sekarang. Doctor call cik abang, masa ni dia kat opis. Kata doktor, tunda pun tak boleh lama sangat. Tak boleh tangguh.. BAHAYA. Tapi kalau ikut kalender booking dah penuh sampai hujung tahun. Ada tahun depan sahaja.. Tapi dek doctor risaukan Aimy, dia carikan tarikh yang pesakitnya belum urgent untuk dioperate. Digantikan dengan Aimy, syukur alhamdulillah dapat doc yang concern begitu. Doc call semula cik abg selepas tarikh yang dicari confirm. Jadi aimy akan diminta warded pada 13 Dec, dan akan dibedah pada 14 Dec..menggantikan 8-9 November asalnya. Syukur alhamdulillah...rezeki aimy. Masa tu keluarga pun dah pulang dari Mekah. Rezeki aimy tul ada masa yang boleh dicilok bulan depan.
Lega sikit bila hal operate ni ditunda. Jadi tidaklah aku berterusan cuti, risau aimy tak sihat dgn kadar segera dan dibebel dek orang tu hehe.
Dr Koshy sedang bercuti sejak petang semalam. Kalau dia ada, tentu dia risau dan kalut juga nak pastikan kesihatan aimy baik sbeleum isnin depan haha...
Oklah, beransur dulu dari sini.. dah mengantuk pula. Hari pun dah lewat sangat. Aku perlu tidur agar pabila anak berjaga aku tidak tertido haha
Selamat Malam
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
kak tika
BalasPadamterkeduuu lis baca cerita akak neh...tapi situasi akak tu sama je ngan bos lis...memangggg sebijik seJIBON..byk2 bersabar ye kak...lis doakan semuga semua dalam keadaan yang baik dan dimudahkan untuk akak...
insyaalllah, pasti ader hikmah disebalik apa yg berlaku...Allah maha adil :)
BalasPadamTena doa kan akak di beri kekuatan utk tempuhi sumer ni... amin....
BalasPadamkiss aimy skit from auntie tena....hehehhehheeh...
Terima kasih semua. Semalam dia ugut nak adu pada VP HR. Big boss kami laa. Tak kisah laa.. adula.. orang lain boleh berfikir, bukan macam dia..akal dah diliputi nafsu. Aku tanya manager-manager lain..semua kata ok jer. Suh sabar. Biasalah dia tu kata mereka. Apakan daya.. aku berboss orang begitu.. banyak hikmahNYA kut hehe
BalasPadamsemoga aimy cepat sembuh... amin
BalasPadamerrrkkkkkk ..simptom² ketua-an la tuh .
BalasPadamignore kan ajek .. bkn ko gi perpoya² pun time EL tuh .
thanx kin
BalasPadamJah
hahaha..tu baru sket ko dgr pasal dia. Selama ni aku tak pernah citer hal dia.. Malas. Cukuplah aku denagr orang sekeliling asyik merungut hari2. Tapi lepas aku terkena ni.. mau aku juga akan tercerita nanti..ishh ...hahaha
Hari ini, kul 8 pagi aku dah sms menyatakan aku masih EL sbb anak masih di ward. Jam 9 baru dia reply. Dia punya ayat "nampaknya minggu depan pun you cuti lagi la ye sbb yr baby nak operate mata kan". Aku dah agak, sure ada sms sambungan. So aku terus je jawab "Tak. Minggu depan saya dtg kerja". Kalau aku cakap cuti, sure panjang kisahnya lagi kan..dah dapat kubayangkan hahaha. Ni terus termati laa soalan dia hahaha. Nanti balik kerja isnin, kalau dia nak tanya khabar anak aku, aku malas nak jawab. Jawab hal kerja jer.. Tapi aku dah bayangkan ni, aku masuk nanti.. panjang tazkirah aku kena dengar... Lantok laa.. Aku redha hehe
tapi memang miracle laa.. memang aku baru pasan, aku sabar dgn dia.. mungkin sbb dia orang tua.. tak sampai hati nak melawan walau sepatah perkataan pun.. hmmm
BalasPadamTika,
BalasPadamAkak turut bersimpati membacanya... doakan yg terbaik utk Tika sekeluarga. Insyaallah, ada sinar terang di sebaliknya. Biarkan dia nak menyalak, nak memekik...sesungguhnya Allah maha mengetahui, Maha mendengar rintihan hambanya. Salam sayang dari akak sekeluarga....
ya Allah tikaaaaa...
BalasPadamhebatnya dugaanmu..mg Allah berikan yg terbaikk buat mu akhirnyaaa..
sedih aku baca kisah² ko sini..
***puas aku godek²..baru jumpa ko kat blog jah
kat follower aku tadak pon ko~!
kak tini..
BalasPadamterima kasih kak..terharu saya huhu
adiya
terima kasih friend...
agaknya aku click follow tu tak menjadi kut.. Tapi masa aku tgk tu..memang keluar gambor profile blog aku kat blog ko.. hmmm