Hmmm.. tak terkata... Sejak petang khamis lepas suhu aimy mula meningkat kepada 37.8-37.9C. Pagi Jumaat mendadak jadi 38.9C. Aduhai... Terus bawa ke klinik pepagi hari sekali lagi. Dapat ubat yang lbh kurang sama dan ditambah antibiotik. Tapi suhu cuma jatuh sikit jer selepas makan ubat, 37.8-37.7C lebih kurang. Tapi habis kuasa ubat, naik balik 38+++C. Aduhai aimy.. apakah dugaan pula kali ini. Patutnya bawa ke hospital terus ni.. tapi entahlah..
Tiba ahad.. suhu tak turun langsung dari 38C walau selepas makan ubat. Inhaler dari 2 kali sehari telah kami kerapkan menjadi 4 jam sekali sejak Jumaat. Tapi batuknya makin menjadi-jadi. Betik telah diberhentikan hari rabu lepas tak salah. Aimy mula memakan pisang emas sejak khamis. Alhamdulillah dia lawas dan mudah berak walau tak berak selama 2 hari. Sampai terpancut-pancut keluar tak sempat ditahan hahaha. Kalau dengan betik, pasti hari-hari lawas dan agak cair sedikit.
Petang Sabtu arakian bermula satu keluarga tak sihat. Dari aimy, Alesha, Adani dan Cik abang..!! Aku baru terasa pening kepala dan panas mata dan tengkuk. Cik abang dah lembik.. tidur jer dia haha. Pinggang sebelah kanan aku macam ditendang dan diterajang orang punyalah sakit sampai tak boleh nak pusing badan, tunduk dan berjalan.. Sakitnyaaa...!! Sebelah pula tuh.. dari kepala sampai ke kaki sebelah kanan jer sakit. Paling teruk pinggang belakang belah kanan. Cik abg laks mula laa monyok dan lemah jer.. biasalah dia.. kalau sakit tu, teruk benor rupanya haha. Alesha dan Adani masih ligat walau demam sedikit. Tapi Adani dah muntah malam semalam.. dah asyik batuk saja. Malam lagi teruk batuknya.. siang tak dengar bunyi.
Pagi isnin, terpaksa bawa Aimy dan Adani ke klinik. Dua-dua suhu melebihi 38.5C. Aduhai.. Awal Adani dah bangun nak mandi. Gatal-gatal badannya dek peluh. Alesha pula jenuh nak mengejut ke sekolah kali ni. Mana taknya, dah laa tidur lambat.. makan ubat pula malam tu..mengantuk laa lagi hehe. Tapi Alesha dah tak panas. Sihat. Lepas semua sarapan, terus keluar rumah ke klinik. Adani kena nebuelizer, Aimy pula dapat refer letter. Sementara aku pula dapat ubat migrain dan MC hehe. Ingat nak patah balik umah jap hantar Adani, suh dia rest kat rumah. Sebab sure Doktor Koshy kul 10 baru ada kat klinik, masa tu baru jam 9.20 pagi gitu. Tapi cik abang dah malas nak patah balik, so terus ke DEMC bawa adani sekali. Teruk pula dengar Adani batuk dengan panasnya tak turun lagi.. Aimy pula, laju jer minum susu ada ubat.
Sampai di DEMC, kami dapat giliran ke 2. Tapi seperti yang ku jangkakan, memang doktor tak masuk klinik lagi, dah tentu dia masih melawat pesakit di ward. Tiba giliran, doktor kata dah teruk sikit dada aimy. Kalau macam ini, pastinya tak boleh dibius. Dengan demam teruk, selsema, kahak banyak. Jadi hendak tak hendak, terpaksa dia nasihatkan kami batal temujanji dengan doktor pakar mata di HKL. Dr Koshy juga sarankan Aimy dimasukkan ke dalam ward. Dia perlukan neubelizer setiap 3-4 jam sehari.
Aduhai.. ini laa yang kununnya tidak jadi masuk ward di HKL, masuk pula ward di DEMC huhu.. Baru aku bersemangat nak ke HKL esok, melihat mesin baru yang diperkatakan. Malah nak tengok anak cepat sihat dan dihindar matanya dari sebarang sakit yang kritikal.. Aminn...Tapi Allah Maha Mengetahui.. perancangan Allah adalah terbaik.
JAdi tadi kami balik dulu ke rumah, kemas bag dan sedia barang keperluan untuk aimy di ward. Sempat rehat dan lelapkan mata sebentar di rumah hahaha. Letih jaga anak tak sihat malam2. Sementelah menunggu bilik yang ada dikosongkan oleh pesakit lain. Biasalah DEMC, tak cukup bilik. Cepatlah berpindah ke Sek 14 Shah Alam.. luas sikit!haha. Tapi dah tentu harga bilik pun naik bila dah berpindah di bangunan sendiri yang lebih besar. Macam PUSRAWI laa.. heheheh.
Tadi tak dapat bilik 303 cam dulu. Dah 2 kali kami dapat bilik 303. Tu anak-anak pun asyik tersasul masuk bilik orang lain haha. Aimy pun tak cam biasa masuk bilik senyum simpul. Kali ni menangis dia bila masuk bilik 302 di tingkat 3 tu tadi. TApi yang bagusnya, nurse dah kenal sangat dengan kami sekeluarga. Sampaikan siap tanya Adani, kenapa tak ada gambar kakak dalam majalah? Gambar adik jer ada... hehe. Adani di hospital tadi suhu mencecah 39.6C.. aduhai, Adani kalau demam beginilah dia.. suhu tinggi dan asyik muntah huhu.
TAdi petang sempat aku call HKL. Tapi orang yang mengangkat tak tahu cerita. Katanya takde pula nama Aimy dalam jadual esok. JAdi dia suruh call esok untuk memberitahu doktor sendiri kami tak dapat datang dek kerana Aimy begitu.
Malam ni aku jaga Adani dan Alesha di rumah, Cik Abang jaga Aimy di hospital. Esok malam baru giliran aku. Kali ni kena bergilir dek kerja yang banyak dan cuti yang kena jimat cermat. Di pejabat, aku kan buat kerja 3 orang. Dah la 3 orang tu takde.. bayangkan kalau aku takde sepanjang minggu. Dah laa tiap-tiap hari ada urgent request, kang jadi apa-apa... aku juga akan kena menjawab.
Kali ni lupa nak sms sesiapa bab aimy warded. Cuma 2 orang sahaja tahu, tu pun sebab mereka sms aku dengan hal masing2.
Sabtu pepagi hari aku dah kelam kabut. Saja nak gi meng'exam'kan diri kat Sek Men Keb Seksyen 11. Wah tak ku sangka sekolah ini ada bas sendiri. Agaknya sebab sekolah khas sukan bola sepak agaknya...(ini pun aku baru tau haha)huhu. Selesai jer dalam 4.20ptg, terus sakit pinggang, belakang dan kaki hahaha.
Ok lah cukup setakat ini.. kalau salah dan tunggang langgang bicara, sorrylah aku menaip dalam keadaan terlalu letih dan mengantuk huhu
Aku teringin sangat nak gi KONSERT DOUBLE TROUBLE... huhu
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku