Rabu, 13 Januari 2010

Macam-macam...




Sabtu petang lepas, bibik tanya keputusan FOMEMA.. Ye tak ye, lupa pula aku nak tengok online resultnya. Tengah malam tu aku buka website fomema.. terkujat aku bila dah ada result.. Tapi konpius aku.. sebab dia tulis 'SUITABLE, proceed to imigration'. Alahai pelik lask haha.. Last macam-macam aku explore nak tahu kesahihan. Tapi tak jumpa pun reportnya, cuma jumpa FAQ...so faham laa terms2 yang digunakan di dlm web tersebut. Patutlah bibik tak senyum sangat.. risau dia takut tak lepas hehe. Bila aku bagitahu LULUS... suka sangat dia haha. Rupanya ada kisah hal medical di sana.. Kak Ina baru cerita siang tadi di opis.. Hmm baru depa bagitahu lepas dah sampai?? Aduhai.. huhu. Aku minta tolong cik abang jer bawa passport ke imigresen untuk endorsement. Nama majikan dia, tapi aku yang uruskan dan bayarkan dari A-Z.. tu yg geram tu haha. Dia banyak benar alasannya kalau suh gi.. rimas punya pasal, aku gi jer sendiri hehe.

Bibik makin hari makin belajar dan aku pun senang hati. Cuma bab ubat mata Aimy, memang dia takut nak bagi yang ointment tu.. Yerlah, kalau tak hati-hati tercucuk pula mata Aimy. Dah laa dia tak reti diam. Tau jer orang nak letak ubat kat kelopak dalam bawah mata..dia dah gelupur.. huhu.

Rasanya dah lama kami kurangkan inhaler dan terus tak pakaikan. Kesian dia.. so biarlah dulu melainkan kalau nampak nak jadi teruk semula batuknya. Sekarang ni alhamdulillah tak kerap sangat batuk. Cuma bab sembelit ni takde reda sangat. Tukar susu lagi ke ek? huhu.. HAritu dah beli dah betik. Sekali masa nak potong, teringat aku dedulu masa kecik..ayah tak bagi makan betik.. SEJUK katanya. So tak jadi aku nak bagi Aimy.. Last belikan apple gak buh dalam bubur nasinya. Bila tak blend, tersedak dia. Bila blend, tak berapa mau dia bila terlalu cair halus. So topup nestum laks dalam bubur dia.. baru nak makan hehe.

Alesha sakan membelasah nestum adiknya. Sampai aku terpaksa belikan nestum lain khas utk dia. Nak beli yang orang dewasa punya takut dia tak suka.. kang sape laks nak makan.. tak pasal aku gak kang yang kena habiskan huhu. SO beli laa yang lebih kurang aimy punya.

HAri ni angin cik abang naik bila alesha menconteng merata nama dia 3 beradik huhu.. kat seat basikal, kat dinding luar tepi 'main' door, kat almari dapur, kat lantai dapur, kat meja.. aduss memang cari nahas laa huhu. Jenuh nak hilangkan..

Adik aku dah pindah ke rumah sewa dia dia Taman Kosas ahad lepas. Dia bawa barang yang penting-penting dulu. Banyak lagi barang yang ditinggalnya. Budak berdua tu tak bagi Cik E nya pindah.. sedih mereka. Maklumlah, takde kawan main, kawan buli, dan yang rajin melayan belikan oreo dan coklat untuk mereka huhu..

Kami sekarang tengah plan mana nak beli dan dapatkan stok ikan segar yang dekat, murah dan mudah akses ke lokasinya. Ikutkan dalam kepala kami dok ingat kat Kuala Selangor dan Pasar Borong Selangor jer.. Tapi cam jauh jer dedua. Pastu sure kena pergi pagi, takkan tengahari baru nak gi.. dah tentu habis ikan hehe. TAdi tengahari borak ngan boss, dia kata ada pasar tani area Seksyen 17 Shah Alam tiap pagi sabtu. Ok gak katanya. Hah...bolehlah aku pergi nanti...cuba tengok dulu camne jualan ikannya...fresh ke tidak dan harga berpatutan..

Ingat nak sambung menjahit langsir weekend lepas... tapi banyak hal pulak sabtu tu. Ahad pula aku dok ala senggugut dan lesu.. so lepak jer laa...MAsak dan jaga aimy jer la aku.. lelain bibik dah tolong buatkan. Ingat nak basuh toilet aku (yang lain bibik dah basuhkan).. tapi dok tak larat...tak terbuat pun huhu.

Aku benarnya risau masa depan kerja ku...hmm. Entah laa.. Tak tau nak fikir dan buat apa.. huhu. Sape ada kerja kosong tu, war-warkan lah pada ku ;) hehe. Hmm macam mana laa masa depan anak-anakku nanti.. Sekarang kerja dah mula tak stabil dan susah nak cari yang lain. Tambah cam aku ni.. dah lebih sket umur, skill technical dah outdated, dah anak 3, badan pun dah gumuk.. alahai.

Ni dah seminggu dah aku batuk.. Adani laks selsema.. sinus kut dia..semedang bersin. Alesha laks suka tenyeh mata... Adani suka tenyeh hidung... hahaha

Aimy asyik terjaga dan rengek jer ni..sakit yut nak yak la tuh...alahai cian anak ibu.

3 ulasan:

  1. Salam..

    Anak Ita pun rajin vamtu bersin, mata gatal2, ari tu Stadium Shah Alam ada buat expo.. Ita gi bawak Nasuha.. ada tempat buang resdung.. saja r suruh Nasuha try.. rupanya Nasuha resdung teruk.. buat la treatment ari tu.. tapi cam tak kurang ar.. mungkin tak pantang kot..

    Tak tau la.. sian kecik2 dah ada resdung.. Mungkin anak Tika resdung gak kot..

    BalasPadam
  2. Alesha sakan menconteng yerr...hahahha..leg geng akief...tp akief kite marah pun bukan dia pahammm...tersengih bungeh jer kena marahhhh.....

    BalasPadam
  3. ita
    yerlah...sinus tu resdung laa hehe. Memang mereka ada allergic.. tu ikutkan kena jaga dari habuk, makanan yang gatal dan pelbagai lagi

    Tena
    dah lama tau Alesha tak menconteng.. bertahun dah.. Adani laa ni, baru2 ni tetiba dia teringin menconteng balik, dah kakaknya terikut.. Adani buat garisan dan bulatan...kakak tulis nama..huhu

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular