Selasa, 27 April 2010

Satu perjalanan pengalaman..

Pada waktu dan ketika ini (9.30pm - 27 April), aku hanya tinggal dengan anak-anak. Cik Abang bawa bibik mendapatkan semula passportnya. Semalam mereka dah pergi. Tapi tak jumpa di mana rumah, bibik dah tersalah tunjuk arah dan dah tersasar sampai ke Kuala Kubu Baharu. Berdebar jer bila mereka pergi. Takut mereka berjumpa orang 'jahat'.. huhu. Mereka menuju ke Serendah. Nama insan yang di cari Piqa - orang tengah. Tapi rumahnya entah di mana, yang tahu hanya bibik dan Nizal serta Jaja - majikan baru bibik. Tapi semalam, masa cik abang call Nizal/Jaja.. tiada jawapan. Sms pun tak berjawab. Balik semalam, cik abang guna sim kad yang bibik dapat dari orang tengah tu. Mereka cari nombor yang boleh dihubungi di sana. Terjumpa satu nombor yang dipanggil 'Pakcik' oleh bibik. Cik abang try call (ketika ini aku dan anak-anak dah tertidur), dapat. Bibik yang berbual tanya di mana rumah tu, alamatnya. Tapi pakcik tu cuma cakap Taman Teratai. Bibik tanya orang tengah tu ada ke? Pakcik jawab ada. Bibik jawab dengan Piqa. Saja bibik cakap nak pinjam duit, nak hantar ke kampung. Anaknya memerlukan. Bibik kata majikan Ampang tak bayar gaji. Orang tengah jawab, dia tiada duit. (Aku tak sure ayat sebenar, ini ayat yang cik abang cerita balik pada aku pagi tadi).

Ini kali kedua mereka pergi. Kali ni pergi berbekalkan maklumat pakcik dan maklumat yang aku google lunch hour tadi. Memula tanya cik abang, dia kata Nizal - (majikan baru bibik) cakap Taman Tasik Permai. Aku search.. macam ada. Tapi bila guna Google Map, tak nampak pun. Last aku selidik sendiri. Tengok taman perumahan yang berdekatan dengan Serendah Golf Club dan Stesyen KTM Komuter Rawang. Sebab bibik kata dalam RM15 tambangnya. Jadi aku jangkakan tak jauh. Kata Nizal rumah teres. Tapi bibik bagitahu cik abang, rumah kampung. Aik percanggahan maklumat ni..huhu. Aku cakap kat cik abang, bibik tak reti nak bagitahu rumah tu jenis apa kut haha..biasalah bibik, lain benar istilahnya hahaaha. Aku cakap kat cik abang, yang aku agak ada 2 kawasan. Taman Tasik Teratai atau Kampung Dato Harun. Sekali cik abang cakap.. haa betul laa Taman Tasik Teratai. Pakcik tu cakap Taman Teratai, sebenarnya Taman TAsik Teratai kut. BINGO!! So aku suruh cik abang pula google map dan print bawa balik. Aku tak leh print, nanti terlalu personal haha. Ofis aku tu pasal printing pun dah control cam nak rak..nyampah aku! haha.

Jadi petang tadi, cik abang bawa balik. Kami tunjuk kat bibik. Tak reti dia tengok plan dongakan hahahha.. Aku siap cakap, bibik anggap kita tengok dari langit/awan... Baru dia faham.. dia kata ..ya betul laa.. di sini. rumahnya di sini. Haa ni taman perumahan bik, mana ada rumah kg? "Iya, tapi tak cam gini rumahnya.. tapi rumahnya dari hujung ke hujung sama aja tiada sekatan.." Bertuah ko bik.. aku dah agak dah.. cik abang yang tak faham dia ke, dia yang tak faham cik abang tanya hahaha.

Lepas maghrib, pas mandi, solat dan makan.. cik abang bertolak ke pejabat adiknya. Adiknya bersama kawan mereka sorang memang membantu dari semalam. Jasa kalian kami kenang... Moga Allah lindungi kalian.. Amin. Sebenarnya, kawan mereka si R**** ada contact di Bukit Aman. R**** ajak cik abang ambush jer.. Tapi cik abang kata, takpe.. kita minta cara baik dulu. Kalau tak ok, baru panggil yang standby tu. R**** tu bukan apa, sebab sindiket macam ini la yang menwujudkan perdagangan warga asing di Malaysia ni. Semuanya untung atas angin jer. Memang benar, tapi tunggu bila semua dah selamat.

Tadi aku relax jer.. Ni tetiba aku berdebar. Terus teringat nak tanya khabar. Kebetulan mereka baru sampai. Patutlah aku berdebar haha.. instinct kuat oo... haha.

turutan sms cik abg :

21.41 : Baru sampai
21.44 : Bibik kat dalam. Abang tunggu luar
21.51 : Alhamdulillah paspot dah dapat
21.55 : Ada. Semua ada. Abang nak jumpa pika nak say tq tp dia takut nak jumpa


HAHAHHA.. tau takut, ingat pak polisi ka? hehehe
Wah gelak besar aku dah dapat yaa.. sebelum tu kecut perut dan gabra haha. Ikutkan hati, nak jer ikut. Tapi siapa laks nak jaga anak. Takkan nak bawa anak-anak ke tempat bahaya gitu.. huhu TIDAKKK...

Depa singgah makan di Rawang dulu sebelum bertolak balik.
Apa pun SYUKURRR ALHAMDULILLAH..

Ahad, 25 April 2010

Allah Maha Mengetahui II...

ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU. InsyaAllah

Malam Jumaat sebelum aku balik ke rumah untuk bekerja Jumaat tu.. aku dapat SMS dari bibik yang lebih kurang berbunyi "Puan ampunkan bibik dunia akhirat. Tapi nasi dah jadi bubur". Kemudian sebaik aku sampai di rumah, borak-borak dengan mak aku yang keseorangan di rumah, dia ingatkan aku pasal nota ringkas yang ditinggalkan Bibik. Aku pergilah ambil di almari bilik bibik.. ada dalam sampul duit raya. Ayatnya lebih kurang berbunyi, "Maafkan bibik Puan. Memang puan baik dan ... (aku tak faham). Kerja bibik tak kena. Kerana bibik memang bodoh. Semua kerugian Puan Allah yang balas. Assalammualaikum". Aku balas gak sms, kasi dia sedar sikit..dan setakat itu saja.

Kelakar pula bila Alesha yang membaca nota bibik, dia pula menulis nota untuk bibiknya.. antara kandungan nota Alesha berbunyi (lebih kurnag laa tak ingat sangat).. "Bibik.. kenapa bibik lari balik kampung Indon tak ajak alesha. Alesha nak ikut. Alesha sayang bibik. Bibik balik laa rumah, Alesha janji tak kacau bibik dah.." Ada lagi dia tulis.. aku dah tak ingat. Pastu yang lagi kelakar bila Alesha masukkan nota itu ke dalam sampul duit raya juga, dan selitkan di celah lapik dalam almari bibik dan bua lakonan kata ada lagi nota dari bibik untuk ibunya hahahha. Bertuah punya budak..

HAri sabtu 17 April, ramai yang melawat Aimy di hospital. Semua geram bila cik abg bagitahu pasal sms bibik dan mak bagitahu pasal nota bibik hahaha. Aku waktu ini dah kurang kecewa dah.. walau jumaat sebeleum masih terasa sedih. Sempat kami sambut harijadi Alesha dan Aimy dengan hanya sebijik kek. Tu pun suami Anna hantar selepas maghrib dan belum berbayar hingga kini (semalam nak bayar, baru perasan tiada no akaun Anna.. tadi pun tengok di blog tiada tertera.. jadi sms dia tetengah malam minta no.. Confirm dah tidur haha). Jadi sesiapa yang datang malam ada laa rezeki hehe. Sebab semua adik beradik, aku dengan kewangan yang amat terhad.. beli laa juga pizza domino yang ada sebelah hospital nak jamu mak ayah, adik-adik dan ipar serta anak sedara. Tak sampai hati pula... Apa pun seronok juga makan cam koboi jer.. Tiada pinggan, tiada pisau kek, tiada sudu garfu..semua main belasah jer hehe. Paling tak best, tiada gambar yang elok sebagai kenangan, tambah Alesha tak mahu bergambar ketika itu.. terlalu ralit dia dengan game di internet.. bertuah tul!!

Minggu ni di pejabat hari Selasa dan Rabu pula ada kelas mengaji waktu tengahari. Ketika tengahari rabu, sebaik sahaja guru mengaji usai membaca doa penutup dan kami sedang berkemas. Cik abang call. Dia tanya tengah buat apa? Boleh bercakap ke? Kemudian dia cakap (sebelum tu macam aku dah tahu apa dia nak cakap haha).. "Bibik sms abang tadi. Nak kerja balik ngan kita. Nak balik. Macam mana? Tadi abang call lepas dis sms. Nangis-nangis minta ampun. Dia di bawa ke dua tempat dek teman katanya. Kena tipu teman. Entahlah abang tak faham sangat dia cerita. So macam mana? Call laa dia balik.. tanya macam mana.. " Aku terus berdebar dada.. kembali runsing pala aku.. cam tak tentu arah rasa.. aduhaii.. Aku cakap kat cik abg, aku nak tanya kak ina dulu macam mana.. nantilah update dia.

Lepas keluar bilik meeting yang dijadikan bilik mengaji tu, aku ke cafe dulu membeli makanan. Tapi dek tak lalu makan.. aku beli pisang goreng dan keropok lekor jer. Terngah berfikir-fikir, bila nak cakap ngan kak Ina.. Last aku decide masa tu gak aku singgah tingkat 1 cari kak Ina. Nasib kak ina ada tak keluar ke mana-mana tempat customer. Aku lambai kak ina, dah muka cuak kak ina. Cam dapat agak aku nak bercakap pasal bibik. Aku cerita semuanya.. kak ina kata jom kita call.. Kak Ina pun call.

Aku dah tak larat nak taip... esok jerlah.. dah kul 5.20 pagi nih!!

to be continued...

26 April 12.40am.

Kak Ina yang tak sabar nak call dia.. Aku dok masih ding dong fikir nak call ke tak, tanya pendapat kak ina sebagainya. Aku dengar jer kak ina berbual dengan dia. Kemudian dia nak bercakap dengan aku pula.. Aduhai terus nangis dia bila dengar suara aku. Ni yang aku nak elak ni, mana taknya.. dah pasti aku tak menahan menangis sama hahaa. Dia cakap hidup dia tak senang, rasa bersalah menghantui diri. Asyik teringat janji dengan puan dan terutamanya teringat Aimy. Pandang apa saja teringat Aimy.. Buat apa saja terasa bersalah dan dosa pada puan katanya. Aku cakap tak lama dengannya, dah dia pun nak sambung kerja. Dia kerja di rumah orang. Katanya temannya tipu dia, janjikan kerja di kedai - kerja mudah dan gaji RM800. Dia tak fikir panjang sebab masa tu dia rasa aku marah dia dan tak suka dia. Ya Allah bila masa pula aku marah dia.. huhu. Tapi tu laa katanya, dia tak sangka boleh buat tindakan bodoh begitu.. Menyesal dia sangat. Dia minta ampun maaf segala.. Dia berjanji nak bagi alamat di mana dia malam nanti. Nak sms. Dia tak tahu dia di mana, cuma dia tahu dia di Ampang. Dia ada juga cerita pada kak Ina dan abang jack pasal teman dia yang bawa hasut dia naik komuter dari batu 3 ke rawang dan mencari rumah di serendah di mana ada insan yang akan dapat menolong dia.

HAri berganti hari.. 2 malam kami berbalas sms. Nak call memula dia kata tak boleh. Tapi akhirnya hari khamis malam jumaat dia buat missed call dekat telefon cik abg.. Aku call semula dah cik abg takde kredit dah haha. KAmi tanya majikan dia sekarang macam mana? baik tak? Kalau baik, minta elok-elok nak balik dengan kami. Jangan lari jer. Lainlah kalau jahat.. baru laa leh fikir nak lari. Dia kata majikan dia memang nak hantar dia hari minggu ni (hari ahad 25 Apr). Majikannya tak benarkan balik sendiri. Tu yang kami suruh dia bagi no kami kat majikan dia. Kami rasa tak perlu sampai dia nak hantar. Biar kami saja ambil dia di rumah majikan baru atau jumpa di mana-mana. MAjikan dia nak lepaskan dia tu dah cukup kami berbesar hati.. PAssport dia pula tiada pada dia atau majikan baru. Ada pada orang tengah yang dari cerita bagai onar yang menjadikan semua ini realiti hehe.

MAcam tak sabar menunggu ahad. Tapi kusabarkan juga. Dok ding-dong gak nak bagitau nursery. Rasa cam dah nyusahkan orang kejap gi kejap idak aduhai. Tapi bukan ku pinta.. huhu. Last sms dia hari Jumaat tu laa.. dia kata kredit dia dah habis. Nanti dia bagi no aku pada majikan dia.

Sabtu cik abg ada kena ke pejabat sampai jam 2.. Ada AGM kelab kakitangan mereka. Tak lama lepas dia balik, kami bersiap ke rumah kakak di kajang. Kakak baru saja mendapat baby ke 4 16 April lepas. Tak sempat kami melawat dah kami pun di hospital dan sibuk. Lepak sana sampai malam. Balik dari rumah kakak, dalam mengantuk aku leh bertahan mengadap notebook sampai subuh...hahahaha. Kul 6.05 am baru tidur. Tu pun aku takut tak terjaga pagi tadi. Sekali Aimy yang mengejut ku dari tidur. Ajak main dan snegeh-sengih tengok ibu dah buka mata. Sejak duduk rumah Jumaat lepas (masa cik abg tidak sihat), mood dia sangat OK. Ceria saja. Mudah nak menjaganya 2-3 hari ni walau depan on off dan kejap muntah kejap ceret tanpa berkala hehe. Rasanya dia sihat... insyaAllah.. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita laa ya.. panjang benor tak larat dah haha

Jadi awal pagi dalam jam 8 pagi aku dah call bibik. Tanya macam mana jadual majikan barunya, apa persetujuan? Lepas tu terus dia bagi pada majikan dia. Majikan dia tanya macam-macam gak. Pastu dia tanya betul ke nak ambil balik kerja? PAstu dia decide suh datang tengahari. sekali dia cancel.. kata ada hal.. Suh suruh datang rumah dalam pukul 5. Dia tanya gak mana nak jumpa, aku kata terpulang.. sama ada nak jumpa di mana-mana atau di rumah dia sendiri. Dia setuju di rumah dia. Jadi kami pun lepak laa sekejap menunggu petang haha.

BIla jam dah menunjukkan pukul 2-3 petang.. Kelam kabut aku naik atas buat apa patut dan bersiap. Tapi Adani dan Aimy dah tidur... JAdi suruh alesha mandi dulu. Tepat jam 4.10 ptg kami keluar. MAsuk KESAS menuju ke Taman Bukit Indah di Ampang. Tepat 5.05pm kami jumpa rumahnya..

Alhamdulillah semua berjalan lancar. MAjikan barunya pun cukup baik, sudi berkongsi ilmu, peramah, amat memahami dan memang bagus laa. Nasib laa bibik jumpa orang yang baik selepas mendapat orang tengah yg kurang boleh dipercayai selama 4 hari. Macam-macam soalan yang kami jawab dan kami juga bersoal. Bibik kiranya baru seminggu bekerja dnegan majikan baru itu walau dah seminggu lebih dia lari. Senang dan mudah mesra kami. Alhamdulillah sama-sama memahami. JAdi kerja jadi mudah. Siap ajak berkawan.. dan minta tolong carikan maid dari Kak Ina untuk dia hahahaha. InsyaAllah kami usahakan. Kesian dekat mereka.. menjadi mangsa orang tengah yang untung atas angin.. huhu.

Maka dengan rasminya jam 6.15 petang kami bawa balik bibik ke rumah. Sempat singgah di kedai makan.. makan dulu dek sesama tak makan tengahari, termasuk bibik.. Semuanya berdebar menunggu saat haha.

Haa lupa nak cerita drama dari bibik haha.. Aku dah agak akan ada drama airmata dari bibik. Dia tak perasan kami datang, sekali bila perasan.. dia nampak aimy di pangkuan aku.. terus dia terpa. Peluk cium aimy dan salam aku minta maaf.. Terkejut gak aku walau dah jangka hahahaha. Segan pun ada, takut ternangis sama hahahhaa. Bibik asyik amik Aimy.. buat kerja sana sini sesambil kejap-kejap ambil aimy. Siap tidurkan. Mudah jer aimy tertidur bila bibik topok hehe.

KAta majikan baru bibik, tak guna dia tahan kalau bibik asyik nangis dan tak leh buat kerja.. Asyik rasa bersalah dan terkenangkan keluarga ku terutama Aimy. Sebab itulah dia nak serah atas tangan kami sendiri. Dia tak nak bibik terlencong ke lain dan dipengaruh orang lain pula. Bibik minta nak balik sendiri kalau susahkan majikan baru dia.. Majikan barunya tak benarkan balik sendiri.

Banyak benarnya yang aku tak termampu nak cerita semua. Tapi insyaAllah aku akan ceritakan apa yang bibik ceritakan bermula dari dia leh fikir nak lari sampai kami datang hehe. Juga apa yang majikan baru dia cerita dari yang bibik ceritakan pada dia dan macam mana majikan dia ni kenal orang tengah tu. Ni dah bercampur aduk dah cerita aku hahaha. Dah penat benarnya hehe.

Ok jumpa di lain masa.

Isnin, 19 April 2010

Allah Maha Mengetahui I...

Tetiba aku tak tau nak menaip apa.. terlalu banyak di kepala.. terlalu banyak cerita hingga tak tahu yang mana satu harus diabadikan di sini atau dilupakan saja. Kadang macam nak meletup pun ada, terutama minggu lepas.. Dengan anak kat hospital, dengan kerja yang tidak pernah surut dan hanya ada aku dan aku dalam department aku, dengan boss yang sekarang hanya diam memerhati gerak geri aku (tak sabar nak lihat cacatannya dalam appraisal nanti haha), dengan bibik lari, dengan anak-anak yang kadang serentak tak sihat dan perlukan perhatian, dengan contact sana sini hal nursery, hal polis dan imigresen, van tadika... macam-macam hal.. serabut betul kepala aku, runsing.. memang rasa nak meletop!! hahahha. Rasa nak hentak apa yang boleh dihentak dan menjerit sekuat hati. Tapi itu tidak berlaku.. hmmm HANYA ALLAH YANG TAHU.

Adus aku tak mampu.. aku tidur laa dulu. Dah tak tahan.

Sambung semula.. haha

Isnin tempohari di DEMC bilik 302. Menunggu saat nak pulang. Jam 9 dah boleh balik kata doktor, selepas Aimy dijep ubat antibiotik. Huh 8 hari 7 malam di hospital.. sungguh lama kurasakan. 2 malam cik abang jaga, 5 malam aku pula. Dengan ubat pelbagai jenis, termasuk juga Flu Halt/Tanming Flu utk H1N1 (walau ujian negatif, tapi dah start amik, kena habiskan selama 5 hari tak salah), ubatan untuk asthma, antibiotik yang 2 kali tukar (3 jenis). Sungguh kesian pada Aimy. Terutama bila line di tangan menyakitinya.. membuatkan ia selalu mengamok. Bila diperiksa nurse kata ok takde apa dan tidak bengkak. Tapi lewat petang jumaat, doktor suruh buka sebab dah bengkak dan mungkin itu yang menyebabkan ia demam semula. Oleh kerana line telah dibuka, maka aimy terpaksa laa merelakan punggungnya dicucuk berkali2. Kasian dia. Ikutkan Aimy dibenarkan keluar, demamnya belum kebah sepenuhnya. Tapi corak grafnya dah stabil dan turun dari 38++C. Doktor pun faham kami tak boleh cuti lama-lama. Tu yang jadinya malam pun leh keluar.. nak habiskan dos antibiotik dan cuti punya pasal haha. Bil pula apalagi mencanak tak hingat laa huhu.. Kena bayar 20% dari bil sebab tak semua insurans company cik abg cover. Tapi asal dapat lepas claim kat opis aku jadi laa.. janganlah tak lepas.. banyak giler tu..huhuhu.. Ni laa payahnya kalau gi hospital yang dah tak jadi panel pejabat aku..huhu.

Balik rumah.. terasa lain sangat. Dengan rumah yang berkecah.. dengan sedikit panas (maklumlah dah berapa lama dok dalam aircond manjang hahaha). Yang pasti terasa sedikit bercampur aduk perasaan. Cik abang pula masih tak berapa sihat.. Maka memang aku rasa penatnyaa semuanya buat sendiri huhu. Awal dah terlelap dek keletihan.

Cik abg terlupa keluarkan car seat. Nasib laa kebetulan Alesha tidak dibenarkan oleh nursery untuk ke Tadika dek ada kes H1N1 di Tadika Al Husni minggu sebelum. Pengetua nursery kata, kalau boleh biar seminggu tak dedahkan diri di sana. Kami ni tak tahu pengetua nursery dah buat peraturan baru, Isnin tu hantar Alesha gi Tadika dan tengahari Alesha balik ke Nursery, dah tadika Alesha kata tak perlu datang Jumaat jer. Isnin dah boleh datang. Tapi untuk kebaikan kanak-kanak lain di nursery.. kami akur perintah nursery. Tiada hal punya.. Demi keselamatan anak juga. Jadi dalam kelam kabut, Alesha laa yang jaga Aimy di kerusi sebelah aku dalam kereta. Nasiblah tak sempat tukar gear dah sampai huhu. Aimy punya melalak dalam kereta dek gayat.. Diam terus bila diangkat. Tapi bila diserah pada Cikgu Nursery.. dia memula senyum, kemudian mencebek terus meraung tak hingat.. Menangis bersungguh-sungguh. Aduhaii tak sampainya hati.. sedih pula. Tawakal sajalah.

Balik kerja, Aimy dah diambil ayahnya dari nursery. Tidur jer dia, macam lesu, longlai dan tak aktif.. memang tidur jer.. letih benar. Mana taknya, kata cikgunya menangis seharian.. Buatlah apa saja..didukung sepanjang masa pun TETAP MENANGIS SEKUAT HATI!!.. Non Stop dia nangis.. sampai petang.. Aku tak sure dia makan ke idak atau minum susu ke idak. Takut depa cuba bagi dia tanak dan terbuang begitu saja. 2 hari Aimy begitu.. aduhai kesiannya.. Malam hari ke 2 ke nursery (Rabu malam Khamis).. demam Aimy kembali tinggi.. Aduhai... Bila minum susu, tak sempat 2 minit dah muntah berlambak-lambak dikala tengah tidur nyenyak.. Malam tu saja 5 kali dia muntah.. sampai lembik. Dah laa dia nak berak menangis-nangis - sembelit kembali. Kami tak sempat mencari pisang untuk Aimy. Aduhai ciannya anak ibu.. Paling kesian tengok dia muntah. Sebaik kami bersihkan dia, tukar baju.. dia longlai.. terus terpejam mata kepenatan.. Tidur. Risaunya hati.. tambah bila melihat muntahnya dah macam orang mengandung, air kuning pekat keluar sebanyak-banyaknya. Mungkin perut dia kosong dek tak nak makan minum dan asyik menangis. Bibir pula merah tanda panas badan.. dan agak kering. Aduhaii.. Tuhan saja yang mengetahui hati ini. Berjaga sampai 3.30 pagi aku memantau suhunya. Setiap 10 minit cek suhu.. asyik turun naik. Dah jam 3 baru agak stabil. Alhamdulillah. Baru lega sedikit aku nak tidur.

Pagi suhu Aimy naik semula... 38+C. Aduhai.. terus bagi ubat demam. Mandikan. Siap dia dah terberak entah bila kami tak perasan. Aduhai cian adik.. Dah siap mandi.. minum ubat dan susu. Suhu dia tak bergerak turun sangat.. Ku basahkan saja dia sesambil bersiap ke pejabat. Tak sampai hati, tapi apa kan daya aku.. Aku perlu kerja untuk anak-anakku. Tawakal saja hantar ke nursery. Alesha masih meneman Aimy di dalam kereta tetiap pagi. Adani saja yang ke tadika dengan ayahnya. Dah bebetul jadi anak manja ayah Adani sekarang. Kakaknya dah tak dah, dia lak yang ambil alih hehe. Semua nak ayah.. kekeke.

Tengahari call nursery, alhamdulillah Aimy dah kurang menangis. Dah mahu tidur dan menyusu di nursery. Suhu pun dah turun 37+. Suhu dedar tu biasa untuk dia. Syukur alhamdulillah.. Harap makin sihat dan terus sihat ya dik.. Tapi aimy mula mudah berak. Hinggakan terllau cair macam ceret pula. Meleleh-leleh sampai ke lantai.. Kelam kabut kami nak mengelap...huhu. Kemudian ada lagi aimy muntah.. mengelap lagi.. Tukar baju lagi.. risau tul, apa kena asyik muntah dan ceret jer pulak ni?? Aduhaii....

Entah jam berapa dinihari, Adani batuk.. terus termuntah atas katil bersambung ke bilik air. Dia punya busuk loya tak terkata aku.. rasa aku yang nak muntah pula...kekkee. Adani ni tak boleh sakit sikit. kemudian suka batuk malam-malam. Bila batuk.. habislah susu yang baru dia minum akan dikeluarkan.

Subuh jumaat cik abg teruk benar kena ceret beret. Entah apa silap dimakan WaAllahualam.. sama ada makanan kat pejabat dia atau dinner kami malam tu. Tapi aku ok laks.. hmm entah laa. Akhirnya dia bergegas ke klinik selepas menghantar Adani ke tadika. Aku tunggu di rumah bersama Alesha dan Aimy, dah cik abang suruh tunggu. Semua kelengkapan nursery dah siap. Cik abang pula kejap nak suruh hantar aimy ke nursery kejap tak mahu, kejap kesian, kejap suruh hantar takut tak terlarat nanti.. sudahnya aku dah nak hantar.. tak payah pula katanya. Bengang sungguh aku, sebab beriya aku nunggu dia tadi.. sudahnya kejap itu kejap ini ... Lambat aku ke pejabat. Dah laa membersihkan kain-kain kena muntah lagi. Tak tahan betul aku baunya yang meloyakan.

Tengahari aku beli lauk dan balik ke rumah. Cek suhu Aimy dah turun dari 38++ walau masih dedar. Adani pula dah mencanak naik 39.7C.. aduhai dah semuanya demam termasuk cik abang aku. BAru nak baik dah jadi balik.. penatnyaaa...Alesha dan aku jer yang alhamdulillah ok setakat ini.. walau dah ada bunga-bunga demam selsema. Cik abang tak lalu pula nak makan nasi.. alahai. Aimy pula makan nestum ok jer pula. Paksa Adani makan ubat dan bagi air zam-zam. Nak ke pejabat semula pula jadi serba salah pula. Pesan kat Alesha, Alesha kena jaga ayah, adani dan aimy.. sebab alesha jer yang sihat.. Terus alesha jawab "Alaaa ramainya nak jaga.. penatlah ibu..." hahaha.

Alhamdulillah suhu aimy terusan ok..walau kadang masih dedar. Lega sikit rasa hati.. syukurr.. Balik lewat dari pejabat dek kerja yang bertimbun. Adani pun sama. Terus sihat!.SYUKUR!! Cik abg pun dah nampak ok banyak.. Hmm entah berapa kali demam berulanag cik abang dan adani serta Aimy pun aku tak tahu.. Pelik aku, terutama part cik abang..

Dalam tak sihat tu, pagi sabtu tadi nak jejugak cik abg ke pejabat ada AGM Kelab Kakitangan mereka. Tugasan biasa, mengambil gambar. Aku tak berhenti membasuh kain dan pinggan dari malam. Terutama segala yang kena muntah yang perlu dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Lega bila lihat dapur dan kain clear.. Tinggal yang nak berlipat jer dah masuk 2.5 bakul besarrrrrrrrrrrr punya!!! haha

Petang tadi selepas cik abang balik pejabat, kami bertolak ke Kajang pula. Nak melihat baby baru - anak kakakku Amirul Nur Adam. Mak pun ada di sana. Maka asyik makan dan borak jer kami hehe. Aimy pun sejak semalam - Jumaat, baik jer dia.. senyum jer dia.. dan mula aktif bergolek semula.. dan asyik tersenyum dan tersenyum. Harapnya adik mudah nak sihat dan berkekalan sihat.. Aminn


Hmm nantikan entri pasal maid aku.. dah ngantuk sangat ni.. Nanti laa sambung di entri lain ;}

Sabtu, 17 April 2010

Hari ke 5..

Hari ni doktor tukar lagi sekali antibiotik. Sebab suhu aimy naik tghari khamis sampai ke malam. Walau dah 2 kali dimasukkan ubat buntut.Bagi ubat tak turun, bermakna tiada respon pada antibiotik tersebut. Kemudian doktor dah mulakan bagi ubat FLU HEART yang biasanya diberi pada pesakit H1N1.

Petang Aimy mula nak main dan cergas kata cik abg. Kalau tidak merengek jer sepanjang hari. Hari ni dapat mainan yang diberi Norliza kawan sepejabat ku. Cantik! Bawa ke hospital. Sakan Aimy main dan gigit hahaha/

Adani tak ikut ke hospital. Asyik tidur kata opah depa.. Balik tadika tidur, kul 6 lapas mandi pun tidur hahaha. Mana tak tinggal dia.. haha

ALHAMDULILLAH result H1N1 Aimy menunjukkan NEGATIF... Dan yang bagusnya, selsema dia dah hilang banyak. Tapi line di tangan Aimy ditanggalkan kerana dah bengkak. Tu yang jep kena cuuck punggung jer. Makan ubat Flu pun pakai paksa masuk mulut hehe.

Aku kalut di pejabat siang tadi. Tension dan serabut pala otak, rasa nak jerit jer. Tiada siap yang nak bantu dan back-up aku.. aduhai. NAsiblah ada jamuan sedikit, kalau tidak kelaparan aku tak keluar makan dan asyik buat kerja.

Oklah sambung kemudian.. ngantuk sesangat2 dah ni...asyik tersengguk depan nbook.

Khamis, 15 April 2010

7 kali warded pabila hampir 1 tahun

Sejak warded hari Isnin.. suhu Aimy alhamdulillah makin menurun. Isnin aku MC. Cik abg pun MC. Dia memang teruk gak demam. Aku pulak migrain dan macam nak demam juga. Dah masing-masing dapat MC. Selasa Cik abg yg jaga Aimy aku terpaksa kerja.

Tapi hari ni, suhu Aimy naik semula.. dah masuk ubat buntut jam 11 pagi tadi pun dok 38+ lagi.. Sepanjang pagi dia menangis tak berhenti. Aku bawa mandi pun masih menangis. Akhirnya bawa keluar bilik jalan-jalan sekitar tingkat 3 ni, baru dia diam. Tapi masuk bilik, nangis balik adoii. BAgi susu sakan dia nyonyot.. nak bagi makan biskut cam tak mau dia. Last buatkan susu, masuk sket biskut yang dah cair tu ke dalam susu. Dek dia nak susu lagi, lambat kami pergi fisio. Lepas fisio kul 12 dia tertidur..minum air jer pulak. Nak bagi nestum tengahari dia dah nak tidur jer pulak. Aku pun tertidur sama.. Dia terjaga kul 3.45.. terus aku bagi air lagi sebab fikir nak bawa fisio terus kul 4. Nak fisio kena puasa 2 jam. Tapi kesian dia nampak lapar. Jadi sebelum naik fisio, aku buat susu panas siap-siap..

Balik fisio dah suam2 susu.. laju sungguh aimy minum...lapar sangat2 laa tuh hehe. Pastu dah dia nak terlelap.. bagi air lagi. Tak lama kena neb laks.. dah jaga semula. Nangis-nangis sket cam lapar lagi. Terus buatkan nestum dia...bertambah 2 kali.. hahaha. Buncit perut. Lepas makan, bagi air...terus tidur terbongkang haha. Cik abg datang ngan anak2 dalam kul 5.45 petang, baru aimy jaga. Doktor pun datang.. dia risau suhu aimy naik semula. Last dia decide buat test darah lagi sekali dan swap test utk H1N1. Cik abg mandikan aimy sementara aku sediakan semua kelengkapan dan bajunya. Tak sempat pakai baju, doktor datang lagi. Dia nak buat swap test H1N1 kat aimy. Darah belum ambil lagi untuk test kali ke 2.

Tadi cik abg bawa aimy keluar bilik pas mandi. Katanya bilik yg opismate dia duduk tu dah tertampal NO VISITOR. Aduss berdebar aku. Dah laa opismate cik abg tu ngan anaknya masuk bilik aku semalam. Tapi opismate cik abg yg saja datang check up tu duduk pegang aimy, yang sakit dan warded bersama anak tu dia dok depan pintu jer.. Tadi masa balik fisio aku tgk dia berlegar di depan bilik dia.. Hairan gak aku.. sebab masa tu aku dah dengar dari sorang ibu yg sesama menunggu anaknya fisio tadi, bilik 304 dan 306 suspek H1N1. Tapi masa tadi aku lalu, takde lagi tempek NO VISITOR tu.. aduhai.. patut depa nasihat opismate cik abg jgn keluar.. sebab dah suspek dari awal kan.. Alahai.. Dah laa aimy ni kurang antibodi.. sensitif sangat pulak.. ya Allah janganlahh kena.. minta dijauhkan laa.. nauzubillah..

Esok aku kena gi opis gak.. tak boleh cuti lama sangat. Risau aku. Cik abg haritu plan cuti selasa jer untuk hal MATA aimy di HKL. Sekali bila bibik lari..semalam dia terpaksa sambung cuti. Alang-alang nak keja sehari jer, last dia direct cuti seminggu huhu. So malam ni Aimy sekali lagi ayahnya jaga. Kiranya setakat ni sama adil 2 malam sorang. Sok malam aku semula laa kut. Ibu mesti kena lebih kekkee.

Harapnya Aimy cepatlah sembuh. Dia dah boring lama sangat duduk hospital.

Rabu, 14 April 2010

Kehilangan bagaikan berita kematian... ?

Hari ini aku tak lari dari memikir hal dia sahaja. Kehilangannya bagai menerima berita kematian. Sedih pilu rasa hati. Cik Abang aku suruh lupakan, dah malas fikir katanya. Biarlah dia. Dia boleh laa cepat lupa.. sebab dari awal dan segalanya datang dari aku.. dari usaha, dari kudrat, masa, kewangan malah segalanya aku uruskan. Manalah tak rasa lelah kita tidak dihargai.

Hmm aku tak kata aku baik.. apatah lagi baik sangat.. Dalam setiap perhubungan insan, pasti ada terkurang lebihnya.. Tambah pula dalam hubungan yang melibatkan kerja dan ramai insan.. Aku dan suami sebagai majikan, bibik sebagai pekerja dan anak-anak sebagai tugasan utama. Apa pun aku telah cuba yang terbaik, tapi mungkin belum cukup baik dan diharap pada dia. Mungkin diharapnya aku tak akan menegur, berasa tak senang dengan sikap sukahati dia membuat kerja dan sebagainya.. agaknya dipintanya aku suka saja apa yang dibuatnya.. Kalau itu diharapkan, ia tidak layak bekerja dengan sesiapa pun.. Malah perkataan pertama yang dia luahkan masa baru sampai ke rumahku.. "Ajarlah apa yang saya tak tahu, saya bodoh tak pandai" itu hanya di bibir, bukan ikhlas dari hati, atau dia terlupa mengenal diri sendiri. Yerlah macam kita juga, kadang minta orang menegur kalau ada salah.. tapi bila ada yang benar-benar menegur.. tersentap juga sesetengahnya. Tak mengapalah.

Maka bekerjalah sendiri.. usahakan sendiri mencari duit. Itu pun sudah pasti melibatkan orang sekeliling. Pasti ada saja memerlukan berhubung dengan orang sekeliling walau bekerja sendiri. Kalau mudah terasa hati, emosional dalam bekerja, asyik berfikir negatif, salah anggapan, suka melawan, suka hantam keromo apabila bertugas tapi bila ditegur salah melenting pula.. lupakan saja nak bekerja dengan orang apatah lagi di rantauan. Pasti berganda sensitifnya. Pantang ada yang tercuit, pasti terus menjadi luka besar..

Aku kadang termenung sendiri, tak sedar air mata menitis.. Aku mencari salah aku, mencari kekurangan aku. Muhasabah diri. Aku yang banyak berhubung dengan dia, suami kalau ada yang tak kena disuruhnya aku juga menegur. Yerlah aku juga manusia biasa. Tapi kalau aku boleh bertolak ansur dengan ketidaksempurnaan dia.. kenapa dia tidak? Sebab dia kurang pendidikan kah?? Oh tidak.. dia bijak benarnya.. cepat menangkap apa saja.. dia duduk dengan kami dah banyak perkataan bahasa inggeris dia tahu.. siap boleh bilang dah dari One to Ten yang dulunya dia tak pandai. Boleh habiskan lagu Happy Birthday yang dulunya dia tak pernah nyanyi. Jadi apa kurangnya dia untuk tidak boleh berlebih kurang. Kadang kurasakan, selambernya dia melawan, menjawab dan buat apa dia suka tanpa rasa hormat pada aku. Tapi mana yang tak mudarat, aku diamkan saja.. tak kuasa nak suarakan.. Nanti mula dikatanya kita tak suka dia. Itulah yang dia kerap menjawab sebagai kesimpulan teguran kita. Aduhai..

Tapi yang pasti, aku dah anggap dia seperti keluarga.. sebagai saudaraku sendiri. Apa saja kulakukan, ku fikirkan dia untuk dipertimbangkan keadaan. Tak pernah aku abaikan dia. Apa yang kami makan dia makan. Ubat gigi aku sama harga dengan dia pakai, tuala wanita aku sama jenama dengan yang dia pakai, segalanya tak berkira.. makanlah apa nak makan yang ada di rumah tu. Tak pernah ada kira mengira dan membandingkan status. Malah aku belas dengan kehidupan dia. Kerana itulah dari awal, macam-macam yang diterimanya, bukan saja dari aku.. malah keluargaku.

Tapi itulah, benarlah kata orang.. Apa yang ku dengar tentang pembantu rumah warga Indonesia benar belaka. Sebaik mana pun mereka, pasti sikap dan masalah yang ditimbulkan sama sahaja. Mungkin sudah budaya mereka begitu.. entahlah. Aku bukan pernah melihat kehidupan mereka untuk aku nilaikan dengan prejudis.. Tapi pengalaman sendiri yang hanya sekali ini, sedikit sebanyak mengajar dan membuka mata aku pada kebanyakan sifat dan kehidupan mereka. Selama ini aku positif sahaja pada sesuatu yang tidak berlaku depan mataku. Aku tidak gemar berprasangka. Hmmm... Tidak hairanlah ramai antara mereka yang sukar untuk mencari nafkah dan menjalani kehidupan. Kalau ramai yang kata Melayu itu layu, rasanya tidak di Malaysia.. Melayu Malaysia Melayu MAJU!. Aku bangga dan bersyukur menjadi warga Malaysia... SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Ayah aku membuat keputusan tiba-tiba untuk datang menjenguk kami. Alahai ayah.. kasihan ayah. Sanggup dari jauh memandu, singgah lagi di Sitiawan. Hampir maghrib baru sampai di rumahku. Terharu aku..sungguh terharu.. Terima kasih ayah dan mak.. Keperihatinan kalian, amat dihargai.. Moga Allah murahkan rezeki, berikan kesihatan yang baik dan panjangkan umur Ayah dan Mak.

Tadi mak aku yang baru sampai ke rumah, jumpa nota ringkas dari dia bila mak belek almari bilik bawah. Hmmm.. terus terlinta di hatiku...sukahatilah, pedulilah hidup sendiri, tak perlulah fikir kami.. Moga bahagia.. Ayat dia buat aku hilang belas padanya. Bak kata ayahku, mereka ni bodoh sombong dan cepat sangat berkecil hati. Tidak boleh ditegur. Dengan budak-budak pun nak ambil hati kata mak pula(mak cakap melalui pemerhatian dia yang kerap duduk beberapa hari di rumahku sejak bibik sampai dulu). Tambahlah dengan kita. Kemudian memang suka menjawab dan melawan, tak ada rasa hormat. Hmm macam yang kufikirkan pula komen orang tua ku kekekeke. Terus aku rasa ok. Tak rugi apa-apa kut aku...Biarlah dia. Bak kata mak lagi, Allah tu Maha Mengetahui.. setiap yang berlaku DIA tahu mengapa dan kenapa.. pasti ada hikmah dariNYA. Rancak kami berborak hal pembantu rumah sedara mara dan rakan-rakan yang kami kenali. Rata-rata memang sama jer rupabentuk kejadian, sifat dan sikapnya hahaha.

Kemudian kelakar pasal personal bond kan.. dah laa kita ditimpa musibah pembantu rumah lari, kita juga kena keluarkan duit RM250 membayarnya. Aduhai.. Pembantu rumah yang terlibat senang lenang tak fikir masalah orang lain. Dah laa kesempitan sedikit, ada pula yang memerlukan duit begini.. aduhai.. Tertekan jadinya. Apa pun dah selesai segala urusan membuat laporan di balai polis dan imigresen. Semudah ABC kata orang hehehe.

Hendak ku ceritakan pula gelagat anak-anak. Cik abang dan anak-anak sampai di hospital dalam jam 12++ tengahari tak salah. Terus sibuk masing-masing nak bercerita. Cik abang pula katanya hanya sempat buat semula/mengesahkan report di Balai Polis sahaja. Susu anak tak sempat beli ke imigresen pun tak sempat. Dia terpaksa ambil tugas lama dia semula di rumah (menyidai kain) kekekkeke. Ku tanyakan pada Alesha dan Adani.. Bibik lari ke ? Adani jawab "bibik lari laju sangat" hahahhaa. Alesha pula, "Ibu call laa bibik.. tanya dia dekat mana.. suruh dia balik". Huh dalam dia suka membuli bibik dengan sikap nakalnya, Alesha yang nampak gelabah dan concern hal ini. Berulang kali dia suruh aku telefon bibiknya. Kata cik abang pula, Adani bangun jer tidur terus cakap "Adani taknak pergi nursery..." Aduhai.. sedih pula aku dengan respon anak-anak dengan kejadian ini. Mereka sendiri pandai menghargai.. kenapa tidak Bibik? Bila ku tanya, mereka sayang ke bibik? Dua-dua mengangguk dan jawab sayang. Aku pujuk mereka untuk ke nursery semula.. Nak set semula minda mereka bukan senang. Maklumlah dah sedap duduk rumah bermalasan dan tak ikut jadual seperti nursery.

Aku keluar ke imigresen bersama Alesha dan Adani. Cik abang menggantikan aku menjaga Aimy. Dalam kereta, aku terkenang hal bibik.. Terus aku berikan soalan-soalan buat anak-anak. Selama ini ada tak bibik buat apa-apa pada mereka kalau tak nakal? Adani jawab tak ada.. Alesha pula jawab dia tak suka bila bibik marah tak kasi dia keluar.. nanti bibik pukul kaki katanya. Sakit!. Hehe... Tapi kemudian Alesha bersuara lagi...suruh telefon lagi bibik. Dia tak mahu pergi nursery. Sedangkan di hospital tadi, dia gembira juga bila diberitahu mereka perlu ke nursery setelah bibik tiada. Alesha suka sebab ramai kawan. Adani pula tak suka sebab kena ikut jadual gamaknya.

Bila ku beritahu Atok dan Opah mereka nak datang, terus Alesha cakap.. suruh atok dan opah laa jaga Aimy dengan Alesha dengan Adani. Aku cakap, mana boleh.. mereka dah tua.. tak baik suruh mereka jaga. Kemudian aku cakap, minggu ni sahaja pakcik van akan hantar mereka ke rumah selepas tadika. Mulai minggu depan, ibu akan suruh pakcik zainal hantar ke nursery. Bulan depan pula, tak naik dah van.. naik kereta Teacher Harliza pula balik dari tadika. Sekali Alesha membalas, "Suruh pakcik Zainal hantar rumah gak laa ibu.. Biar Alesha jaga diri sendiri.." hahahaha. Adani pula masih merayu taknak duduk nursery. Tak lama keluar lagi persoalan Alesha.. "Kalau bibik balik, suruh bibik tolong atok dengan opah jaga alesha, aimy dengan adani.. tak penat sangat atok dengan opah". Kemudian dia sambung lagi, "Kalau bibik balik, Alesha tolong bibik kemas.. " pastu banyak laa ayat kalau dia pasal bibik dia.. Aku suruh dia terima kenyataan, bahawa bibik dia tak akan balik. Bibik dah taknak kerja dan duduk dengan kita lagi. JAdi takde kalau-kalau dia balik Aleshaaa... Dengan tak disangka Adani menyampuk.. "IShh kakak ni.. Kan Bibik dah tak suka kita laa kakakkkkk, dia tak mau balik.. dia lari laju!!" hahahhaha.. hambik ko... hahahaha. Benarnya Alesha ni berjiwa penyayang terlampau. Dia cepat rasa sayang dengan orang dan haiwan. Tapi luarannya sungguh kasar.. hehe. Sekarang ni, dia belum dapat menerima kenyataan. Adani pula jenis tegas dan berprinsip, ada displin. Aimy pula dari malam bibik lari asyik menangis, kurang tidur dia bila asyik mengamok..sampai tengahari siang tadi baru dia slow down sedikit dan dah nak tidur. Penat sangat la tuh mengamok. Mudah sikit dia tidur walau selalu terkejut. Lega sikit. Risau pula aku kalau hantar ke orang atau nursery jaga nanti. Sebab sejak ada bibik, Aimy terbiasa berdokong dan diberi perhatian dek bibiknya. Paling risau, aku takut penyakitnya kerap timbul bila duduk nursery. Apa pun aku amat berharap Aimy lebih kuat selepas ini. Kadang akal dan sikap anak-anak ni membuat kita tak berhenti berfikir dan terus berfikir...mula la macam-macam keluar di kepala.. huhu.

Pagi tadi aku sms boss aku, tak berjawab langsung. Hmm malas nak fikir. Apa pun aku harap dia bertimbangrasa sedikit dan beri aku sedikit ruang. Kerja aku semua dah aku selesaikan mana yang perlu disegerakan. Aku mungkin masuk bekerja hari Jumaat. Tak boleh cuti lama dan berterusan. Aku sedar hal cuti ini, tapi tolonglah fahami... aku tak pernah ambil peluang. Aku bercuti untuk hal penting yang sepatutnya sahaja.

Moga Allah memakbulkan doa kami, mempermudahkan urusan kami, mempercepatkan segala yang tertangguh dan terbiar. Aminn.. Untuk Bibik.. Allah Maha Mengetahui.. Biarlah Allah tentukan segalanya untukmu. Selamat tinggal bik..! :((

Syedihhhh... Tak sangka...

Dah laa aku di hospital.. diduga dengan anak-anak yang sakit, diduga pula dengan kerja yang tak termenang tangan dan akalku.. BIBIK LARI!! pula.. Itulah sms yang aku dapat dari suamiku jam 23.37 sebaik 5-10 minit suami dan anak-anak sampai di rumah dari hospital tadi.

Berkecamuk fikiranku, luluh hatiku, mengigil tanganku, sejuk semuanya... ya Allah bertimpa-timpa dugaan dari MU.. Permudahkan kami, berkatilah hidup kami, ampunlah segala dosa-dosa kami, kasihanilah kami.. Sesungguhnya tiada apa lagi yang boleh aku lakukan, selain bermohon darimu ya Allah..

Sampainyaaaa hati mu Bik.. sedih saya diperlakukan begini.. Kamu aniaya kami bibik.. Berdosa tau aniaya orang..Tak berkat hidup, hati tak tenang. Kami percaya kamu baik.. tapi kenapa sampai terpengaruh begini?? Pasti ada yang mengambil kamu..Kamu ikut Bibik As lari ya??? Patutlah saya dapat rasakan 2 hari ni kamu keluar masuk bilik.. sudah tentu mencari passport. Dah saya terpandang passport tu semalam.. ada yang mengusiknya, terfikir juga nak dibawa ke pejabat seperti yang dinasihat dek Kak Ina dan rakan sepejabat. Tapi entah apa pula agaknya yang meghalangku. Mungkin terlalu percaya kamu. Terlalu percaya keikhlasan kamu. Hmm.. dah nak jadi agaknya.. Sesungguhnya saya sedih bik.. tak sangka.. sungguh tak sangka tanpa sebab yang kukuh bibik lari begitu saja.. Bibik buatkan saya tak percaya orang sebangsa bibik.. Seriknyaaa terasa... huhu.

Pagi tadi aku tegur, kenapa naik bilik banyak kali.. naik pagi sudahlah bersihkan macam biasa kalau sempat (aku tak suruh pun, suruh weekend jer.. tapi dia buat gak bila aimy tidur... Dia memang biasa naik sekali jer.. pagi masa Aimy tido)untuk menyapu di ruang atas. Tapi 2 hari ni aku rasa dia naik lebih dari sekali. Aku juga menegur dia yang dah 3 kali masuk bilik aku tanpa ketuk pintu. MAsam jer muka bila ditegur.. Tapi kali ni tak menjawab macam selalu bila ditegur. Jadi aku pun tak cakap banyak.. terus pergi kerja. Adani pula masih demam panas. Banyak aku pesan bab bagi makan ubat pada Adani. Adani tak ke tadika dah 2 hari. Aku call dalam 11.30 pagi ke telefon rumah. Takde yang menjawab. Call banyak kali pun tak berjawab. Akhirnya call telefon bimbit bibik.. lambat baru berjawab. Tanya anak-anak dah makan? bibik masak? Dia kata dia masak dan budak-budak taknak makan. Aku balik tengahari, aku tengok periuk nasi menyala.. tapi tanya bibik.. tak masak lauk ke?? Dia kata "takkk..." sambil geleng cuak.. hmm tadi kata masak. Aduhai. NAsib aku beli roti untuk anak-anak banyak.. aku makan roti jer sambil cek suhu anak-anak. Saja jer balik, risaukan bebudak ni demam.

Lupa nak cerita, sabtu lepas masa balik rumah MIL.. Ntah macam mana, MIL terborak pasal bibik.. Dia cakap bibik kata tak dapat tidur siang, tak sempat dah jaga budak-budak. HAHAHAHHA. ya Allah tak sangka laks aku dia leh cakap gitu.. Sedangkan depan aku sendiri dia lena diulit mimpi di living room hahhaa. KAdang siap masuk bilik dia dan tidur atas katil dia ...terutama bila hari cuti, kami ada nak tengokkan anak-anak. Itu dia kata tak tido siang?? Wah bidaah..!! kekeke. TApi ada aku ni nak kejut dia tidur?? Tak kuasa aku walau rasa menjengkelkan.. tak sampai hati pula nak kejut orang tidur. Jadi akhirnya aku biar sampai dia sedar sendiri... dan aku buat kerja aku. Tapi ini balasan dia pada aku???!!!! Dah laa aku belikan baju raya kat dia Jumaat lepas.. Sebab ada diskaun.. Aku beli 2 pasang.. 1 untuk dia, 1 utk aku.. semata nak bagi dia hadiah untuk raya.. sementelah ada peluang murah kan. Tapi dek rasa tak surprise.. aku simpan dulu baju raya tersebut dan tak bagi lagi. Tunggu bulan puasa hehe. Hmm.. nampak gayanya aku bagi anak buah aku laa.. kekeke. Dah laa masa beli pun ada terfikir hal ni.. nak bagi bila?? Kalau lewat-lewat sesilap tak sempat bagi hahahaha. Sekali betul!! aduhai..

Suami ku dah bawa apa dokumen yang tinggal dan membuat laporan di balai berhampiran rumah. Setelah selesai, katanya esok kena sahkan laporan di Pejabat Polis di Subang Jaya dan ke imigresen pula batalkan permit. Melayang lagi RM250 kerana kamu bibik untuk Personal Bond...aduhai..masalah duit lagi huhu. Hmmm.. dulu kami asyik berdolak dalik nak ambil pembantu rumah.. Banyak yang kami fikirkan, terasa banyak yang nak kena buat. Tambahan pula kosnya tinggi. Asyik teragak-agak hendak membuat keputusan. Dah laa sedari kami berkahwin dah bincang hal 'maid' ni.. Memang kalau boleh tak mahu. TApi semuanya demi anakku AIMY SUFIA.. kasihan dia.. Apa nak buat kalau itu saja alternatifnya?? Akhirnya ini balasan yang kami terima??? KAsihannya Aimy.. sedih aku.. kesiann adik.. huhu.

Kata jiran belakang, dalam jam 8 lebih dia nampak pintu belakang terbuka.. Dalam dia sibuk-sibuk masak.. dah tertutup dah pintu tu. Memang bibik keluar dari pintu belakang dan kuncinya di letak di atas mesin basuh. Rasanya dia keluar sebaik kami keluar. Aku balik dari pejabat sampai di rumah dalam jam 6.40 petang. Bersiap mandi kemas baju semua..mencari brooch hilang..dah nak dekat jam 8. Kiranya jam 8 juga kami keluar rumah. Tak sangkanyaa... huhuhu...Tak ada siapa nampak. Jadi kami syak mesti ada yang mengambil. Mana dia tahu selok belok di sini... Keluar sendiri pun dia tak pernah. Aduhai bibik.. kenapa buat begini?? Tak rasa ke bibik membebankan semua orang?? Tak rasa ke menganiaya orang?? Sampainyaaa hati bibik.. Esok no telefon bibik pun saya nak batalkan, dah guna nama saya kan. Harapnya tak adalah tiket feri atau bibik tak boleh balik dan keluar dari Malaysia kerana tiada surat keluar malaysia dari imigresen. Kesian suami bibik nasihat macam-macam.. huhu.

Tak apalah bibik.. sukahatilah nak lari pun. Allah Maha Mengetahui.

Isnin, 12 April 2010

Kunun tidak di sinun, tapi udah ke sinin pula..

Hmmm.. tak terkata... Sejak petang khamis lepas suhu aimy mula meningkat kepada 37.8-37.9C. Pagi Jumaat mendadak jadi 38.9C. Aduhai... Terus bawa ke klinik pepagi hari sekali lagi. Dapat ubat yang lbh kurang sama dan ditambah antibiotik. Tapi suhu cuma jatuh sikit jer selepas makan ubat, 37.8-37.7C lebih kurang. Tapi habis kuasa ubat, naik balik 38+++C. Aduhai aimy.. apakah dugaan pula kali ini. Patutnya bawa ke hospital terus ni.. tapi entahlah..

Tiba ahad.. suhu tak turun langsung dari 38C walau selepas makan ubat. Inhaler dari 2 kali sehari telah kami kerapkan menjadi 4 jam sekali sejak Jumaat. Tapi batuknya makin menjadi-jadi. Betik telah diberhentikan hari rabu lepas tak salah. Aimy mula memakan pisang emas sejak khamis. Alhamdulillah dia lawas dan mudah berak walau tak berak selama 2 hari. Sampai terpancut-pancut keluar tak sempat ditahan hahaha. Kalau dengan betik, pasti hari-hari lawas dan agak cair sedikit.

Petang Sabtu arakian bermula satu keluarga tak sihat. Dari aimy, Alesha, Adani dan Cik abang..!! Aku baru terasa pening kepala dan panas mata dan tengkuk. Cik abang dah lembik.. tidur jer dia haha. Pinggang sebelah kanan aku macam ditendang dan diterajang orang punyalah sakit sampai tak boleh nak pusing badan, tunduk dan berjalan.. Sakitnyaaa...!! Sebelah pula tuh.. dari kepala sampai ke kaki sebelah kanan jer sakit. Paling teruk pinggang belakang belah kanan. Cik abg laks mula laa monyok dan lemah jer.. biasalah dia.. kalau sakit tu, teruk benor rupanya haha. Alesha dan Adani masih ligat walau demam sedikit. Tapi Adani dah muntah malam semalam.. dah asyik batuk saja. Malam lagi teruk batuknya.. siang tak dengar bunyi.

Pagi isnin, terpaksa bawa Aimy dan Adani ke klinik. Dua-dua suhu melebihi 38.5C. Aduhai.. Awal Adani dah bangun nak mandi. Gatal-gatal badannya dek peluh. Alesha pula jenuh nak mengejut ke sekolah kali ni. Mana taknya, dah laa tidur lambat.. makan ubat pula malam tu..mengantuk laa lagi hehe. Tapi Alesha dah tak panas. Sihat. Lepas semua sarapan, terus keluar rumah ke klinik. Adani kena nebuelizer, Aimy pula dapat refer letter. Sementara aku pula dapat ubat migrain dan MC hehe. Ingat nak patah balik umah jap hantar Adani, suh dia rest kat rumah. Sebab sure Doktor Koshy kul 10 baru ada kat klinik, masa tu baru jam 9.20 pagi gitu. Tapi cik abang dah malas nak patah balik, so terus ke DEMC bawa adani sekali. Teruk pula dengar Adani batuk dengan panasnya tak turun lagi.. Aimy pula, laju jer minum susu ada ubat.

Sampai di DEMC, kami dapat giliran ke 2. Tapi seperti yang ku jangkakan, memang doktor tak masuk klinik lagi, dah tentu dia masih melawat pesakit di ward. Tiba giliran, doktor kata dah teruk sikit dada aimy. Kalau macam ini, pastinya tak boleh dibius. Dengan demam teruk, selsema, kahak banyak. Jadi hendak tak hendak, terpaksa dia nasihatkan kami batal temujanji dengan doktor pakar mata di HKL. Dr Koshy juga sarankan Aimy dimasukkan ke dalam ward. Dia perlukan neubelizer setiap 3-4 jam sehari.

Aduhai.. ini laa yang kununnya tidak jadi masuk ward di HKL, masuk pula ward di DEMC huhu.. Baru aku bersemangat nak ke HKL esok, melihat mesin baru yang diperkatakan. Malah nak tengok anak cepat sihat dan dihindar matanya dari sebarang sakit yang kritikal.. Aminn...Tapi Allah Maha Mengetahui.. perancangan Allah adalah terbaik.

JAdi tadi kami balik dulu ke rumah, kemas bag dan sedia barang keperluan untuk aimy di ward. Sempat rehat dan lelapkan mata sebentar di rumah hahaha. Letih jaga anak tak sihat malam2. Sementelah menunggu bilik yang ada dikosongkan oleh pesakit lain. Biasalah DEMC, tak cukup bilik. Cepatlah berpindah ke Sek 14 Shah Alam.. luas sikit!haha. Tapi dah tentu harga bilik pun naik bila dah berpindah di bangunan sendiri yang lebih besar. Macam PUSRAWI laa.. heheheh.

Tadi tak dapat bilik 303 cam dulu. Dah 2 kali kami dapat bilik 303. Tu anak-anak pun asyik tersasul masuk bilik orang lain haha. Aimy pun tak cam biasa masuk bilik senyum simpul. Kali ni menangis dia bila masuk bilik 302 di tingkat 3 tu tadi. TApi yang bagusnya, nurse dah kenal sangat dengan kami sekeluarga. Sampaikan siap tanya Adani, kenapa tak ada gambar kakak dalam majalah? Gambar adik jer ada... hehe. Adani di hospital tadi suhu mencecah 39.6C.. aduhai, Adani kalau demam beginilah dia.. suhu tinggi dan asyik muntah huhu.

TAdi petang sempat aku call HKL. Tapi orang yang mengangkat tak tahu cerita. Katanya takde pula nama Aimy dalam jadual esok. JAdi dia suruh call esok untuk memberitahu doktor sendiri kami tak dapat datang dek kerana Aimy begitu.

Malam ni aku jaga Adani dan Alesha di rumah, Cik Abang jaga Aimy di hospital. Esok malam baru giliran aku. Kali ni kena bergilir dek kerja yang banyak dan cuti yang kena jimat cermat. Di pejabat, aku kan buat kerja 3 orang. Dah la 3 orang tu takde.. bayangkan kalau aku takde sepanjang minggu. Dah laa tiap-tiap hari ada urgent request, kang jadi apa-apa... aku juga akan kena menjawab.

Kali ni lupa nak sms sesiapa bab aimy warded. Cuma 2 orang sahaja tahu, tu pun sebab mereka sms aku dengan hal masing2.

Sabtu pepagi hari aku dah kelam kabut. Saja nak gi meng'exam'kan diri kat Sek Men Keb Seksyen 11. Wah tak ku sangka sekolah ini ada bas sendiri. Agaknya sebab sekolah khas sukan bola sepak agaknya...(ini pun aku baru tau haha)huhu. Selesai jer dalam 4.20ptg, terus sakit pinggang, belakang dan kaki hahaha.

Ok lah cukup setakat ini.. kalau salah dan tunggang langgang bicara, sorrylah aku menaip dalam keadaan terlalu letih dan mengantuk huhu

Aku teringin sangat nak gi KONSERT DOUBLE TROUBLE... huhu

Sabtu, 10 April 2010

9 April 2010

Suhu Aimy naik dari pagi lagi.. hampir 39C. Risau aku. Ajak cik abg bawa adik gi klinik. Adik kena neb, kahak dah mula mengelegak bunyi. Dapat ubat macam last week, dan juga tambahan antibiotik. HArapnya adik rasi dengan ubat-ubat ini tanpa perlu jumpa pakar. Cepatlah sihat dek.. kita nak cek mata. Kalau tak cek bahaya. Kalau ada demam selsema, tak leh cek pula.. alahai.. risau.

Selesai di klinik, pergi pula ke Sek Rendah Agama Integrasi di Sek 19. Menghantar borang pendaftaran sekolah Alesha. Kena hantar sebelum 30 April. Tadi kata cik abang, untuk exam 29 Mei ni.. Alesha dapat kelas G. Wah baru 9 hari buka pendaftaran dah kelas G untuk exam... ramainyaa!! Yerlah no borang Alesha pun dah 194! huhu...

Hantar Aimy balik, terus ke pejabat. Lewat 20 minit lebih kurang aku. TAwakal jer laa..Terus buat kerja tanpa rehat seminit pun huhu. Mengah ke sana ke mari.

Tengahari ke Mydin dengan sorang kawan. Jumpa kawan pejabat dari Bukit Jelutong. Sempat rembat baju kurung murah giler..! RM19.90 jer sepasang.. hahahaha.

Balik lewat lagi untuk kesekian kalinya. Kerja banyak sangat, semua urgent! Dah laa aku seorang.. aduhai serabut pala selagi tak selesai huhu.

Alhamdulillah suhu Aimy dah turun banyak walau masih demam. Paling tidak takdelah mencecah 38C. Bergolek jer dia bila dah sihat sikit. Kalau tak tidur jer. Masa dah terlelap, Aimy batuk. Terus muntah selambak... aduhai kesiannya anak aku. Dah la nak tidur susah. Aku basuhkan badannya yang kena munta serta gantikan baju, cik abg lap sana sini yang kena muntah. Adani leh nak usik laks muntah adiknya.. ishh

Dah lega muntah, mudah dia nak tidur. Bolehlah aku buka tenet kekeke. Semua dah tidur. Sekali terdengar laks Adani batuk. Tak lama, dengar muntah.. aduhai kelam kabut gi kat dia lak. Bawa Adani masuk bilik air.. dia muntah lagi berlambak-lambak. Hmmm.. budak manja ni seksa nak makan ubat. Pastu suka benar batuk malam-malam. Jenuh pula menjirus muntah dan membasuh baju yang kena muntah. Mandikan Adani yang dah busuk dek muntah. Terpaksa Adani menyelit atas katil kami dah katilnya basah sedikit di bahagian kegemaran dia tidur.

Ya ALLAH.. berikanlah kesihatan terbaik buat anak-anakku. Amin...

Jumaat, 9 April 2010

Panggilan telefon hari Khamis






Dari pagi aku menanti satu panggilan. Tanya cik abg, kut dia dapat. Takde pun. AKu pun takde. Hmm selalu kalau nak kena warded HKL ahad.. Khamis begini dia dah call. Tapi takde..

Dalam 4.45 petang, dapat satu panggilan telefon. Ku lihat nombor, ku agak ni mesti dari HKL. Memang betul. DOktor yang call. Aku tak jelas dia sebut namanya. Rasanya doktor perempuan berbangsa cina yang lawa tu ...hehe. Doktor tu bagitahu aku kena bawak Aimy ke klinik pakar mata 12hb. Pastu dia tukar pula, "eh bukan..13hb.". Pelik pula, aku terus bertanya, kami diarahkan masuk wad 11 hb hari Ahad doktor, kenapa pula kena datang 13hb? Doktor itu menjawab "Kami baru dapat mesin baru untuk cek mata. Jadi tak perlu masuk Operation Room. So tak perlulah warded". Riang aku mendenagr berita itu. "Alhamdulillah, betul ke tak perlu warded? Jadi datang 13hb jer la ya? BUat di mana doktor? Masuk OT juga ke?" Doktor jawab sambil ketawa sebab panjang alhamdulillah aku haha "tak perlu masuk OT. You pergi ke klinik pakar dan kita akan buat di sana. Anyway dia akan dibius dulu juga. Kita akan cek tekanan guna mesin itu". Syukurrrrr alhamdulillah... JAdi kena pergi pagi Selasa 13hb sahaja.

Kalau tak risau aku nak cuti lama. 12-13hb. Kemudian minggu satu lagi aku nak kena ambil cuti gak kut. Hendak bawa Aimy ke SUnway Medical Center pula, check buah pinggang dia. Takut ada infection setelah terlalu lama kena kencing kotor tempohari.

Aimy batuk dan selsema. Risau aku, takut jadi teruk dan tak boleh buat apa2 di HKL nanti. Walaupun betik dapat menajdi penyelesaian sembelitnya. Tapi takut ia menyebabkan aimy batuk dan asthma pula. Serba salah dibuatnya. Doktor Koshy suruh amalkan makan buah pada Aimy, terutama betik dan pisang. Tapi tu la, sembelit ok dah batuk pula. Ikutkan dah 3 bulan Aimy tak batuk langsung.. Aduhai...

Alesha dan Adani pula bergilir demam. Siap ada 2-3 round demam. Ntah kenapa. Alesha bila tak sihat, cepat benar turun berat.. kurus benar dah nampak dia. Tapi makan kuat juga. Ikut body ayah kut hehe. Adani pula biasa jer tak susut badan. Apa pun alhamdulillah Alesha dan Adani dah sihat. Aimy ni yang risau...

Catatan Popular