Benarnya dari dulu aku nak dalami benda ni. Tapi semuanya takat baca sket dah ngantuk, telaah sket dah ada yg kacau.. Kalau pulun pun, bahasa pengantar menajdi penghalang kelancaran aku memahami. Walau bagaimanapun, benda ni cukup menarik.. Memang benda yang aku minat.. Mendalami behaviour manusia, kenapa dan mengapa jadi begini.. Kalau dulu aku ni, mungkin hanya dari observation aku buat andaian dan konklusi.. Tapi mana leh gitu jer...kena diperkukuhkan dengan ilmu.
Entah macam mana kebetulan tadi. Aku dah nekad pagi tadi untuk mulakan isikan ruang kosong dalam elearning aku di opis. Bukan saja untuk diriku, tapi untuk kerjayaku. Tapi bila ku perolehi tajuk ini. Ini bukan saja utk diri dan kerjaya.. malah cukup bagus bagi setiap manusia.. terutama dalam menangani hidup, menjalankan hubungan antara keluarga, rakan taulan dan persekitaran.
Apa yang menarik, ia juga melibatkan emotional intelligent yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak dari umur beberapa bulan lagi. Paling menarik tentang statement yang telah aku alih bahasakan "Bukan saja bagitahu kenapa dia salah, tapi bagitahu apa yang seharusnya dia lakukan, amalkan dan bereaksi apabila berlaku sesuatu di hadapan seseorang, keadaan atau di mana saja". Penyatuan antara Emotional dan Rasional Intelligent adalah satu kombinasi yang cukup mantopp!!
Sebenarnya sejak sekian lama, masyarakat kita dah ada emotional intelligent ni... Tapi ada yang terus mengamalkan, ada yang tidak.. dan ada yang tidak sedar langsung hehe.
Semalam aku ada terbaca tentang menjawab persoalan anak dari satu blog yang memang aku ikuti. Sungguh damai membaca blog itu.. penuh informasi berunsurkan islamic. Syahdu seketika, terkedu tatkala berfikir kadang aku alpa apa yang sepatutnya dalam kesibukan hidup.
Ok balik pada realiti, malam tadi Haire dan Ain dah balik. Bukan balik ke rumah mereka, tapi pergi bermalam pula di rumah mak saudara mereka sebelah mamanya. Kata Haire, sabtu ni nak ke rumah Rimi pula. Macam mak ayah lak mereka rotate semua rumah kakak dan sedara yang ada bagi sama rata berkunjung haha.
Aku lupa laa... lupa nak amik gambar apa isi kotak kiriman mak. Nak juga ku letak di sini sebagai kenangan.. hehe. Tadi kami try pula kacang madu bijan yang ada dlm plastik manisan. Mak aiii sodap seh..!! Haritu malas buka sebab dah makan benda lain haha. Rugi Haire dan Ain tak rasa hehe
Di ofis, aku aman membuat kerja ku. Lewat petang pula, sambung dengan tugas ehsan...memfail laa apa lagi. Tapi ada yang pelik pada tugasan ini... hmmm entah laa.. hehe.
Sekarang mood nak mengunyah jer laa.. aduhai risau aku.. Perut dah macam pregnant jer maju ke depan.. Berat dah bertambah.. Camno nih??? Takut tapi makan haha.
Alamak Amimy dah jaga nak susu... Tadi ngamok selagi tak dapat susu...ni dah dapat...takmo laks...termonong dia nengok aku ngadap notebook kul 2.30am haha..
Nak kena stop dulu gamaknya..kang dia terusan tak tido...huhu
Salam malam...
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
mak aii...baru nak tutup dah black out laks.. panassss
BalasPadam