Rabu, 23 Disember 2009

Menawar...nagotiate hehe

Awal petang tadi, aku call van sekolah yang akan bawa Alesha dan Adani pulang dari tadika masing-masing mulai Januari ini. Sekali lagi aku menawar hahaha.. Haritu dah dapat tawar dah.. saja jer tanya lagi kut leh kurang. Gelak-gelak dia.. aku siap minta dia bagi RM50 untuk 2 orang sebab dekat sangat rumah aku.. lorong belakang setiap tadika jer... rugi bayar kalau tak sempat 2 minit naik dah kena turun kekkeke.
Akhirnya dia bagi RM55 utk 2 orang.. dah tak boleh turun katanya. Hari pertama nanti baru van tu nak tahu mana anak2 dan rumah aku. Terus kena bayar hari pertama persekolahan nanti.

Satu kepuasan pula.. walau sebenarnya tak cukup duit sungguh nak bayar segalaaa hehehehe

Aku suka pagi tadi.. hehe..

Eh patutnya kena call HKL tanya pasal cermin mata aimy dah siap ke belum.. No ada kat cik abg jer.. Tanya dah call ke tak, senyap jer...

Semalam Adani dah tak sabar nak gi skol.. dah mencuba baju uniform Krista milik kakak dulu.. Kesian pula aku tgk dia pakai baju lusuh.. Tapi itu pun sudah buat dia excited terlampau hahahha..

Alesha pula, makin lama tak gi skol... makin banyak kuar pangai yg leh buat orang amrahkannya.. Tak serik laks tu.. dan paling tak suka bila dia buli pakciknya. Macam manalah ada bibik esok...jgn dibulinya bibik udah laaa huhu.. Kat nursery aku dah beritah pada beberapa cikgu.. Dengan pengetua Teacher Harliza jer belum.. Aku suka nursery tu... memang aku takde masalah.. Cuma kerana aimy aku terpaksa beralah dengan pendirian sendiri.. Ingat nanti nak bagi something pd cikgu2 dan teacher harliza, sbgai kenangan dari kami. Tapi tak terbagi lagi. Kenangan terindah harapnya dari sana.. Tak akan putus silaturrahim..

TAdi ingat nak tanya Kak Ina pasal maid.. tapi takut mengacau orang hari2 pula... so tunggu dulu huhu tak sabarnya aku... Semalam dia kata esok lusa baru nak call ex maid dia..Tu pun sebab aku yg rayu kak ina agar percepatkan kedatangan maid aku. Takkan nak tunggu sabtu atau cuti jer boleh naik feri.. dah tentu ada hari-hari lain yang ada untuk feri belayar.. jadi aku cakap kat kak ina, takyah tunggu dia pun takpe kut.. aku try ambil sendiri di Port Klang nun. Kak ina kata dia nak bercuti 30-31, pastu hari ahad memang feri pun off.. cuti umum pun sama.. Tak sure yang ni. JAdi aku minta maid masuk seawal yang boleh. aku kalau boleh nak minggu ni gak. Tapi rasanya paling awal 28-29 Dec 2009. Nape kak ina tak terus call ek smlm?? Aku kadang musykil apa yang depa delay sedangkan leh siap sekejap saja visa segala dan boleh terus datang. Ada masa 2 minggu lagi untuk January 2010 menjelma.. Takmo lah masa bebudak ni dah masuk tadika baru nak datang.. huhu.. Mana nak letak anak-anak dalam beberapa hari tu??

2 ulasan:

  1. Salam..

    Memang kan memikirkan penyengelaraan anak2 nie pening pala.. tapi tu la tangung jawab.. Anak Ita tak kisah ke sekolah.. mak la yang sibuk2 duk tengok buku la.. baju la.. dier kalau sekolah tak buka pun tak pe.. hi.hi..

    BalasPadam
  2. hahaha.. anak saya, cuti sekolah ni.. ya Allah menjadi2 perangai.. dah la asyik main je.. Nasib baru tadika hehe

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular