Sabtu, 26 Disember 2009

Salji turun? Hujan daaa....











Jumaat pagi aku terperanjat bila mak bagitahu dia dah bertolak dengan Ida. Ya Allah awalnya..!! Ingatkan Sabtu baru datang sini...hehe. Awal pulak tu bertolak dari kg.. masa tu belum kul 9 pagi hehe. Bila mak kata nak singgah beli ikan di Kuala Selangor, aku kirim mak belikan aku ikan untuk stok seminggu hehehe. Maklumlah nak ada maid ni kena laa ada stok bahan mentah. Kalau kami ja, tak perlu ada stok pun tak apa.. kedai dekat.. kekeke.

Selesai aku melipat kain, nak bangun masak jer.. mereka sampai.. haha. Baru pukul 12.50tghari..! Cik abg masa tu tengah bersiap nak ke masjid untuk solat Jumaat. Adikku Haire dah lama siapnya hehe. Mak pantas menukar baju menolong memasak. Bila Aimy merengek, akhirnya mak yang masak pelbagai lauk haha.

Lepas mereka balik solat, dah tersedia semua lauk pauk untuk dijamu selera. Dengan sup ikan merah, dengan bawal masak sambal masam manis, dengan sambal sotong, ikan kembung dan ikan merah goreng, sayur baby kailan goreng, mentarang, dan entah apa lagi aku lupa hehe. Berselera masing-masing menjamu selera. Kemudian tersandar kekenyangan hehehe. Petang mak goreng pula pisang relung dan keropok lekor.. Adusss makan lagi. Bukan sikit-sikit laks tu melantak hahaha.

Usai minum petang, aku dan adani keluar mencari barang. Asalnya mak nak ikut, tapi malas pula dia bila terasa pening. Adik ku ida pun tak nak ikut sebab aku cadang nak ke arah lain bila mak tak ikut. Alesha yang dah bersiap sakan, terpaksa aku tinggalkan sebagai denda kerana dia dah terdeletekan 500++ gambar dalam handphone aku. Alesha dan Adani main-main handphone aku ketika kami minum petang. Sakan alesha mengambil gambar dan Adani berpossing. Sebelum aku keluar, aku minta handphone dari Alesha. Memula aku macam pelik, sebab tengok bilangan gambar dah tinggal 1...dan ntah apa-apa gambar yang baru dia ambil.. Kemudian bila aku check, tinggal movie sahaja. Ya Allah takde sekeping pun yang tinggal .... Lenyap segala gambar yang ada huhuhu. Hangin satu badan ngan alesha.. memang kena babab laa dia. Sebab banyak kali dah pesan, tegur dan marah bila setiap kali dia main handphone ada saja yang berlaku. Tapi nak gak, tak bagi kesian. Akhirnya kesian kat aku sendiri laa.. Gerammmmm.. Ralat aku bila ku ingat ada lagi gambar yang tak sempat ku transfer ke notebook.. Terutama gambar aimy mengangkat badan setinggi-tingginya untuk merangkak.

Akhirnya aku tak benarkan dia ikut aku. Adani saja.. Tapi dalam kereta Adani pun kena bebel benda yang sama.. (Rupanya Ida dan Zamin pergi shopping di Shah Alam sebaik aku keluar).

Kami ke Seri Muda mencari bakul kain plastik, kemudian niat di hati hendak mencari katil. tilam, almari maid dan aimy. Di kedai area Sri Muda, aku cuma dapat membeli bakul plastik, pisau, penyangkut baju bersepit dan penyapu sahaja. Tu pun dah habis RM50!!. Takpelah, terpaksa ganti yang di rumah tu, dah nazak huhu. Ku ronda mencari kedai perabot tiada yang buka.. Baru aku teringat, public holiday laa hari ni... Hari Krismas! Patutlah banyak kedai tutup...iss awat laa lupa. Tapi fikirkan esok mungkin lebih busy..dengan maid nak sampai esok.. aku gagahkan juga hari ni.

Setelah puas berpusing di Seri Muda.. Akhirnya aku mengambil keputusan ke Seksyen 27, menuju ke Kedai Perabot Setia yang pernah aku pergi dulu membeli set bilik anak-anak. Alhamdulillah kedai tersebut buka. Apa yang aku hendak semua ada.. cuma harga tak tahu laa mahal ke murah. Aku kurang berpuashati dengan tilam sekarang, mahal tapi kualiti tak berapa bagus... yang bagus apatah lagi harganya.. Aduhai... Tapi oleh kerana terpaksa, dan malas nak cari lagi kedai lain.. beli jer. Beli katil, tilam dan almari. Oleh kerana beli 3 barang, yang kunun cash & carry awalnya.. dah tak perlu dibawa balik sendiri. Kedai tersebut menawarkan khidmat untuk menghantar. Ni gara-gara almari yang aku beli. Mulanya ingat nak cari almari kecil untuk Aimy, dan almari plastik untuk maid (sementara tunggu duit ada hehe)... Tapi aku fikir-fikir, malas nak cari lagi nanti dan malas nak survey dan rasa membazir beli almari kecik untuk Aimy - pun dah RM100. Jadi lebih baik belikan almari biasa terus, cari yang murah-murah jer untuk budget bilik kecik.. yang sememangnya budget ciput haha. Guna cc jer, takut nak bayar yang lain takde cash pula nanti..hehe. Katanya akan dihantar dalam 30minit.

Sampai di rumah, borak sekejap dengan mak, dan mandi solat bagai.. bersiap untuk ke Bangi.. tak lama tu lori kedai perabot sampai.. Alhamdulillah selamat sampai. Cik abang pula masa aku keluar, dia mengems sedikit bilik belakang tu sekadarnya. Jadilah untuk nampak kemas bila perabot baru nak dibawa masuk hehe. Lengkap sudah bakal bilik maidku.

Kami semua keluar ke Kajang/Bangi bila semua dah ready. Sampai depan rumah kakak, tunggu jap jer...dah gerak. Adik lelaki ku ajak makan kat Rimbun Klasik di Bangi, dia nak belanja hehe. Semua adik beradik ku ada termasuk mak, 2 sepupuku dan seorang anak sepupu (kecuali 2 lagi anak makcik). Panjang sungguh meja..! Kalau lengkap semua tu..sure tak cukup ruang haha. Macam-macam menu diorder.. Sedap!.. Environment pun menarik.. Deko yang kreatif ;). Harga tak tau, sebab bukan aku yang bayar kekeke. Bila dah kenyang, balik semula ke rumah kakak di Sg Ramal Dalam. Borak-borak itu ini.. jam 12.15 malam kami gerak pulang. Alesha tinggal, kerana kakakku nak bawa dia berjalan-jalan esok dengan anak-anaknya, dan anak sepupu dan sepupu-sepupuku. Dia apalagi, suka sangat laa dapat tinggal dan tidur di rumah Mak Longnya hehe. (aku sms kakak ku tadi, katanya happy jer alesha dapat berjalan ramai-ramai. Banyak barang dia beli, dia paw duit mak ngahnya (sepupu aku).. ya Allah, bertuah sungguh.. segan laks aku haha)

Aduss keletihan dan kekenyangan malam semalam.. Sampai rumah, sekejap jer aku dah hanyut lepas solat isya haha. Tapi aimy, tak nyenyak dia tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga merengek.. Begitulah sampai pagi. Macam mengigau ke apa tak tau la. Penat agaknya dia didukung dan digomol ramai semalam. Jangan demam udah laa.. dah laa rumah kakak penuh belu kucing.. huhu.

Aku tak perasan ada sms. Jam 10++ malam aku dapat SMS dari kak Ina.. (masa kelaur dari tempat makan baru perasan)..katanya maid aku tak jadi sampai esok, tiket feri dah habis dijual, feri penuh. Maid ku terpaksa datang ke sini pagi Isnin 28 Dis 2009 dan bertolak jam 10 pagi waktu indonesia..insyaAllah dah confirm katanya.. tiket dah beli kut. (kan aku dah kata, patut beli awal tiket...maklumlah musim cuti..pasti ada yang kehabisan. Tapi takpelah, dah tersurat gitu gamaknya). Aku pun tak kisah sampai Isnin, asalkan sebelum cuti sekolah berakhir dan tahun baru bermula hehe. Kata kak ina, nanti kami sama-sama akan naik komuter dari Bt. 3 Shah Alam jam 3 petang, dan ambil maid di jeti Ferry Port Kelang. Apa pun alhamdulillah, semua urusan maid aku tetap dipermudahkan dan dipercepatkan Allah swt.. syukurr alhamdulillah.

Sabtu. Awal pagi cik abang dah bersiap. Dia dah belikan sarapan untuk kami. Cik abg nak ke Semenyih rumah abangnya. Abangnya buat kenduri pertunangan anak perempuannya. Aku tak dapat pergi, karang susah Aimy nak duduk di rumah orang.. Dia jenis tak selesa bertukar tempat.. Karang asyik merengek dan akhirnya mengamok. Jadi biarlah cik abang sorang pergi. Asalnya dia nak bawa adani, tapi bila adani tak bangun lagi, dan dia pun fikir nak menolong kendara dan masak segala.. karang jadi susah nak buat kerja bila adani ikut. CIk abang nak ambilkan gambar juga tak salah. Adani ni tak pandai nak duduk dengan orang, sure akan ikut buntut ayah ibu... Cik abang dijemput adiknya. Mereka pergi berdua dengan 1 kereta jer dari sini. Biras aku pun tak ikut.

Kami lepak di rumah dengan adik-adikku. Dah laa sarapan lewat, adikku Ida dan suaminya pergi pula beli KFC dalam pukul 1 tu. Adani sibuk nak mengikut Cik Min dan Cik Da nya keluar. Balik jer mereka, membawa 1 barrel KFC dan belian lain. Ya Allah cam nak buat party ahhaha. Makanlah kami dengan begitu selera sambil menonton tv. Aku amik semua part tulang.. huh nikmat! haha.. Lebih kurang pukul 3, cik abang sampai dengan adiknya. Sham lepak jap minum nescafe, balik.

Lepas aku bersiap mandi dan segalanya.. Kami keluar pula ke Sunway Pyramid. Mulanya adik iparku mengajak ke Chow Kit. Tapi aimy asyik merengek dan susah tidur..susah aku nak mandi dan bersiap. Tu tunggu cik abg balik juga. Pergi Sunway Pyramid berlima jer.. aku, ida, zamin, haire dan adani. Cik abg malas nak bawa aimy kalau berjalan, kang asyik nak balik cepat dek aimy tak selesa (semalam masa makan kat Bangi pun begitu.. Memang dia cam tak selesa, pastu ngamok sket..huhu). JAdi dia rela tinggal dengan Aimy, lagipun dah penat dari pagi menolong kenduri abangnya.

Takde apa yang menarik pun kami gi Sunway Pyramid, hanya meronda mencuci mata. Walau sales hebat, tapi kalau dah wangnya kurang hebat.. apa nak buat, windows shopping jer laa hehe. Ida dan Zamin jer membeli barang. Dah nak maghrib kami balik. Lepas solat maghrib, aku dah readykan dinner sebab Ida dan Zamin dah nak pulang ke Ipoh. Panaskan jer apa lauk yang ada.. nasi berkat kenduri bersama gulai daging dan ayam gorengnya , lauk sup ikan merah semalam yang memang mak masak banyak, serta ayam KFC yang masih ada 6 ketul...hehe. Sedap dan lazat semua menikmati.. kekenyangan melampau kami...huhu bertambah laa beratku haha. Tu pun ada lagi lauk mak masak semalam aku tak perangat, dek dah penuh meja dan dah terlampau banyak barang haha.

Sunyi rumah ni bila Alesha tiada.. Maklumlah, dia paling bising dalam rumah ni... kuat bercakap. kuat mengusik, kuat main, kuat segalanya haha...

Ida dan Zamin dah bertolak pulang jam 9.45mlm tadi. Semoga mereka selamat sampai ke Ipoh..Amin. TAdi tengok berita di TV3, eksiden bas 2 tingkat di Ipoh...aduss sungguh ngeri dan menyayat hati.. 10 orang meninggal..!! Innalillah.... AL Fatihah. Semoga roh penumpang yang meninggal itu ditempatkan di kalangan orang beriman..amin.

Banyaknya kain tak berbasuh. Yang tak bersidai pun sebakul. Takde ruang dah nak sidai dan basuh lagi.. Asyik hujan sahaja.. huhu. Tapi best bila tidur, sejukkkk hehehe.

3 ulasan:

  1. Salam..lama aku tak mai cni ..jenuh juga nak update he he he ..tp senok bila parent datang rumah...makan selalu berselera...

    BalasPadam
  2. salam Tika
    Mak hang beli ikan kat kole selangor jugak ke? best kan kat sana murah & fresh. comey anak hang wei gerem lak aku

    BalasPadam
  3. Sal : memang...!! tu tak leh selalu...lagi naik badan yg dah berat nih haha

    dilla: yup...kalau datang umah aku dari Sitiawan, confirm mak ayah aku singgah K.Sgr beli ikan haha.

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular