Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Selasa, 19 Januari 2010
No idea...
Aku kegersangan idea menulis, dek kesibukan di pejabat.
Hanya aku dapat katakan.. tempohari aku tertidakpuas hati dan tertinggi suara sikit dengan bibik bila 2-3 hal anak-anak yang buat ku ralat.. huhu.
Tempohari juga, ralat sangat bila sampai di HKL petang sabtu jam (3-4 petang)- Farmasi Pesakit Luar HKL.. aku tidak bawa pulang apa-apa ubat aimy, hanya ku bawa kekecewaan. Rupanya untuk ubat mata, hanya boleh hari bekerja dan waktu pejabat sahaja. Adakah maksud dia weekdays tu Isnin-Jumaat sahaja, atau waktu bekerja itu, termasuk hari Sabtu sebelum pukul 12?? Aduhh keliru aku.. Apa pun sungguh aku kuciwa... huhu. Manakan sempat nak pergi HKL pada waktu kerja? Dah laa parking jauh, nak balik nanti dalam jem saja dah berjam. Dah tentu ambil masa banyak. Nak cuti? alahai sayang pula cuti semata nak ambil ubat. Nak minta tolong kawan cik abg lagi?? Malu dahhh.. huhu.
Aimy tak sihat balik ni.. risau aku. Dengan sembelitnya tak reda walau kami dah tak bagi inhaler last week. Mungkin kena cuba tukar susu lagi..dan lagi. Sampai bila nak harapkan ubat atomic/enema tu huhu.
Dek kerana aimy tak sihat, dan bibik ada tersilap bab ubat.. aku secara rasminya menaip dan printkan detail ubat dan masa yang patut diberi pada aimy. Ku letakkan di pintu peti sejuk.. magnetkan jer. Ada juga senarai kerja yang ku magnetkan bersama. Tapi paling utama, aku beli EAR THERMOMETER bagi memudahkan pengambilan dan pemantauan suhu badan Aimy. (Dah bibik asyik kata adik tak demam ).. Thermometer lama ku, agak old skol.. lama sangat menunggu result. Mungkin juga dah rosak (selepas dikerjakan sebab nak tukar bateri).. Mungkin juga tak stabil di bawah armpit Aimy.. Maklumlah, mana reti diam. Tambah terasa ada benda di bawak ketiak.. hehe. Aduhai, bertambahlah bil CC aku bulan ni.. Tak pernah bil cc aku ada outstanding amount.. selalu dikosongkan sebelum sampai hujung bulan.. kali ni naik mencanak.. aduhaii.. Takpelah..demi anak².
Aimy dah genap 9 bulan. Pencapaiannya ok juga laa walau masih belum ikut standard. Dia dah leh capai itu ini yang dia mahu. Asyik angkat buntut dan badan.. tapi geraknya tidak hehe. Makan dah banyak - tapi cuma nestum, beraknya takmo..ditahan-tahan. Berat macam bertambah jer.. hehe. Rambut belakang macam makin nipis.. awat ek?? Badan makin panjang. Cermin mata kadang ok pakai, kadang ditarik buang.. hehe. Macam makin silau pada cahaya matahari bila pakai cermin mata.. (cian aimy). DAh lama tak jumpa Dr Koshy.. dek kami bertahan guna ubatan klinik jer kalau dia sakit.
Hmm.. makin berganjak umur Aimy, hati ku makin berdebar. Berdebar risau.. (sejak akhir-akhir ni, dada atas ku sering sakit..nape ?). Macam-macam terlintas di kepala. Dalam anak-anak kurang terkawal dan jadi makin kurang displin dek duduk rumah.. ada juga yang makin improve.. Terutama displin di meja makan.. hehe. Aku suka aku ada masa nak lebih bermesra dengan anak-anak berbanding sebelum hehe.
MIL baru balik dari Sabah dan Bandung/Jakarta.. banyak gak souvenir kami dapat.. Terima kasih makk..! hehe.. Surprise gak mak mertua aku belikan aku macam². Selau tak gitu hehe. (semua menantu dapat laa hehe).
Tengahari tadi aku ikut boss dibelanja dek vendor - makan.. perghhh memang MELANTAK di Black Canyon!! hahaha.. Kena paw habisan vendor kekekeke.
Haritu cik abg kantoi dengan anak-anak, bila anak jumpa sesuatu di dalam bakul motor ayahnya kekkeke.. Hmm tapi buat aku bengang jer.. bila laa... hmmm.. huhu sedih.
Adani hari ni buat kelakar.. dah keluar umah nak gi tadika ngan ayahnya.. sesama dengan kakaknya.. boleh dia patah balik bersama ayahnya. Pelik!! Kata ayahnya, dia nak pergi dengan ibu juga. Aduhai, dah laa ibu dah lambat, hujan pula tu. Tapi biarlah.. mood dia pun tak ok hari ni.. Pagi dah nangis, mungkin akibat dia tak tido-tido walau dipaksa semalam. Lewat tidurnya. Bila ditanya, kenapa Adani tak nak pergi skol ngan ayah? dia jawab "Adani kan girl, mana ayah boleh hantar.. ayah boy"... lorr itu jer sebabnya.. ?? bertuah tul kekeke. Dah aku dok uruskan aimy yang demam, buh ubat mata, pam segala.. hari ni lambat gi kerja...begitu juga hantar adani.. dah rasa berat nak tinggal aimy. Tapi terpaksa gak gi keja dah tengah banyak kerja.. Aimy pun dah turun suhunya.
Rupanya malam tadi, cik abg citer.. Adani haritu sebelum tidur ada borak ngan ayahnya.. sesambil nak tidur laa.. Ayah dia tanya "boleh tak ayah jadi teacher adani?" dia jawab "Tak boleh, sebab ayah boy". "haa kalau gitu, boleh la ibu jadi teacher adani?"..dia jawab... "mana boleh, ibu gemuk.. nanti tak muat pintu nak masuk" cik abang ketawa besar.. Amboiiii sakan dua beranak gelak ekkk.. sampai hati adani huhuhu.. Tapi tadi tanya, (cik bag yg suruh tanya, tanpa ku tahu kenapa cik abg suh tanya).. "Adani, boleh ke ibu jadi teacher adani?" dia jawab.. "BOLEH..!! Ayah yang tak boleh, sebab dia boy" amboii cover baikkkkk punya ek.. hahahha. Takut ibu majuk laa tuh hehehe. Dah laa haritu buat lawak asyik suh kita speak english.. pastu dia bantai cakap german kekunun english.. ntah apa-apa dicakapnya buat orang geli hati jer kekeke.
Tadi masa makan malam bertiga (cik abg lambat sangat balik surau, kami terpaksa makan dulu dah anak-anak lapar).. Adani laa start tanya "siapa tahu apa warna sayur??" pastu mula laa sesi soal jawab warna dan angkat tangan dan gelak ketawa.. Sekali aku saja tanya.. "Siapa tahu apa warna gigi??" Adani kelam kabut angkat tangan sambil jawab "PUTIHHHH"...diikuti Alesha.."HITAMMMMM" hahahahaha... aku terus gelak sebab dah tau ...dia maksudkan gigi dia yg rongak tinggai tunggul jadi hitam tu laaa wakkakakkaa
Hmm aku nak cari bekas cermin mata aimy laa.. takde casing laks.. dia bagi yg plastik jernih tu jer.. casing thermometer baru pun nak cari gak.. hehe.
Ok laa chiow.. malas dah nak taip lagi.. dah 2.00 pg.. wajib tidor!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku