Ahad, 20 Disember 2009

Nyummm...nyummm

ALHAMDULILLAH.... Aimy dah nak makan sesikit hehehe. Sejak kat HKL haritu, aku suap bubur...dia mau gak laa walau tak berapa reti.. Kami pun takat bagi sikit-sikit ja.. Ni semalam aku belikan nestum Nestle oat+prune.. suka dia.. Pastu bagi juice Prune+Apple brand Heinz.. suka gak dia.. Tapi minum sikit-sikit, sebab puting tu terhalus sangat lubangnya. Walau masih tak reti sangat makan asyik terkeluar balik.. tapi dia mau telan dan mau nganga bila disuap hehehe.. Syukur Alhamdulillah.. Ingat nak buat bubur.. Tapi dia baru nak makan sikit-sikit.. kang tak berbaloi dengan bubur yang dibuat. Bubur mana leh buat 2-3 sudu haha. Tadi nestum pun aku bancuh satu sudu kecik ja.. campur air, kembang laa dia jadi banyak sket.. hehe. Tu pun dah cukup untuk Aimy.. hehe.

BAtuk dia semakin teruk ku dengar, hidung pula sumbat walau tak meleleh hingus sangat.. Janganlah teruk dik... sihat laa sampai bila-bila...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular