Lama rasanya tak meluahkan bicara... Kesibukan melanda, tiada masa nak menyelit. Bila ada masa, mata pula tak menahan.. Letih. Kadang dah buka notebook, dah buka blog... last terlayan benda lain hehe.
Alhamdulillah jam 2.50am 7hb lepas ayah, mak, makcik dan adikku telah selamat tiba di KLIA. Aku bersama keluarga dan adik serta adik ipar, sampai di KLIA tepat masanya. Usai parking, mencari kakakku di mana.. Mereka di balai ketibaan berdepan dengan Pintu Masuk 2. Dewi & Family ada, Rimi & Family ada, Zamin dan Ida ada, Pak Anjang dan anak-anak ada, anak-anak arwah mak uda - Kak Zimah, Kak Sitam dan Nabil pun ada. Lama menunggu.. sampai sempat aimy terkencet sket hehe. Jam 4.50 baru nampak bayang mereka menyorong troli bag.. Alhamdulillah.. Masing-masing berpelukan rindu.. Sekali lagi kasih sayang mengalir.
Awal bismillah makcik aku dah bagi mainan pada cucu-cucunya haha. Kalau tengok macam uncang guni, tapi ada bunyi kucing! hahaha.. Ini laa yang mak bagitahu haritu agaknya, makcik rajin masuk kedai mainan murah-murah.. Sakan dia membeli hehe.
Sementara para anak menantu pergi ambil kereta, kami menunggu di luar. Tepat jam 5, kesemua kereta dah bergerak pulang ke rumah kakak di Kajang. Kelakar pula bila kereta kami yang paling akhir gerak, kereta kami yang ke 2 sampai. Cepat pula kami kerana lebih kurang sampai dengan kereta adik yang dah lama gerak dulu. Mungkin sebab kami mengejar adik ipar yang bukan main laju dan terus hilang dari pandangan..haha.
Sampai jer, terus lepak, borak dan makan. Semua dah sampai, dah rehat sekejap, yang pulang dari Mekah, terus buka bag..hahaha. Sesi mengemas dan pembahagian cenderahati dari Mekah.. Banyak sungguh setiap anak, menantu, cucu, anak-anak saudara dapat cenderahati haha..yang biasa, yang pelik, yang diluar jangkaan..semua ada.. hehehe. Kiranya macam mereka pergi sana, dok borong untuk kami yang banyak...Terharu.. Dah laa doakan untuk kami semua.. ada souvenier macam-macam lagi..!
Sesambil borak, sesambil tadah bag terima souvenir... sempat juga mendengar cerita di sana. Ada yang sempat tidur, ada yang sempat bermain hehe. Sempat juga lunch di rumah kakak.. Sedap pula makan ramai-ramai gitu. Bertambah aku..hehe. Selepas jam 4 petang, kami bergerak pulang. Kakak menghantar ayah, mak, makcik dan adik-adik balik kampung. Alesha sibuk nak mengikut. Sudah kami jangka, sebab tu dah ku tanya kakakku. Kakakku pun ok nak bawa Alesha sorang..so aku awal dah pack baju dia hehe. Tapi saja surprise kat Alesha, tak bagitahu pun hehe. Suka sungguh nak balik kampung. Tapi tak sempat masuk kereta, tertidur di rumah Mak Longnya. Mana taknya, dari hari Ahad dia cuma tido 1jam 30 minit sahaja!!.. Bertuah betul budak tuh hehe.
Singgah di klinik, amik ubat dan MC.. apa nak buek kekekke. Sampai di rumah, mandikan Aimy.. terus tidur. Kami pula mandi dan layan tidur juga. Dah tak tertahan lagi mata hehe. Aimy dah malam, merengek dalam tidur.. Penat gamaknya.
Pagi selasa, aimy selsema..aduss...ni yang buat susah hati. Minggu depan hari yang ditunggu.. Dah laa patutnya petang ada appoinment dengan Dr Koshy cik abang suruh cancel.. Terus buat appoinment petang Rabu. Tapi memang tak dapat pergi pun kalau tak cancel, cik abg balik lewat. Aku pun sama.. masih dengan kerja filling yang tak habis-habis. Dah tengah malam, baru Alesha sampai. Pak Longnya hantar. Tak sedar pun dia.. tidur.
Masa jumpa Dr Koshy, risau doktor bila tahu aimy baru kena selsema. Siap dia gurau "Kamu tak mahu kena operate ya aimy..!!" besar gelak semua hehe.. Diberikannya ubat selsema yang 'power' sedikit.. apa nama, lupa hehe. Patutnya kena makan 5 hari. Tapi dah nak kena masuk ward HKL ahad pagi.. dia suruh bagi ubat tu sehingga sabtu sahaja. Selebihnya kita doa saja pada Tuhan katanya.. Kalau selsema teruk, aimy tak boleh dibius. Akan bahayakan nyawa dia. Tu yang akan menyebabkan operation dibatalkan. HArapnya tidak laa... minta-minta Aimy cepat sembuh, cepat baik dari selsema. At least ada sesikit tak apa kata doktor. Ubat sedia ada juga perlu diteruskan sampai dia betul-betul sihat.
Ya Allah, kau makbulkan laa doa hamba-hambaMU ini.. Berilah kesihatan yang terbaik buat Aimy Sufia. Kau permudahkanlah segala urusan dan pembedahan yang bakal dihadapinya. Berilah keselamatan dan kesempurnaan pada pembedahan itu. Kau pulihkanlah segala penyakit yang menghinggapi anakku. Biarlah ia cuma sementara. Biarlah ia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Makbulkanlah doa hambaMU ini.. Aminn...
Selasa di pejabat, ku IM kak Ina. Ku tanyakan khabar proses pengambilan PRAku.. Kak Ina kata, ex-maid dia baru saja poskan salinan passport dan original medical check-up bakal PRku jumaat lepas. Jadi dia tak pasti boleh sampai minggu ini ke tidak..Sementelah Jumaat cuti, takut lama pula baru nak sampai, takut minggu 14-15hb baru sampai. Jenuhlah, setiap jumaat dalam bulan ni cuti melainkan 4hb. Aduss...ni bakal melambatkan proses pos. Risau dah aku, takut tak capai target nak bawa maid masuk dalam bulan Disember ini juga.
Tapi berita gembira bila kak Ina pagi-pagi Rabu dah call aku bagitahu pos laju international dah sampai.. Syukur alhamdulillah. Kak Ina suruh aku segera datang ke workstationnya, dan sign segala borang dan keperluan. Tengahari, ku turun ke tempat kak ina, dan signkan segala borang yang ada. Siap jer, ajak kak ina keluar makan. Mereka nak pergi mydin. Jadi lunch di Mydin jer. Punya aku berkejar untuk sampai di pejabat sebelum 2.30pm. Sekali masuk dah 3.40 pm kekeke
Pagi Khamis, kak ina suruh datang ke PKNS jam 8.30. Aku sampai dalam 8.40.. Mana taknya, dah elok nak sampai..aku termasuk salah jalan. Dah kena berpusing.. 2-3 kali laks tu.. Berkhayal sungguh aku..BUkan tak tau Shah alam.. tapi ntah laa..kalut sangat gamaknya, otak dah serabut fikir haha. Tapi tunggu punya tunggu.. sampai 9;40 baru kak Ina sampai..kekeke. Rupanya kak ina belum selesai menolong isikan borang semalam.. hehe. Kalau tahu, aku tolong isikan semalam. Tapi dia berkeras nak isikan. Takpelah.. Tak kisah, dah minta tolong orang, kena sabar hehe. Sempat ku bersarapan sorang-sorang di satu restoran dalam PKNS tu. Siap aku dilanggar orang lagi, lelaki tu berpusing tak tengok orang ada depan dia ke tak...tak senonoh betul..!
Sampai jer kak ina kat PKNS, terus kami ke Plaza Perangsang. Pergi ke tingkat 9 untuk stamping Setem Duti di Lembaga Hasil. kena bayar RM30 untuk 3 dokumen. Usai di Plaza Perangsang, kami bergegas kembali semula ke PKNS. Singgah photocopy apa yang patut dan aku ada.. Kemudian baru pergi ke Tingkat 2 untuk penyerahan borang dan dokumen yang diperlukan. Tak sempat nak sort mengikut check list, dah kena panggil hehe. Akhirnya staff imigresen di kaunter uruskan susunan dokumen yang diperlukan hehe. MAsih ada yang aku belum lengkap isikan.. Sekejap sahaja urusannya.. Diberi surat pengesahan penerimaan borang dan dokumen yang telah disemak lengkap ada, dan diberitahu hari Rabu 16 Dis akan siap visa. Tapi sebelum ambil, call dulu pagi 16 Dis tersebut. Selesai sahaja, terus ke pejabat. MEmang dah cakap dengan boss akan masuk lambat pagi Khamis ni atas urusan imegresen..
Legaaa 1 part...Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan dan percepatkan.. Kalau tak risau aku bila kak ina kata minggu depan baru sampai apa yang dipos dan besar kemungkinan susah bakal maid nak sampai sebelum Januari. Kalau begini, Rabu depan dah boleh pos selepas terima doc dari imigresen. InsyaAllah cepat boleh maid sampai.. HArapnya begitulah.. Aminn
Dapat GL dari Hana. Semakin berdebar aku untuk Aimy...huhu. Kata cik abg ku, Doktor dari HKL call. Dia tanya keadaan kesihatan aimy. Ada batuk dan selesema tak? Cik abang cakap dah nak baik. Sedangkan baru 2 hari kena.. Masinlah mulut cik abg hehe. Kata doktor tak mengapa, nanti ahad doktor pakar bius akan cek kondisi aimy, kalau dia ok, baru pembedahan boleh diteruskan. Ya Allah minta-mintalah semuanya OK...amennn.
Aku kelam kabut suruh cik abg belikan kunyit hidup nak amalkan petua pada aimy. Sekali cik abg asyik lupa walau dah pergi FreshMArt kat rumah ni berulang kali. Ni tadi petang dibelinya punya banyak. Tak terbuat aku. hari pulak hujan. Suruh belikan betik pun tak dibelinya..Aimy teruk sembelit. Ubat aimy masih diteruskan. Cuma inhaler ku kurangkan dos diambil.
Ikutkan sabtu 12 dec ada Gathering kawan sekolah menengah aku dulu. Lunch di PNB darby. Tapi dek kerana aku nak sediakan diri aimy untuk hadapi esoknya. Aku malas nak pergi. Lagipun budget terlalu ketat bulan ini. Bila ku beritahu cik abg, beriya dia suh peri...dan tanya kenapa tak gi. Bak duit laa kekekke. Dengarnya cik abg dapat bonus sket...syukur alhamdulillah jika benar..Boleh buat belanja registration tadika anak-anak dan proses pengambilan maid sedikit. Kurang sedikit serabut kepalaku hehe.
Tadi malam cik abg pergi join 'shot' di Sunway Pyramid dengan geng Saiful Nang dan anak muridnya. Ramai denagrnya... Tinggallah aku dan anak-anak. Nak dekat jam 1 baru muncul di pintu rumah.
Adusss...kain banyak tak berlipat lagi nih!! huhu
Esok saja ku uplaod gambar-gambar berkaitan yang mana ok. Dah mengantuk sangat-sangat ni ...huh dah pukul 3..;)
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku