Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Jumaat, 15 Januari 2010
Facebook | Tika Sab
KFC ZInger Tower menjadi lunch di tengahari khamis. Memula malas nak beli.. Tapi tgk nachos yg tergudas tu haha. Tapi sos lime yg jadi spoil pada aku kekeke. Apa pun alhamdulillah kenyang bangat..! Dah lama tak lunch heavy, jadi semacam rasa perut... too full..!! haha.
Bila cik abang bgtahu balik lewat, aku cuba sampaikan awal ke rumah. Sampai jer, tengok Alesha dan Adani agak jauh dari rumah...selang 5-6 rumah agaknya.. uikk jauh depa gi. Ntah apa dimain dengan anak-anak jiran tanpa pantauan.. huhu. Bibik ni, dia ingat jam 5 boleh bagi keluar bebudak ni. Pada aku kalau boleh sekali pun... kena ada yang melihat di luar.. Ni dia duduk di dalam rumah..sambil masak, sambil tengokkan Aimy yang tidur.. Aduhai, risau aku..hmm. Tapi kalau tak bagi, kesian pula bebudak ni tak berkawan sepanjang minggu.. tambah kalau kami balik terlambat huhu. Mereka dah biasa jumpa kawan tetiap hari di nursery sejak kecil.. tu depa cam culture shock sket sepanjang hari dok rumah.. aduss dilema aku..
Aku ajak mereka berdua ke kedai. Nak beli roti dan nestum benarnya. Sekali bebudak ni, macam-macam diminta.. Nasib aku kata takmo, tak cukup duit...tau depa letak balik huhu. Sorang puas hati dapat nestum, sorang puas hati dapat biskut tiger dan choki..
Rupanya budak bertuah dua orang ni tak mandi lagi.. Aku kerah mereka mandi selepas habis mereka makan choki. Alesha mandi dengan Adani.. perkara biasa kalau dah mandi 2 orang, akan main dalam bilik air laa jadinya. Ntah apa mereka buat aku tak pasti, sebab aku dok tengokkan Aimy sementara bibik nak solat maghrib. Dah agak lama sket mereka dalam bilik air, tetiba dengar macam Alesha menangis.. sebelum tu dengar mereka dok ketawa dan borak apa ntah jer.. Ingat Alesha main-main, atau berlakon... (dah suka benor berlakon kan). Tapi kali ni 1st time dengar Alesha menangis macam kesakitan+ketakutan sangat.. (selalu adani jer yg nangis kena buli kakaknya). Kelam kabut aku berlari pergi tengok, Astaghfirullah..... ALESHA TAK BOLEH KELUAR DARI BALDI/TIMBA..tersekat sendiri.. nak gelak ke, nak marah ke, nak biar?? gggggggeeeraammmm jadinya huhu
Korang bayangkan laa.. dia duduk masuk dalam baldi tu, dan elok duduk mencangkung penuh dalam baldi.. tak sedor diri dia dah besar panjang... baldi tu laks jenis sederhana kecik tu.. kalau belajar akrobatik china ok laa jugak. hahaa rasakan laa kan.. huhu. Melolong minta tolong ...mula minta tolong adiknya.. pastu marah adiknya jangan jirus dia lagi dalam tu.. sekali dah adiknya cam panik, tak reti bila kakaknya suruh tarik...Apa lagi, dok panggil ibu...ibu... tolongggg... bibiknya baru nak usai solat maghrib ... Aku memula takat pegang tangan dia dan suh dia tarik tangan aku, tak boleh.. cuak giler dia.. tau takut...! Sekali aku try pula kepit sket baldi ngan kaki aku.. pastu dua tangan aku tarik dia ke atas.. NASIB boleh keluar.. Alhamdulillah.. Kalau tak, leh masuk paper esok kalau terpaksa minta bantuan memana.. kekekke. Tu laa akibatnya orang suh mandi dari petang tak mandi2.. Bibiknya ajak mandi, buat tak reti jer masing-masing. Bertuah tul anak-anak aku nih hmmm.
Ingat balik nak gelak rasa... rugi tak amik gambar, tambah tengah melolong sakit tu hahaha. Adus rasa nak pecah perut bila dikenang kembali. Tu ayah dia tak tahu lagi tu... Kalau tak jadi bahan laa dia hahaha. Kalau amik gambar leh jadi kenangan tua-tua sok... tunjuk kat anak dia kakakkaa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku