Isnin, 29 November 2010

PDK

Pagi tadi awal pagi dah terjah klinik, sakit mata dari semalam huhu.

Tetiba reminder telefon aku berbunyi, peringatan aku untuk call PDK Shah Alam yang aku jumpa alamat dan nombor telefonnya dalam internet. Seperti yang pernah aku cerita, kami pernah mencari di mana lokasinya berdasarkan alamat yang ada. Tapi tak jumpa. Pelik tul.

Tadi nak hilangkan kemusykilan aku telefon PDK Mutiara Hatiku, Seksyen 19, Shah Alam. Katanya kena masuk simpang 3 depan SRAI. Dia dalam kawasan perumahan. Laaaa patutlah macam nak rak kami mecari tak jumpa haha. So dah dapat bayangkan di mana lokasi PDK tersebut.. Alhamdulillah.

Tapi malangnya PDK di Shah Alam ini tidak mengambil kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Mereka tiada ahli terapis dan kekurangan kakitangan untuk mengambil kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Ikutkan memang JKM arahkan mereka kena ambil kata staff PDK yang menjawab panggilan telefon aku. Tapi mereka tak dapat melaksanakannya kerana masalah yang aku sebutkan tadi.

Alahai buntu pula kepala memikirkan hal persediaan persekolahan/perkembangan Aimy. Nak pergi ke swasta payah pula, bukan sahaja kos yang agak tinggi tapi semuanya agak jauh. Masa juga tiada. Ada tempat yang dikehendaki ibu bapa bersama, ada yang suruh ibu bapa tinggalkan anak.

Hmm macma mana pun rasanya kena tengok juga pusat intervasi awalan swasta di Seksyen 7 Shah Alam. Setakat mencuba tak rugi kan. Kalau ok, boleh pergi. Rasanya setakat kelas terapi dan intervasi awalan di hospital sahaja tidak mencukup.

Si mata besar!

Jumaat 26 Nov 2010, lagi 10 minit pukul 8 baru kami keluar dari rumah menuju HKL. Lambat dek Adani nak ikut juga. Yerlah dia sorang kat rumah ngan bibik, kesian pula dia. Sampai HKL jam 9.10pg.. alahai lambat sangat2 dah.. Nasib tiada masalah selain menunggu giliran yang agak lama.. 1.5 jam baru nombor dipanggil untuk pendaftaran dan beratur pula untuk optometri dan peaditrician. Hai memang membosankan bila menunggu terlalu lama. Tapi aku tetap sabar.. cik abg agak mengeluh sedikit. Yerlah bukan senang nak bergilir dukung Aimy yang aktif dalam dukungan.. Melayan karenah Adani lagi.

Kami dipanggil masuk untuk optometri dulu. Lama mata Aimy diacu dengan pelbagai alat.. Memang susah nak dapatkan result sebab Aimy tak reti diam. Kadang sampai menangis dia bila dipaksa diam. Aduhai.. Tapi ada sesuatu perkhabaran yang tak menarik dari hasil pemeriksaan awal. Kami diminta jumpa doktor pakar mata dulu sebelum mereka di optometri meneruskan pemeriksaan. Menunggu sebentar di bahagian paeditrician.. Doktor Norazah pula memeriksa Aimy. Dia periksa dengan jari dia saja atas kelopak mata aimy.. dan dia kata OK pada pegawai di bahagian optometri tadi. Tak salah dia baru saja melakukan pemeriksaan secara manual ke atas tekanan saraf mata Aimy. Bila dia periksa kata OK, tengok rekod sebelum pun OK.. jadi pegawai perubatan di optometri memasukkan ubat cecair untuk membesarkan kornea (tak salah laa) mata Aimy untuk memudahkan mereka jelas melihat ke dalam mata Aimy. Selang 5 minit, ubat cecair lain pula dimasukkan ke dalam mata Aimy. Kami disuruh membiarnya selama 30 minit sebelum diperiksa semula. Maknanya jam 12.15thghari baru cek semula. Ya Allah lambatnya, selalu waktu ni kami dah mula keluar dari HKL.

Sempat Aimy tidur dalam 30 minit tu, memang dia dah mengantuk sangat! Adani pula mengajak ayanhnya cari air dan biskut. Lega sekejap bila Aimy tidak melasak dalam pegangan...hehe

Tepat 12.15 masuk kembali ke dalam bilik 14-Optometri. Aimy diperiksa sekali lagi dek pegawai optometri tadi. Lupa pula aku namanya. Kemudian dia takut apa yang dia tengok tu salah, dia panggil senior/rakan sekerjanya untuk double confirm. Memang ada peningkatan yang banyak pada kerabunan Aimy. Lama sungguh mereka ulang pemeriksaan dan jenuh juga mengumpan Aimy dengan macam-macam. Memang susah kali ni dia nak betul-betul beri kerjasama. Dah besar kut. Yang peliknya, kata mereka berdua.. ada perubahan pada mata Aimy sekiranya betul dari depan dan dari belah tepi ... tahap kerabunannya berubah-ubah. Musykil jadi mereka. Cam susah katanya nak pastikan. Tapi akhirnya mereka berdua buat keputusan memang ada kenaikan yang tinggi pada kerabunan mata Aimy. Jadi mereka minta kami bertemu semula dengan Dr Norazah. Ikutkan awal tadi, kami dah tak perlu jumpa. Sebab Dr Norazah telah selesai memeriksa secara manual mata Aimy. Doktor perlu periksa semula kerana mereka khuatir peningkatan rabun yang tinggi tersebut ada kaitan dengan gluocoma. Mereka ada juga berbual sesama sendiri yang aku denagr pasal keberangkalian Aimy tak kerap pakai cermin mata. Kata sorang lagi, kalau tanggal sekejap-sekejap ok. Hmm perkara tersebut dah berulang kali aku pesan pada bibik. Dulu dia yang kerap nak tanggalkan cermin mata Aimy, kernaa kesian tengok Aimy rimas. Sampai satu hari tu, panjang ceramah aku pasal Aimy perlu pakai cermin mata sentiasa sebolehnya, untuk bantu mata dia pulih etc. Depan mak aku laks tu. Nasib depan mak aku, bibik tak akan menjawab. Kalau takde orang lain, sure dia menjawab hehe.

Menunggu semula doktor di bahagian paedetric agak lama juga. Bila dah dapat jumpa, macam-macam pula diperiksa. Tak puas hati, doktor ajak masuk bilik laser untuk lihat saraf mata Aimy. Aimy dibedung dengan selimut dan dipegang kuat oleh aku dan doktor. Bersungguh Aimy menangis, ketakutan benarnya. Bilik tersebut digelapkan pula. Hanya alat di kepala doktor saja yang menyala. Macam head lamp pula aku tengok hehe. ALhamdulillah prosidurnya tak lama. Tapi sudah cukup untuk membuat Aimy dah terbatuk-batuk akibat menangis sekuat hati. Aku dah risau dia akan muntah. Awal aku dah bawa ke sinki. Tapi tak muntah pula dia. Sekali keluar bilik tersebut, melambak keluar muntahnya.. Aduhai terkejut aku, terus tadah muntah dia dengan bajunya sendiri. Nak elak kena kasut orang lain dan kena orang. Cik abang pula dah mengekor doktor. Nasib ada Adani yang mundar mandir dari ke depan ke belakang. Aku suruh dia segera panggil ayahnya. Banyak Aimy muntah.. baju aku pun kena. Terpaksa bersihkan AImy di bilik air staff di situ, cik abang yg bersihkan dia sementelah aku bersihkan baju aku sendiri. Kemudian lapkan Aimy terus pakaikan baju.

Bersegera kami jumpa doktor kembali. Diganggu pula dengan kehadiran 2 pesakit lain yang bertanyakan tentang ubat mereka. Doktor kata, Aimy terpaksa masuk wad untuk diperiksa tekanan saraf matanya di OT seperti tahun lepas. (Perkara yang paling aku nak elakkan huhu). Katanya tahap kerabunan aimy meningkat banyak.. Kanan dari 100 jadi 500, dan kiri dari 500 jadi 700. Jadi untuk memastikan ada tekanan yang menjadikan tahap kerabunan yang tinggi dan menjadikan glucoma, prosedur tersebut perlu diikuti. Aduhai.. risau tak berkesudahan aku nih.. hmmm. Dugaan untuk aku... Ya Allah jangan biarkan aku alpa..

Kami diberi satu borang/surat arahan masuk wad pada 30 Januari 2011 untuk menyediakan Aimy masuk OT pada 31 Januari 2011. Hmm macam-macam melintas di benakku.

Jam 1.30 baru selesai.

Petang kami menunggu pula Alesha balik bersama Atoknya hehe. RINDU pada Alesha.

Sabtu 27 Nov 2010 awal kami dah bersiap untuk keluar membeli barang keperluan yang telah kehabisan dan paling utama mencari kelengkapan persekolah Alesha yang akan memasuki darjah 1 tahun hadapan. Begitu excited membeli baju sekolah, tudung, kasut dan stoking Alesha.. Alhamdulillah, dengan RM100++ kami dapat macam-macam. Ingatkan 200-300 tak cukup.. Syukur Alhamdulillah. Beli seadanya.. hehe. Cuba dulu yang harga murah, kalau tak OK baru carilain hehe.

Lepas itu baru ke Tesco mencari barang keperluan. Tengahari makan di luar. Saja sesekali makan di luar sekeluarga, kerana sejak ada Aimy, kami jarang sangat makan luar..hehe. Balik rumah, aku yang excited belek dan mencubakan Alesha dengan pakaian lengkap untuk ke sekolah haha. Comel dan nampak besar bila Alesha dah lengkap berpakaian sekolah... alahaii comel anak ibu hehe. Dah besar dah! Syukur Alhamdulillah.. Nanti belajar pandai-pandai ya Alesha...

Aku mencadangkan nak tukar tadika Adani ke seksyen 23. Tapi cik abang tak setuju. Jauh dan takut banyak masalah nanti. Hmm rasanya insyaAllah Adani kekal di Krista hingga 6 tahun. Ingat kalau cik abang bersetuju melihat tadika baru untuk Adani, kami nak berpusing lagi mencari PDK yang tak jumpa tempohari. tapi hajat tak kesampaian pula. Tu laa payahnya kalau kita keluar dengan dia. Sesat, tak jumpa... tak nak cuba sampai jumpa.. Cepat dah boring dan penat drive hmm. Baik aku gerak sorang-sorang, aku cuba cari sampai jumpa. InsyaAllah.

Tak ada apa gamabr hendak dimasukkan kali ni. Sudah masa untuk tidur hehe..

Rabu, 24 November 2010

Alesha nak ikut Atok?

Wahh memang pucuk dicita, ulam mendatang! Dah lama Alesha menantikannya haha. Jumaat lepas aku masuk lambat ke ofis dek Alesha diajak atoknya balik Kedah kekeke. Siapkan baju dan barang dia.. sesambil tunggu atoknya nak gerak kul 10. Cian adani takde kawan.. awal bismillah dah rindu kakak kekeke.. Suruh Alesha call ayahnya yang dah kat opis bagitau nak ikut atok. 1-2 minggu jer katanya.. Kalau ayah rindu, ayah call laa Alesha tau.. haha.. Atoknya akan datang semula jumaat 26hb ni untuk konvokesyen adik aku.. so tu yang berani Atok ajak.. seminggu jer. Tapi dengan penuh eksyen dan yakin dia kata nak duduk 2 minggu rumah atok haha.

Sabtu lepas ada parent's day kat tadika adani.. tgk report card la apa lagi hehe. Alhamdulillah adani cemerlang.. syukur hehe. Tapi yg bestnya.. baru aku berkira-kira nak mulakan pencarian dan survey tranport untuk amik Alesha dari sekolah tahun depan, ada pula jumpa jiran belakang rumah (yg belah kiri)... Anak dia yg sulung baya Alesha, dapat integrasi gak.. Tak semena terborak pasal transport.. terus dia kata jom amik van sekolah sekali. Depa dah booking ngan sorang kakak tu yg memang ada banyak bas dan van sekolah. Memang aku selalu nampak bas mini kakak tu bawa bebudak sekolah.. Kira berpermit bagai laa.. Ada yg anak dia yg bawak.. Dia pun duduk area sini gak.. kat apartment Kayan nun. Sembang ngan jiran tu, terus minta nombor. Dia kata dia tak simpan... husben dia simpan. Husben dia balik kerja baru sms nombor tersebut. Depa suh cepat booking takut penuh.

Lepas lunch Sabtu tu, dengan segera kami call untuk booking. RM50 jer pergi dan balik.. Aku rasa berbaloi laa.. yang lain aku dengar mahal gak. Jadi cik abg decide nak amik pergi dan balik pula sedangkan sebelum ni kami plan nak minta dia ambil masa balik sahaja. Tapi bila difikir, tak apalah pergi dan balik. Harga pun ok. Lagi pun sebab takut kalau ada apa hal cik abnag nak kena gi awal atau outstation.. tak ler kelam kabut ngan adani nak gi tadika lagi. Tambahan pula aku pun fikir, bahaya cik abg nak bawa alesha naik motor kat roundabout JVC tu pepagi.. Di situ agak jem dan banyak kereta pagi-pagi. Aku hantar boleh juga, tapi tu laa cik abg kata nanti jem susah nak keluar balik dari situ.. Kata kakak Mila tu, nanti petang dia hantar borang. Alhamdulillah dah dapat transport hehe.. Macam surprise juga bila kena isi borang, dia hantar lewat petang tu juga.. Dah isi, tapi blom kesempatan nak pergi menghantar form lagi. Tadi petang call Kak Mila tu, dia kata dia akan datang ambil. Tak perlu kami menghantar. Ok gak tu, lagi memudahkan kami hehe. Dalam borang ada menyebutkan yuran pendaftaran dan deposit sebulan perlu dibayar bersama bayaran bulan pertama. Wah dahsyat zaman skrng nih, naik bas sekolah pun siap berprosedur bagai kekekeke...Tapi bila kami tanya-tanya, rupanya pendahuluan tersebut untuk bayaran bulan November. Mereka saja minta awal takut ada yang culas membayar pada November kelak. Ingatkan saja ambil deposit untuk tampung bulan Disember hehe. Jadi ok sangatlah. TAdi bagi borang beserta yuran pendafatran RM3.00 sahaja. Katanya untuk membuat kad etc.


Sekarang aku tak sabar nak survey dan membeli baju dan kelengkapan sekolah Alesha.. hehehe. Over betul ibunya.. over excited ngalah anak kakakkaa. Tak sabar nak tunggu Alesha balik sini. Kemudian kebetulan duit claim pun ada masuk, boleh laa guna untuk beli uniform Alesha...insyaAllah cukup kut hehe.

Kami tetiap hari video call ngan Alesha, nasib telefon atoknya boleh video call hehe. Alesha la tuh minta atoknya sms/missed call kami suruh kami call dia hehe. Kelmarin atoknya sms bagitahu Ahad malam Isnin lepas Alesha ajak atoknya hantar dia balik, masa tu dah nak tidur rasanya kakakka. Bosan la tuh kut takde kawan.. kawan ngan atok, mak tok dan cik amree jer di sana.. tu pun tadi dia kata dah dapat kawan kat playground hehe. Mak tok rajin bawak dia gi playground.

Sakan Alesha berceloteh dalam telefon. Diceritanya, Mak toknya dah bawa dia belikan alat tulis utk dia.. siap beli jam bagai, untuk Adani pun ada. Aduhai risau pula aku takut dia yg meminta-minta. Tapi kata mak toknya, dia minta gam jer.. yg lain memang depa nak belikan haha. Sibuk dia nak bercakap dengan Adani, tapi Adani dah tidur. Lama juga berbual.

Adani pula tiadalah termenung macam dulu. Pandai juga dia bermain sorang-sorang walau rindu sangat dengan kakaknya. Siap dia kata, walau kakak suka cubit dia, dia suka dan sayang kakak. Adani suka kakak! hehe. Tapi bila kakak takde, lagi mengada dia... hehe. Semalam dia layan tv sampai jam 1.30 pagi, dah mengangtuk sangat baru dia nak tido.. Dari awal suruh tido tak nak.. Tak ada kakak, tak ada Adani tidur siang lama sangat. Kalau tak tu, teruk kakaknya menagcau Adani agar bermain bersama dan tidak tidur pada siang hari hehe.

Alesha ni kalau kami terlambat call, dia minta atok dia sms bagitahu kami bahawa dia sedang menunggu call dari kami. Tadi call laa selepas atok dia sms dan missed call.. semua dah naik bilik sbb aimy dah nak tido, awal lagi benarnya lagi 5 minit kul 9 hehe.. Terus call cecepat.. takut dia tunggu lama. Memula ayah dan Adani adiknya berborak dengan dia.. Aku cakap sekajap jer mulanya tu, kemudian cepat-cepat amik wuduk nak solat isya.. Lepas solat, baru berborak semula dengan Alesha.. PAda mulanya cakap pasal apa ntah lupa la pula haha.. Kemudian aku bertanya lagi kepadanya.. kakak rindu ibu tak? dia angguk.. "tanya kenapa angguk jer? cakap laa..". Kemudian dia jawab "alesha rasa macam nak menangis la ibu".. balas aku "laaa kenapa pulak??? " Kemudian dia terus diamm.. aku cakap pun dia tenung jer muka aku dalam phone... Dia asyik cakap "kejap" lepas tu. La,a kelamaan nampak muka dah cebik.. Aku tanya balik.. "kakak sedih ya, rindu ibu?"... dia angguk... pastu beriya dia menangis.. bukan nangis kuat pun.. takat air mata berjurai2... cam kita yg dewasa ni nangis.. Alahai sian kakak.. Tadi berborak dengan ayah dan adani tak ada pula menangis walau rindu sangat.

Akhirnya aku pula sebak...sudahnya aku pun menangis..haha. Cuba tukar topik dan ajak borak benda lain pun dia diam jer, menahan sayu hati... sedih sangat dia.. Dia cakap "jap ibu..." kamera henpon dah ke arah lain..sekali terpandang adik aku cam tenung dia curiga sambil sengeh.. kelakar depa tgk alesha nangis rindu.. minah brutal katakan haha. Aimy laks sibuk nak meragaih/dukung aku...Aimy dah ngantuk sangat benarnya.. Terpaksa dukung aimy dan bagi kat ayah dia henpon, nak tidurkan kena padam lampu. Tapi nanti tak nampak pula nak bervideo call. Sesambil tu, aku lepaskan rasa sayu dan rindu kat Alesha.. nangis pepuas kat bilik lain ngan Aimy haha.

Ayah dia cakap pun dia diam.. pastu cakap nanti jap juga.. dia tala henpon arah lain...pastu dengar atok dia cakap.. "dah...dah.. jgn sedih".. Tak pernah Alesha beriya menangis rindu gini.. sedih pula aku. Kami rasa umah atok dia takde budak-budak ...jadi dia takde kawan.. dia boring, sunyi... tu yg asyik teringat kami. Kalau duduk rumah Opah di kampung, ramai anak sepupu jadi kawan dia.. tu yg tak hingat sangat nak sedih walau rindu, call pun selang sehari. Ayah dia pujuk, jap jer nanti atok dah datang sini balik.. Khamis atoknya dah balik Perak, Jumaat pagi dah datang sini.

Adani pun beriya pujuk kakak.. "janganlah nangis kakak... jangan sedih.. nanti kakak balik kita pergi tengok wayang ya"... "saya pun rindu awak". Alesha tetap kelu lidah nak berkata...Pastu siap dibahasakan kakaknya si Adani nih "tu laa nak ikut atok sangat lama-lama.. saya tak nak ikut, nanti sedih macam kakak" hahaha.

AKhirnya aku yg cakap dengan dia sampai off call. Suruh dia tidur, nanti mimpi ibu ngan ayah ya.. Esok lusa kita jumpa. Nak dekat dah hari jumaat hehe. Siap lambai dan flying kiss dalam henpon dah dia taknak bercakap. Nasib dia balas haha.

Tapi aku ni memang garang dan tegas dengan anak-anak terutama Alesha, dek dia agak nakal sket kan.. tapi dengan aku yg garang ini juga yg selalu dia teringat lebih bila berjauhan.. Padahal kalau kat rumah, dia mengada ngan ayah dia sebab ayahnya rajin melayan.. Tapi tu laa.. camne pun dia lebih ingat ibu... Tu selalu buat hati aku sayu dgn Alesha ni.. Sayu sebab kadang rasa kesian dia bila terkenang aku terlalu bertegas dengan dia.. Alahai... cayangg anak ibu...


suka tgk aimy ceria hehe




baru aku paan ada gambar adani menari dalam henpon aku hehe



Ni antara hadiah dari anak-anak.. Alesha yg kasi idea kat ayahnya suruh beli (duit ayah la tapi hahaha)


Ini lukisan/kad birthday untuk ibu dari Alesha malam sebelum birthday dia dah bagi hehe



Ini pula dari Adani. Dia jeles tengok kakak bagi ibu sesuatu utk birthday...dia pun nak buat. Tapi ntah apa dia tulis dan lukis waAllahualam hahahaha


Sayangggg anak-anak ibu hehe

Ahad, 21 November 2010

Graduation Day & Konsert

Graduation Day Adani (Krista Kindergarten) berlangsung pada 31 Oktober 2010 bertempat di Auditorium Summit USJ 1 bermula jam 3.00 ptg.

Manakala Graduation Day Alesha (Tadika Al-Husni)berlangsung pada 10 November 2010 bertempat di Intekma Resort Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Tak tahu apa nak cerita.. aku happy dengan penglibatan dan keyakinan diri anak-anak yang makin bagus. Seronok melihat mereka tak sabar dan teruja untuk membuat persembahan dan menerima sijil. Paling aku suka, mereka bagai tahu tanggungjawab mereka.. apa mereka perlu lakukan.. datang awal, bersiap sedia, dengar arahan dan enjoy!! hehe

Antara gambar yang kami sempat rakamkan :


















Adani punya gamabr sikit sangat... hmmm. Ada video klip dia punya persembahan. Kiut.. tapi seksa nak download ke sini.. so tak payah laa.. dah banyak kali cuba.. tapi GAGAL.

Alesha punya pun ada.. tapi dah ada gambar ..takpe laa. Tak larat dah nak download kekeke..

Ni kek birthday ibu mereka.. sayalah tuh! cantik tak?? Sangat SEDAPPP tau!! Oreo Cheese cake (chill)...kekeke.

Sabtu, 20 November 2010

Ujian Audio @ HUKM

11.11.2010

Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nangis ketakutan.. Cik Bee Ying tak jadi cek.. Setiap kali dia nak cek Aimy nangis dia tak jadi cek.(Kalau aku, cek jer laa... pegang kepala dan cek.. nak tunggu budak tak nangis jenuh lerr...huhu). Last dia kata, makan ubat tidur dulu la baru cek kat sini. Keluar bilik semula.

Lamaaaa tunggu.. dah 9.30-9.40 baru aimy diberi ubat tidur. Tudiaaaaa!! lebih 10ml nak kena kasi...cian Aimy.. tak salah 13ml kut kena kasi. Tapi baru masuk 3ml Aimy dah muntah... Aduhai, abis baju Aimy dan cik abang juga lantai.. Gi laks bersihkan di sinki terdekat. Biarkan Aimy tak berbaju sekejap sementara cik abang bersihkan baju dia sendiri. Aimy dah diam dari menangis. Kemudian sambung semula sesi makan ubat tidur.... memang makan masa nak habiskan... Tapi akhirnya...ALhamdulillah selesai.. Terus pakaikan baju lain pula untuk Aimy. Baju tadi dah basah kena muntah.

Tapi punya lama kami menunggu Aimy nak tidur.. dia dah mengantuk sangat pun dia macam tahan-tahan.. Mata yang bulat besar dah jadi separuh.. tetap dia aktif.. tapi dah tak diam sesangat dah.. memang dia lawan. Bila tengok budak dan baby lain boleh tidur selepas 5-10 minit makan ubat aku jelesssss hahahha. Bukan apa, sebab penat pegang dan jaga dia yang berputar melawan mengantuk huhu. Didodoi, ditepuk tak juga tidur.. Setelah 1.5 jam.. staff situ melihat Aimy tak tidur lagi mereka buat keputusan nak tambah dos.. huhu. Sementara menunggu depa amik dos lain, aku sambung mendodoi aimy sambil berjalan.. Dalam 5 minit akhirnya tertidur juga.. syukur Alhamdulillah... Terus kami masuk ke Kabin Ujian Audio.

Jam menunjukkan 11.07 masa kami masuk ke kabin ujian pendengaran/audio tersebut. Sediakan botol susu, takut dia menggelisah terjaga.. leh sumbat jer botol..hehe. Staff Audio pasangkan segala wayar... dilap dulu dengan alcohol swap..pastu disapu pulak ntah krim apa.. kemudian diletak pula gel ke apa ntah pada alat yang nak dilekat di bahagian muka dan belakang telinga.

Aimy memang kadang macam tersedar mengigau.. cepat-cepat kami bagi susu.. tenang balik dia.. Pemeriksaan dijalankan dengan lancar. Ada 2 jenis pemeriksaan. Satu melihat gelombang saraf pendengaran telinga kanan dan kiri, dan satu lagi apa ntah hehe lupa pula. Kami diberitahu bila ada gelombang pada graf, menunjukkan dia mendengar dengan baik. Kalau garisan lurus.. maknanya dia tidak boleh mendengar. Apa pun, syukur Alhamdulillah semua graf turun naik dengan cantik.. syukurr...

Sebaik sahaja habis di kabin.. wayar semua ditanggalkan.. kebetulan aimy terjaga. Ya Allah, nasib laa sempat.. kalau tidak.. jenuh nak datang lagi untuk perkara yang sama.. Tu pun cepat-cepat audiologist tu suruh pergi ke bilik Cik Bee Ying untuk pemeriksaan seterusnya sebelum Aimy sedar betul-betul. Tapi aku rasa cam dah terlambat jer.. dia dah segar beb!! Ya Allah tak sampai 15 minit kut ubat tu bertahan dengan Aimy hahaha..

















Masuk bilik Cik Bee Ying, Aimy senyap jer.. Dia tengok Cik Bee Ying nak cek.. tapi dia tak nangis dah cam tadi... dia senyap kat bahu aku. Maka mudahlah telinganya diperiksa dengan alat macam kanta tu. Kemudian dimasukkan pula dengan ala ear phone untuk diperiksa gegendang telinganya. Selesai semua.. Cik Bee Ying menerangkan hasil graf di Kabin Audio tadi dan juga menerangkan apa yang dia buat sebentar tadi. Dia kata pendengaran Aimy 20 (tak tau ukuran nyer haha)jadi ia adalah pendengaran yang normal.. SYUKURRR ALHAMDULILLAH... Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati aku menunggu kenyataan ini.. syukurr...syukurrr sangat.. Kata Cik Bee Ying, dah tiada appoinment dengan dia. Tapi kalau sekiranya kami melihat ada masalah dia tak respon atau telinganya berair atau apa saja berkaitan telinganya, kami diminta datang terus kepada dia. Syukurrr Alhamdulillah...harapnya kami tak perlu lagi ke situ memabwa Aimy.. Aminn..

Kali ni sesi tak perlu dibayar kerana Aimy dah punya kad OKU. Jadi perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.




Bercakap pasal kad ini, aku sebenarnya bercampur perasaan melihatnya.

Lega - 1 perkara yang kami disyor melakukan telah selesai. Sekurangnya kami tak perlu menyediakan duit untuk setiap sesi rawatan dan latihan. Walau bayarannya murah sahaja, tapi kalau dah kerap... banyak juga jadinya walau ianya tidak membebankan.. Sekurangnya, duit tersebut boleh kami gunakan untuk keperluan-keperluan lain.. Alhamdulillah.

Sedih - Siapa yang nak menjadi kurang upaya kan? Bila ada kad ni, macam terus ia disahkan...diiktiraf sebagai OKU... huhu.. Rasanya awalnya cik abang biarkan tak mahu buat sebab inilah.. kami sebolehnya nak anggap dia sebagai anak normal yang hanya sedikit lambat perkembangan dan akan terus membesar dengan sihat tanpa ada masalah. Tapi bak kata Dr Koshy, kami perlu terima kenyataan yang Aimy adalah anak kurang upaya yang memerlukan bantuan dan sokongan kami dan pihak lain dalam membesarkan dia. Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dan sebagainya dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Cuma apa yang boleh mengubah adalah usaha kita untuk masa hadapan dia. Ujian dan pemeriksaan itu hanya membantu kita memperjelaskan apa sokongan yang paling tepat harus kita berikan pada Aimy. Redha.

Runsing - tetiba kami rasakan kami kurang maklumat yang sepatutnya untuk memastikan 'masalah pembelajaran' yang ditulis di kad OKU itu tidak berterusan hingga Aimy besar. Apa lagi harus kami buat? Ke mana lagi harus kami bawa Aimy? Perlukan semua dilakukan serentak atau satu persatu?? Dengan kesibukan kerja dan rumahtangga, rasa macam tak sempat nak mencari semua itu.. huhu.

Apa pun, doa kami.. agar Aimy Sufia dapat membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak solehah yang membanggakan kami dan diberi Allah kemudahan dalam apa jua aspek kehidupannya. Aminnn...

Khamis, 4 November 2010

Ahli Fikir..Think..think..!!

hmm entah apa aku fikir.. huhu.. Macam-macam. Serabut jadinya kekeke.. sebab rasa banyak benda nak kena buat, kena kejar, wajib ikut dan segalanya.. masa? wang ringgit? kudrat? kerja? aduss... pening! huhu..

Kebetulan sejak dua menjak ni, risau pasal Alesha dan Adani... Makin panjang akal, makin susah nak mendengar kata, makin dibiar alpa, makin kurang displin harian.. dan macam-macam lagi... terutama bab solat. Makin hari makin malas nak ikut kami solat. Walau masing-masing masih kecil.. tapi aku ni terlalu risau ...terlalu awalkah untuk risau?? huhu.. Apa pun Allah tu maha kaya.. maha mengetahui.. bagai dipermudahkan urusan aku.. tetiba terpandang blog saudari ina [ ummuhusna99.blogspot.com ] yg juga isteri ustaz yang bercerita hal mendidik anak-anak berkenaan solat.. Wah pucuk dicita ulam mendatang!! Syukran..syukran.. At least ada sedikit kelegaan dan idea yang muncul dalam benakku.. Alhamdulillah. (Tapi belum pasti praktikal utk anakku?)


Hmm tempohari Aimy sihat hanya 2-3 hari.. kemudian demam semula hampir 6 hari.. Yang demam hampir 3 minggu sebelum ni, kata Dr Koshy memang ada urine kotor.. huhu. Yerlah sebab yang sama.. sembelit dia.. Buntu aku fikirkan jalan nak menghilangkan sembelit Aimy ni.. Dr Koshy suruh banyakkan fibre dalam menu harian Aimy. Hmm.. masalah gak ni.. sebab dia tak gemar bubur.. Bila dibuat bubur.. seksa dia nak habiskan. Ikutkan, sayur antara fiber yang baik... Buahan pun bagus.. tapi bila diberi betik, terus warded sbb jadi lelah. Pisang dan Prune pun dia boleh batuk.. camno tu?? Apo laeii ibu nak buek kek ko ni dek.. huhu

Adani pula, tak berapa nak makan pula...tapi lawas sungguh!! haha. Tapi dah sejak dua menjak ni hujan kembali menjelma.. malam hari batuk semula.. Kena attack asthma pula.. Kejap hari ni ok, esok teruk.. lusa ok.. tulat datang balik. Tak tau nak buat camne.. Jenuh ubat jer dua beradik ni.. kesihan tul.. Risau aku. Huhu..

3 Nov 2010
Awal pagi dah terpaksa kejut Aimy untuk dibawa ke HUKM. Hari ni ada appoinment Pertuturan dan Fisio. Hmm.. lewat 10 minit sampai.. Mana taknya, menggesa anak-anak daro den cepat bersiap ke tadika masing-masing. Asyik dan ralit dengan TV mereka sekarang.. (ni pun salah satu yang makin aku risau.. huhu. Ni la bahananya kalau duduk rumah selepas sekolah huh..!! )Kesian Aimy, semalam tu dia terjaga sebaik kami sampai dari Kelana Jaya ketika menghantar sepupuku - Kak Zimah yang berangkat mengerjakan haji. Kemudian payah dia nak tidur. Asyik ajak kami main. Dari jam 10 sampai jam 11 tak tidur lagi dia.. aduhai..

Maka seharusnyalah bila di kedua-dua sesi dia kurang mood, dan 'ala' mengantuk!! Kesian pada ahli fisio la, asal turn dia..sure Aimy dah mengantuk! haha.. Tapi benda baru laa yang aku belajar di fisio berbanding di pertuturan. Di pertuturan masih benda yang sama.. Dari sesi bulan lepas Saudari Lina mengsarankan agar kami buatkan 'observation' apa saja yang dia buat, sesambil memberitahu apa dia buat dan memberikan words yang mudah disamping memberikan sound effects untuk dia lebih faham dan tahu menerangkan sendiri apa yang dia lakukan, mahukan dan fikirkan.. Kena berikan bunyi yang baby boleh ikut dan mungkin menggunakan sound effect tu sebagai isyarat dia berkomunikasi. Hmm lagi apa ya.. lupa laks haha.

Di fisio pula, Aimy dipuji kerana telah agak stabil dan kuat untuk duduk.. dah pandai duduk sendiri. Alhamdulillah. Tapi itulah, fokusnya mungkin hanya 10 minit saja di sini..huhu. Kami diajar lagi bagaimana nak menguatkan lagi struktur pinggang, hip, dan lutut serta kaki Aimy. Aimy perlu dilatih duduk di atas bantal bagi menguatkan imbangannya. Kemudian duduk di atas hujung paha kita ketika kita bersila.. dan perlu cuba melutut semasa melakukan aktivitinya. Kata terapis itu, kalau dia tak boleh diumpan dengan mainan.. mungkin dia tak suka.. jadi berikan apa dia suka masa kita ajar tu. Di samping itu, aktiviti meletak perut Aimy sambil ala merangkak di atas paha kita perlu diteruskan bagi menguatkan lututnya.

Hmm bercakap pasal lutut Aimy.. teringat aku pasal Dr Koshy. Masa berkunjung ketika terpaksa membawa Aimy disebabkan dia demam hampir 3 minggu tu... kami dikehendaki datang juga untuk follow-up. Kedua-dua kali Dr Koshy bertanyakan hal di HUKM. Masa follow-up, tetiba dia tanya apa kata Dr Rajini tentang dysmorphic Aimy tu.. kromosom juga. Aku cakap pasal semua dan lutut.. Sekali Dr Koshy membalas.. dia kata sendi Aimy ni kebanyakannya fleksible.. dia boleh melentur balik.. (hmmm camne nak bagitahu ek.. tak reti nak terangkan). Terus Dr Koshy menolak ibu jari Aimy sampai ke belakang.. spontan saja..!! Aimy yang terkejut menangis haha.. rupanya begitu ya.. jari jemari Aimy leh dilipat ke belakang ek?? huhu.. Teringat dulu ada seorang kawan aku begitu.. tapi siapa ek?? Hmm.. cam bahaya laks rasa.. ke tak bahaya.. Tapi bahaya la kut, sebab kita tak tau dia terkehel ke apa kut kan?? Ke dia akan jadi susah terkehel?? hmm entah laa..

Hal temujanji Aimy ni perlukan aku lari dari kerja. Seakrang ni, aku terpaksa cuti 1 hari walau masa yang dihabiskan tak sampai separuh hari.. Huhu rugi kan! KAdang jam 10 dah sampai rumah. Tapi apakan daya, pejabatku takde half day leave.. Tapi yang aku dengar di department lain, boleh jer ikut budi bicara boss.. Ada yang ambil cuti 1 hari, tapi digunakan separuh-separuh pada berlainan hari. Pepandailah arrange dengan boss. Tapi aku?? aku ada juga tanyakan.. pada boss sendiri, pada wakil HR.. hmmm payah.. Dah tu, nak aku cilok, dan datang lambat? Huhu seganlah pula kalau kerap.. adoii tak tau nak cakap. Aku harap, mereka cubalah fahami keadaan aku.. Bukan aku nak sesaja cuti berpoya-poya.. Tapi demi sekelumit tanggungjawab dan kasih.. :(

Hmm berbalik pada Adani. Selepas lepak balik dari HUKM. Cik abang ke pejabat (dia boleh half day), aku pula bersiap nak ke KPJ Selangor pula. Bawa cik puan Adani yang sering kelelahan huhu. Pergi bertiga dengan Alesha. Dapat no 2, tapi doktor pula tak ada lagi. Nasib tak lama menunggu. Hmm Adani kena tukar bantal kata Datuk Dr Zul. Dia tak boleh pakai bantal kekabu. Geram pula aku bila Adani tak nak bekerjasama dengan Doktor. Doktor suruh ngang dan sebut aaaaaaaa... dia tak mau. Dikeraskannya lidahnya. SAmpai doktor kata.. hehe susah budak ni.. Aku akui adani memang susah bab perubatan ni. Makan ubat susah, tak nak ikut apa kita sarankan selagi dia rasa dia sihat. Kalau dah teruk, dia sendiri sampai tak boleh bernafas.. baru dia kalut dan dengar kata kita huhu. Ditambah 2 ubat lain. Adoii banyaknya bekalan.. nasib tak sebanyak Aimy. Kalau tak jenuh aku berperang dengan Adani untuk makan ubat.

Kebetulan memang banyak barang keperluan perlu dibeli, aku ke Tesco dengan niat bantal Adani perlu dibeli. Alhamdulillah jumpa bantal Anti Mist Dust. Harga pun tak mahal.. tapi bila balik rumah rasa mahal laks haha.. Tapi ok laa tu. Terus cari sarung.. banyak yg kecik.. Nampak bantal ni kecik, tapi sarung bantal bebudak ni tak banyak yg muat.. Nasib ada 1-2 yang ok. Banyak pulak yang aku beli.. tapi ikut senarai.. sebab senarai tak menegak tapi melintang kut yg memula tu nampak sikit kekkeke. Penat seh hari ni. Sampai umah, sibuk laks bawa keluar semua barang dari bonet kereta dan kemas dalam kabinet dapur.

Hhmm aku sejak seminggu ni, rasa aku makin tak bagus... makin takde istiqamah dalam segala hal.. Macam saja cari masa nak rest jer.. huhu.. sungguh tak bagus... Kesian anak-anak.

Oh ya terlupa sesuatu. Masa dalam bilik Datuk Dr Zul tadi, Dr Zul minta kami jumpa semula dia minggu hadapan untuk lihat perkembangan Adani. Musykil bila dada Adani clear, tapi kenapa dia jadi gitu.. huhu cam memang kena asthma jer kan. Jadi dalam set appoinment, aku teirngat pasal appoinment Aimy 11 November ini dengan Audio HUKM di pagi hari. JAdi aku minta petang pula untuk Adani, macam hari ini. Tak semena terkeluar pasal adiknya ada appoinment pagi, kebetulan amik cuti.. so boleh appoinment Adani sekali. Terus Dr Zul tanya, "adiknya appoinment apa? di mana?" Terpaksalah cerita seayat dua. Terus Dr Zul beri nasihat dan pesanan khidmat masyarakat hehe... "sebab kromosom ke? dah tahu kromosom?" Aku jawab, baru amik darah untuk kromosom last month. Tak tahu lagi result. Dia balas "haa you perlu follow-up tanya.. HUKM ni suka hilangkan kromosom (tak ingat dia sebut sample ke, test ke atau apa). You kena hati-hati". Oh ye ke??? Aduhai.. nak follow-up camne ek?? Dengan siapa?? Adiyaaa... tolong akuuuuuuuuuuuuuuuuuu kekekkee. Tapi serius laa.. aku tak tau nak tanya ngan sape.. ngan CDC ke ek? Hmm nanti esok try call.

31 October
Ahad lepas tadika Adani ada Graduation Day. Sakan Adani dari 2 minggu awal dah pesan suruh make-upkan dia. Siap buka majalah suruh aku beli alatan make-up macam dalam majalah tu wakakkaka. Aduhai.. Adani ni memang suka melaram sikit dari kakaknya. Jadi lepas solat zohor, aku pun beriya laa make-upkan adani yang baru lepas mandi. Siapkan pakai baju, ikat rambut, pakaikan aksesori.. HAsilnya ok juga haha. Tapi ayahandanya tak amik gambar pun.. geram tul!! Suruh ambik gambar ntah apa disibuknya kat bawah. Konsert Adani berlangsung di Auditorium Summit USJ. 1st time masuk situ. Best gak. Kelakar tengok gelagat kanak-kanak sepanjang konsert haha. Bila tiba giliran Adani dan kawan-kawannya, lagi laa aku nak tergelak besar. Tak sangka aku..!! Wah adani lebih berani dan out standing bab ni dari kakaknya. Tak malu pun dia.. kakaknya yang brutal tu tak ada pun begitu bila ada apa pun persembahan haha. Tapi sekali lagi geram kat cik abang, ada ke dia bawa kamera video digital yg tah sape punya dan tak best langsung hasilnya. Ingat macam aku biasa amik video.. tapi dah jadi asyik terhenti cam video klip. Gaya jer lebih ...eee gerammm!! Sudahnya gambar adani ada la 2-3 keping dan video dia menari ada laa 1 yg ok sket, tu pun tak sempurna dari awal hingga habis.. aduhai.. ralat aku kalau benda memang kita harap kat dia. Kalau aku tahu jadi begini (biasanya memang aku dah dapat agak, cuma kali ni aku malas nak bawa back-up kamera hehe)... aku bawa jer kamera dan video cam cokia aku tu jer.. huh nyesal sungguh! Padahal dia dah sediakan tuh kamera dia dari hari sebelum. Boleh dia tukar fikiran saat akhir. Padahal aku pun dah charge bateri kamera aku dan v-cam aku. Tapi dah ikut cakap dia.. kamera dia pinjam tu serba boleh.. semua tu tinggal huhu. Gambar tak cantik.. pastu jadi ala video klip tak jadi kekekke. Apa nak buat.. bab hal anak2 ni, mesti jadi hal.. tempohari masa sukan Alesha... gambar yang diambil.. dan dah ditransfer masuk dalam notebook ni...semua tak ada bagai dikata..hahahha.. Kita tengok pula Graduation Day Alesha pula minggu hadapan..!

Aimy sekarang kuat ketawa.. kuat sangat dia ketawa.. dan asyik ajak main. Dah nampak besar pula dia walau dia masih kecik kekeke. Apa pun dialah penghibur hati dikala lara.. Ni dalam tidur dia bersilat sakit buntut aku kena tendang kekeke..

Ok lah dah kul 3 rupanya. Lain kali sambung.. banyak benda nak cerita.. tapi tak sempat la pula.

Catatan Popular