Rabu, 14 April 2010

Kehilangan bagaikan berita kematian... ?

Hari ini aku tak lari dari memikir hal dia sahaja. Kehilangannya bagai menerima berita kematian. Sedih pilu rasa hati. Cik Abang aku suruh lupakan, dah malas fikir katanya. Biarlah dia. Dia boleh laa cepat lupa.. sebab dari awal dan segalanya datang dari aku.. dari usaha, dari kudrat, masa, kewangan malah segalanya aku uruskan. Manalah tak rasa lelah kita tidak dihargai.

Hmm aku tak kata aku baik.. apatah lagi baik sangat.. Dalam setiap perhubungan insan, pasti ada terkurang lebihnya.. Tambah pula dalam hubungan yang melibatkan kerja dan ramai insan.. Aku dan suami sebagai majikan, bibik sebagai pekerja dan anak-anak sebagai tugasan utama. Apa pun aku telah cuba yang terbaik, tapi mungkin belum cukup baik dan diharap pada dia. Mungkin diharapnya aku tak akan menegur, berasa tak senang dengan sikap sukahati dia membuat kerja dan sebagainya.. agaknya dipintanya aku suka saja apa yang dibuatnya.. Kalau itu diharapkan, ia tidak layak bekerja dengan sesiapa pun.. Malah perkataan pertama yang dia luahkan masa baru sampai ke rumahku.. "Ajarlah apa yang saya tak tahu, saya bodoh tak pandai" itu hanya di bibir, bukan ikhlas dari hati, atau dia terlupa mengenal diri sendiri. Yerlah macam kita juga, kadang minta orang menegur kalau ada salah.. tapi bila ada yang benar-benar menegur.. tersentap juga sesetengahnya. Tak mengapalah.

Maka bekerjalah sendiri.. usahakan sendiri mencari duit. Itu pun sudah pasti melibatkan orang sekeliling. Pasti ada saja memerlukan berhubung dengan orang sekeliling walau bekerja sendiri. Kalau mudah terasa hati, emosional dalam bekerja, asyik berfikir negatif, salah anggapan, suka melawan, suka hantam keromo apabila bertugas tapi bila ditegur salah melenting pula.. lupakan saja nak bekerja dengan orang apatah lagi di rantauan. Pasti berganda sensitifnya. Pantang ada yang tercuit, pasti terus menjadi luka besar..

Aku kadang termenung sendiri, tak sedar air mata menitis.. Aku mencari salah aku, mencari kekurangan aku. Muhasabah diri. Aku yang banyak berhubung dengan dia, suami kalau ada yang tak kena disuruhnya aku juga menegur. Yerlah aku juga manusia biasa. Tapi kalau aku boleh bertolak ansur dengan ketidaksempurnaan dia.. kenapa dia tidak? Sebab dia kurang pendidikan kah?? Oh tidak.. dia bijak benarnya.. cepat menangkap apa saja.. dia duduk dengan kami dah banyak perkataan bahasa inggeris dia tahu.. siap boleh bilang dah dari One to Ten yang dulunya dia tak pandai. Boleh habiskan lagu Happy Birthday yang dulunya dia tak pernah nyanyi. Jadi apa kurangnya dia untuk tidak boleh berlebih kurang. Kadang kurasakan, selambernya dia melawan, menjawab dan buat apa dia suka tanpa rasa hormat pada aku. Tapi mana yang tak mudarat, aku diamkan saja.. tak kuasa nak suarakan.. Nanti mula dikatanya kita tak suka dia. Itulah yang dia kerap menjawab sebagai kesimpulan teguran kita. Aduhai..

Tapi yang pasti, aku dah anggap dia seperti keluarga.. sebagai saudaraku sendiri. Apa saja kulakukan, ku fikirkan dia untuk dipertimbangkan keadaan. Tak pernah aku abaikan dia. Apa yang kami makan dia makan. Ubat gigi aku sama harga dengan dia pakai, tuala wanita aku sama jenama dengan yang dia pakai, segalanya tak berkira.. makanlah apa nak makan yang ada di rumah tu. Tak pernah ada kira mengira dan membandingkan status. Malah aku belas dengan kehidupan dia. Kerana itulah dari awal, macam-macam yang diterimanya, bukan saja dari aku.. malah keluargaku.

Tapi itulah, benarlah kata orang.. Apa yang ku dengar tentang pembantu rumah warga Indonesia benar belaka. Sebaik mana pun mereka, pasti sikap dan masalah yang ditimbulkan sama sahaja. Mungkin sudah budaya mereka begitu.. entahlah. Aku bukan pernah melihat kehidupan mereka untuk aku nilaikan dengan prejudis.. Tapi pengalaman sendiri yang hanya sekali ini, sedikit sebanyak mengajar dan membuka mata aku pada kebanyakan sifat dan kehidupan mereka. Selama ini aku positif sahaja pada sesuatu yang tidak berlaku depan mataku. Aku tidak gemar berprasangka. Hmmm... Tidak hairanlah ramai antara mereka yang sukar untuk mencari nafkah dan menjalani kehidupan. Kalau ramai yang kata Melayu itu layu, rasanya tidak di Malaysia.. Melayu Malaysia Melayu MAJU!. Aku bangga dan bersyukur menjadi warga Malaysia... SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Ayah aku membuat keputusan tiba-tiba untuk datang menjenguk kami. Alahai ayah.. kasihan ayah. Sanggup dari jauh memandu, singgah lagi di Sitiawan. Hampir maghrib baru sampai di rumahku. Terharu aku..sungguh terharu.. Terima kasih ayah dan mak.. Keperihatinan kalian, amat dihargai.. Moga Allah murahkan rezeki, berikan kesihatan yang baik dan panjangkan umur Ayah dan Mak.

Tadi mak aku yang baru sampai ke rumah, jumpa nota ringkas dari dia bila mak belek almari bilik bawah. Hmmm.. terus terlinta di hatiku...sukahatilah, pedulilah hidup sendiri, tak perlulah fikir kami.. Moga bahagia.. Ayat dia buat aku hilang belas padanya. Bak kata ayahku, mereka ni bodoh sombong dan cepat sangat berkecil hati. Tidak boleh ditegur. Dengan budak-budak pun nak ambil hati kata mak pula(mak cakap melalui pemerhatian dia yang kerap duduk beberapa hari di rumahku sejak bibik sampai dulu). Tambahlah dengan kita. Kemudian memang suka menjawab dan melawan, tak ada rasa hormat. Hmm macam yang kufikirkan pula komen orang tua ku kekekeke. Terus aku rasa ok. Tak rugi apa-apa kut aku...Biarlah dia. Bak kata mak lagi, Allah tu Maha Mengetahui.. setiap yang berlaku DIA tahu mengapa dan kenapa.. pasti ada hikmah dariNYA. Rancak kami berborak hal pembantu rumah sedara mara dan rakan-rakan yang kami kenali. Rata-rata memang sama jer rupabentuk kejadian, sifat dan sikapnya hahaha.

Kemudian kelakar pasal personal bond kan.. dah laa kita ditimpa musibah pembantu rumah lari, kita juga kena keluarkan duit RM250 membayarnya. Aduhai.. Pembantu rumah yang terlibat senang lenang tak fikir masalah orang lain. Dah laa kesempitan sedikit, ada pula yang memerlukan duit begini.. aduhai.. Tertekan jadinya. Apa pun dah selesai segala urusan membuat laporan di balai polis dan imigresen. Semudah ABC kata orang hehehe.

Hendak ku ceritakan pula gelagat anak-anak. Cik abang dan anak-anak sampai di hospital dalam jam 12++ tengahari tak salah. Terus sibuk masing-masing nak bercerita. Cik abang pula katanya hanya sempat buat semula/mengesahkan report di Balai Polis sahaja. Susu anak tak sempat beli ke imigresen pun tak sempat. Dia terpaksa ambil tugas lama dia semula di rumah (menyidai kain) kekekkeke. Ku tanyakan pada Alesha dan Adani.. Bibik lari ke ? Adani jawab "bibik lari laju sangat" hahahhaa. Alesha pula, "Ibu call laa bibik.. tanya dia dekat mana.. suruh dia balik". Huh dalam dia suka membuli bibik dengan sikap nakalnya, Alesha yang nampak gelabah dan concern hal ini. Berulang kali dia suruh aku telefon bibiknya. Kata cik abang pula, Adani bangun jer tidur terus cakap "Adani taknak pergi nursery..." Aduhai.. sedih pula aku dengan respon anak-anak dengan kejadian ini. Mereka sendiri pandai menghargai.. kenapa tidak Bibik? Bila ku tanya, mereka sayang ke bibik? Dua-dua mengangguk dan jawab sayang. Aku pujuk mereka untuk ke nursery semula.. Nak set semula minda mereka bukan senang. Maklumlah dah sedap duduk rumah bermalasan dan tak ikut jadual seperti nursery.

Aku keluar ke imigresen bersama Alesha dan Adani. Cik abang menggantikan aku menjaga Aimy. Dalam kereta, aku terkenang hal bibik.. Terus aku berikan soalan-soalan buat anak-anak. Selama ini ada tak bibik buat apa-apa pada mereka kalau tak nakal? Adani jawab tak ada.. Alesha pula jawab dia tak suka bila bibik marah tak kasi dia keluar.. nanti bibik pukul kaki katanya. Sakit!. Hehe... Tapi kemudian Alesha bersuara lagi...suruh telefon lagi bibik. Dia tak mahu pergi nursery. Sedangkan di hospital tadi, dia gembira juga bila diberitahu mereka perlu ke nursery setelah bibik tiada. Alesha suka sebab ramai kawan. Adani pula tak suka sebab kena ikut jadual gamaknya.

Bila ku beritahu Atok dan Opah mereka nak datang, terus Alesha cakap.. suruh atok dan opah laa jaga Aimy dengan Alesha dengan Adani. Aku cakap, mana boleh.. mereka dah tua.. tak baik suruh mereka jaga. Kemudian aku cakap, minggu ni sahaja pakcik van akan hantar mereka ke rumah selepas tadika. Mulai minggu depan, ibu akan suruh pakcik zainal hantar ke nursery. Bulan depan pula, tak naik dah van.. naik kereta Teacher Harliza pula balik dari tadika. Sekali Alesha membalas, "Suruh pakcik Zainal hantar rumah gak laa ibu.. Biar Alesha jaga diri sendiri.." hahahaha. Adani pula masih merayu taknak duduk nursery. Tak lama keluar lagi persoalan Alesha.. "Kalau bibik balik, suruh bibik tolong atok dengan opah jaga alesha, aimy dengan adani.. tak penat sangat atok dengan opah". Kemudian dia sambung lagi, "Kalau bibik balik, Alesha tolong bibik kemas.. " pastu banyak laa ayat kalau dia pasal bibik dia.. Aku suruh dia terima kenyataan, bahawa bibik dia tak akan balik. Bibik dah taknak kerja dan duduk dengan kita lagi. JAdi takde kalau-kalau dia balik Aleshaaa... Dengan tak disangka Adani menyampuk.. "IShh kakak ni.. Kan Bibik dah tak suka kita laa kakakkkkk, dia tak mau balik.. dia lari laju!!" hahahhaha.. hambik ko... hahahaha. Benarnya Alesha ni berjiwa penyayang terlampau. Dia cepat rasa sayang dengan orang dan haiwan. Tapi luarannya sungguh kasar.. hehe. Sekarang ni, dia belum dapat menerima kenyataan. Adani pula jenis tegas dan berprinsip, ada displin. Aimy pula dari malam bibik lari asyik menangis, kurang tidur dia bila asyik mengamok..sampai tengahari siang tadi baru dia slow down sedikit dan dah nak tidur. Penat sangat la tuh mengamok. Mudah sikit dia tidur walau selalu terkejut. Lega sikit. Risau pula aku kalau hantar ke orang atau nursery jaga nanti. Sebab sejak ada bibik, Aimy terbiasa berdokong dan diberi perhatian dek bibiknya. Paling risau, aku takut penyakitnya kerap timbul bila duduk nursery. Apa pun aku amat berharap Aimy lebih kuat selepas ini. Kadang akal dan sikap anak-anak ni membuat kita tak berhenti berfikir dan terus berfikir...mula la macam-macam keluar di kepala.. huhu.

Pagi tadi aku sms boss aku, tak berjawab langsung. Hmm malas nak fikir. Apa pun aku harap dia bertimbangrasa sedikit dan beri aku sedikit ruang. Kerja aku semua dah aku selesaikan mana yang perlu disegerakan. Aku mungkin masuk bekerja hari Jumaat. Tak boleh cuti lama dan berterusan. Aku sedar hal cuti ini, tapi tolonglah fahami... aku tak pernah ambil peluang. Aku bercuti untuk hal penting yang sepatutnya sahaja.

Moga Allah memakbulkan doa kami, mempermudahkan urusan kami, mempercepatkan segala yang tertangguh dan terbiar. Aminn.. Untuk Bibik.. Allah Maha Mengetahui.. Biarlah Allah tentukan segalanya untukmu. Selamat tinggal bik..! :((

2 ulasan:

  1. TIKA..
    moga ko sabar menghadapi dugaan ini...
    aku doakan yang terbaik buat mu TIKa....
    moga aimy jugak cepat sembuh Ya

    BalasPadam
  2. Terima kasih Dilla.. ntah la kan.. Aku kena terima kenyataan. Tak guna mengenangkannya kan.. Biarlah dia berlalu pergi.. Mungkin ada sebab Allah tak bagi dia terusan menjadi pengasuh anak-anakku.. Aku redha.

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular