Suhu Aimy naik dari pagi lagi.. hampir 39C. Risau aku. Ajak cik abg bawa adik gi klinik. Adik kena neb, kahak dah mula mengelegak bunyi. Dapat ubat macam last week, dan juga tambahan antibiotik. HArapnya adik rasi dengan ubat-ubat ini tanpa perlu jumpa pakar. Cepatlah sihat dek.. kita nak cek mata. Kalau tak cek bahaya. Kalau ada demam selsema, tak leh cek pula.. alahai.. risau.
Selesai di klinik, pergi pula ke Sek Rendah Agama Integrasi di Sek 19. Menghantar borang pendaftaran sekolah Alesha. Kena hantar sebelum 30 April. Tadi kata cik abang, untuk exam 29 Mei ni.. Alesha dapat kelas G. Wah baru 9 hari buka pendaftaran dah kelas G untuk exam... ramainyaa!! Yerlah no borang Alesha pun dah 194! huhu...
Hantar Aimy balik, terus ke pejabat. Lewat 20 minit lebih kurang aku. TAwakal jer laa..Terus buat kerja tanpa rehat seminit pun huhu. Mengah ke sana ke mari.
Tengahari ke Mydin dengan sorang kawan. Jumpa kawan pejabat dari Bukit Jelutong. Sempat rembat baju kurung murah giler..! RM19.90 jer sepasang.. hahahaha.
Balik lewat lagi untuk kesekian kalinya. Kerja banyak sangat, semua urgent! Dah laa aku seorang.. aduhai serabut pala selagi tak selesai huhu.
Alhamdulillah suhu Aimy dah turun banyak walau masih demam. Paling tidak takdelah mencecah 38C. Bergolek jer dia bila dah sihat sikit. Kalau tak tidur jer. Masa dah terlelap, Aimy batuk. Terus muntah selambak... aduhai kesiannya anak aku. Dah la nak tidur susah. Aku basuhkan badannya yang kena munta serta gantikan baju, cik abg lap sana sini yang kena muntah. Adani leh nak usik laks muntah adiknya.. ishh
Dah lega muntah, mudah dia nak tidur. Bolehlah aku buka tenet kekeke. Semua dah tidur. Sekali terdengar laks Adani batuk. Tak lama, dengar muntah.. aduhai kelam kabut gi kat dia lak. Bawa Adani masuk bilik air.. dia muntah lagi berlambak-lambak. Hmmm.. budak manja ni seksa nak makan ubat. Pastu suka benar batuk malam-malam. Jenuh pula menjirus muntah dan membasuh baju yang kena muntah. Mandikan Adani yang dah busuk dek muntah. Terpaksa Adani menyelit atas katil kami dah katilnya basah sedikit di bahagian kegemaran dia tidur.
Ya ALLAH.. berikanlah kesihatan terbaik buat anak-anakku. Amin...
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
tika..sya pn ade baby. twins. bla bca psal baby sakit ni sya cpat rsa sebak. msa sya dok kt ppum (pusat perubatan universiti malaya)jga twins (lahir x ckup bulan) byak kes baby mcm ni kluar masuk. nasihat saya, bila baby tak sihat cpat2 bwa ke hospital, bukan klinik. byak kes jadi truk psal parents hnya bwak jumpa doktor klinik n x rujuk pda hospital. wlaupun bkan specialist, hospital rmai doktor pakar.
BalasPadamsemoga ur baby cpat sembuh..
Saudari 'hey..ini aku'.. Terima kasih atas keperihatinan. Untuk pengetahuan memang anak saya si Aimy ni sering ke hospital. Boleh dikatakan seminggu sekali. Tapi kadang rasa penat sangat, dan mahu sedikit perubahan.. bawa ke klinik pula. Sebab pernah cuba begitu, serasi pula dia. Tapi ada masa, memang perlu terus ke hospital. Tapi untuk anak-anak lain, alhamdulillah setakat ini ubatan klinik sudah memadai...syukur.
BalasPadam