Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Rabu, 6 Januari 2010
Lesu mengemaskini...dah seminggu berlalu haha
Cam blur lak apa nak citer.. hmm.. ni gara-gara dapat surat petang selasa lepas laa.. Bukan saja adani tido awal, ngan aku sekali 9.30 dah tido selasa malam rabu tu hahaha.. Tak pernah gini...rekod tul.. Letih + ngantuk sangat. Adani laks, sejak bersekolah ni, walau tengahari dah tido, malam awal dah tido hehe...
Entry ni 2 perenggan dah ku taip rabu lepas.. Tapi tak bergerak isi kandungannya, apatah untuk aku posting. Asal buka jer notebook, aku jadi blur, mengantuk, letih dan pastinya tak leh nak fokus dengan apa saja.
Isnin 04 Jan 2010
menyambung minggu yg hectic.. Awal bersiap nak hantar anak-anak ke Tadika masing-masing. Dah tadika berlainan kan.. tu yg kena cepat. Tapi alhamdulillah, anak-anak pun excited.. kejut bangun dan suruh mandi, laju jer buat hehe. Terutama Adani laa.. hehe. Dah siap semua, tak nak makan dan tak nak susu mereka berdua.. punya tak nyabor..! haha. Dalam 7.50am.. pergi hantar Alesha dulu. Tak ramai aku tengok, tak macam tahun lepas yang aku rasa penuh dengan parents yang menunggu dan membayar. Tengok kat notice board depan, Alesha dimasukkan ke kelas 6 Elegant. Ada 2 sahaja kelas 6 Years. Dalam kami menyemak senarai nama kelas.. ada sepasang insan yang memabwa kotak kecik dan buku yang mengandungi list nama. Aku syak mereka Syafika dan Zainal yang akan membawa van untuk anak-anak pulang. Aku terus tanya dia, betulkah mereka seperti yang aku rasa? Bila betul orangnya, terus aku bayar dan sign di bukunya. Settle satu lagi perkara alhamdulillah.
Ingat kat atas kelasnya, ajak Alesha naik atas.. Gi kat kelas yang ku jangkakan.. sekali itu untuk 4 tahun, pergi ke kelas sebelahnya.. Teacher yang ada situ, suruh aku gi ke kelas lama Alesha.. Aku dah musykil, takkan masuk kelas 5 Years semula. Aku tengok lain macam, aku tanya teacher yang ada di situ.. katanya di bawah.. Jumpa teacher yang tunjuk kelas alesha lama tadi.. dia minta maaf, terlupa alesha dah 6 tahun untuk tahun ni. Akhirnya ke bawah semula, pergi ke kelas yang dahulunya untuk kanak-kanak 4 tahun. Tak besar mana kelasnya.. Tapi ok laa. Tengok Alesha duduk dendiam... aku pun say good bye kat Alesha sambil amik gambor mana sempat haha. Teachernya pun tak layan sangat aku, so aku pun buat hal sendiri hehe. Tengok Alesha jap, terus keluar.
Nampak sangat Adani dah tak sabar, dia menunggu kat luar Al Husni dengan ayahnya...sibuk suh cepat hehe. Sampai di Krista, nampak dah ada parents berdiri di porch. Merenung ke dalam, sesambil ada yang mendaftar dan melayan anak yang nak masuk dan tak mahu masuk kekeke.
Kami disambut, ditanya nama..diberi tag...dan adani terus disuruh tanggal kasut. Teacher dia speaking jer, diam jer adani...aku suruh baru dia buat dengan lemah gemalai.. haha. Masuk jer, teacher tunjuk mana kelas dia.. Kami pun masuk laa.. suh dia dok jap, aku amik gambor. Dah amik gambor, letak bag kat almari dia. PAstu kena tunggu kat living hall. Aku duduk jap depan dia sambil amik gambor dia. Sekali Teacher Anne (Pengetua Krista) suruh aku keluar...haha. Aku pun cakap kat adani, ibu nak balik..adani belajar rajin²... dia angguk² hulur tangan nak salam sambil borak jap. Pastu aku babai...dia pun babai. Bagitahu dia kena balik naik van...suka jer hehe. Tunggu di luar..cam kejap sangat datang dah nak balik, apakehei...so aku saja lepak lagi haha. Tunggu situ saja tengok gelagat Adani dan bebudak lain yang baru masuk tadika.. Masa mereka dah berkumpul beratur, aku masuk jap bila ada peluang hahaha. Ada yang buka pintu grill, aku masuk amik gambor...ahaks. Peduli apa org nak kata apa...janji dapat gambor adani. Suka laa adani, ibu amik gambor dia haha. Tak lama, depa dah beratur.. dah cukup semua..mereka berjalan macam anak itik masuk ke kelas masing². Cik abg suruh amik gambor kut tingkat kelas (bila aku merungut tak dapat amik gambor dlm kelas masa teacher ngajor).. ishh mana boleh.. bilik belakang nun...segan nak jadi mamarazzi laks haha. So kami pun terus balik.
Call klinik² yang ku pernah pergi dan tahu ada FOMEMA, untuk buat Fomema maid. Ingat nak terus pergi, rupanya kena daftar dulu di Fomema sendiri. Laaa mana cek tau!! hahaha. NAsib call dulu. Call kak ina tak berjawab. Last tak confident, nak tahu detail dan info yang betul, aku buka notebook... mula google FOMEMA! Cari Fomema Shah Alam terutamanya, sebab kata assistant clinic tu tadi kat Shah Alam ada. Puas aku surf, alhamdulillah dapat info yang dikehendaki. Ku catatkan apa yang perlu dibawa dan bagaimana prosedur yang perlu ku lalui serta alamat Fomema Shah Alam. Lepas minum sket, layan Aimy sket... terus keluar. Ingat nak ajak cik abg sekali, tapi kang takut tak sempat balik sebelum kul 12. Nak tengok anak-anak ok ke tak naik van. Jadi seperti biasa, akaaakkkkk juga yang urus segala bab maid ni kekeke.
Masa nak keluar dari kawasan rumah, ternampak kat shoplots baru ada PosLaju Servis. TErasa nak singgah, saja tanya...kut boleh beli wang pos kat situ. Rupanya kedai baru buka.. apa pun tak jalan lagi servisnya haha. Ternampak pula kedai stationary yang ada khidmat photostat. Singgah masuk. Mak aii... berasap dalam kedai.. huhu. Bau benda sembahyang India. Mulut aku laks tak sengaja terkeluar cakpa "aikk banyak asap?" Senyum jer pembantu kedai berbangsa India tu. Aku nak cover berbahasa, "sembahyang untuk kedai baru buka ya?" Dia iyakan hehe.. PAstu mula laa borak. Ramah budaknya.. ok laa. Photostat passport bahagian nama dan entry dan copy calling visa. Ok laa 10sen sekeping. Kalau kat PKNS paling murah 15sen sekeping. Kalau aku tau kena ada copy dokumen itu ini, aku cilok photostat opis jer hahaha.
Dalam perjalanan ke Kompleks PKNS Shah Alam, singgah Pejabat Pos Shah Alam. Mak aii ramainya umat...huhu. Dapat no giliran yang bermula dari no 2***... sedangkan yang kerap naik yang bermula dari no 1*** dan 3***, boleh tak geram? haha. Apa pun aku kan setia. Setia menunggu walau apa pun terjadi. Tak kuasa aku nak cari post office du tempat lain. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. So nunggulah di PO dengan jayanya. Nasib tak lama menunggu, biras aku call. Dok tanya khabar maid dan Aimy. Pastu bergossip laa kami apa lagi hahahha. Bergossip hal keluarga belah mertua kami laa kekeke. Bergayut sampai no aku naik laa kiranya, sampai depan kaunter baru cakap "kita sambung lain kali ek, dah depan kaunter ni" hehe.. Beli wang pos RM190 (RM192.30 termasuk komisen wang pos). Terus keluar menuju Kompleks PKNS pula.
Ya Allah apahei pulak depa tutup jalan masuk parking dalam Kompleks PKNS ni plak?? huhu...Jenuh aku berpusing nak cari parking. Last termasuk belakang SA Convention Hall. Tak jumpa parking, nak laa parking illegal. Sekali nampak dari cermin tepi, ada pak guard laju menuju ke arah aku haha. Aku pun dengan selamber, start engine semula... keluar dari situ haha. Pusing balik...termasuk balik area sama dek termasuk susur yang salah haha. Pusing laa sekali lagi, kali ni aku berhati-hati sekali lagi untuk masuk susur yang betul. Terus masuk parking tepi SACC. Alahai parking pun tak berapa ado. Malas buang masa pusing kali ke 3, aku masuk jer mana yg ku rasakan muat untuk iswara ku haha. Settle!!... Berjalan kaki laa ke Kompleks PKNS. Masuk ikut belakang ni rasa jauh nak ke lif area tepi KFC tu. Sekali aku fikir, takkan di situ jer ada lif? Bila aku tengah berjalan di kaki lima belakang kompleks tu, terpandang ada signage kecik menunjukkan 'Pesuruhjaya Sumpah'. Aku rasa, mesti ada tangga atau lif di area tu. Aku nak try naik kut situ. Tak larat aku nak jalan jauh sementelah kaki sakit + pakai sandal yg tetiba rasa longgar dan cam nak tercampak ke depan haha. Masuk kawasan tu, ternampak toilet...alahai salah ke aku ni? sekali pandang ke kanan...haa ada pun lif..ALhamdulillah Allah permudahkan. Kebetulan aku betul haha. Naik lif dengan seorang perempuan yang membeli air kotak dan sedikit kuih. Pastu di tingkat 1 ada seorang pekerja butik masuk dengan trolly penuh dengan baju kurung yang dah siap. Aku senyum jer pada semua.
Sampai di tingkat 3, kebetulan ketiga-tiga kami keluar lif. Perempuan yang sorang ni, laju jer keluar. Aku pun kunun laju...pastu cam blur bila keluar. Cam tak pernah aku sampai ke tempat ini.. huhu. Aku patah balik dan tanya pada perempuan yang sorong trolly baju tu tadi. Tanya dia, dia tahu tak fomema di mana? Dia tunjukkan...tu haa yang pintu kayu terbuka yang kakak tu masuk (perempuan yang beli air kotak naik lif sama aku tadi). Cepat aku berterima kasih pada gadis butik tadi dan terus ke arah yang ditunjukkan. Ku nampak perempuan tadi masuk ke dalam fomema dan terus ke pejabat belakang kaunter Fomema. Ya Allah, kalau laa aku tanya perempuan tadi.. kan leh follow jer dia haha. Tapi dia pun cam diam jer dan nak cepat..segan laks nak bertanya. Sampai jer, aku tercengang cari tempat ambil nombor. Kebetulan mesin nombor, bersebelahan dengan tempat borang. Terus ku ambil 2 borang. Isi dulu borang.. Tanya org yang sesama mengisi borang, betul ke aku isi. Nasib aku dah catat nama doktor, klinik dan code doktor...so tak perlu lagi aku tercari-cari klinik yang hendak ku namakan seperti beberapa orang lain. Cepat jer aku mengisi borang.
Dalam aku mengisi borang, baru aku perasan sijil medical checkup dari negara origin aku tak buat copy...alahai. Tanya uncle India yang berdiri sebelah aku dok menunggu permohonan dia. Dia kata, you suruh mereka buatkan copy jer. Aku cakap laa, dah sesiap tulis di dinding tepi mesin photostat 'Tiada perkhidmatan photocopy di sini'. Segan laa aku, kang tak pasal kena marah depan orang ramai "tarak baca ka??" hehehe. Tapi uncle tu bersungguh suruh aku takyah gi bawah cari photocopy service.. Dia suruh minta tolong org Fomema tu jer. Dah aku cakap malu segan, takut kena marah. Dia bersungguh pula suruh aku gi tanya staff di kaunter 5. Dia kata staff tu baik, you nak tanya apa pun boleh.. nak minta tolong pun boleh. Dia tarak marah punya hehe. Aku dalam segan, pergi laa juga ke kaunter 5 tu. Siap uncle tu kata..jangan takut, takde kena marah punya laa.. hehe. Aku tanya staff tu, aku dah buat semua copy dokumen yang dia hendak, kecuali medical check-up origin.. Staff tu terus jawab "takpe puan, takde pun takpe". Huh memang tak rugi bertanya... ALHAMDULILLAH haha. So aku terus menunggu dengan tenang hehe.
Lama gak menunggu baru nombor giliran dipanggil. Satu-satunya staff lelaki di situ yang memanggil nombor ku. (macam gaya adik aku si Haire jer haha). Dia amik permohonan aku, dan disuruh duduk dulu. Tunggu lagi. Cuba berbual dengan perempuan muda yang duduk sebelah aku. Tapi macam dia tak sudi nak berbual. Jadi aku pun tak jadi nak bercakap. Layan laa tengok orang seperti selalu...observe tengok perilaku insan-insan hehe. Pejabat Fomema ni simple sungguh.. cam adhoc punya opis haha. Tengok tv, cam takde yang menarik perhatian. Jadi aku asyik dok tengok orang. Tengok orang yang terbongkok² melihat senarai klinik di papan kenyataan yang penuh di dinding kiri dan kanan fomema tu... hehe. Tak lama, kena panggil semula. Dah siap semua form yang perlu ku bawa ke klinik. Itu saja ke? tanya ku... Itu saja kata dia. Dengan perasaan lega aku keluar dan terus balik ke rumah.
Sampai di rumah, anak-anak dah balik dari tadika. Alahai missed nak tengok mereka naik turun van hehe. Tadi sempat suruh cik abg amik gambar mereka turun naik van. Tapi cik abg pun ala tak sempat, dek tak jangka van akan ambil Alesha dulu hehe. Sebab pagi tu dia cakap ambil kat Krista dulu. Cik abg aku gi laa Krista dulu. Rupanya dah jadi sesi cik abg mengejar van hahahahaha. Aduss siap buat stunt tu break emergency depan pagar umah kami sampai terkejut muka En Zainal hahaha (nanti aku upload gambar hehe).
Borak ngan cik abg pasal cermin mata Aimy. Dah call bahagian optometri HKL. Cermin mata Aimy dah siap. Tapi kalau nak ambil, kena ambil sebelum jam 3.30pm (memana hari la). Tapi aku, pas gi sana sini...tetiba tak larat dah nak ke HKL.. bila membayangkan jauh dan jenuh nak cari parking dan menapak di area HKL yang begitu besar tu huhu. Sampai umah pun dah 12.20 tengahari.. nak keluar semula tengah panas ni...aduhai... bercinta!! Jadi aku minta cik abg tolong. Asyik aku jer yang selesai semua hal.. hehe. Tetiba dia dapat idea nak minta tolong kawan dia amikkan cermin mata Aimy dan nanti depa jumpa di mana-mana. Kami bank in duitnya jap lagi. Sekali kawan dia call semula. Cakap guna duit dia dulu, dan dia akan ke opis cik abg pas keje nanti.. Lagi suka laa cik abg, mudah keje dia kekeke. Aku pun lega dengar. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami. Rezeki Aimy agaknya ;). Cik abg half day, so dia masuk kul 2ptg. Pukul 12.45 dia dah keluar umah. Petang balik bawa cermin mata Aimy hehe. Terus sibuk bagi Aimy pakai.. Comelkah?? hahaha... kelakar cute kut haha.
Aku bagitahu pada bibik, malam ni nak bawa dia pergi medical check-up. Aku takut diatak faham english, jenuh pula aku fikir nak translate 'medical check-up' hahaha. Pemeriksaan kesihatan bibik..! hahaha.. Benarnya dari 2-3 hari sebelum aku dah bagitahu. Bibik Ana argue kenapa nak diperiksa lagi, kan dah diperiksa di Medan. Siap dia sibuk tunjukkan Sijil medical check-up dia. Aku tahu, aku pun ada 2 copy haha. Aku cakap, jangan takut bik... kalau sihat...apa nak takut hehe. Memang dia risau sesungguhnya haha. Macam-macam dia cakap, cam takmo gi. Aku kata, mana boleh..ni undang-undang Malaysia..memang kena buat sekali lagi hehe.
Malam, lepas maghrib aku dah siap nak keluar. Cik abg ajak makan. Kebetulan adik aku belikan satay. Huhu makan dulu laa aku haha. Tanya bibik, dah siap ke? tak siap lagi rupanya.. takut laa tuh!! kekekke. Sementara bibik siap..sempat aku makan. Bibik pun dah makan (dia buka posa - dia posa sunat haritu). Aku melengah makan ingatkan nak tunggu cik abg siap. Sekali rupanya dia suh aku jer yang gi, patutlah dia tak siap²..! Bertuah tul cik abg...semua suh aku jer buat sendiri. Kununnya dia nak jaga aimy, malas bawa aimy keluar.. hmmm saja laa tuh! Aku pun terus laa keluar ngan bibik dan anak-anak berdua tu. Hairan budak berdua tu, apsal nak bawa bibik ke klinik. Bibik sakit ke ibu? haha
Sampai klinik dah 8.35-8.40 mlm gitu. (Siang tadi aku dah tanya, nak buat FOMEMA boleh sampai jam berapa? Asst klinik kata sampai kul 9). Assistan klinik yang bertugas malam tu kata, aku dah lambat datang. Asyik dia tengok jam dan bincang ngan kawan dia. Aku tanya kenapa? Tak sempat ke? Tadi siang dah tanya...cakap sampai kul 9. Pastu dia jawab, hari ni busy kak...hari Isnin. Tapi dah sebab biasa kat situ, dia kata takpelah dia buatkan jer. Sementara menunggu bibik diperiksa itu ini (urine, darah, x-tray, mata, berat dan tinggi.. aku jiwa kacau bila anak-anak melasak tak hingat dalam klinik...aduhai..sakit jantung ibu!!. Masa dalam bilik xtray...lama bibik menunggu doktor. Ntah macam mana, staff klinik yang baru masuk ntah dari mana (isteri doktor)..lalu ...tengok suis lampu bilik xtray terbuka, dia tutup. Terjerit laa bibik aku kat dalam hahaha. Aku cakap kat isteri doktor tu, ada orang kat dalam. Gelak dia yang dah sampai ke bilik belakang klinik. Bibik aku laks, punya takut...terjengul dia di muka pintu bilik x-tray...bagitahu kat aku takuttttt hahaha. Aku bukakkan semula lampu. Aku faham perasaan bibik, dah laa suspen nak buat medical check-up (takut tak lepas), kena tanggal segala pakai baju khas laks dalam bilik x-tray, pastu tempat orang lagi.. tunggu lama lagi, gelap tetiba laks..sape tak takut hahahhaa
Tapi kejap jer pun, 9.15 mlm dah settle urusan medical check-up FOMEMA bibik. Kata asstnt klinik, dalam seminggu siap. Dia suh call fomema, atau boleh check sendiri online. Aku angguk jer, sebab dah tahu hehe...hasil dari mentelaah pagi tadi haha. Keluar jer dari klinik, terus tuju Mydin Mall. Ada benda nak dibeli. Suka laa anak-anak. Tapi tahap menakal dan melasaknya, memang menduga jiwa raga...aduss... siap bergaduh nak duk kat seat trolly. Adani leh nangis bebetul depan escalator.. yang alesha leh tolak adik dia ngan selamber. Orang pula ramai yang nak lalu di situ. Apalagi, dengan tak malunya...aku ajak adani jalan takmo, pujuk alesha tak jalan...suruh turun takmo.. Aku heret angkat Adani ke tempat lain, dan suruh bibik surung troly ke tempat lain. Tak nak bagi jammed depan escalator yang memang dah memalukan aku huhu. Aduss bebudak ni... memang laa. Ada bibik, lagi mereka mengada huhu. Dalam nak beli 2-3 barang.. jadi 10-11 barang aku beli haha. Tapi semua keperluan, kalau ada kehendak tu ...anak yang punya. Sampai rumah dah kul 11++. Nasib dah makan hehe.
keboringan di opis tadi aku sambung update blog ini di lewat petang hehe.
ok bersambung di next entry ;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku