Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Ahad, 6 Disember 2009
Dari semalam kunun nak kemas rumah sesama ngan cik abg, tapi aku start dia tak start.. geram gak hahaha. Hari ni dia buat separuh...hmm apa nak buat.. jadi laa..
Hari ni gigih aku masak lunch. Bukan saja untuk kami, tapi adik dan BIL yang sampai petang tadi. Sesambil tu buatkan dadih untuk anak-anak. Malam tadi ayahnya balik dari kenduri di mana ntah, bawa balik dadih 1. Berebut sakan..!! Terpaksa ibunya berjanji akan buat, nak bagi keriuhan bergaduh reda.. aduhaii anakku.
Hari ni sepatutnya ayah, mak, makcik dan adik sampai dari Jeddah jam 8.40 mlm di KLIA. Tapi kami dapat berita subuh tadi, mungkin penerbangan delay 7 jam.. !! Mak aii.. pukul berapa pula nak sampai??? Katanya dijangka 3-4 pagi. Susah hati dah aku...susah hati sebab fikir nak cuti. Kemudian jam 11 pagi tadi dapat berita, mungkin flight akan bertolak 12.20 waktu Jeddah...dan sampai 1.40 pagi waktu Malaysia. Aku dah lega.. at least, berkesempatan lama sikit dan tak perlu cuti kut. Tapi ni baru sebentar dapat berita, mereka baru naik flight dan berlepas dalam 15 min. Tadi ku terima berita jam 6.45 ptg.. jadi mereka mungkin sampai dalam jam 3 pagi.. huhu lewatnyaa...Tapi tak apa laa...apa nak buat, kita hanya mampu merancang. Semoga mereka selamat sampai di KLIA nanti. Tak sabar pula nak ke KLIA. Anak-anak begitu excited nak ke KLIA dan menyambut atok hehe.
Hujan lebat lewat petang begini.. sejuk suasana...begitu mendamaikan. Anak-anak berdua dibawa ayah mereka ke kolam renang jam 5 ptg td. Pada mulanya mereka merancang nak pergi Kolam renang di Pusat Akuatik Shah Alam dari semalam lagi.. Tapi biasalah cik abg ku, kalau hari cuti..megholoh lerr dia hahaha. Janji nak tolong mop lantai pun tak terbuat apatah lagi bawa anak-anak gi swimming hehe. Marah Alesha ayahnya mungkir janji...kekekke. Ni tadi ditunaikan janji, sakan seronok masing-masing...hehe. Maklumlah dah lama sungguh mereka tak 'enjoy life' asyik memerap di rumah atau berulang alik ke hospital.. Kesian mereka...
Aimy tido selepas mandi, ku gunting sedikit rambut atas dan belakang. Kesian dia kuat berpeluh jadi 'berkerak' sedikit.. gatal tuh! Aktif sungguh dia hari ni. Kurang sangat dia tido. Semalam dia sembelit lagi..Teruk dia meneran, asyik merengek menahan sakit. Ku masukkan ubat buntut sikit, seapruh dari dos yg sepatutnya. Tapi alhamdulillah mahu keluar najisnya..Dibantainya pula berak seharian... yang ketul keluar..pastu asyik bertukar daiper bila yang cair pula. Malam keluar semula yang ketul. Pelik pula aku tengok. Nasib lepas malam tadi dah takde dah macam ala ceret tu. Bayangkan dia tak berak seminggu... Risau aku.. Harap tiadalah masalah penghadaman dan sebagainya, cuma mungkin macam Alesha jer...suka sembelit...huhu.
2-3 hari ni kami sekeluarga kemaruk kacang yang disalut madu dan bijan kiriman mak dari Mekah. Ikutkan boleh amik sedikit saja, kerana mak nak bagi orang lain juga. Tapi anak-anak asyik merengek nak. Terpaksa bagitahu opah mereka.. Opahnya ok jer. Manisan pun aku kemaruk..aduhai..camno nih! hehe. Mak suruh kumpul barangan yang dia tinggalkan tempohari. Nak terus bawa balik. Jangan aku lupa bawa sesubuh nanti udah hehe.
Ada sebakul kain tak lipat ni. Pinggang dah sakit. Kaki dah asyik nak cramp sebab berdiri lama. Tengah tahyat akhir solat pun dia menarik kat bahagian pangkal paha...sakit giler..!!
So esok macam mana ek... cutikah aku???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
mak nk gi umrah minggu depan..moga selamat hendaknye
BalasPadam