Rabu, 20 Januari 2010

Kisah dan Tauladan...

Terngiang pula lagi tema rancangan kanak-kanak, KISAH DAN TAULADAN hehe... Suka gak tgk rancangan tu walau anak-anak tak khusyuk... ibunya yang lebih hehe.. Tapi sekarang dah tiada kut rancangan kanak-kanak tu.

Lama dah nak menyambung taip entri ni.. tapi aku kurang sihat, jadi cepat saja mengantuk, dah tak boleh berjaga tetengah malam menulis seperti biasa. Hujung mingguku juga sibuk saja.. entah apa dibuat tak tahu laa..hahaha. Tapi memang tak sempat langsung aku membuka notebook ku ini. Hari ini (Rabu 27 Jan), aku MC. Aku jangkit dengan Aimy, Adani jangkit dengan aku, Alesha juga..

Berbalik pada tajuk perkara. Sejak kebelakangan ini aku asyik terdengar cerita berkaitan fitnah dan hubungan terlarang. Apa nak diperkatakan sebenarnya, hmmm...sesiapa pun boleh terjerumus. Huh nauzubillah.. sedangkan alim ulama pun teruji, inikan kita yang begitu nipis imannya. Kadang kala lagi kita kuatkan iman, lagi kita kuatkan pendirian, lagi kuat kita diuji. Ayat Ankabut dalam Al Quran selalu terngiang di benakku bila setiap kali terdengar cerita begini.

Pergaulan dewasa ini, banyak yang benarnya tidak dibenarkan dalam Islam tapi dijadikan 'perkara biasa' pasa masyarakat umum. 'Sporting' kununnya. Kalau bujang sesama bujang, tu memang biasa.. Apa yang luar biasanya bila bujang sama yang dah kahwin dan yang dah kahwin sesama yang dah kahwin. Hmm tak cukupkan yang ada untuk dilayan? Ada masa lagi nak melayan yang lain?

Kadang kala, kita terlalu ambil ringan.. Selalu terdengar ayat begini "alaa officemate gua jer.. apa ada hal takat minum kat kantin bersama?" atau "alaa isteri dan suami kami dah lama sesama kenal.. takde masalahnya kalau kami keluar minum sekejap". Banyak lagi situasi yang boleh MENDATANGKAN FITNAH, yang memulakan sesuatu yang kita sendiri tak jangka. Apa yang perlu kita buat? Apa yang aku terfikir... :

1. Sebolehnya HINDARI FITNAH. Contohnya, elakkan keluar berdua berlainan jantina walau depan khalayak ramai.
2. Jangan mulakan LAYANAN yang terlalu baik dan terlalu mengambil berat.
3. Hindari selalu berhubung dengan berlainan jantina di luar situasi yang memerlukan. Contohnya, menelefon dan saling membalas pesanan ringkas di luar waktu pejabat, atau tanpa asalan yang kukuh.
4. Jangan terlalu berfikiran terbuka mengenai hubungan berlainan jantina pasangan di luar perkahwinan.
5. Selalu lakukan aktiviti bersama pasangan
6. Sentiasa berdoa ada mawaddah dan rahmah yang Allah limpahkurniakan buat kita sekeluarga.... aminnn

Hmm apa pun, kita cuba sehabis baik mencambahkan bunga-bunga dalam perhubungan kita.

Aku postkan saja topik ini dulu...sebab dah lama disimpan... dah naik basi haha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular