Isnin, 28 Disember 2009

Dari Batu 3 ke Port Kelang

28 Dis 2009 - Isnin : Sejak beberapa hari ni asyik ingat maiddddd ajer (alamak aku dah mengantuk huhu, nak habiskan ayat pun seksa).. Risau ada, excited ada, gembira ada haha.. Pagi Isnin lagi laa.. memang dah terbayang pergi ambil maid di Port Kelang. Memula aku fikir, tak perlu bawa apa-apa ke Port Kelang. Tapi bila fikir karang kalut kalau dokumen diperlukan.. Maka aku bawa semua dokumen, letak dalam kereta jer. Dah laa keluar rumah lambat haha.. nanti nak cilok awal lagi huhu.

Dalam pukul 10 kak ina call ke extention aku.. Dia lupa nak pesan sebelum ni. Dia suruh aku photostat surat calling visa dan ic cik abg. Nasib laa memang aku bawa dokument tu. Kalau tak kena balik rumah lagi, nak photostat lagi..sure kalut. Tapi ic cik abg takde laks salinan yg dah aku photostat.. So terpaksa minta cik abg buatkan. Sms cik abg, last dia ajak lunch date kat summit...yaHooooOOooo kekkeeke. So lepas aku settle buat copy surat calling visa dan ic aku (just spare), aku susun semua dokumen properly.. Takut kalut mencari tak jumpa nanti di Port Kelang. Sempat aku minta izin manager training nak keluar (cilok) atas urusan ambil maid. Terus terang jer...hehe. alhamdulillah dia ok. So senang hati aku.. Boss aku takde, dia kat Kedah. Malas nak tanya dia.. biarlah dia ngan urusan dia hehe.

Dalam kul 1, kelam kabut aku turun dan berjalan ke Summit. Nampak cik abg dah menunggu. Tak tau nak makan kat mana, cik abg ajak makan McD jer haha. Settle makan, cik abg nak tukar bateri jam. Tunggu laa jap. Ngam kul 2... dah sampai opis balik. Aku masukkan photocopy ic cik abg dalam bag dokumen. Dah rasa semua ready, aku gi solat dulu. Pastu sambung buat kerja sket. Gi toilet kejap.. Jam 2.50pm aku turun ke parking basement. Keluar basement, hujan mulai renyai.. Sambil gerak, aku plan nak masuk tol Bt 3. Dengan confident aku drive masuk susur keluar Seafield.. Sekali dah masuk, aku cuak.. betul ke ni?? Lama sungguh aku tak ikut sini... Ya Allah...rasa cam dah confident 1st susur keluar dari Kesas... Tapi betul ke aku ni??? SuDaHhhhh... nak cepat jadi lambat jadinya.. huhu. Tp bila ada susur keluar ke Subang/Ipoh... baru ku rasakan... laaa BETUL LAAA... hahahha.. Bayar tol 50sen..terus sampai Batu 3. Hujan makin lebat.. Gerak jer lepas traffic light mula tak nampak jalan.. 1st time aku masuk sendiri ke kaw Komuter Bt 3 ni.. Takut salah simpang masuk jer aku, sbb aku tau simpang dia amat mengelirukan.. Tapi bila aku nampak satu simpang banyak org parking dan nampak laks macam railway... terus aku masuk dengan laju tanpa dirancang hahaha. Alhamdulillah dalam hujan lebat, aku dapat parking dengan mudah.. Syukur. Ngan 3.16pm aku sampai di situ. Dalam kelam kabut membuka payung, nak menutup pintu dan lock.. aku terjatuhkan bag document aku...aduss kena air...Nasib cepat bertindak.. so tak basah teruk.. Jgn lahh documents aku jadi lembab huhu. Sedikit kebasahan kaki ku kena hujan.

Di stesyen komuter batu 3, hanya ada beberapa orang menunggu untuk ke Kelang. Tapi yang hendak ke Kuala Lumpu ramai juga. Mungkin aku tak jenguk lagi kut ada yang duduk berjauhan dari tempat aku menunggu kak ina. Ku lihat jadual train ada 2 pada ketika itu.. yg pertama 3.26 dan yg kedua 3.42 petang. Aku cam nak jer cecepat beli tiket... Nak beli yang 3.26 tu.. Tapi bila call kak ina, dia kata JANGAN BELI LAGI!!.. Jalan jem ni, hujan lebat... tak tau berapa lama boleh sampai. Bila aku tanya dia di mana, katanya di USJ lagi. Masa berlalu, dari aku berdiri, aku duduk. Dari duduk.. aku berdiri dan mundar mandir di kaki 5 stesyen itu. Menunggu dan terus menunggu. Ku dengar pengumuman, train akan delay.. kerana ada kerosakan train di Pantai Dalam. (kata cik abg ku, asal hujan jer...pasti train akan delay). Maka yang terawal selepas aku sampai tu berubah dari 3.26 ke 3.46 pm. Tapi lagi sekali pengumuman dibuat beberapa minit kemudian. Masih ada kerosakan, jadi train dijangka akan lagi lewat. Diberinya masa jangkaan dalam 3.56 pm. MAsa tu jam dah menunjukkan 3.30++pm.

Masa tu aku dah tak tentu arah.. asyik berdiri tak duduk-duduk. Tabiat aku kalau menunggu, tak suka duduk.. Tapi kaki dah bisa nih...huhu. Banyak laks tu aku pegang barang, dengan handbag, bag dokumen dan PAYUNG! haha.. Mundar mandir aku melihat gelagat orang. Agaknya pelik mereka melihat aku terdiri mundar mandir di situ. Tiba-tiba aku dapat call dari no tidak dikenali dan terdengar suara seorang lelaki berbahasa Indonesia. Aku tak berapa dnegar dan tak berapa faham dia cakap di dalam telefon... Laju sangat. Cuma aku dapat tangkap dia cakap pasal pembantu rumah Supiana telah tiba. (Masa tu jam 3.45 petang. Maknanya mungkin dah 5-10 minit bibik aku sampai. ). Jadi dia suruh aku datang segera mengambilnya, takut bibik tu tak boleh masuk nanti, terpaksa tunggu di luar. Katanya, bila datang nanti, terus ke kaunter 3. Aku minta maaf kat dia kami lambat, dan terpaksa cakap kami dalam perjalan...Suruh bagitahu pembantu rumahku agar tunggu aku. Aku dalam perjalanan.


Semakin risau tuh bila dapat panggilan kata bibik dah sampai. Aku masa nak datang stesyen komuter tu dah fikir, kalau feri sampai kul 4, takkan kul 3.00-3.15 baru kak ina ajak jumpa di komuter, jam berapa pula nak sampai. Aku takut banyak stesyen yang akan disinggah dan itu akan makan masa lama. Kesian bibik kalau dia sampai dulu dari kami, pasti dia ketakutan. Maklumlah baru pertama kali masuk ke Malaysia. Dia memang gentar dengan keaadaan yang dia hadapi. Rupanya dia sms bibik kak ina, suruh datang cepat, dia takut...nanti dia nangis kang...hahhahaha

Sekali dalam aku ralit sms cik abg.. train pun sampai... huhu camne ni..??? rasa nak beli jer tiket dan kejar terus train.. Tapi apakan daya, aku berpegang pada janji. Cik abg suruh gi jer dulu tanpa kak ina.,.takut kang jadi masalah bila lambat sampai ambil maid. Tapi aku tak sampai hati laa. Masa tu memang tepat jam 3.56pm...Ku lihat dalam train sepenuh-penuhnya manusia...huhu. Mungkin sebab delay jadi ramai begitu. Itulah train pertama sejak ku sampai ke stesyen komuter tersebut. Bayangkan sungguh lama terbuang masa menunggu huhu.

Sekali lagi ada pengumuman, train seterusnya pun delay. Juga di Pantai Dalam. Train ke 2 tu patutnya 3.42 tadi dah jadi 4.06. Kemudian bertukar lagi jadi 4.16. Akhirnya bertukar lagi ke 4.23pm. Aku sms kak ina train dah sampai dan train seterusnya 4.20pm. Tak lama, aku call pula...tanya dia di mana. Aku antara dengar dengan tidak, dia kata balik rumah amik bibik dia. KU tunggu dengan sabar.. kaki dah bisa sangat. Dari hujan yg begitu lebat, dah berhenti dah hujan.. Orang bersilih ganti datang dan pergi. Aku jer 'masih di sini'.. (wah teringat laks lagu xpdc hahaha).

Aku semakin resah gelisah bila jam dah hampir menunjukkan 1 jam aku menunggu. Aku sms cik abg, aku sms kak ina, aku sms jiejah hahaha. Dalam kebosanan menunggu dan keresahan tak terhingga... aku asyik melihat waktu ketibaan train dan segala gelagat yang berlaku di situ. AKHIRNYA!!...dalam pukul 4.20 kak ina sampai. Terus aku tanya, nak beli tiket 3 dewasa kan kak ina? budak 1? (kak ina bawa bibik dan anak bongsunya). Laju aku menuju ke kaunter tiket. Minta tiket ke Port Kelang pergi balik. Dewasa RM5, kanak-kanak RM2.60 untuk pergi dan balik. Alhamdulillah dah selamat ada semua. Terus kami menunggu belah dalam. Tak sempat 1-2 minit menunggu, train terus tiba.. dan orang tak ramai.. Dengan mudah dapat tempat duduk...Alhamdulillah ada hikmahNYA apa yang terjadi hari ini. Kalau kak ina sampai awal, tak dapat juga kami naik train. Train pertama tadi penuh..dan pasti anaknya bosan sejam lebih menunggu baru dapat naik train..hehe.

Dalam train, memual masing-masing diam. Tak lama, mula aku berborak ngan kak ina dan bibiknya. Ku lihat ada 8 perhentian sebelum tiba ke Port Kelang. Huh...banyak gak tu berhenti... Bila nak sampai ni huhu. Tapi bibik kak ina dah tenangkan bibik ku agar sabar menunggu dan diberitahunya perjalanan kami memakan masa 1 jam hehe. Bibik ana kata, cepat sikit..nanti dia takut - nangis hehheehe. Alhamdulillah dalam 4.50 pm kami sampai. Rupanya dekat giler stesyen komuter Port Kelang dengan jeti/bangunan imigresen yang kami harus pergi tu. Ya Allah patut kak ina kata elok naik komuter dan jalan kaki sket jer. Sebab dia setiap kali ke situ, sure sesat hahaha.. Rupanya dia pun 1st time datang naik train haha. Sibuk kak ina menunjukkan bangunan yang kami akan terjah masuk kekkee.

Masuk jer kawasan tu.. ku rasakan aku berada di Indon.. ku dengar bahasa indon di mana-mana.. Orang ramai yang berada di situ, penjual, petugas dan peniaha...semua berbahasa indon. MAcam musykil aku, kami nak ke mana? MAsuk jer bangunan.. kak ina tunjukkan kaunter tiker feri yang mungkin maid aku naik. Ada seorang lelaki indonesia menyambut kami, dia tanya details.. takut laks aku.. (Rupanya dia yang call aku bagitahu maid aku dah sampai tadi.)Dia suruh berurusan dengan orang di kaunter tiket ferry tu..Tapi kak ina kata, dia nak jumpa imigresen. Terus orag tu kata boleh-boleh... So selamat aku ! akakakka. Terus ke belakang kaunter-kaunter tiket tu.. oh ada kaw imigresen di situ...haha. Nampak meja untuk check bagasi.. Takde orang di kaunter imigresen, kami berdua terus masuk pejabat imigresen. Tanya dan disoal maklumat maid sedikit sesambil mereka bergurau ketawa. Disuruh pula kami tunggu di luar bilik. Aku dan kak ina keluar jer, nampak Bibik Ana dah ada bersama bibik kak ina. Aku diperkenalkan sebagai majikannya.. saling bersalaman...cheewahhh haha.

Tak lama staff imigresen tersebut keluar dan masuk ke kaunter 5 pula. Dimintanya surat calling visa. Lelaki yang menelefon aku tadi, sibuk nak membantu juga.. Dia tanya, ada copy surat? Aku pun keluarkan copy surat calling visa. Aku tak keluarkan ori, sebab malas nak bukak sampul dalam bag dokumen aku tuh hehe. Rupanya setakat itu jer yang dia minta. PAstu suruh aku tulis nama, no ic dan contact number aku di copy surat calling vissa tu.... Dia check dan buat apa ntah dengan komputer dia.. Tak lama dia serahkan Passport Maid aku dan menyatakan semuanya dah selesai. Disuruh aku bawa ke shah alam nanti untuk pengesahan. ALHAMDULILLAHHH....syukur Allah permudahkan.

Maka kami berlima terus gerak ke komuter semula. Sebaik sampai, aku belikan tiket utk Bibik Ana...(aku dengar bibik kak ina memang panggil dia Ana hehe). Kami duduk di kerusi besi menunggu train sampai. Tak lama tunggu, train sampai di belah kiri pula.. tadi kami turun di sebelah kanan hehe. Selamber kami masuk.. terus duduk. Banyakkk tempat duduk...dah takde orang sangat pun haha. Sakan aku borak ngan kak ina dan bibik sama bibik pun sama...tinggal si kecik tu Shafinaz bosan menunggu... dan akhirnya tertidur haha. Dalam 5.40 pm train mula bergerak. Perjalanan lancar, alhamdulillah sampai semula di stesyen batu 3 lebih kurang 6.15. Kami berpecah semula.. Kak ina, anaknya ambil. Aku terus ajak bibik Ana masuk kereta.. Dia letak bag di seat belakang, dan dia nak masuk duduk belakang. (aku dah akak dan terbayang dah incident ni wakakkaka).. Dengan pantas aku batalkan niat dia...dan suruh dia duduk depan sebelah aku hahahha. Aku cakap kat dia, nanti bibik duduk belakang, saya pulak jadi driver...supirnyaa! hahaha.. Gelak dia.

Sekejapan dah sampai rumah.. dalam 6.35 gitu. Panjang juga kami berbual di dalam kereta. Nampak keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan bibik rasanya. HArapnya ia benar dan berkekalan sampai anak-anak ku dah besar. Nampak cik abang borak ngan Ustaz di depan rumah ustaz.. Dia nampak aku balik, dia tunjuk arah nursery.. laa baru nak amik anak hehhe.. Tapi yerlah, takkan ada anak dia duduk nyembang di luar haha. Tapi apa laa cik abg aku ni, dia kunci pintu, kuncinya dibawa pergi.. Menunggu la kami di porch kereta. Tak lama.. cik abg sampai dengan Adani dan Aimy (Alesha masih di rumah Mak Longnya/dibawa berjalan dek Pak Yangnya). Adani dengan tersengih dari jauh tanya bibi mana ibu?? Tak sempat nak tunjuk, dia nampak bibik...terus berlari terpa bibik dan salam cium tangan hahaha.. MAcam dah lama kenal haha. Terus ajak masuk rumah. Aku tunjuk bilik dia. Suruh dia rehat, mandi apa semua.

Cik abg suh aku gi mandi dulu sementara dia tengokkan Aimy. Penat rasanya. Lepas mandi solat bagai..aku dengar dapur dah berbunyi...haha. Tak suruh apa pun lagi dah bergerak bibik aku ni...Alhamdulillah. Aku turun, dia pula yang jagakan aimy. Aku borak kejap dengan dia.. kemudian ke dapur keluarkan ikan dari freezer dan ingat nak masak. Sekali dia datang ke dapur, terus dia kata biar dia masakkan haha. ;). Dah laju tangannya mengemas dan mencuci apa yang ada... Sementara Aimy tidur..aku naik atas mencari baju yang sesuai untuk diberi pada bibik. Dia bawa 2 helai sahaja baju, sebab dah dipesan jangan bawa baju banyak. Kak Ina pun kata dia akan bagi baju anak-anak dia pada bibik aku esok. Bibik kak ina pinjamkan telefon dia pada bibik aku untuk call suami dia bagitahu dah selamat sampai. Jadi aku harus carikan telefon untuk dia dan rumah ini esok. Rumah tiada telefon.

Dalam jam 8.15 mlm, adik lelaki ku sampai menghantar mak dan alesha. Mereka ambil mak dan Alesha di rumah kakakku tadi. Alesha pun macam Adani, bila Adani kata dah ada bibik...kelam kabut alesha lari masuk dalam rumah. Tanya ibu mana bibik, terus dia ke dapur salam peluk bibik..Aikk dah lama tak jumpa ibu, taknak salam peluk ibu dulu?? kakakkaka. Pastu baru sibuk datang kat ibu, nak tunjuk segala yang dibelikan dek mak long (kakakku) dan mak ngah (sepupu aku)nya masa mereka pergi Akuaria, pusat sains dan shopping complex... Ya Allah banyaknya dapat mainan!!! Patut suka sangat ikut Mak long!!! Takmo balik... hahaha...

Aku paksa maid suh makan cepat, kul 10 wajib dah tidur haha.

Penatnya aku semalam.. aku taip berapa ayat, terus tak terdaya nak tahan mata. Terus tutup balik notebook. Ni baru sambung. Gagah ku taip dan recall nak bagi blog ini sentiasa diupdate haha. Ok jam dah kul 3 pagi, esok pula sambung citer kelitahan hari selasa haha... gudnite ;)

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..sumer dah selamat...semoga bibik Ana jaga Alesha, Adani & Aimy dgn baik....

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular