Ahad, 7 Februari 2010

Bukit Cerakah/Taman Pertanian Cahaya Seri Alam?















Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. Jam 7.30pg baru ku kejutkan anak-anak dan pilihkan baju yang mereka hendak pakai ke Bukit Cerakah. Sebelum tu sempat ku minta tolong bibik rebuskan dan hancurkan 4 biji telur untuk ku buat sandwich telur. Selepas selesai anak-anak dan diriku mandi, ku lihat cik abg dah masuk bilik air. Tak sempat pakai tudung, aimy dah terjaga menangis nak susu.. Terpaksa bawa aimy turun, minta bibik bancuhkan susu dan tengokkan aimy sementara aku buatkan sandwich telur dan sambung bersiap. Settle jer, tinggalkan sket sandwich buat bibik, sayang cecukup aimy..terus masuk kereta.

Jam 8.50 pagi mula gerak. Sms jah, siapa lagi yang kata nak pergi. Mlm tadi Jah sms bagitahu, tak dapat pergi dek keletihan membuat karipap frozen (biz yang baru diceburinya) kekeke. Takpelah.. kami ni takde orang lain pun ON jer.. sebab dah nekad dan excited nak bawa anak-anak outing. Sms eryn tak berjawab. Sms Linda on the way via Puncak Alam, tapi macam sesat jer haha. Try sms Su juga.. Su cakap tak dapat gi, dek Auni yang baru nak pulih dari demam selsema. Kak inaz pun aku tanya, kata kak inaz dia tak dapat.. ada hal lain. Tak lama eryn reply kata dia akan gi, lambat sket sbb terbabas haha. So ok laa.. 3 famili pun dah ok sangat tuh hehe.

Sampai di Bukit Cerakah dalam 9.15am. Sebelum tu sempat singgah seberang jalan DEMC. Cik abg nak keluarkan duit kat Bank Muamalat di situ. Masa tu yang aku sms dan call kengkawan hehe. Parking ada lagi kosong walau ramai juga pengunjung. Parking RM1 jer per entry. Ok sangat laa kan hehe. Parking bebetul area berdekatan pintu masuk. Terus amik 1st gambar di Batu CHOGM haha. Beli tiket, Dewasa RM3.. Kanak-kanak bawah 11 tahun RM1. Tapi aku tanya penjual tiket, kanak-kanak umur 4-6 tahun kena bayar tiket ke? Dia geleng sambil jawab, tak kak.. So ok laa.. 2 tiket jer beli haha.

Ada tempat menunggu bas/trem, kami serba salah nak naik ke tak. Bas dah ada menunggu. Kang naik, kawan-kawan sampai pula. So decide tunggu kejap. Dah tunggu agak 15minit, anak-anak tak sabar dah... asyik cakap jomlah...jomlah. So aku sms eryn dan linda, bagitahu aku naik dulu bas. Jumpa di Rumah 4 musim. Maka naiklah kami atas bas yang baru sampai ketika itu. Penuh jadi bas bila sekumpulan anak-anak muda berbaju hitam dan berseluar celoreng askar naik dengan bag-bag besar mereka. Berdiri jer kebanyakan mereka. Nak ke mana agaknya mereka ni.. hmmm

Setelah setengah perjalanan, bas berhenti. Anak-anak muda berbaju hitam dan berseluar celoreng tadi turun beramai-ramai. Rupanya ada PAINTBALL VALLEY di sini. Wahh ni baru ni.. dulu aku datang sini zaman belajar kat ITM dulu tiada. Bestnya tengok..! Agaknya bag besar tu mengandungi segala kelengkapan paint ball mereka gamaknya.. Wahh sungguh impressed...!! ada peralatan sendiri tuh!!... cayalah. (Kebanyakan mereka chinese, tak salah ada 1-2 orang jer melayu atau lelaki dan perempuan).

Setelah bas sampai ke Empangan dan berpatah balik, kami blur pula mana nak dipergi. Nak terus ke Rumah 4 musim ke? haha.. LAst memang terus gi. Sementara menunggu kawan-kawan, kami buka bekal. Sedap makan sandwich telur dalam suasana hening dan damai hutan sambil melihat gelagat pengunjung yang rata-ratanya tersenyum riang. Setelah puas mengisi perut dan melegakan kehausan, kami berjalan merayau di kawasan sekitar. Ambil gamabr dan possing sana sini.. Kalau dah tak tahu buat apa tu, mula laa merapu meraban lami sekeluarga possing hahahaha.

Sempat melihat tupai meloncat dari pokok ke pokok, sempat melihat rama-rama terbang mencari sesuatu, sempat juga melihat gelagat monyet/lotong yang cute sungguh! haha
Alesha dah sibuk nak naik basikal macam pengunjung-pengunjung lain. Kami kata lain kali sajalah. Mereka dah tak sabar nak masuk rumah salji. Mereka juga dah rimas berpeluh, mana taknya...tak reti diam, asyik meloncat dan berlari.

Lama juga menunggu, tak salah dalam 10++ pagi bari Linda dan Eryn sampai. Kami sempat possing ramai-ramai sekejap di pintu masuk rumah iklim. Kemudian beli tiket untuk rumah 4 musim ini. Dewasa RM1, Kanak-kanak 4-11 tahun RM1. Jadi aku beli 2 dewasa, 1 kanak-kanak. Tiada pula baju sejuk disediakan macam dulu. Maka memang bersejuklah kami di dalam hahaha. Anak eryn si afia, terkejut dek sejuk.. meraung menangis memanggil ayahnya yang bekerja haha. Dek kerana si adek meraung, si kakak Ayra Adeena pun cuak.. haha. Kata ibunya, samalah macam aircond dalam bilik kita..! hahaha

Adani yang mula takut nak masuk bilik salji, akhirnya dia yang seronok hehe. Alesha pula kesejukan sangat-sangat sampai dia kata tangannya dah keras hahahha. Kebas kut. Yerlah kami pun malas nak bagi pakai baju lengan panjang atau bawa baju sejuk, kerana outing begini, confirm panas... hehhehe. Suami dan anak-anak linda, selamber jer keluar masuk jogging dalam Rumah Salji...hahaha. KAlau masuk ikut pintu belakang, tiada siapa perasan dan jaga katanya. Lain kali masuk ikut belakang jer hahahha.

Setelah selesai di Rumah 4 musim, kami jalan-jalan sekitar taman hiasan buatan. Kemudian tunggu bas untuk ke tempat lain. Nampak macam ada jambatan gantung. Suami Linda ajak singgah situ. Kelam kabut cik abg aku mengetuk pintu driver bas dek tiada loceng dan bahan isyarat untuk memberitahu pemandu bas agar berhenti di tempat kami kehendaki.. huhu. Rupanya kawasan itu, TAMAN BURUNG. Tapi ntah tinggal berapa ekor sahaja burungnya, hidup segan mati tak mahu. Ada satu macam menara sangakr haiwan. Seronok naik jambatan gantung. Digoncang pula dek ramai, ada yang suka ada yang cuak haha.

Ke TAMAN HAIWAN pula kami. Disambut dek burung kakak tua yang pandai berkata-kata. "Hello, apa khabar?". "Siapa nama awak?" cute jer bunyi haha.. Kemudian ada kuda padi dan kuda di situ juga. Setelah pusing sedikit di area situ, kami rehat sekejap buka bekalan. MAkan jer apa ada sementara menunggu masing-masing punya hal. Budak-budak seronok nak ambil gambar di replika haiwan-haiwan yang dibela di situ. MAcam-macam aksi.. yang riang ria, yang cool, yang meraung hahaha.

Naik semula bas, dan terus balik ke pintu masuk. Maka bersurailah kami. Eryn dan Linda makan di situ, manakala kami anak beranak cuma berehat beli dan makan aiskrim potong kemudian terus balik. Sempat singgah 99 Speedmart beli susu aimy dan biskut anak-anak. Balik rumah, minta bibik panaskan lauk malam tadi dan gorengkan telur sahaja. Sebab aku dah keletihan dan kepanasan. Tertidur akhirnya kami semua selepas makan hahaha.

Apa pun puas hati dapat bawa anak-anak outing mengisi masa lapang dan minda mereka.

Lupa nak bagitahu, aku rasa Aimy demam 3 minggu ni semata nak tumbuh 1 batang gigi kacip bawah haha. Sebelum ni dok nampak putih kat gusi bawah dia. Sekali hari ni dah keluar dah giginya.. rasanya sebatang baru kekeke. HArapnya suhu dia tak akan naik lagi.. Nampak suhu dah ada yang bawah 37C...alhamdulillah. Jgn pagi esok naik balik suhu udah.. HArapnya, anak ibu sentiasa sihat..!

Petang, sempat aku menjengah satu SPA/SALUN baru di area rumah. Mula niat nak gunting rambut jer, maklumlah budget tak berapa ada untuk facial. Sekali ada promotion pembukaan, Mini facial cuma RM19.90 jer.. semua step facial dibuat kecuali scrub dan massage sahaja. So aku try gak laa dah alang-alang sampai hehe. Memang best! haha. Kalau Normal Price untul facial biasa pun dalam RM35-40 sahaja. So bagi aku harga dan servis berbaloi.. Alhamdulillah ada tempat dekat hehe.

BAru jam 12 malam. Dah ngantuk ni. Nak upload gambar lambat benar laa... Try dulu ok.

4 ulasan:

  1. harga masuk rumah salji

    BalasPadam
  2. Hai.. masuk rumah salji juga RM3 seorang. Kanak-kanak takyah bayr pun ok, nak bayar pun ok.. depa tak kisah pun hahaha.

    BalasPadam
  3. Lalu...lalu.... Rumah salji sampai bila??? ada tarikh yang dihad ke??

    BalasPadam
  4. Plz inform sy blh..?? di nombor 017 - 207 1047 berkenaan Rumah salji..

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular