Rabu, 4 November 2009

Bertapa dlm bilik 510@DEMC

Hari ini aku EL..jaga aimy di ward. Risau bila demam dia tak surut-surut. Begitu jer suhu walau dah makan ubat. Last nurse bg ubat buntut. Pas mandi, aimy tido.. baru rasa suhu panasnya dah kurang banyak... Alhamdulillah. Hari ini pagi petang Aimy kena fisio. Kali ini fisio hanya ditepuk sahaja.. tak masuk tiub ikut mulut dan hidung, dek aimy pernah berdarah hidungnya dulu.

Semakin lewat petang, makin nampak cergas Aimy.. nafasnya dah tak laju. Cuma masih denagr bunyi dia bernafas kerana hidungnya masih ada selsema. Doktor datang melawat pagi dan petang. Petang tadi Dr Koshy cakap..kahak dia dah amat berkurangan..bagus. Cuma dia risaukan demamnya sahaja. Kalau ok demamnya tak ada sampai pagi dan tengahari esok, insyaAllah esok boleh keluar. Kalau tidak, kena tambah 1 hari lagi.. Alhamdulillah...at least tak lama dok di hospital ni. Syukur alhamdulillah.

Haa ayahandaku baru menelefon dari Masjidil Haram. Nak tunggu asar katanya. Kena datang awal, kalau tak nak masuk seksa. Kelakar bila ayah citer, dari hotel nak ke Masjidil HAram kena naik van..hotel jauh sikit. Naik van kena bayar 1 Riyal ketika pergi, balik 2 Riyal.. Aikk kenapa mahal waktu balik? Ayah kata sebab masa pergi turun bukit, masa balik hotel naik bukit ......hahahha.

Nurse pun baru datang hantar ubat dan cek suhu aimy..Alhamdulillah suhu dah turun ke 36.8C... Harap berterusan hingga bila-bila..

Cik abg dan anak-anak baru selesai makan McD. Siap beli gelas cik abg aku ni...haha. Aku makan nasi bersama lauk ikan cencaru masak terutup yg aku gemar kalau stay kat hospital ni haha..sedappppp!! Mau gemuk asyik melantak jer...

Risau tgk muka adani.. ntah apa kena muka dia penuh dgn luka dan macam ada jengkitan tepi mata. Asalnya ada yg mencakar ...bila luka dah kering..adani ni suka mengopek. Dah asyik berdarah dan luka kembali. Macam jadi makin teruk bila macam melarat..Tak elok dah muka dia.

Aimy dah bangun...so sambung kemudian. Anak-anak pun nak main komputer kata mereka.. So beransur dulu dari blog ini...

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah....Aimy makin ok...semoga sumer nyer lancar utk Aimy...Amin...

    Adani nie suka garu "luka" dia kutttt... mcm tasha... tu yg senang ade parut tu..... tambah lak knkdg kuku pun panjang kan....

    Bestnyer ayah akak kat Masjidil Haram... tena dulu duk hotel seberang masjid jer...hotel tu bebetul depan pintu masjid....just cross jln.... nak gi toilet pun siap blk hotel... heheheheeee...

    pemandu2 van kat sana hebat kak...siap divider tuh pun dia naik.... hahahhahahaaaaa.......

    BalasPadam
  2. tena.. skrng hotel depan masjid dah diruntuhkan...banyak yg dah takde..

    betul tu...adani suka kopek kalau ada luka yg dah kering.. makin melarat akak tgk..dah kena kat tepi hidung bawah laks..agaknya air bisa tu yg buat merebak.. Suh cik abg akak bawa gi klinik, tak terbawa dia..yelah sibukkan aimy kat spital ni ...huhu

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular