Sabtu, 7 November 2009

Alhamdulillah yang berganda.. syukur nikmat Allah






Alhamdulillah aku kini bersiaran dari rumah... :)

Walau ada lagi demamnya petang tadi.. Dr Roliza membenarkan Aimy keluar, kerana paru-parunya dah ok sangat. Diberinya supplement sebagai tambahan ubatan untuk aimy kuatkan sedikit antibodinya. Dek kerana aimy jadi kurang mahu susu biasanya sementelah asyik diberi Similac LF untuk mengurangkan ceret beretnya, doktor jadi kesian bila lihat susunya tidak luak...satu tin susu Similac mengiringi ubatan aimy haha.

Sebaik Dr. Roliza keluar sahaja dari bilik dalam jam 2.15pm, aku terus bergegas gerak ke Sek Men Teknik Shah Alam bersama Alesha dan Adani.. Cik abg yang baru sampai ke hospital dalam pukul 1 tengahari, menggantikan aku menjaga Aimy. Sempatlah aku mandi, solat dan bersiap. Juga menunggu cik abang pergi mencari makanannya sebelum aku keluar.

Majlis Penyampaian Sijil/Annual Graduation Day Tadika Al-Husni diadakan di Dewan SMTSA tersebut mulai jam 2.30 petang. Berjaya ku pecut, sampai tepat masanya hehe. Kelakar tengok gelagat budak-budak..kikiki. Tapi aku tak nampak sangat jiran yang aku kenal... mana mereka?..Setelah aku mengambil tempat duduk agak ke depan, baru ternampak mereka. Jauh pula mereka duduk. Aku cuba ke barisan paling depan kerana hendak mengambil gambar. Kamera ku kan canggih dan mahal sangat, tu yang kena ke depan tu hahahhaha. Tapi apa pun gambar yang diambil dek kamera ku, tetap nampak tak cantik gambarnya.. dah laa kurang cahaya.. sungguh hudus banyak yang kabur.. apa nak buat hahaha.

Adani ternganga dan pelik melihat setiap persembahan dari kanak-kanak tadika. Tadika al Husni ini ada 2 cawangan. Jadi majlis ini menggabungkan 2 cawangan Al Husni dari Pinggiran USJ dan Laman Seri. Ada 5 persembahan dari Laman Seri dan 3 dari Pinggiran USJ yang diselang selikan dengan 2 sesi setiap Graduation Certificate Presentation, Excellent Awards serta Examplary Awards. Bila Graduation Certificate Presentation tu, agak boring sedikit.. sebab menunggu ramai budak 6 tahun mengambil sijil mereka. Masa inilah ku ambil peluang membawa Adani yang boring dan tak sabar menunggu kakaknya keluar di atas pentas. Asyik bertanya, "Mana kakak adani?".

Aku dan adani ke belakang dewan untuk membeli sedikit makanan. Apabila berpatah balik ke tempat duduk, ku lihat banyak kerusi kosong di barisan 2 dari hadapan.. Apalagi, terus ku cilok duduk haha. Bukan apa, susah aku nak bergerak nak mengambil gambar Alesha nanti kerana Adani ada bersama.

Persembahan demi persembahan, acara penganugerahan sijil dan penyampaian hadiah diselit dan dimulakan. Seonok nelihat kanak-kanak berumur 6 tahun memakai jubah. Ntah kenapa tiba-tiba ku tersnetuh melihat gelagat seorang anak dan ayahnya...tak lama itu, ibunya datang juga. Bagaikan aku dengar apa yang dibualkan, walaupun tidak dengar..dan perasaan mereka terharu apabila anak telah melepasi fasa tadika dengan jayanya. Terasakan anak tu semakin besar, terharu sungguh laa aku terpandang adegan itu haha..

Untuk Anugerah Kecermelangan atau excellent.. ku lihat kanak-kanak yang bakal menerima hadiah, disuruh beratur di tepi bawah pentas dan diumumkan nama ibu bapa mereka, dan diminta salah sorang dari ibu bapa menemani anak naik ke pentas untuk menyampaikan sendiri anugerah tersebut ke tangan anak mereka. Dalam hatiku berkata, wahh bestnya, tentu ibu bapa seiap anak yang dipanggil berasa begitu bangga.. kalau aku, tentu aku akan terharu jika ia berlaku padaku hahahaha. Poyo tul aku haha. Oleh kerana sesi Laman Seri dan Pinggiran diadakan berlainan waktu.. serta didahulukan kanak-kanak Tadika dari Laman Seri.. maka aku dah dapat agak gaya mereka mengatur acara hehe. 3 orsng ysng cemerlang dari setiap kelas diatur dek teacher masing-masing. Paling depan no 3, paling belakang dapat no 1 !!. MAcam keretapi mereka beratur.

Penyampaian sijil tadika pula, dijalankan bagaikan majlis graduation aku di UiTM. dengan muzik lebih kurang gamelan, dengan berjubah dan bertopi, dengan lalu di bawah pintu gerbang berbunga...dan berarak 2 barisan dari pintu dewan ke depan pentas. Nama akan dipanggil, dan pasti ada yang akan menyuruh mereka berhenti seketika atau lakon semula untuk diambil gambar. Sungguh nostalgik...hehe. Selepas penyampaian sijil dan hadiah untuk murid dari Laman Seri tadi, seingat aku ada satu persembahan sebelum persembahan yang Alesha sertai.

Nasyid Pentomin, itulah yang dinantikan. Kerana persembahan inilah yang Alesha terlibat hehe... Katanya dia berlakon. Ingatkan dia hanya menyanyi kerana di rumah, dia selalu menyanyi kecil lagu baru yang dibelajar di Tadika. Rupanya pentomin!!.. Walaupun ramai ketawa melihat gelagat anak-anak di atas pentas dengan gaya lakonan dan karenah yang belum terkawal sepenuhnya.. Tapi lagu yang dinyanyikan sungguh menusuk jiwa melodinya.. Ingin sangat ku tahu lirik sepenuhnya... Alesha hanya ingat separuh kerana dia tidak menyanyi, tapi berlakon sahaja katanya.. Tapi teringat kata teacher yg menjadi emcee.. Pentomin ini menceritakan pengorbanan dan penghargaan terhadap Ayah... Syahdu pula apabila aku tadi dibantu oleh Alesha untuk mengenal pasti sedikit lirik yang dinyanyikan anak-anak tadika siang tadi.

"Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-beralun

Di suatu hari
Ayah berkata
Jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Air mata mengalir
Hati ku pilu


dah alesha tak ingat dah haha
.............................."

Selesai persembahan Alesha dang kengkawannya yang menggamatkan suasana, ada satu lagi persembahan sebelum Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk cawangan Pinggiran USJ pula. Kali kedua aku dan adani ke belakang mencari sesuatu untuk adani yang kehausan. Kemudian kembali ke hadapan untuk menonton penyampaian sijil untuk kanak-kanak Pinggiran USJ. Sekali aku terperasan Alesha turut dipantau Teachernya di satu kelompok. Aitt apa kena laks tu? Ku lihat dia beratur 4 row dan dia paling depan pada 1 row tersebut. Hatiku mula berdetik, aikk cam ada berita gembira jer ni hehe. Aku takut aku yg perasahsantan hahaa.

Sekali............... semuanya benar belaka apabila nama ayahnya atau ibunya dipanggil naik ke atas bersama anak untuk sama-sama menyampaikan hadiah buat anakanda tersayang. Sebelum tu aku dah terfikir dah, alahai siapa yang terdekat tempat duduk aku yang boleh ku pinta tolong untuk mengambil gambar kami? Orang yang duduk di depanku menjadi pilihan. Ku minta tolong pada isterinya, tapi suaminya yang bergerak ke tengah depan pentas ketika aku dan Alesha naik ke atas pentas. Apabila terdengar nama cik abg..kelam kabut aku menunjukkan muka kepada teacher Alesha yang melilau mata mencari aku haha. Malu nak tunjuk muka benarnya.. hehe. Jadi naiklah ke atas pentas dengan Alesha.. Aku menerima hadiah tersebut dari Pengetua Tadika Pn Zuraida. Beliau ucapkan TAHNIAH di atas kejayaan anakku Alesha Sufia, dan aku diminta menyerahkan sendiri hadiah tersebut kepada Alesha.. Dengan laju Alesha salam dan mengambil hadiah yang ku hulur haha. Kemudian ku pusingkan dia untuk bergambar seketika dengan kamera cokia ku yang dipegang dek saudara yang baik hati tadi. 2-3 kali dia snap..entah apa laa rupa aku dan alesha haha.

Masa turun dari pentas, aku ucap TAHNIAH pada Alesha.. Bila duduk jer kat tempat, aku peluk dia dan puji segala sampai aku yang terharu dan keluarkan air mata sket. Dia cool dan relax jer..hahaha. Adiknya pun sibuk nak peluk kakak cam ibu peluk kakak. Tapi tetap Alesha buat muka bersahaja.. tergelak sket, pastu control ayu haha. Menahan perasan atau apa, tak tau laa... haha. Sempat ku ambil beberapa gambar Alesha bersama hadiahnya. Apa pun aku bersyukur tak terhingga dengan pencapaian Alesha walau hanya di tempat ke 3.. hehe. Tak sangka sungguh..! Sungguh terharu.. SYUKURRrrr ALHAMDULILLAH!..

Aku juga gembira melihat kawan-kawan baiknya yang sesama lasak dengannya juga mendapat hadiah kecermerlangan dari tempat pertama hingga ke 3 dalam kategori 6 tahun dan 5 tahun.. Kadang jeles juga pada kawan baik Alesha tu.. dua-dua beradik pandai. Adiknya yang sebaya Alesha dapat no 1, Abangnya dapat no 2 dalam kelasnya. Sungguh bertuah ibu ayahnya yang juga rapat dengan kami..

Tepat jam 5, seperti yang dijadualkan dalam agenda yang diberi ketika masuk dewan.. majlis bersurai. Terus ku pecut semula ke DEMC. Sempat singgah di Petronas Sek 20 mengisi minyak. Proses billing memang lambat dan makan masa.. Tu yang kami tak kisah fikir sempat atau tak sempat dan pergi juga ke Majlis tu. Sebaik sampai ke lif DEMC, sibuk Alesha nak buat surprise kat ayahnya...nak tunjuk hadiah dia dapat hehe. Tapi malangnya, adiknya dengan selamber memberitahu ayahnya tanpa ditangguh-tangguh hahhahahaha. Marah Alesha adiknya tak boleh simpan rahsia.. haha. Terus dibukanya hadiah yang memang tak sabar nak dibukanya dari awal tadi.

Semua billing dah settle pada jam 4.30 petang, so apalagi terus kemas mana yang belum kemas dan terus balik. Cuaca sangat redup dan hujan rintik mengiringi kami pulang. Sejukk sungguh suasana.. damaii...

Home sweet home.... Macam lama sungguh aku tak balik rumah, rindu sungguh! Sampai rumah semua terlena diulit mimpi...aku jer yang berjaga nak solat, unpack bag dan asingkan baju kotor serta buat apa yang patut.

Kebetulan mak sms tanya khabar aimy sebaik kami sampai di rumah. Instinct opah pun kuat ;) Malam, atok pula sms tanya khabar aimy. Mereka kurang sihat di sana.. ada yang selsema, ada yang batuk, ada yang sakit kepala dengan cuaca panas di sana. Apa pun kuharap mereka semua sihat sejahtera dan dapat melakukan dan menyelesaikan ibadah umrah dan haji dengan sempurna dan mudah. Aminnn..

Ada sedikit ku ceritakan pada mak ayah apa yg berlaku pasal hal cuti aku dan boss bila disoal tentang Aimy. Kata mak, doctor tu dah kerja dia..dia lebih tahu. Kalau hanya berdoa dan tawakal pada Allah tak ikhtiar jumpa doktor, tak guna juga. Doktor tu dah hadap beribu orang pesakit..tahulah dia buat kerja dia. Pasal boss, kita doakan dia menjadi boss yang baik, bertimbangrasa, ada belas kasihan dan prihatin serta ikhlas dlm apa yang dilakukan. Aminn.. Alhamdulillah lega jiwa kacau aku hehe.

Mak ada bagi tips cara memakbulkan doa ibu untuk anaknya...insyaAllah. Dia suruh baca yassin, dan ayat hujung disuruh ulang ke apa ntah, tak faham. Nantilah try buat dulu baru faham hehe.

Kami lepak-lepak jer kat rumah malam ni menonton tv, mengadap pc dan melihat kembali gambar-gambar yang diambil siang tadi.

Selepas jam 12.. cik abg dan anak-anak wish birthday sesambil jer...haha. Saja tau deme...! Dah tuanyaa aku... huhu.

Oklah jumpa di lain masa..

8 ulasan:

  1. kak tika

    hepi burfdayyy~!!!
    semuga akak sentiasa bahgie dan gembira bersama kuarga dan sahabat handai, dilapangkan rezeki, awet muda, comel slalu dan slalu di dalam lindungan Allah...ameen~!

    BalasPadam
  2. untuk alesha pulak
    auntie ucapkan tahniahhhh...
    semuga terussss maju, bijak pandai dan menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga dan negara...

    BalasPadam
  3. tahniah buat alesha..
    auntie ana tumpang gembira..mg sentiasa cemerlang~!

    alhamdulillah..aimy dah sihat..

    happt birthday tika~!!

    BalasPadam
  4. TAHNIAH ALESHA,
    MOGA TERUS CEMERLANG DI MASA DEPAN :-d

    BalasPadam
  5. terima kasih semua... hehe. terima kasihhhhh banyak2..

    BalasPadam
  6. kak tika,
    tahniah utk kejayaan alesha..

    BalasPadam
  7. tika..mcm x percaya jumpa blik dgn new package...doa aku moga Allah SWT sentiasa merahmati keluarga hang dunia dan akhirat - Sal 5 sc 4 essemjay

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular