Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Sabtu, 19 Disember 2009
Lepas satu-satu kelegaan...syukurr Alhamdulillah
Balik dari HKL, lepak rumah MIL sampai malam. Yelah takkan nak terus balik kan..hehe. Makan borak segala di rumah MIL.. melayan anak-anak yang riuh rendah menunjukkan gigi palsu masing-masing (mainan yang dibeli dari mesin bola-bola tu).
Sampai rumah dah lewat.. penat. Mandi segala.. terus baring.. tak larat sungguh..hehe. Kunun buka juga notebook.. tapi sekejap dah tersengguk-sengguk haha. Pagi dah kelam kabut siapkan bag nursery aimy. Bag kakak2nya dah siap sebelum ke HKL lagi. Tapi aku jadi lambat dek kesiankan Aimy sembelit teruk.. dari subuh merengek kesakitan. Tak sampai hati pula ku melihat, nak terus hantar ke nursery kang...mau sampai ke petang dia begitu.. Jadi aku nekad, masukkan ubat cecair ke duburnya.
Kali ni ambil dari klinik yang cik abang gi dekat umah MIL. Brand amoeba ke apa ntah..sebijik brand cam kami belikan alesha dulu...kasi lebih dari separuh (doktor suruh bg separuh jer)... Alhamdulillah yg ni berkesan.. (dah cakap dah kat cik abg, yg dia beli tempoh haritu cokia kut...tak berkesan langsung pas picit kat aimy .. nasib aku betul hahaha).. Baru la dia terpaksa meneran.. kesian aimy weii.. 1 jam 30 minit melayan dia nak yak.. lambat nak habiskan yak...semua yang keras keluar...sampai lembik keletihan dia... nak keluar seketul-seketul bukan lancar.. lambat, kadang ingat dah habis..ada lagi. Rasanya ada kut 8-9 ketul sebesar ibu jariku.. Tidak sempat nak angkat masuk keta dah tertido.. 4 kali tukar daiper.. syahdu masa hantar...tapi apa leh buat...terpaksa...takde sape nak tulun jaga...huhu... Takpe...2 hari jer gi nursery.. jumaat dah cuti.. Pastu lama pula menerangkan cara pemakaian ubat mata.
Dalam menunggu Aimy membuang, sempat call Imigresen Shah Alam tanyakan permohonan aku dah lulus ke belum. Tapi memula blur nak tanya apa haha. Peg Imigresen minta no IC cik abg. Alhamdulillah dia beritahu permohonan lulus dan boleh ambil bila-bila dengan bayaran RM430 untuk levi, proses dan apa ntah..hehe.
Jam 10 baru gerak ke ofis, kebetulan baru ku perasan kak ina ada call.. 2 missed call dari kak ina. Aku call semula, takut dia ada di PKNS pula menunggu aku. Rupanya dia kata dia call imigresen, lupa pula no ic husben aku.. dan dia takut tak siap permohonan aku. Aku bagitahu aku dah call, dan dah siap pun.. alhamdulillah. Terus dia happy, baguslah katanya...sebab kebetulan husband kak ina nak outstation ke Medan esok (khamis 17 Dis). Jadi tak perlu pos, bagi kat husband kak ina jer dan nanti ex maid kak ina ambil di hotel husband kak ina menginap di Medan. Lagi cepat, mudah dan jimat. Ya Allah murah rezeki ku...syukurrr.. Allah Maha Mengetahui.. dipermudahkan untukku sekeluarga...harapnya berterusan...Amin.. Jadi aku berjanji nak ke PKNS tengahari ni dengan Kak Nor...
Sampai di pejabat, rupanya bos aku pun tiada. Dia di opis satu lagi rupanya, kemudian nak pergi ke majlis anjuran pejabat. Legaaa aku ...hehe. Tepat 12.45 aku turun ke basement tunggu kak ina. Kebetulan aku melilau di belakang kereta kak ina, kak ina sampai dgn kak noor. Menuju terus ke PKNS.. jem pula jalan. Sampai di imigresen, berikan surat yang dikeluarkan oleh imigresen tempohari dan tunggu. Setelah nama dipanggil, bayaran RM430 diminta. Kena tunggu lagi. Akhirnya nama ku dipanggil. Semua dokumen diberi. Kata kak ina, surat yang dalam sampul dan resit asal perlu diberi kepada maid di Medan. Balik ke opis pun jem. Nasib sempat ku sampai sebelum boss sampai hahaha.
Lepas photostat resit, aku masukkan duit RM500 baki bayaran untuk ex amid kak ina di Medan, bersama resit asal dan sampul yang mengandungi surat untuk pejabat imigresen medan ke dalam sampul surat sederhana besar dan berikan pada kak Ina. Legaaa satu perkara dah selesai. Kata kak ina, bila dapat surat tu nanti, mereka perlu buat visa sahaja.. beli tiket feri dan boleh terus datang ke sini. InsyaAllah maid ku akan sampai dalam hujung bulan disember ini..Moga yang terbaik untuk kami sekeluarga terutamanya Aimy dan anak-anakku yang lain.. Aminn..
Ambil anak-anak lepas kerja, kata cikgu Aimy.. dia tido sepanjang hari.. Menyusu pun taknak. Lemah kut lepas teruk meneran pagi-pagi. Lepas maghrib kami ke DEMC hendak bawa Aimy jumpa paedtriciannya Dr Koshy.. dok HKL teruk batuk dia.. maklumlah dok ward ngan ramai org hmmm... Dari gi tak batuk, malam 1st tu dah jadi batuk sesikit.. Nasib dah nak kuar baru nampak lain sket batuk dia...risau.. Dengan sembelitnya lagi.. huhu. Cian aimy, pas gi hospital sana, hospital sini laks...asyik laa gi spital...hmmm..ciannya dia.
Dr Koshy check seperti biasa dan tanya perkembangan operation aimy. Gembira dia.. hehe. Kemudian dia kata perkembangan Aimy nampak bagus, sebab aimy respon bila dia panggil, aimy respon bila dia buat macam-macam...Syukur Alhamdulillah.. Tapi bila tengok punggung Aimy, takut dia.. takut jadi infection.. Kalau tak memula dia dengar, dia selamber lagi.. hehe. Dapat ubat seperti biasa ditambah dengan ubat punggung aimy. Kata Dr Koshy, inhaler ventolin yang buatkan aimy sembelit. Tapi tiada pula cadangan tukar susu ke, bagi ubat ke dari dia.. Ntah laa.. Semalam dr koshy bg duplac syrup - yg mcm kita selalu dapat lps bersalin...utk lembutkan najis..syrup tu selamat utk baby.. dia gula yg kita takleh hadamkan katanya.. Tapi dia tak bagi aimy minum dulu...bila diperlukan jer. Sbb aimy ni sembelit dia pelik sket.. dlm sembelit, dia ada yg cair... cecair dari usus katanya.. bila aimy teran, yg tu keluar..najis dia dok stay dalam.. Tu yg aimy melecet teruk tu kat pertemuan buntut dia.. Sbb dia jadi cam ceret.. sedangkan sembelit. Luka melecet tu teruk weii.. doktor takut infection jadi nanah .. so dia bg ubat utk dicairkan ngan air dan jirus kat situ...pastu zinc oxcide utk sapu lepas jirus..
Jumaat cuti lagi, cuti Awal Muharram pula.. SALAM MAAL HIJRAH 1431 buat semua.. Semoga kehidupan kita sentiasa dalam kerberkatan dan lindungan Allah swt.. Aminn.
Tak ke mana kami.. lepak-lepak melipat kain sesambil tengok tv. Perut pun sakit nih..
Sabtu pun tak ke mana.. Melayan blog jer hari ni.. menulis sepanjang hari haha.
Ha gambar tu kerja cik abg aku malam tadi dgn anak-anaknya. Anak-anak dijadikan model untuk dia testing bab photography haha..Alamak tak boleh upload laks.. hmm try 1 dulu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku