Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Jumaat, 9 April 2010
Panggilan telefon hari Khamis
Dari pagi aku menanti satu panggilan. Tanya cik abg, kut dia dapat. Takde pun. AKu pun takde. Hmm selalu kalau nak kena warded HKL ahad.. Khamis begini dia dah call. Tapi takde..
Dalam 4.45 petang, dapat satu panggilan telefon. Ku lihat nombor, ku agak ni mesti dari HKL. Memang betul. DOktor yang call. Aku tak jelas dia sebut namanya. Rasanya doktor perempuan berbangsa cina yang lawa tu ...hehe. Doktor tu bagitahu aku kena bawak Aimy ke klinik pakar mata 12hb. Pastu dia tukar pula, "eh bukan..13hb.". Pelik pula, aku terus bertanya, kami diarahkan masuk wad 11 hb hari Ahad doktor, kenapa pula kena datang 13hb? Doktor itu menjawab "Kami baru dapat mesin baru untuk cek mata. Jadi tak perlu masuk Operation Room. So tak perlulah warded". Riang aku mendenagr berita itu. "Alhamdulillah, betul ke tak perlu warded? Jadi datang 13hb jer la ya? BUat di mana doktor? Masuk OT juga ke?" Doktor jawab sambil ketawa sebab panjang alhamdulillah aku haha "tak perlu masuk OT. You pergi ke klinik pakar dan kita akan buat di sana. Anyway dia akan dibius dulu juga. Kita akan cek tekanan guna mesin itu". Syukurrrrr alhamdulillah... JAdi kena pergi pagi Selasa 13hb sahaja.
Kalau tak risau aku nak cuti lama. 12-13hb. Kemudian minggu satu lagi aku nak kena ambil cuti gak kut. Hendak bawa Aimy ke SUnway Medical Center pula, check buah pinggang dia. Takut ada infection setelah terlalu lama kena kencing kotor tempohari.
Aimy batuk dan selsema. Risau aku, takut jadi teruk dan tak boleh buat apa2 di HKL nanti. Walaupun betik dapat menajdi penyelesaian sembelitnya. Tapi takut ia menyebabkan aimy batuk dan asthma pula. Serba salah dibuatnya. Doktor Koshy suruh amalkan makan buah pada Aimy, terutama betik dan pisang. Tapi tu la, sembelit ok dah batuk pula. Ikutkan dah 3 bulan Aimy tak batuk langsung.. Aduhai...
Alesha dan Adani pula bergilir demam. Siap ada 2-3 round demam. Ntah kenapa. Alesha bila tak sihat, cepat benar turun berat.. kurus benar dah nampak dia. Tapi makan kuat juga. Ikut body ayah kut hehe. Adani pula biasa jer tak susut badan. Apa pun alhamdulillah Alesha dan Adani dah sihat. Aimy ni yang risau...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Alhamdulillah.....
BalasPadamooooh.pttpon alisha kurus je :)
BalasPadamalesha mmg dah jack junior sungguh rupa hahaha.
BalasPadambtw kan tika , antara betik n pisang ..betik lebih senang lawat tp betik lebih bersifat sejut dr pisang . better ko tukar la bg aimy pisang.
tingat org dulu² , sokmo bg anak kecik² mkn pisang bakar hehehehe.
alhamdulillah kak...tak pyh warded...makin canggih skrang nie heheheh
BalasPadammcm makin lebat ajek rambut aimy tu kak...tp yg penting menten comeyyyyyyyyyyyyyyyy :)
Betul tu jah.. sebab aku sendiri lebih lawas dgn BETIK. Kompom lembut dan laju jer membuang. Tapi tu laa.. memang dari dulu aku dengar bab betik ni. Dari aku asthma masa kekecik. Tapi dah doktor kata OK, tak benar bab betik tu sejuk laa apa laa... Aku cuba. Tapi cam nyesal pun ada.. sebab aimy dah teruk batuk ni.. huhu risau..
BalasPadamSiang tadi suh bibik bagi Aimy pisang mas yang aku beli semalam. KAta bibik, dia makan sikit dah muntah sebab tetiba batuk.
Ni dah stop betik 2 hari, takde laa dia yak 2 hari ni huhu.