Sabtu, 12 November 2011

Hidung

Sebaik aku usai solat asar di surau pejabat Khamis lepas, panggilan Mrs Sunny principal Aimy memberi aku tanda tanya. Cepat-cepat aku jawab. Mrs Sunny tanya "Puan.. Hidung Aimy keluar darah tadi. Dia pernah jadi begini atau tidak ya?" Memang Aimy pernah berdarah hidung tiba-tiba. Dah 3 kali aku rasa. Kemudian dia tanya lagi, "selalu lama tak puan? yang ni tadi kejap saja.. Mungkin panas dalam. Kami dah letak ais tadi." Memang dah 3 kali jadi sebelum ni dan sekejap jer keluar darah. Tapi dia mengalir tu pekat la.. Seriau gak tengok..huhu.

Lega Mrs Sunny bila aku berkata begitu. Oklah tak ada apa kut, aku pun kembali ke workstation aku dan sambung kerja yang menimbun. Jam 6.15 aku baru beransur dari pejabat. Sesampai di daycare, Aimy tengah tidur. Bila mereka menyerahkan Aimy pada ku, aku lihat hidungnya masih berdarah. Alahai suspen pula aku tengok. Dia pun tidak ceria sangat seperti biasa. Dalam kereta merengek, mengantuk agaknya. Lagi kuat Aimy menangis bila dirinya terhantuk ke palang car seat. Nasib la span tebal. Ikutkan tak sakit tapi dia tengah tak ok tu, buat dia bertambah kuat menangis huhu. Laju aku bawa nak cepat sampai rumah dan bawa Aimy ke klinik. Sampai rumah dia diam. Tapi darah dah terkena dahi, pipi dan pahanya. Terus aku mandikan sambil bersihkan hidungnya.

Usai mandi dan berbaju, darah keluar lagi.. Aduss memang pelik. Selalu tak berlarutan begini. Sebaik cik abang sampai, dengan kami yang belum mandi solat maghrib dahulu sebelum ke klinik.

Doktor klinik pun pelik. Kalau panas demam, sekejap jer darah keluar. Ni dia cek suhu tak demam pun. Katanya kena bawa ke hospital jer la. Dia buatkan refer letter. Kami call DEMC.. Jam dah pukul 8. Jadi specialist dah tak terima orang. Disuruh ke emergency. Tak nak kami, risau jadi banyak masalah GL dan prosedur macam dulu. Sudahnya kami buat appoinment untuk esok siang jer. Dapat tengahari. Tawakal jer malam tu agar hidungnya berhenti berdarah. Kami stopkan spray hidung seperti arahan doktor dan tuam dengan ais sahaja.

Tapi pagi jumaat masih ada saki baki darah. Tapi hingusnya keluar semula. Aku kena ke pejabat, selain cuti dah nazak, banyak yang perlu aku siapkan. Kebetulan mak aku datang hari rabu malam khamis, lega sikit nak tinggalkan Aimy di rumah. Kalau tidak, aku terpaksa juga hantar dia ke sekolahnya.

Alhamdulillah cik abang dapat GL jam 11pagi. Jam 12 aku minta kebenaran boss ke hospital dan masuk semula lambat sedikit. Nasib juga ada pelajar praktikal yang boleh membantu sedikit kerja yang aku rasa dia boleh buat tanpa perlu diajar banyak. Lega sikit dari serba salah.

Beriya cik abang ajak pergi 12.30pm.. Tapi seperti yang ku jangka, lunch hour klinik pakar tutup. 2.30 baru buka. Patut mereka beri kami appoinment 2.30pm. Maka balik semula kami ke rumah. Sempat makan dan solat sebelum pergi semula. Sedapnya makan masakan mak walau ikan masak kicap hehe.

Ngam 2.30 dah sampai semula di DEMC. Tapi lama juga nak tunggu dapat masuk jumpa doktor. Nasib kami yang pertama diberi masuk sebab ada appoinment. Lama sungguh tak jumpa Dr. Koshy. Anak-anak semua rindu nak jumpa, sibuk mengikut semuanya hehe.

Dr Koshy kata, sepatutnya ubat spray hidung Aimy yang diperolehi dari klinik tu mengurangkan block di dalam hidungnya. Memang ada jangkitan kuman dalam hidungnya, sebab tu hingus yang keluar asyik bewarna hijau dah lebih 3 minggu. Jadi bila infection, salur darah dalam hidung itu membengkak. Bila kita selalu picit dan membuang hingusnya lama-lama salur darah yang membengkak tu pecah. Siap doctor bersihkan hidungnya nak tengok ke dalam. Memang teruk block kata doktor. Kemungkinan nak jadi sinus pun ya. Tambah Aimy ada history Asthma. Dia juga special, kalau dulu masa kecil ketara merah dari tengah dahi ke atas hidung. Doktor kata mungkin salur darah dia nipis di bawah kulit dan sensitif. Jadi doktor berikan 2 jenis spray hidung di samping ubat selsema, antibiotik dan ubat tahan alahan. Satu spray untuk menghilangkan block dalam hidung. Satu lagi untuk mengelakkannya selsema di waktu pagi. Lega sangat bila tiada yang serius perlu dirisaukan. Darahnya pun dah berhenti keluar masa kami balik tengahari tu.

Selepas hantar anak-anak ke rumah. Siapkan susu dan ubat Aimy. Kami terus kembali ke pejabat.

Alhamdulillah syukur.. ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.1

1 ulasan:

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular