Tetiba aku tak tau nak menaip apa.. terlalu banyak di kepala.. terlalu banyak cerita hingga tak tahu yang mana satu harus diabadikan di sini atau dilupakan saja. Kadang macam nak meletup pun ada, terutama minggu lepas.. Dengan anak kat hospital, dengan kerja yang tidak pernah surut dan hanya ada aku dan aku dalam department aku, dengan boss yang sekarang hanya diam memerhati gerak geri aku (tak sabar nak lihat cacatannya dalam appraisal nanti haha), dengan bibik lari, dengan anak-anak yang kadang serentak tak sihat dan perlukan perhatian, dengan contact sana sini hal nursery, hal polis dan imigresen, van tadika... macam-macam hal.. serabut betul kepala aku, runsing.. memang rasa nak meletop!! hahahha. Rasa nak hentak apa yang boleh dihentak dan menjerit sekuat hati. Tapi itu tidak berlaku.. hmmm HANYA ALLAH YANG TAHU.
Adus aku tak mampu.. aku tidur laa dulu. Dah tak tahan.
Sambung semula.. haha
Isnin tempohari di DEMC bilik 302. Menunggu saat nak pulang. Jam 9 dah boleh balik kata doktor, selepas Aimy dijep ubat antibiotik. Huh 8 hari 7 malam di hospital.. sungguh lama kurasakan. 2 malam cik abang jaga, 5 malam aku pula. Dengan ubat pelbagai jenis, termasuk juga Flu Halt/Tanming Flu utk H1N1 (walau ujian negatif, tapi dah start amik, kena habiskan selama 5 hari tak salah), ubatan untuk asthma, antibiotik yang 2 kali tukar (3 jenis). Sungguh kesian pada Aimy. Terutama bila line di tangan menyakitinya.. membuatkan ia selalu mengamok. Bila diperiksa nurse kata ok takde apa dan tidak bengkak. Tapi lewat petang jumaat, doktor suruh buka sebab dah bengkak dan mungkin itu yang menyebabkan ia demam semula. Oleh kerana line telah dibuka, maka aimy terpaksa laa merelakan punggungnya dicucuk berkali2. Kasian dia. Ikutkan Aimy dibenarkan keluar, demamnya belum kebah sepenuhnya. Tapi corak grafnya dah stabil dan turun dari 38++C. Doktor pun faham kami tak boleh cuti lama-lama. Tu yang jadinya malam pun leh keluar.. nak habiskan dos antibiotik dan cuti punya pasal haha. Bil pula apalagi mencanak tak hingat laa huhu.. Kena bayar 20% dari bil sebab tak semua insurans company cik abg cover. Tapi asal dapat lepas claim kat opis aku jadi laa.. janganlah tak lepas.. banyak giler tu..huhuhu.. Ni laa payahnya kalau gi hospital yang dah tak jadi panel pejabat aku..huhu.
Balik rumah.. terasa lain sangat. Dengan rumah yang berkecah.. dengan sedikit panas (maklumlah dah berapa lama dok dalam aircond manjang hahaha). Yang pasti terasa sedikit bercampur aduk perasaan. Cik abang pula masih tak berapa sihat.. Maka memang aku rasa penatnyaa semuanya buat sendiri huhu. Awal dah terlelap dek keletihan.
Cik abg terlupa keluarkan car seat. Nasib laa kebetulan Alesha tidak dibenarkan oleh nursery untuk ke Tadika dek ada kes H1N1 di Tadika Al Husni minggu sebelum. Pengetua nursery kata, kalau boleh biar seminggu tak dedahkan diri di sana. Kami ni tak tahu pengetua nursery dah buat peraturan baru, Isnin tu hantar Alesha gi Tadika dan tengahari Alesha balik ke Nursery, dah tadika Alesha kata tak perlu datang Jumaat jer. Isnin dah boleh datang. Tapi untuk kebaikan kanak-kanak lain di nursery.. kami akur perintah nursery. Tiada hal punya.. Demi keselamatan anak juga. Jadi dalam kelam kabut, Alesha laa yang jaga Aimy di kerusi sebelah aku dalam kereta. Nasiblah tak sempat tukar gear dah sampai huhu. Aimy punya melalak dalam kereta dek gayat.. Diam terus bila diangkat. Tapi bila diserah pada Cikgu Nursery.. dia memula senyum, kemudian mencebek terus meraung tak hingat.. Menangis bersungguh-sungguh. Aduhaii tak sampainya hati.. sedih pula. Tawakal sajalah.
Balik kerja, Aimy dah diambil ayahnya dari nursery. Tidur jer dia, macam lesu, longlai dan tak aktif.. memang tidur jer.. letih benar. Mana taknya, kata cikgunya menangis seharian.. Buatlah apa saja..didukung sepanjang masa pun TETAP MENANGIS SEKUAT HATI!!.. Non Stop dia nangis.. sampai petang.. Aku tak sure dia makan ke idak atau minum susu ke idak. Takut depa cuba bagi dia tanak dan terbuang begitu saja. 2 hari Aimy begitu.. aduhai kesiannya.. Malam hari ke 2 ke nursery (Rabu malam Khamis).. demam Aimy kembali tinggi.. Aduhai... Bila minum susu, tak sempat 2 minit dah muntah berlambak-lambak dikala tengah tidur nyenyak.. Malam tu saja 5 kali dia muntah.. sampai lembik. Dah laa dia nak berak menangis-nangis - sembelit kembali. Kami tak sempat mencari pisang untuk Aimy. Aduhai ciannya anak ibu.. Paling kesian tengok dia muntah. Sebaik kami bersihkan dia, tukar baju.. dia longlai.. terus terpejam mata kepenatan.. Tidur. Risaunya hati.. tambah bila melihat muntahnya dah macam orang mengandung, air kuning pekat keluar sebanyak-banyaknya. Mungkin perut dia kosong dek tak nak makan minum dan asyik menangis. Bibir pula merah tanda panas badan.. dan agak kering. Aduhaii.. Tuhan saja yang mengetahui hati ini. Berjaga sampai 3.30 pagi aku memantau suhunya. Setiap 10 minit cek suhu.. asyik turun naik. Dah jam 3 baru agak stabil. Alhamdulillah. Baru lega sedikit aku nak tidur.
Pagi suhu Aimy naik semula... 38+C. Aduhai.. terus bagi ubat demam. Mandikan. Siap dia dah terberak entah bila kami tak perasan. Aduhai cian adik.. Dah siap mandi.. minum ubat dan susu. Suhu dia tak bergerak turun sangat.. Ku basahkan saja dia sesambil bersiap ke pejabat. Tak sampai hati, tapi apa kan daya aku.. Aku perlu kerja untuk anak-anakku. Tawakal saja hantar ke nursery. Alesha masih meneman Aimy di dalam kereta tetiap pagi. Adani saja yang ke tadika dengan ayahnya. Dah bebetul jadi anak manja ayah Adani sekarang. Kakaknya dah tak dah, dia lak yang ambil alih hehe. Semua nak ayah.. kekeke.
Tengahari call nursery, alhamdulillah Aimy dah kurang menangis. Dah mahu tidur dan menyusu di nursery. Suhu pun dah turun 37+. Suhu dedar tu biasa untuk dia. Syukur alhamdulillah.. Harap makin sihat dan terus sihat ya dik.. Tapi aimy mula mudah berak. Hinggakan terllau cair macam ceret pula. Meleleh-leleh sampai ke lantai.. Kelam kabut kami nak mengelap...huhu. Kemudian ada lagi aimy muntah.. mengelap lagi.. Tukar baju lagi.. risau tul, apa kena asyik muntah dan ceret jer pulak ni?? Aduhaii....
Entah jam berapa dinihari, Adani batuk.. terus termuntah atas katil bersambung ke bilik air. Dia punya busuk loya tak terkata aku.. rasa aku yang nak muntah pula...kekkee. Adani ni tak boleh sakit sikit. kemudian suka batuk malam-malam. Bila batuk.. habislah susu yang baru dia minum akan dikeluarkan.
Subuh jumaat cik abg teruk benar kena ceret beret. Entah apa silap dimakan WaAllahualam.. sama ada makanan kat pejabat dia atau dinner kami malam tu. Tapi aku ok laks.. hmm entah laa. Akhirnya dia bergegas ke klinik selepas menghantar Adani ke tadika. Aku tunggu di rumah bersama Alesha dan Aimy, dah cik abang suruh tunggu. Semua kelengkapan nursery dah siap. Cik abang pula kejap nak suruh hantar aimy ke nursery kejap tak mahu, kejap kesian, kejap suruh hantar takut tak terlarat nanti.. sudahnya aku dah nak hantar.. tak payah pula katanya. Bengang sungguh aku, sebab beriya aku nunggu dia tadi.. sudahnya kejap itu kejap ini ... Lambat aku ke pejabat. Dah laa membersihkan kain-kain kena muntah lagi. Tak tahan betul aku baunya yang meloyakan.
Tengahari aku beli lauk dan balik ke rumah. Cek suhu Aimy dah turun dari 38++ walau masih dedar. Adani pula dah mencanak naik 39.7C.. aduhai dah semuanya demam termasuk cik abang aku. BAru nak baik dah jadi balik.. penatnyaaa...Alesha dan aku jer yang alhamdulillah ok setakat ini.. walau dah ada bunga-bunga demam selsema. Cik abang tak lalu pula nak makan nasi.. alahai. Aimy pula makan nestum ok jer pula. Paksa Adani makan ubat dan bagi air zam-zam. Nak ke pejabat semula pula jadi serba salah pula. Pesan kat Alesha, Alesha kena jaga ayah, adani dan aimy.. sebab alesha jer yang sihat.. Terus alesha jawab "Alaaa ramainya nak jaga.. penatlah ibu..." hahaha.
Alhamdulillah suhu aimy terusan ok..walau kadang masih dedar. Lega sikit rasa hati.. syukurr.. Balik lewat dari pejabat dek kerja yang bertimbun. Adani pun sama. Terus sihat!.SYUKUR!! Cik abg pun dah nampak ok banyak.. Hmm entah berapa kali demam berulanag cik abang dan adani serta Aimy pun aku tak tahu.. Pelik aku, terutama part cik abang..
Dalam tak sihat tu, pagi sabtu tadi nak jejugak cik abg ke pejabat ada AGM Kelab Kakitangan mereka. Tugasan biasa, mengambil gambar. Aku tak berhenti membasuh kain dan pinggan dari malam. Terutama segala yang kena muntah yang perlu dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Lega bila lihat dapur dan kain clear.. Tinggal yang nak berlipat jer dah masuk 2.5 bakul besarrrrrrrrrrrr punya!!! haha
Petang tadi selepas cik abang balik pejabat, kami bertolak ke Kajang pula. Nak melihat baby baru - anak kakakku Amirul Nur Adam. Mak pun ada di sana. Maka asyik makan dan borak jer kami hehe. Aimy pun sejak semalam - Jumaat, baik jer dia.. senyum jer dia.. dan mula aktif bergolek semula.. dan asyik tersenyum dan tersenyum. Harapnya adik mudah nak sihat dan berkekalan sihat.. Aminn
Hmm nantikan entri pasal maid aku.. dah ngantuk sangat ni.. Nanti laa sambung di entri lain ;}
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Aku posting kul 3.40 am tadi.. tapi date kekal time aku taip awal dulu ek? memang gitu ke? Aku takut aku sendiri lupa bila aku taip bila nak tgk balik hahahhaa
BalasPadam