Isnin, 4 Januari 2010

Excited..!!

Jumaat-Ahad.. macam2 berlaku. Busy jer aku sepanjang hari. Ada jer benda nak dibuat, walau dah ada maid. Tapi lega banyak laa bila tengok rumah kemas sentiasa..hehe. Cuma biasalah, pasti ada yg tak sempurna. Dia pun baru belajar, baru bercampur dgn orang Malaysia..kadnag misscomm la kut haha. Tapi ketidakpuashatian itu masih boleh dibicara dan ditegur sedikit-sedikit.

Kemudian, ada jer tetamu. Kejap parents, kejap BIL, kejap adik dan SIL.. Seronok leh bertenang layan tetamu satu persatu haha.

The best thing for the week.. lepas aimy mengeluarkan sembelitnya jumaat lepas... dia kembali normal membuang (harapnya berterusan)...alhamdulillah.. Sebabnya, kan dulu Dr Koshy kata Ventolin Inhaler yg buat dia sembelit kan.. Bebaru ni kami amik ubat kat klinik sebab dia selsema teruk, batuk... sekali doktor klinik kata full package rupanya.. ada demam sikit (terkejut aku, sbb tak rasa panas laks), tekak merah, kahak ada, batuk, selsema... So dia bagi 5 ubat.. ubat kahak, demam, batuk, selsema dan antibiotik. Aku ingat aku perlu cuba sepenuhnya ubat klinik. Aku stop semua ubat dari Dr Koshy kerana aku rasakan, badan dia dah terlalu mangli dgn ubatan yg Dr Koshy beri. Selsema dia gitu gak tak berubah malah makin teruk, dah tak berkesan agaknya.. (just my teori yg bukan doktor haha). So aku stop ubat kahak, selsema dan inhaler ventolin dan pulmicort dari DEMC. Alhamdulillah, aimy rasi dengan ubat klinik.. Dia semakin ok selsemanya, sembelitnya, kahaknya, demam hilang, tinggal batuk jer kekadang menjelma.. syukur alhamdulillah. Happy jer dia, selesa jer gayanya hehe.

Selera makan pun ok, terutama pada nestum. Aku baru belikan nestum beras+apple pada dia. Dah buatkan bubur, confirm reject. Bila dia nak nestum tu, excited bila nampak bowl... so lps ni boleh laa try buat bubur apple pula.. bubur berasaskan buahan dia lebih suka kut.. kalau sayuran...dia memang totally reject. Dah cuba bubur ngan sayur, ngan buah dan lauk pauk jer belum. Itu pun, Aimy dah MONTEL kembali hahaha..

Anak-anakku memang bertuah! haha. Jumaat kelmarin, mereka dah robohkan pintu almari baru yang baruku belikan dan letak di bilik maid (dah murah/cokia pun huhu)...huhuhu.. Aduhai menduga tul bebudak ni.. Kena laa sedas pada master mind, dan sipi pada follower.. Tu belum hal lain tu... aduhai, pening pala. Disuruh tengok buku, baca dan buat apa patut...takmo langsung masing-masing.. Sape tak geram..

Kalau basikal alesha tercabut pedal tak sampai 2-3 bulan.. ni basikal adani laks, pecah tayar kecik dibuat kakaknya.. aduhai.. Sesungguhnya bertuah... Basikal yg baru beli April 2009 dah jadi macam-macam.

Buat pertama kalinya siang tadi aku masak paru goreng berlado... hahaha...Menjadi laks tu...hahaha. Saling bertukar menu dgn maid.. Dia masak lemak cara dia.. Sedap jer kami makan hehe. Cik abg sibuk gak nak bg lauk dia.. apa lagi telur mata taruk kicap hahaha. Tetiba jer anak-anak suka telur kicap ayahnya haha.

Dari semalam aku menjahit dan terus menjahit... asalnya nak jahit dan buatkan tudung baru utk Alesha. Tudung tadikanya dah dihilangkannya.. ntah mana pergi tinggal 1. Kemudian nak gantikan zip uniform tadikanya yg dah rosak. Asyik tertangguh usaha ni sebab mencari kedai kain yg ada menjual kain yg sama warna, sama jenis dengan uniform tadikanya (custome made.. so takde jual di luar.. dan takde jual tudung sahaja). Kemudian seksa nak mencari zip... Mana nak cari kedai menjual barang jahitan area Subang Jaya/Shah Alam ek?? Pening...!! Dah tak jumpa zip, pakai jer apa zip ada di rumah haha...biru pun biru laa walau baju merah+hijau hahaha. Alesha kata cantik... so what? ;) hahahha... Tudung dia pun pelik aku jahit, bab jahit tepi pun main bantai jahit sendiri.. dengan getah di kepala, hahaha kelakar jadinya. Benang merah pun takde.. kekekke. What to do, Ibu setahun jarang sekali menjahit haha.

Kerja jahit menjahit berterusan dengan menjahit segala yang terkoyak, tertetas, dan tertangguh dijahit... contohnya LANGSIR RAYA 2008 hahahha. BAru dapat 50%-65% tadi. JAdilah... harap boleh disambung esok lusa.

Esok plannya nak hantar Alesha dan Adani ke tadika, pastu tunggu van mereka ambil. Kemudian keluar ke USJ buat Fomema maid, dan hantar maid dan anak2 balik. Aku pula, terus ke Imigresen buat endorsement... HArapnya semua berjalan lancar sementelah aku cuti. Kalau cermin mata aimy dah siap di HKL lagi bagus. Leh aku mencari masa gi sana amik jap hehe.

Adik aku yang duduk di rumah aku, bakal berpindah ke rumah sewa dia dan kawan2nya dlm seminggu ni. Dah dapat dah rumah katanya.. Sunyilah kami nanti, anak-anak suka mengekor pakciknya, membuli dan main bersama. Ajak tinggal sekali, katanya dah janji dengan kawan. Kalau tak dah jimat duit sewa umah dan makan sesikit.. Tapi biasalah, budak bujang.. hehe.

Aku ni dari hari ke sehari nak buat check list kerja-kerja di rumah dan hal anak-anak buat bibik... tapi asyik tertangguh. Bibik lak, ada kerja yg dia confident terus buat tanpa bertanya, dan ada yang dia tak confident buat sampai dia tak buat langsung wakkakaka.... Apa pun harapnya dia pembantu yg terbaik dan tahan lama buat aku sekeluarga amin.. Tapi bak kata kak ina dan kawan-kawan, kena pandai main layang-layang. Kadang dibiar lepas talinya, kadang ditarik-tarik semula ke bawah.. Bila tiba masanya, akan dibicarakan sepatutnya. InsyaAllah. Sesambil buat kerja dengan dia pun ada kami bincang ...so ok laa.. Nantilah aku tegur mana yg tak cukup dan terlebih serta takde tu hehe.

Ok lah, jam pun dah 2.45 pagi.. ;)

1 ulasan:

  1. seronok ye ada maid,dulu kami pernah ada maid tapi dia buat hal...sekrg tak da lagi..sendiri jadi maid..

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular