Hari ni kata bibik, Aimy buang air besar dalam sinki hahaha. Bibik nak basuh selepas dia buang air besar dalam daiper. 4-5 ketul besar najis adik jatuh dalam sinki hahaha. Yerlah menangis jer dari pagi tadi..sakit perut nak membuang. Sembelit seperti selalu. Tapi yang pelik kalinya, walau sembelit.. aimy berjaya mengeluarkan sendiri.. Mungkin ubat titis ke mulut (masuk dalam susu) itu membantu... Alhamdulillahh... Kata bibik, kelam kabut dia mengutip dengan plastik najis adik hahaha. Ni tadi sebaik naik atas, aku salin daiper dia...terus basuh lagi. Kiranya dah 3 kali kut dia yak hari ni... suatu kepuasan baginya, hinggakan asyik tidur dari petang.
Hmm aku benarnya nak cerita hal Rabu lalu. Kami ke DEMC. Aimy ni ikutkan tak sihat betul lagi. Suhu di pagi hari meningkat 38C ke atas. Tapi selepas mandi, suhu dia akan turun antara 37.3-37.9C. Oleh kerana sabtu lepas dah check darah, darah tu cuma ada virus yang tak perlu dirisaukan.. Kali ni Dr Koshy minta kebenaran kami untuk buat pemeriksaan air kencing. Biasanya mereka letakkan plastik yang berupaya menakung air kencing. Tapi kerangkalian itu sungguh sukar. Alesha dulu pun pernah dicuba sedemikian rupa masa berumur 11 bulan. MAsa tu dia demam berpanjangan seperti aimy juga. Ku tanyakan doktor, apa punca sekiranya dia ada kencing doktor? Kata Dr Koshy, "biasanya baby yang sembelit, akan juga ada kesan kencing kotor". OOOooooo baru ku faham... ingatkan salah cuci tut dia ke, salah makan ke, salah daipers ke...hehe.
Akhirnya doktor decide, nak cucuk tiub ke dalam tut aimy dan keluarkan air kencing aimy. Kami dikehendaki naik ke tingkat 3. Ada bilik khas di sana. Proses ini sungguh menyeksakan aimy.. kasihan dia.. melolong kesakitan. Tapi apa nak buat dek.. ibu terpaksa benarkan doktor buat begitu. Kalau tidak kita tak tahu apa sakit adik. Kata doktor, kadang insan istimewa seperti adik... memang lari sedikit suhunya.. Tapi kalau dah mencpaai 38C dan ke atas... something wrong somewhere katanya. Kebetulan ibu terfikir dah sekian lama soalan yang sentiasa bermain di fikiran, terluah akhirnya.. "Adakah sembelit Aimy berkaitan juga dengan abnormal structure dia doktor?".. Doktor angguk dan say "YES... kemungkinan besar memang ada kaitan" huhu.. Jawapan yang sebenarnya ibu tak mahu... :((. Sedih pula walau ibu tak pamerkan waktu itu.. Air kencing aimy dapat diperolehi 2 bekas dengan cepatnya bila proses itu dilakukan.. yang kesian, sampai terkeluar najis cair pabila aimy terlalu menahan sakit.
Ketika perjalanan ke DEMC, sempat borak pasal Alesha dan Adani yang 'asyik' menonton tv bila dah duduk di rumah ni. Hmmm takut addicted yang melampau pula...huhu.. Risau aku. So aku cakap kat cik abg, kita block rancangan kartun tak berfaedah nak? kasi Playhouse Disney jer ada... " CIk abg jawab "unsubscribe jer kartun tu senang..." hmm aku kesian pula pada Aimy.. aku rasa playhouse disney tu sesuatu yg boleh stimulate dia. WaAllahualam. Tp tengah kami berdua berborak tu, Alesha menyelit "ibu jangan block semua, yang 2 tu ibu jangan block ya?? boleh tak??" aikk faham plaks dia hahahaha...
Malam ni, cik abg balik lambat lagi. Rasanya dah 1-2 minggu cik abg asyik balik lambat. Bila ada renovation kat ofis dia jer... sure begini. Bukan saja balik lambat, sabtu ahad pun kerja.. hmmm. Aku takde hal, cuma adakala...beberapa perkara dia suruh kita tunggu dia.. adakala pula anak-anak yang tunggu dia. MAcam tadi, budak-budak ni tak mahu naik atas tidur. Nak tunggu ayah juga. Nasib baik homework nak buat gak walau asalnya nak tunggu ayah balik mana yang belum buat lagi tu. Aimy pula tak selesa, kejap tidur..kejap merengek. Aku pulak dah lama menahan nak buang air besar. Adusss...terkemut-kemut aku hahaha. Akhirnya terjadi menonton cerita seram MIRROR... huhu takut gak hahahaha.
Tadi sempat ke Speedmart beli susu Aimy yang dah habis. Cik abg janji semalam nak beli susu anak-anak utk stok 1 bulan hari ni. Tapi kalau dah dia pun balik dah kul 12++ mlm...apakeheinya kan hehe. Tadi aku kembali pada brand susu yang kami mula perkenal pada Aimy selepas susu ibu. Frisolac Gold pulak, last week try Mamex Gold.. saja test semula sebab ia memang jelas ada kandungan oligofruktose yang membantu usus yang sihat dan menggalakkan pembuangan yang baik. Tapi Mamex tu Aimy macam kurang suka jer... tak tau laa betul ke idak.. Tapi memang seksa dia nak habiskan sebotol, tambah kalau semata susu. Kalau ada campuran ubat, huh lajusssssssssss...!! Sekejapan licin lincau! hahaha. Tu yang tukar frisolac Gold laks, mana tau dia suka dan pembuangan najis kembali ok seperti dia baru 1-2 bulan dulu.
Tempohari ada kawan lama terlepas bicara, "kau ni sombong laa tak nak jumpa". Hmmm sombongkah aku? Aku tetiba terkesima. Kenapa yang dia boleh berkata begitu? Adakah semata kerana aku tidak dapat hadir mana-mana gathering yang mana-mana rakan anjurkan? Aduhai.. hmm tolong jangan bicara tentang sesuatu kalau tak faham hujung pangkalnya.. Dunia aku kini dah berlainan. Aku tak sampai hati nak bersuka ria sewenang-wenangnya sedangkan anak di rumah tak sihat dan perlukan perhatian. Untuk aku mengambil cuti dan mencuri masa ke arah lain pun aku dah rasa amat bersalah pada anak-anak.. Lagikan pula aku nak tinggalkan mereka semata nak berjumpa kawan lama...hmmm. Susah nak diterangkan.. hanya Allah yang tahu hati ini...
Akhir-akhir ini aku terkenangkan perasaan ketika 'bercinta'... bagai terasa-rasa indahnya dunia... berbunga hati, ceria hari.. hehe.
Apa pun jam dah menunjukkan 2.56am... tidurlah permaisuri.. (wahh perasan hahaha.. bagai terngiang suara jamal abdillah mendendangkan lagu yang merdu itu... )
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Jumaat, 29 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku