Isnin, 28 Disember 2009

Kepenatan...

Awal pagi dah terjaga.. Tak tahu kenapa. Padahal malam tadi tak cukup tidur, aimy asyik terjaga merengek.. Ntah apa yang tak kena tak tahu.. 30min-1 jam dia tidur.. terjaga semula dia.. Menangis. DIpujuk pun tak jalan, diberi susu pun melalak.. Dah laa aku memang mengantuk sesangat.

Siap mandi, aku kemas almari anak kat bilik mereka.. Tahu jer laa kalau cuti, mereka main di atas... di bilik mereka. Mula lah banyak baju yang di pakai dan simpan balik.. sebab berlakon. Maka susunan baju dan kucar kacir dan kecah laa.. Kebetulan selesai aku berkemas, aimy merengek. Bawa dia turun, terus terjaga.. ok jer dia hehe. Ayah dia mandikan pagi ni. Aku panaskan kari daging semalam untu dimakan bersama roti canai yang cik abg beli.

Lepas sarapan, cuci pinggan.. aku mula mengadap almari anak-anak di bilik bawah pula. Lagi teruk keadaannya. Mana taknya, ayahnya main campak jer baju masa nak kemas bilik tu kununnya.. Cik abg kalau berkemas..adus segala benda hilang. Bila ditanya, balik kita kena marah.. hangin jer aku. Minta tolong nanti-nanti.. sudahnya apa pun tak buat. Bukan baru hari ni..dah lama dah.. Bertangguh jer kerjanya. Kerja lelaki pun aku buat.. hmm. Kalau dia buat tu, ada makna laa tu hahahha.

Lepas kemas almari depa, kemas pula almari yang baru aku beli.. Memang plannya almari itu Aimy akan berkongsi dgn maid. Sebab almari besar sket hehe. Aku bersihkan dan letak lapik di mana yang patut.. terutama ruang untuk aimy. Baju aimy ni kena pastikan ok bersih tak berhabuk.. maklumlah too sensitive budaknya huhu. Nak pasang lapik pun makan masa.. nak ukur segala. Aku minta tolong cik abg cari kertas nak buat lapik almari. Kalendar yang aku guna dah tak cukup. Takde laks tu kelandar lain. Kemudian aku minta tolong lagi belikan cadar tilam baru tu. Tertengok flyers promo yang cik abg bawa balik, ada Single Fitted Bedsheet yang kira harga mampu di tengah aku kesesakan duit ni hehe. So dia gi beli, balik aku terus pasangkan. Wah lawa gak kekeke. Lapik dah settle, sambung semula susun baju aimy dalam almari. Sampai sakit kaki aku berdiri dan duduk lama atas lantai sejuk.. huhu.

Lepas lunch, aku dah keletihan..tertidur di kerusi rotan. Kunun nak rest jap tengok tv.. radalah tengok sejam dua.. last tertido sejam juga hahaha. Bangun terus solat asar. Main jap ngan aimy sebelum dia mandi. Cik abg mandikan aimy, aku menyental adani hehe. repair rambut dia sikit. Tu pun susah sebab dia marah. Dah cucuk mata, terpaksalah gunting.

Pas jer solat maghrib, terus aku mencuci bilik air bawah. Patutnya cik abg yang nak cuci.. tapi entahlah.. malas dah aku nak tunggu. Tak tahan aku tengok kotor, padahal aku tak guna pun..cik abg dan anak-anak yang selalu guna..entah apa diaorang buat sampai kotor begitu...Pelik aku haha. Lama juga aku menyental.. Settle jer, keluar bilik air... cik abg takde kat hall, dia ke surau. Ya Allah sampai hati dia tinggal anak tak berjaga. Dah laa aku dok sibuk sental bilik air.. Makin geram dibuatnya hari ni. Nasib aimy tidur nyenyak. Naik bilik aku laks. Cuci bilik air dulu sebelum mandi dan solat isya. Kaki dah merengat.. sakitnyaa... Kaki ni bukan leh lasak-lasak dah.. huhu. Jenuh menahan. Bisa! Lepak jer tengok tv sambil makan epal hehe.

Call Alesha, sakan bercerita. Seronok di rumah mak long. Nak duduk lama-lama katanya.. Bertuah punya budak haha. Merata dia pergi dengan Mak Long dan Opah rupanya. Pastu ada kawan laks tu - Amirul.. Mana nak ingat balik dah tu.. Kata kakak, macam-macam dibuatnya.. Aku suruh tegur jer mana tak betul. Kalau melampau denda laa. Aku tak kisah, aku tau perangai anak aku yang agak over active tu.. Kata Mak Longnya.. bersungguh dia makan di sana. Semua dia makan. Susu dia tak minta pun.. malah tak mahu bila mak longnya bancuhkan. Katanya tak sedap (sebab susu Dugro Honey, dia biasa minum plain). Tapi bila Pak Longnya bancuh, dia minum. Takutlah tuuuu hahaha. Adani rindu kat kakaknya, tapi kakaknya taknak cakap dengan dia...asyik kata dia sibuk.. Cian Adani. Dia sampai merungut, "adani rindu kakak, tapi kakak asyik nak marah adani jer..." alahai cian anak ibu.. Kata kakakku, dia takmo tidur-tidur. Amirul dah tidur.. haru budak sorang ni..duduk rumah orang pun tak reti nak takut ngan orang huhu. Kakak kata, esok jer kut mereka datang hantar Alesha dan mak. Mak nak tengokkan Maid jaga Aimy nanti. Bab Aimy ni yang orang risau.. dah dia baby, tak berapa sihat pula tu.

Kemas bag nursery adani dan aimy. Kemas hall dan bilik belakang sikit. (tapi percayalah masih berselerak). Terasa tul alesha takde kat rumah. Sunyiiiii.. Pastu tak kalut. Kemas bag nursery pun rasa sikit jer benda nak bubuh..huhu.

Rasanya esok hari last anak-anakku ke nursery. InsyaAllah. Harapnya nanti ditinggalkan dengan maid, mereka behave dan maid pun ok melayan mereka. Aminn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular