Khamis, 9 September 2010

AL FATIHAH



Ramadhan semakin berakhir.. tersangat sayu ketika ini.. ketika orang bersemangat hendak menyambut lebaran aidil fitri yang bakal menjelang esok.. sahabatku Haslina Mahbob dirundung dugaan yang besar atas kepemergian suaminya kerahmahtullah.. Selalu kita mendengar dan mungkin ada menyebut, entah sempat kita berjumpa ramadhan lagi.. ketentuan Allah.. bersediakah kita??

Akhirnya yang dirisaukan terjadi juga.. sedihnya aku.

Salam TAKZIAH buat sahabatku Haslina Mahbob atau Linot atas pemergian suami tercinta Kamarul Ariffin atau Anjang pada jam 8.10 mlm tadi pada tarikh yang agak cantik 8.9.10 dan 30 Ramadhan 1431 Hijrah .. Pasangan 'loving couple' yang sungguh 'sweetie' ini menerima dugaan besar tahun ini.. Dari Anjang mula sakit perut dalam bulan Februari.. dan terus jalani ujian itu ini, dan akhirnya disahkan menghidap Kanser Pankreas pada bulan Mei 2010 dengan keadaan kanser pada tahap 4 dan harapan yang tinggal cuma 10% ketika itu.. hanya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku dan bagaimana mereka menerima ketentuan Allah ini.

Apa jua yang berlaku sahabat, ku harapkan kau terus tabah dan meneruskan hidup dengan lebih bersemangat demi anakmu Zafri.. Kasihan anak yatim itu.. Moga Allah melindungi dan memudahkan kehidupan kalian. Dimurahkan rezeki dan diberi kebahagian dunia akhirat.

Semoga juga roh Allahyarham Kamarul Ariffin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.. Amin..

Perginya tak kembali...

***Belum sempat minta keizinan Linot untuk meletakkan gamabr ini di sini. Tapi insyaAllah Linot ok kan Not..

gambar ini aku ambil ketika melawat arwah 2 minggu lepas yang pada ketika yang sama aku mendaftar Aimy untuk CDC HUKM. Waktu itu pagi-pagi lagi aku terima sms dari Linot memaklumkan buat pertama kali Anjang sesak nafas dan diberi bantuan oksigen. Beliau memohon doa para sahabat. Tak salah aku sama ada 25-26 August.. Lupa pulak.. huhu... nanti nak cek dekat Kelab Isteri.


e: ~KELAB ISTERI 4324~
» Thu Aug 26, 2010 4:20 pm

Assalammualaikum.

Pekabar semua?

Aku kepenatan hari ni.. dah ler kat luar tu panas terik.. sampai naik tempreature keta aku huhu.. ni suspen nak balik kg sok ni.. keta tu dah mula heating jer...

Tadi pagi kul 10.30 aku keluar dari opis amik Adani kat umah bawak gi follow-up.. Alhamdulillah semua ok.. Cuma kena teruskan beberapa ubat utk pencegahan.

Kemudian singgah Klinik Gigi buat appoinment.. cam geram laks dah 3 hari aku call tak angkat² phone.. tadi aku tanya, selamber jer dia tanya... akak call kul berapa?? setiap jam saya call.. gggrrrr.. buat dek jer dia.. PAstu terus dapat appoinment budak berdua tu next week lunch time.. ok laa tuh.

Balik bagi adani ubat..gomol² Aimy jap.. pastu terus gerak ke HUKM. Waktu tu dah 12.50 tghari

Semalam dah dapat refer letter dari Dr Koshy utk Aimy ke CDC HUKM. So tu aku gi sana tadi.

Korang ada dapat sms linot awal pg tadi?? Aku tak fwd sms kut korang dah dapat. Tapi kut tak dapat sorry laa ek. Ni bunyi sms-nya "Salam, 3 mggu lbh admit kt wad, kul 4.20am td 1st time ajg/kamarul sesak nafas. O2 dlm bdn 73, ptt normal 95. Skg dah beransur pulih but still on O2. Minta doa yg terbaik utk dia. Tq.."

Dok main sms ngan adiya kut dapat jumpa adiya kat HUKM.. Alhamdulillah jumpa. Ingat tak sempat sbb janji ke HUKM awal lagi hehe. Sampai HUKM dalam 1.15 kut.. tak pasan sangat jam..cari parking, tunggu adiya jap.. Adiya bawa aku jumpa Linot dan Anjang dulu sebelum aku dapat masuk CDC tu.. Lunch hour CDC tutup.

Ajg dok kat ting 7.. wad warga HUKM. Penuh ngan kengkawan dan sedara mara anjang kat wad tu. Dah kedengaran bacaan yassin dari org yg hadir dan bacaan al quran dari mp3 kut. Ramai yg dok tgk kat cermin bilik gak.. Aku masuk.. tapi dok hujung jauh sket.. Tanak ganggu keluarga mrk. Tapi Linot nampak aku. Salam sket.. tanya khabar.. dia kata O2 anjang dah normal. Aku pun nampak.. 99 dah.. syukur.. PAstu terus linot kembali semula ke Anjang.. Aku tgk jer LInot dan Anjang.. SEDIH TAK TERKATA..! Tak sedor kuar air mata walau puas aku tahan². Kejap² Linot usap anjang kepala dan pipi anjang.. cium dahi.. cakap sesuatu.. anjang geleng dlm pejamnya.. PAstu bisik² lagi, angguk.. Linot pegang jer tangan anjang sepanjang dia baca yassin. Mak anjang pun begitu. PAstu sambung ngaji laks.. Tapi setitis air mata pun takde di wajah linot. (kata adiya, linot pernah menangis sekali jer.. tapi tak sempat aku tanya bila, ada gangguan laks).

Tak lama mungkin Anjang tertido.. terlentuk pala dia.. kadang berbunyi nafasnya dah katil pun tegak sangat.. merisaukan ramai org bila bunyi nafas dia kedengaran.. Aku sedih tgk keadaan anjang.. jauh berbeza dengan anjang yg biasa kita lihat.. kurus cengkung dari yg aku jumpa dia di rumahnya tempohari. Matanya cengkung,tertimbul tulang pipi dan matanya..tangan jadi kecikkk sangat.. nampak panjang saja.. pucat... Tapi anjang kan jenis kulit bersih cantik.. memang bersih jer wajah dia..

Zafri pula riang jer dia.. sibuk nak main komputer.. Tak puasa dia.. makan KFC kekekeke. Dia dilayan dek 2 anak dara (kawan mrk) yg skrng jadi keluarga angkat zafri.. 2 kawan tu dok nyewa umah adiya. Dia laa yg amik dan hantar zafri dari dan ke tadika.. bawa ke hospital..pastu tido umah depa.. Zafri taknak org lain. Jadi mlm zafri tak jumpa laa mama dan babah dia..

Anjang pula makan ubat apricot seeds tu asyik muntah jer.. muntah hijau tau kata adiya.. huhu. Mana nak berkesannya ubat dan mana tak kurus.. apa pun tak leh masuk.. muntah jer.. Tu tadi pun drip air..

Tapi memang bilangan sel kenser anjang turun pas makan ubat tu beberapa minggu..

TAdi adiya citer minggu sebelum puasa tak salah.. usus kecil anjang dibedah dan dibuang.. sebab bengkak dan dah rosak.. Dia punya parut bedah tu dari dada sampai bawah perut. Tapi yg dada jer baik.. yg kat perut tu berair tak baik². Kesan bedah buang usus kecil tu buatkan anjang tak blh normal lagi buang air kencing.. kalau dia sembuh sepenuhnya pun.. dia tetap kena guna kantung kat luar utk buang air kecil.. sbb usus kecilnya dah takde.

Dia dah lemah.. tak leh kimo.. nanti lagi teruk dia..
nak kimo ni kena segar laa jugak.. kalau masa awal confirm tau terus kimo ok laa...

Aduhai.. begitulah dugaan Allah yang tidak kita jangka.. Moga dipermudahkan segalanya buat Linot sekeluarga..Hanya kuasa Allah mengatasi segalanya.. Sama² kita doakan dan sedeqahkan solat hajat buat mereka.. Itu saja yg kita mampu. Kata Adiya tadi, doktor pun kata dah tak boleh buat apa.. dia dah lemah sangat.. apa treatment pun tak leh buat. Ubat yg dia makan pun tak leh nak makan sbb asyik muntah dan kena bantuan oksigen.

Akak tak leh baca yassin tadi.. kalau tak tingin gak nak baca.. kebetulan laks dah start peot petang smlm.. huhu.



Tepat kul 2.. aku minta diri ngan linot. Peluk² sikit..Dia kirim salam pada korang semua.. Nanti jumpa lagi.

Aku nak jenguk Pak Anjang aku dah tak sempat, terlama melawat anjang.

Sampai dpn CDC tekan loceng takde org lagi. Tunggu jap.. sempat borak ngan adiya. PAstu ada staff keluar, tak sempat panggil. Kemudian dia masuk.. terus ikut masuk haha. Kena isi form dan interview sikit. Punya laa banyak nak kena isi form haha. Sian diya menunggu lama neman aku. Cayangg diya haha. Pas selesai terus salam peluk adiya dan beransur balik.

Aku blur nak bayar parking sbb dah berlainan tetiba sistem parkingnya.. siap gostan nak gi pondok bayaran tetengah depan tangga parking lot tu. Dah laa duit kecik takde kekeke. Sampai opis lagi 10 minit kul 3...haha sakan lama aku cilok dgn keizinan haha

Dapat kad raya cik abg.. kelakar giler dan SUKA! haha... Ingat aku nak pos dulu, sekali tak sempat beli setem daa.. dia punya sampai dulu hehe
.

Catatan Popular