Sure poyo tajuk ni.. apa laa yang berjaya sangat wakakka. Berjaya lipat kain daaa hahahhaha. Sejak dua menjak ni, busy balik lewat.. semedang tak habis lipat kain. Kali ni sampai licin semua kain ku lipat...yahoooooOOOOoo
Tadi pagi, dalam kereta aku call Sek Rendah Seksyen 20 (jgn bgtau polis aku tak guna hand free haha). Saja tanya pasal pra sekolah. Dia kata memang ada.. tapi dah lama tutup. Tutup sebab penuh laa.. kekeke. JAdi Alesha, kena laa stay kat Al Husni.. melainkan terbit tadika lain area umah kita wakakaka.
Tadi buat kesekian kalinya aku mengira budget lagi. Kali ni, bebetul budget yang amat diperlukan di bulan dan waktu yang sesak ni. Belum berbayar lagi, Tadika Alesha, cermin mata aimy (tapi dah ada orang sedeqah 55% utk cermin mata, dan aku dah bayar deposit RM50... syukurrr alhamdulillah), Fomema (medical check up) maid, road tax + insurans kereta, nursery (pasti ada tambahan bayaran dah cuti sekolah), Credit Card (sebab guna CC bayar bil HKL), dan ada beberapa perkara lagi yang tak perlulah aku senaraikan semuanya. Huhu... confirm tak cukup duit.. Jadi?? Hmmm beratnya hati nak korek tabung.. huhu.. Takkan nak minta sedeqah laks kan.. hahaha. Kalau pandai main gitar ke, leh aku main gitar tepi jalan dan tadah tudung utk org campak duit kekekke.
Cuma ku berharap pada waktu dan ketika ini, semuanya ok dan selamat dan tak perlu ada tambahan dirisau dan perlu dicari duit.. ya Allah makbulkanlah doaku..amin.
Pagi tadi dah kul 10-11... aku IM (internal message) dengan Kak Ina. Tanya khabar dokumen dariku kepada ex maid kak ina. Katanya alhamdulillah semua selamat sampai ke tangan ex maid kak ina. Terima kasih tak terhingga pada kak ina dan husben yang susah payah menolong, terutama husben kak ina yang bawakan surat tu ke sana.
Kak ina pun dah tukarkan duit yang ku beri jadikan rupiah. Isnin tadi mereka dah pergi membuat visa di Kedutaan Malaysia di Medan. Ikutkan sehari jer boleh dapat, serta bila-bila boleh maid aku datang ke mari. Tapi takut tak sempat beli tiket, dan baru ku tahu... feri tidak berjalan pada cuti umum Krismas dan Tahun Baru serta hari ahad.. Adus susah hati aku, bila dia nak sampai? jam berapa? Sempat ke aku nak mengambilnya... nak kena cuti ke tak? Kata kak ina, kalau dia naik feri.. biasanya depa bertolak pagi dan sampai jam 4 petang.
Aku suspen, susah hati, runsing bila Kak ina mula memberitahu mungkin 4 Januari juga baru maid ku sampai. Ku rayu kak ina agak menolongku menyuruh mereka percepatkan kemasukan ke sini. Lagi pun ada 2 minggu lagi nak menjelmanya Januari. Aku ambil sendiri maid di Pelabuhan Kelang tanpa kak Ina pun tidak mengapa kalau kak ina busy/cuti/etc. InsyaAllah boleh. Gambar kan ada hehe. Jangan risau saya tak kenal kak ina.. Kita kan sesama tak kenal hehe.
Lagipun 4 Januari kan dah mula sekolah. Tadika pun sama. Dah laa plan nak hantar adani yg baru ke tadika, nak cilok gak sekejap teman dia dalam 1-2 jam. Tapi kalau dah begini gayanya.. susah laa nak ajar mana patut hal kerja rumah terutama jaga anak-anak .. Dengan kalut anak-anak nak sekolah lagi. Paling risau hal aimy, dengan ubat yang pelbagai dan perlu ikut jadual.. Dengan sensitifnya Aimy, mudah tak sihat dan sebagainya. Kalau dia sampai awal, boleh masa cuti umum dan weekend ku bagitahu apa perlu dia buat dan ku lihat kerja dia sebelum dapat ku serahkan 100% pada dia untuk menjaga anka-anakku. Dah laa aku risau pasal bilik dia tak ready lagi, pasal kena sediakan telefon jika dia tiada handphone etc, pasal almari dan katil yang tak terbeli lagi.. huhu pening. Almari untuk baju aimy pun perlu nih.. Dah overload dah bakul baju aimy huhu.
Aku rayu kak ina, kalau weekdays pun tak apa kak ina. Saya cuba pergi ambil sendiri kalau kak ina tak boleh pun. Nak tunggu sabtu, mana sempat dah. Lagipun 4hb pun hari isnin. Dah laa 30 Dec - 3 Jan kak ina cuti.. bestnya.. (dah lama tak berjalan huhu).
Kak Ina faham, ...Katanya dia akan cuba call ex maid dia esok lusa dan tanya kut maid aku boleh masuk pada 28 atau 29 Disember 2009. Kalau dia sampai pukul 4, aku try cilok petang. Harap boss ku dapat membenarkan. Syukur alhamdulillah kak ina memahami. Dia akan tolong. Moga Allah permudahkan segalanya.. dan memberikan yang terbaik buatku... Aminnnn...
HAppy tengok aimy nak juga makan sedikit walau hakikatnya tak banyak pun dia makan haha. Aku bagi nestum - hanya sesudu nestum dia jer dibancuh bersama air. Ditelan pasti, yang terluah tak masuk pun banyakk haha. Apa pun dia dah pandai makan sesikit... itu yang penting! hehe. Risau aku kalau tak nak makan langsung sampai 1 thn... huhu.
Balik kerja tadi, aku geram ngan Alesha bila tengok basikal Adani dah patah roda keciknya di sebelah kiri.. Dah tentu dia yang buat, dah dia yang melenjan basikal adiknya tu.. huhu. Aduss apsal laa punah belaka. Basikal dia sendiri, dengan pedal tercabut/patah nat, dengan tayar pancit.. Ni dia menjahanamkan basikal adiknya pula.. Dah laa dia dah besar sangat dari Adani...Mana boleh dah bawa basikal kecik tu.. Tapi ayah dia benarkan tu yg aku geram tu haha.. hmmm saja jer nak buat aku hangin.. Penat aku beli memahal jadi hadiah birthday mereka.. Tak sampai setahun dah jahanam.. huhuhu. Dah laa masa tu, aku berbelanja/shopping terlebih sedikit... hanya demi kegembiraan anak-anak.
Ya Allah permudahkanlah aku dan urusanku, murahkan laa rezekiku, berilah kami kesihatan yang terbaik ...Aminnnn ya rabbal alamin...
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku