Ahad, 20 Disember 2009

Tadika oh tadika...





Kalau lah tadika yang dulunya kunun akan dibuka untuk komuniti Pinggiran USJ tu sememangnya wujud.. agaknya murah sedikit bayaran yang diperlukan untuk masuk. Ini kita jadi pening memikirkan bayaran tadika sekarang mahal sungguh, mengalahkan anak nak masuk IPTA..!!

Khamis lepas ku bayar lagi RM650 untuk tadika Adani - Krista Kindergarten. Kiranya semuanya RM880.. huhu...mahalnya kan.. Tu pun kami dah ada uniform 2 pasang dan 1 sport wear, jadi tak perlu beli lagi. Memula kata ada diskaun untuk early bird, tapi hampeh.. hmm. Bertambah dari Alesha dulu kerana ada bayaran untuk konsert dan sport day. Bayaran buku pun bertambah 3 kali ganda. Dapat bag dan thumbler percuma utk meredakan aku tak minta diskaun. Padahal aku antara paling awal register.. hmm. Takpelah.. mungkin hasilnya berbaloi..

Tadika Alesha...Al-Husni baru bayar pendaftaran sahaja. Cik abg bagi duit bonus dia yg dapat sket jer tu..ingat boleh bayar dedua sesikit.. Rupanya tidak.. huhu. Terpaksa tunggu gaji untuk bayar Alesha punya tadika. Rasanya alesha punya ada gak kut RM600... tolak baju, buku yg dah ada segala.. hmmm

Tapi semalam, cik abg sibuk bagitahu anak kawan dia (jiran sekitar juga) dapat masuk Pra Sekolah di Sek Keb Seksyen 20. Eh tak tau pula kami ada pra sekolah kat situ. Katanya, mohon jer.. Hmmm dah cik abg nak try mohon isnin ni. Katanya bayar pendaftaran RM200 jer.. Monthly sikit sangat katanya..ke takde monthly.. Tak tau laa hehe.

Ntah laa...kadang pening fikir pasal pendidikan anak-anak ni. KAdang kena gak fikir duitnya, jaraknya, kemudahannya, keperluannya, keberkesanannya, macam-macam kena fikir.. tu baru tadika.. belum sekolah rendah dan menengah lagi...belum U lagi...huhu...masih jauh perjalanan anak-anakku.

Tadi aku gi Tesco dengan 2 anak daraku. Asalnya nak mencari juice prune dan susu aimy. Tapi macam-macam pula dibeli.. kasut sekolah laa, stoking sekolah laa, matress protector laa, macam2.... haha. Bab susu aimy ni, dah pening kami fikir. Tadi masa memilih.. dok baca laa segala info yang ada pada tin dan kotak serta paket susu. Rupanya ada satu formula oglikoflorida ke apa ntah yang boleh melembutkan najis. formula ini hanya ada pada susu Duplac (DUMEX)- memang guna sebelum ni, Mamex Gold (DUMEX) dan Friso Gold (Dutch Lady).. seperti yang diketahui umum, pasti yang ada nama GOLD harganya pun seprti emas hahaha. Mampukah kami? entah laa.. MEmang ikutkan asal dia sihat ok laa.. Tapi memang payah nak cari duit masa ni... huhu.. Tapi kami syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan selama ini... Alhamdulillah...

Hari ni aimy cam sakit gusi/dalam mulut dia.. Meraung bila puting botol mula masuk ke mulut... Tambah sejak petang tadi.. Macam tak selesa dia.. cian dia... Susah hati bila aimy asyik merengek...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular