Selasa, 2 Februari 2010

BLOCKED!

Huh mental blocked?? BUKANnnnn... eh ya gak kut. Tapi dah 2 hari aku dok nak masuk blog aku ni dari rumah asyik tak boleh.. Pelik tul.. Jenuh aku refresh, ku tonyoh sana sini (kunun pandai).. tak berhasil gak.

Tapi tadi.. dok nak tutup notebook aku ni.. terpandang sesuatu.. dan sesuatu.. ku tekan, ku godek.. tak nampak apa salah.. Tekan dan godek laks yang satu lagi.. hmm.. yang ni ke?? Baca sinin sinun tak tau mana nak click.. So klik jer laa memana.. Akhirnya!!! Ni laa aku dah masukkk...!!! masyukkkkkk!! masyuk duit best gak kan haha..

Aduslahhh...buat suspen jer.. awatlah aku tak terpandang 2 hari lepas???? Ni sure ada yg dok terklik memana ni.. aduhai.. Maklumlah, selain aku... yg menggunakannya lagi ganas dari aku... gggrggrrrr!!

Hmm sepanjang minggu.. aku risaukan aimy... Ingat dah nak baik laa sabtu lepas..Sekali pagi ahad lagi tinggi suhunyaa... Hampir 39C..! Dah laa aku tak biasa masukkan ubat demam yg masuk kut dubur tu.. Tapi bila suhu aimy dah panas melampau, ku cuba juga.. Cari baby oil.. lumur kat ubat.. Ubat laks dah terbelah separuh.. so senang sket aku takyah kerat utk aimy. Sbb masa kat hospital haritu, nurse bagi antara 1/3-1/2 sahaja..

Sekarang kalau korang tanya.. suhu dia 36.6C.. ok bukan?? Tapi kita lihat pagi nanti.. aduss risau dan berdebar begini setiap hari.. RISAU!... Kesiannya Aimy. Ada cadang kat cik abg nak bawa dia gi berurut ke, atau bawa jumpa ustaz.. Tapi belum berkesempatan lagi. So guna dulu mana yang ada dan pernah diberi dek ustaz dulu. Air zam-zam pasti!

Aku kesian melihat ubat tak putus utk aimy.. kasihan dia..

TAdi buat kesekian kalinya aku menegur Alesha. Kali ni ku rasakan dia cukup kurang sopan.. terutama dengan orang tua... kata-katanya cukup mengjengkelkan aku. Dipengaruhinya Adani untuk bersikap sepertinya. Aimy pula main ditarik dari pegangan bibik. KEsian Aimy. Aku duduk nasihat dia, sampai aku yang terbit air mata.. Dia relax terkebil-kebil. Bila ditanya, dia jawab. Kemudian asyik menyoal. Ia juga menunjukkan dia faham dengan apa aku cuba terangkan.. hmm alesha..alesha.. Harap makin besar, makin berakhlak mulialah anak-anakku... RISAU 2!

Ok lah sambung di lain hari.. dah mengantuk hehe. Mana taknya... dah 2 pagi! huhu

1 ulasan:

  1. Salam..

    Tika.. harap Aimy sihat, sekarang cuaca panas, kena jaga2..Nasuha pun demam gak tu, tapi alhamdulillah dah cure.. 2 hari tak gi sekolah..

    Anak2 nie memang tau.. pening kepala dibuatnya.. kita nie membebel la kat der, dier hmm.. sekejap jer sedar pastu buat balik..

    Cam semalam kita suruh dier buat kerja sekolah muka 10 sen dier tunjuk.. tu kerja sekolah dier tu bukan kerja sekolah orang..

    Akak apa lai bebel la kat dier kata dier untung la at least ibu leh ajar, dulu ibu takde sapa nak ajar semua cari sendiri dan buat sendiri, harapkan discuss dengan kawan jer.. bla2.

    dier cam sedar jer.. tapi lepas cam tu gak..

    cuba sabar tak nak piap, sebab dier baru baik demam..

    hmm.. ntahlah harap2 dier berubah la nanti Nasuha2..

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular