Orang kalau dengar Taubat, pasti akan menyebut.. Taubat ke tau buat? Hihi. Itulah nama kelas Alesha..1 Taubat!.
Apa pun syukur Alhamdulillah Alesha berjaya mengharungi tahun 1-nya dengan agak bagus. Keputusan peperiksaan akhir tahunnya telah lama diperolehi. Cuma 2 hari lepas baru cikgu kelasnya memberikan salinan buku laporan prestasi.
Aku agak berpuas hati walau Bahasa Arabnya tidak sebaik Peperiksaan Pertengahan Tahun atau penggal pertama, namun ia lebih baik dari ujian prestasi penggal 2. Jadi aku bersyukur sangat walau ia tidak mendapat A.
Keputusan matapelajaran akedemik pula amat memberangsangkan. Prestasinya meningkat sedikit daripada penggal pertama. Begitu juga dengan matapelajaran agama. Cuma bahasa Arabnya masih perlu diteruskan usaha.
Kedudukan dalam jelas juga lebih baik.. Kalau dulu nombor 24.. Kini no 15. Alhamdulillah. Aku suruh dia target untuk mendapat nombor berapa sebelum periksa bermula. Bukan apa, nak bagi dia bersemangat untuk berusaha dan mengejar kawan-kawan yang semuanya pandai-pandai belaka tu. Dia cakap.. Kalau nombor 10 ok tak ibu? Aku jawab.. Ok sangat kalau banding nombor 24 yang Alesha dapat dulu. Apa pun aku bangga dia boleh fikir untuk memilih nombor yang lebih realistik untuk dirinya.. Haha. Apa pun aku tetap beri lebih semangat dan cabaran, kalau jadi top 10 dalam kelas.. Alesha tentu lagi gembira kan? Walau no 15 dah terlebih dari 10, namun aku bangga..kerana ia menampakkan usaha dia dan kemahuan dia untuk lebih maju. Syukur Alhamdulillah.
Sekarang ni, asyik main game dan mengusik adik-adiknya. Tak mengapa kasi chance ok! Tahun depan cabaran lebih hebat. Entah kelas mana pula Alesha dapat masuk.. Ibu pula yang berdebar. Apa pun ibu mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anak kan?
Published with Blogger-droid v2.0.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku