Jumaat, 25 November 2011

Bestnyaaaaa!!!!

TERIMA KASIH TGV CINEMA!! TERIMA KASIH NUFFNANG!!


Hahaha tak disangka-sangka rezeki tu kan! Aku menerima email dari Nuffnang pada 10 November 2011, iaitu 2 hari selepas birthday aku. Ingatkan sesaja wish seperti kelab atau apa saja yang kita jadi ahli atau langgan. Rupanya ada SURPRISE di dalam haha.

Memang aku tengah menunggu ada satu pihak memberikan tiket wayang, tapi hampa bila bukan rezeki aku. Sekali, macam tahu-tahu aku mahukannya untuk anak-anak dan diri aku sendiri haha. Seronok tak terkata.. Syukur rezeki..

Baru siang tadi aku dapat selepas cik abangku sudi meminta kawannya yang selalu ke KL tolong mengambilnya. Kami memang tidak sempat untuk mengambil di pejabat Nuffnang tersebut kalau pada waktu pejabat. Nak cuti, cuti dah tinggal 3-4 hari cuma... Terima kasih kawan cik abang hehe.

Apa pun, sekali lagi... TERIMA KASIH NUFFNANG dan TGV Cinema!!



*** apa cerita yang best sekarang ya..??!

Khamis, 24 November 2011

Ciannnn... dia.

Seperti biasa kalau hari selasa Aimy ada kelas swimming sekolahnya bawakan. Kalau ada kelas swimming ni, balik jer dia merengek sedikit kepenatan dan nak cepat tidur. Memang cepat Aimy tidur. Jam 8.15-8.30 malam gitu. Tak.perlu aku penat berhempas pulas menidurkan dia. Tapi rasa kepala dan lehernya agak suam..macam demam. Terus kami berikan ubat demam dahulu.

Pagi masa kejut Aimy, terperasan dia terkencet hingga terkeluar sedikit ke cadar katil. Ingat memang nak membuang seperti biasa tapi tak lawas. Sekali sebaik aku dan anak-anak dah bersedia nak masuk kereta.. Aku cium bau uang tak menyenangkan pada Aimy. Laa Adik berak ke dik? Tak jadi aku fan Aimu masuk kereta. Kakak-kakaknya saja yang dah masuk.

Agak sedikit terkejut aku bila melihat najisnya cair melampau. Paling aku terkejut melihat kemaluannya begitu teruk jadi ruam..melata merah semerah-merahnya. Aduhaii..kesiannya anak ibu..Nape sampai teruk begini? Tapi dulu pun pernah terjadi begini, sampai merah melecet kemaluannya.. Merengek jer dia pedih dan sakit tuh!! Aku tak tau apa nak buat.. Sudahnya aku hantar ke sekolah dia juga. Tawakal jer la..sebab Aimy nampak cukup segar dan sihat pagi ni.

Tetapi, ketika aku memgambil Aimy di daycare nya lewat petang.. Teacher Shyla memegangnya secara menatang.. Katanya Aimy macam dah tak larat sebab asyik ceret beret dan terlalu cair najisnya. Begitu kerap dia menggantikan daiper dan seluar. Kawasan daipernya juga terlalu teruk, semakin merah dan bagai sekata dalam kulit kata teacher. Alahai ciannya anak ibu.. Tapi Aimy tetap nak borak dan tersenyum di dalam kereta.

Sebaik sampai rumah, ayahnya bawa Aimy keluar kereta.. Aduhai disembam mukanya di bahu ayahnya.. Tak larat la tuh. Ketika ditanggalkan seluar baju dan daiper, ada sedikit najis yang melekat pada daiper yang baru TEacher Shyla ganti sebelum diserahkan Aimy pada aku.

Usai Aimy mandi, lagi seriau aku tengok kemaluan dan tepinya semerah-merahnya yang pernah sekali aku lihat dulu! Ada pula yang menggelupas dan ada macam berbiji-biji yang pecah melecet..kesiannnyaaa Aimy.. Menangis dia aku lap perlahan-lahan kawasan kemaluannya. Ya Allah sakit sangat rasa bila tgk.

Selepas maghrib kami ke klinik. Doktor kata mungkin rashes itu berlaku disebabkan oleh ceret itu sendiri. Kulit dia tak tahan sesuatu yang bertoksid.. Doktor berikan ubat sapu, ubat air utk hentikan cerit dan kembung.. Kemudian serbuk orwn untuk buat air garam tu. Nangis dia bila disentuh kawasan itu untuk di sapu ubat. Sebaik disapu, terus tidur tanpa disuruh-suruh hehehe.

Harap anak ibu-Aimy cepat sembuh hendaknya.. Kita nak jalan dik Sabtu ni.. Jangan terusan sakit ya. Kesian adik nanti teruk menahan dalam perjalanan. Biarlah adik riang-ria ketika di bawa berjalan dan bercuti.. Aminnnn
Published with Blogger-droid v2.0.1

Rabu, 23 November 2011

Hari Ibu Bapa Berjumpa Guru

Itu terjemahan dari sesi yang aku dan keluarga hadir pagi semalam di tadika Adani. Bukan saja ibu bapa saja yang pergi..kakak dan adik juga ikut haha.

Sebenarnya ia adalah hari mengambil 'report card' di samping hari guru dan ibu bapa bersemuka berbincang hal anak. Ketika kami sampai, kebetulan Teacher Yus iaitu guru kelas adani juga sampai. Rupanya dah ada seorang yang menunggu. Lama juga menunggu kerana ibu pelajar tu banyak soalan pada teacher.

Tiba giliran kami. Teacher menunjukkan kad laporan, kertas-kertas 'final assessment' adani dan kad laporan bacaan. Kata teacher Yus, keputusan dah pecah rahsia ketika konsert tempohari. Dia menerangkan mengapa Adani dapat best student keseluruhan. Akedemik dia amat cemerlang.. Sahsiah diri, personaliti, kognitif, kreativiti segala juga cemerlang. Dia tak kacau orang tak pukul orang dan mudah bekerjasama. Jika diminta memberi idea tentang sesuatu benda dia boleh fikir dengan cara yang kreatif dan tersendiri. Wah senyum meleret Adani dipuji sebegitu oleh teachernya.

Teacher juga memberitahu dia berkawan rapat dengan Humairah. Itulah kawan main, kawan makan, kawan gurau dan ada ketika "don't want friend you" hahaha. Dia cool, tetapi humairah yang menangis. Bertuah adani ya pandai tak nak kawan orang hehe.

Adake sibik minta hadiah lagi masa nak ke nursery.. Sabor jer lah.

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki belajar dengan bijak pada Adani.. Syukur Alhamdulillah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 17 November 2011

Aimy..



Tadi melihat video Alanna Qisy dalam fb Ina. Sedih dan syahdu aku... Biarlah Aimy tak sempurna mahupun istimewa.. Ibu tidak mahu kehilangan Aimy.. Ibu sanggup!.. biar banyak dugaan dan cabaran dalam membesarkanmu nak... Ibu tetap akan menjaga adik.. Hingga akhir hayat ibu. Ibu tak mampu kalau kehilanganmu dik.. Ibu sayang Aimy!! Moga Allah panjangkan umur kita dik.. dan permudahkan kita nenjalani kehidupan di bawah keberkatanNya.. Aminn
Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 13 November 2011

Karnival SRAI 2011


















Pagi lagi dah siapkan Alesha ke sekolah. Sebenarnya karnival dia berlangsung dari Jumaat 11 Nov hingga Isnin 14 Nov 2011. Pelbagai aktiviti dan hiburan disediakan.

Selepas cik abang menghantar Alesha, aku dan adani pula bersiap nak ke klinik gigi. Gigi Adani ada sedikit rosak di tepi gigi depan.. Takut dibiar bertambah tak comel nanti hihi. Aku pula dah hilang sakit geraham yang berulang haritu. Tapi alang-alang bawa Adani, aku yang dah buat appoinment untuk Alesha menggantikan Alesha. Dah lama pun aku tak cek gigi. Seronok bila dah lama tak scalling, walau nyilu hihi.

Lepas Zohor, kami ke sekolah Alesha. Alesha dan Adani aku masukkan nama mereka menyertai kelas mewarna dan melukis oleh Uncle Uneh dari Majalah Asuh. Uncle Uneh ni benarnya senior setahun aku masa UITM. Memang berseni dan kelakar orangnya dulu hihi.

Sementara mereka belajar sejam. Sempat aku melayan Aimy dan meronda melihat gerai jualan dan segala pameran bersama mak dan cik abang.

Selepas anak-anak siap, kami meronda satu round dan terus ke PKNS pula. Saja jalan-jalan, opah mereka nak cari tudung.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sabtu, 12 November 2011

Laporan perkembangan dan aktiviti













Inilah dia antara hasil aktivi Aimy di IMC Training Centre for Special Needs. Mesti Aimy seronok kan pelbagai aktiviti ada untuk dia. Alhamdulillah sangat.. Paling tidak setiap aktiviti ada tujuannya.

Walaupun hasil ini dibantu oleh Teachernya.. Tapi ia mahu bekerjasama dan membuatnya sudah buat aku bangga dengannya.

Sayang Aimy !
Published with Blogger-droid v2.0.1

Hidung

Sebaik aku usai solat asar di surau pejabat Khamis lepas, panggilan Mrs Sunny principal Aimy memberi aku tanda tanya. Cepat-cepat aku jawab. Mrs Sunny tanya "Puan.. Hidung Aimy keluar darah tadi. Dia pernah jadi begini atau tidak ya?" Memang Aimy pernah berdarah hidung tiba-tiba. Dah 3 kali aku rasa. Kemudian dia tanya lagi, "selalu lama tak puan? yang ni tadi kejap saja.. Mungkin panas dalam. Kami dah letak ais tadi." Memang dah 3 kali jadi sebelum ni dan sekejap jer keluar darah. Tapi dia mengalir tu pekat la.. Seriau gak tengok..huhu.

Lega Mrs Sunny bila aku berkata begitu. Oklah tak ada apa kut, aku pun kembali ke workstation aku dan sambung kerja yang menimbun. Jam 6.15 aku baru beransur dari pejabat. Sesampai di daycare, Aimy tengah tidur. Bila mereka menyerahkan Aimy pada ku, aku lihat hidungnya masih berdarah. Alahai suspen pula aku tengok. Dia pun tidak ceria sangat seperti biasa. Dalam kereta merengek, mengantuk agaknya. Lagi kuat Aimy menangis bila dirinya terhantuk ke palang car seat. Nasib la span tebal. Ikutkan tak sakit tapi dia tengah tak ok tu, buat dia bertambah kuat menangis huhu. Laju aku bawa nak cepat sampai rumah dan bawa Aimy ke klinik. Sampai rumah dia diam. Tapi darah dah terkena dahi, pipi dan pahanya. Terus aku mandikan sambil bersihkan hidungnya.

Usai mandi dan berbaju, darah keluar lagi.. Aduss memang pelik. Selalu tak berlarutan begini. Sebaik cik abang sampai, dengan kami yang belum mandi solat maghrib dahulu sebelum ke klinik.

Doktor klinik pun pelik. Kalau panas demam, sekejap jer darah keluar. Ni dia cek suhu tak demam pun. Katanya kena bawa ke hospital jer la. Dia buatkan refer letter. Kami call DEMC.. Jam dah pukul 8. Jadi specialist dah tak terima orang. Disuruh ke emergency. Tak nak kami, risau jadi banyak masalah GL dan prosedur macam dulu. Sudahnya kami buat appoinment untuk esok siang jer. Dapat tengahari. Tawakal jer malam tu agar hidungnya berhenti berdarah. Kami stopkan spray hidung seperti arahan doktor dan tuam dengan ais sahaja.

Tapi pagi jumaat masih ada saki baki darah. Tapi hingusnya keluar semula. Aku kena ke pejabat, selain cuti dah nazak, banyak yang perlu aku siapkan. Kebetulan mak aku datang hari rabu malam khamis, lega sikit nak tinggalkan Aimy di rumah. Kalau tidak, aku terpaksa juga hantar dia ke sekolahnya.

Alhamdulillah cik abang dapat GL jam 11pagi. Jam 12 aku minta kebenaran boss ke hospital dan masuk semula lambat sedikit. Nasib juga ada pelajar praktikal yang boleh membantu sedikit kerja yang aku rasa dia boleh buat tanpa perlu diajar banyak. Lega sikit dari serba salah.

Beriya cik abang ajak pergi 12.30pm.. Tapi seperti yang ku jangka, lunch hour klinik pakar tutup. 2.30 baru buka. Patut mereka beri kami appoinment 2.30pm. Maka balik semula kami ke rumah. Sempat makan dan solat sebelum pergi semula. Sedapnya makan masakan mak walau ikan masak kicap hehe.

Ngam 2.30 dah sampai semula di DEMC. Tapi lama juga nak tunggu dapat masuk jumpa doktor. Nasib kami yang pertama diberi masuk sebab ada appoinment. Lama sungguh tak jumpa Dr. Koshy. Anak-anak semua rindu nak jumpa, sibuk mengikut semuanya hehe.

Dr Koshy kata, sepatutnya ubat spray hidung Aimy yang diperolehi dari klinik tu mengurangkan block di dalam hidungnya. Memang ada jangkitan kuman dalam hidungnya, sebab tu hingus yang keluar asyik bewarna hijau dah lebih 3 minggu. Jadi bila infection, salur darah dalam hidung itu membengkak. Bila kita selalu picit dan membuang hingusnya lama-lama salur darah yang membengkak tu pecah. Siap doctor bersihkan hidungnya nak tengok ke dalam. Memang teruk block kata doktor. Kemungkinan nak jadi sinus pun ya. Tambah Aimy ada history Asthma. Dia juga special, kalau dulu masa kecil ketara merah dari tengah dahi ke atas hidung. Doktor kata mungkin salur darah dia nipis di bawah kulit dan sensitif. Jadi doktor berikan 2 jenis spray hidung di samping ubat selsema, antibiotik dan ubat tahan alahan. Satu spray untuk menghilangkan block dalam hidung. Satu lagi untuk mengelakkannya selsema di waktu pagi. Lega sangat bila tiada yang serius perlu dirisaukan. Darahnya pun dah berhenti keluar masa kami balik tengahari tu.

Selepas hantar anak-anak ke rumah. Siapkan susu dan ubat Aimy. Kami terus kembali ke pejabat.

Alhamdulillah syukur.. ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.1

Selasa, 8 November 2011

Happy Birthday to...


Meeeee.... Hihi. Alhamdulillah Allah panjangkan umurku untuk merasai segala keindahan kehidupan selama umurku ini.. Adoi seram nak sebut umur. 27 boleh? Haha.. Selamanya merasa diri 27 tahun ok hahahaha. Biorlah keme perasan sendiri ye dak? Tapi boleh aku mimpi entah siapa menyuruh aku pergi buat facial sebab dah nampak tua? aiyyoorkkkk jahat punya mimpi hahahhaa.

Malam tadi whiteboard di atas tu dilukis oleh Adani dengan lukisan 'Rumah Ibu' dan semua orang menyayangiku. 'Kakak sayang ibu', 'Adani sayang ibu', 'Aimy sayang ibu'. Adani tuliskan semua sebab kakak dan adiknya dah tidur. Lepas lukis dia cakap "Adani sayangggggg ibu.. Adani minta maaf ya kalau Adani buat salah" aduhaii syahdu rasanya.. Terus aku berikan big hug rapatttt punyaa..!!! Suka dia..hehehe. Dia ni memang sentimental dan bahasa cam orang tua budaknya.. Jadi jangan fikir aku bakukan bahasanya haha.

Kemudian Adani cakap lagi "Happy Birthday Ibu.. Ibu nak hadiah jam ke, rantai ke?"(waktu tu dah 12 lebih). Aku gelak jer.."ada duit ke Adani nak belikan ibu?" Dia jawab, "ibu bagilah Adani duit, Adani pergi belikan. Pastu Ibu beli kad birthday yang kecik, Adani dengan kakak nak tulis happy birthday kat ibu". Hahaha sabor jerlah. Sudahnya tertidur budak bertuah tu di sebelah aku yang masih cuba menghabiskan kerja pejabat yang tak terbuat dek aku asyik cuti bila Aimy kena measles dan kerja rutin lain yang memang menuntut semua masaku di pejabat.

Pagi ni bangun, lukisan comel Adani yang tak sempat aku ambil gambar dah bertukar dengan lukisan di atas. Cik abang pula melukisnya pagi-pagi sebelum dia ke pejabat. Baru kejap tadi ditambah Adani di bawah 'i love you' tu, "I love You Ibu"..haha sambil monyok muka bila lukisannya tiada lagi hahaha. Tapi pandai komen lukisan ayah cantik haha. Kakaknya bangun tidur, puji adiknya lukis cantik. Adani jawab "Ayah la lukis.. Saya punya ayah dah padam". Haha kesian bunyinya.

Apa pun aku bahagia di kelilingi insan-insan yang menyayangiku. Dari tengah malam sampai ke tengah malam hari berikut banyak ucapan diterima dari keluarga dan sahabat handai. Terima kasih semua kerana mengingati diriku ini. Moga Allah makbulkan doa-doa kalian.. Aminn
Published with Blogger-droid v2.0.1

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Raya ke? Bak kata anak-anak, ayah jer raya.. Hehe. Ayah mereka pergi ke Janda Baik nengikuti majlis korban pejabatnya. Plan asal kami sekeluarga ikut. Tapi bila Aimy baru sahaja pulih dari campak halus dan tiada penginapan disediakan, maka rancangan berubah hanya Alesha dan Adani yang akan mengekor ayahnya. Aku seperti biasa kena jaga Aimy.

Tetapi entah kenapa cik abang buat keputusan nak pergi solo dengan kawan-kawannya. Janjinya akan balik segera tengahari. Hmmm... :-(

Maka kami duduklah di rumah mak mertuaku yang sunyi. Biras aku dan anaknya balik kampung. Adik ipar juga balik je kampung biras aku. Jadi anak-anak aku sahaja periuh suasana walau mereka pun bosan tak tahu buat apa. Kesian mereka, asyik tanya kenapa ayah tak bawa mereka dan bila ayah balik?

Kami pakai baju biasa, aku-baju kaftan lagi haha..setakat melayan anak-anak dan menonton televisyen. Bosannya tak terkata. Anak-anak sibuk bertanya, kenapa tak pakai baju raya? Nak pergi ke mana nak oii, kita duduk di rumah jer. Karang baju jer kotor dihenyak kalian hihi. Kesiannya mereka :-|

Sedih juga.. Sepanjang minggu kadang balik lewat, terkadang hujung minggu juga di pejabat. Ini raya juga dengan kawan-kawan pejabat. Kalau tahu jadi begini baik aku balik ke kampungku. Ada gak seronoknya makan-makan dan gelak ketawa dengan adik-adik. Nasib la ada mak mertua rajin gak berborak. Kemudian ada cerita menarik di televisyen. Kalau tidak.. Huhu...

Rajin mak mertuaku masak untuk kami. Tapi makan macam biasalah.. Menu raya cuma nasi impit, kuah kacang. Beli lemang aduhai sadis.. Keras cam batang besi.. Tak boleh dimakan! Dah la mahalnyaaa kan! RM12 sebatang. Beli 2 jadi RM10 sebatang. Tapi yang boleh makan adalah 2 potong kecil jer. Tu pun sebab teringin sangat.. Keras sangat weiii!!! Mak mertua carikan rendang untuk makan dengan lemang haha.. Murah rezeki kami..dapat sedikit pemberian jiran. Menurut mak, dia sangka kami tak ke rumahnya, terus ke Janda Baik.. Tu dia tak masak. Nak buat macam mana mak, kami ke rumah mak baik jer hihihi.

Apa pun dah takdirnya begitu kut.. Raya aidil adha kali ni bukan untuk kami meraikannya.. WaAllahualam.

Maaf Zahir Batin semua ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sabtu, 5 November 2011

Dah Turun?



Aku tengah menanggalkan sarung bantal dan cadar sebaik Aimy bangun. Nak kena basuh sebelum ke rumah mertua untuk beraya.

Dalam aku tak sedar, Aimy turun tangga!! Aku sedar, bila terdengar suara cik abang menegurnya. Tapi kenapa tak nampak kelibat cik abang ni? Aku keluar bilik. Aku lihat Aimy dah duduk di anak tangga ke 7 dari bawah! Wah dah pandai turun tangga rupanya. Selama ini dia tahu naik jer, turun dia takut. Huhu kena lebih diperhatikan nampak gayanya. Pandai pula tu turun dengan menurunkan kaki ke belakang dan duduk hihi comel jer.

Syukur Alhamdulillah atas perkembangan ini.. KAU yang Maha Mengetahui ya Allah.. :-D
Published with Blogger-droid v2.0.1

Tau buat?



Orang kalau dengar Taubat, pasti akan menyebut.. Taubat ke tau buat? Hihi. Itulah nama kelas Alesha..1 Taubat!.

Apa pun syukur Alhamdulillah Alesha berjaya mengharungi tahun 1-nya dengan agak bagus. Keputusan peperiksaan akhir tahunnya telah lama diperolehi. Cuma 2 hari lepas baru cikgu kelasnya memberikan salinan buku laporan prestasi.

Aku agak berpuas hati walau Bahasa Arabnya tidak sebaik Peperiksaan Pertengahan Tahun atau penggal pertama, namun ia lebih baik dari ujian prestasi penggal 2. Jadi aku bersyukur sangat walau ia tidak mendapat A.

Keputusan matapelajaran akedemik pula amat memberangsangkan. Prestasinya meningkat sedikit daripada penggal pertama. Begitu juga dengan matapelajaran agama. Cuma bahasa Arabnya masih perlu diteruskan usaha.

Kedudukan dalam jelas juga lebih baik.. Kalau dulu nombor 24.. Kini no 15. Alhamdulillah. Aku suruh dia target untuk mendapat nombor berapa sebelum periksa bermula. Bukan apa, nak bagi dia bersemangat untuk berusaha dan mengejar kawan-kawan yang semuanya pandai-pandai belaka tu. Dia cakap.. Kalau nombor 10 ok tak ibu? Aku jawab.. Ok sangat kalau banding nombor 24 yang Alesha dapat dulu. Apa pun aku bangga dia boleh fikir untuk memilih nombor yang lebih realistik untuk dirinya.. Haha. Apa pun aku tetap beri lebih semangat dan cabaran, kalau jadi top 10 dalam kelas.. Alesha tentu lagi gembira kan? Walau no 15 dah terlebih dari 10, namun aku bangga..kerana ia menampakkan usaha dia dan kemahuan dia untuk lebih maju. Syukur Alhamdulillah.

Sekarang ni, asyik main game dan mengusik adik-adiknya. Tak mengapa kasi chance ok! Tahun depan cabaran lebih hebat. Entah kelas mana pula Alesha dapat masuk.. Ibu pula yang berdebar. Apa pun ibu mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anak kan?
Published with Blogger-droid v2.0.1

Jumaat, 4 November 2011

Adani sha na na na na....



Nonggek jer bergelek haha
Published with Blogger-droid v2.0

Annual Graduation & Concert

Majlis telah diadakan pada pagi 30 Oktober 2011 bertempat di Auditorium Summit USJ. Bermula jam 9.30 pagi. Ngam-ngam kami sampai sana 9.15 pagi. Biasalah kalau nak siapkan Adani hehe. Ibu la tukang makeupnya.. apa ibu ada... taruk jer kat Adani haha. Nasib laa Adani rela jer.. Memang dia suka haha. Dah la baju seksi meksot.. aduhaii bergaya sakan..! Nasiblah kecik lagi .. kalau besar ibu tak kasi pakai ni.. seksi sangat! haha. Paling dirisau, jadi macam tahun lepas, skirt melurut bawah pusat.. dek adani memang suka begitu.. buncit sket perut budak ni haha.








Ini muka-muka gabra Adani dalam kereta. Masa ni dah sampai depan Summit. Dah siap dia baru ibu mandi, mana la tak kena touch-up semula lipstik.. dah dia nyonyot susu laks kan haha









Ini keseluruhan pelajar Tadika Krista PUSJ yang sedang bersedia nak menyanyikan lagu Negaraku dan Krista Song.










Ini sesi penyerahan foto group dan ala-ala sijil gitu. Oleh kerana kamera yang ada dah ala-ala boleh pakai dengan tidak, maka gunalah kamera henpon ibu. Tak explore habis lagi, maka nak zoom tak reti hahaha. Maka blur la segala gambar yang tak cukup cahaya sebegini haha.














Ini dia kawan baik Adani (katanya boyfriend dia.. lepas diejek ramai makcik pakciknya.. dia kata PARTNER class dia laaa hahaha)










Wah diumum sebagai pelajar terbaik untuk kelas 5 Tahun! Tak sangka U.. Bangganya ibu.. Syukur Alhamdulillah.. Moga semakin murah rezeki anak ibu untuk bijak pandai belajar.. Aminn.






Tengok, skirt dah turun dari pinggang ke bawah perut hahahaha.. adoi laa budak ni. Shame..shame laa.. Tapi bangga la tu dok tayang pingat 'Best Student 2011' hehe. Ibu ingat tak dapat hadiah apa-apa bila semua subjek orang lain jer terbaik (termasuk Ariq - Terbaik Matematik).









Bila skrin keluar nama Adani baru aku kalut turun dari atas ke bawah untuk ambil gambar Adani. Sebab tidak dimaklumkan apa-apa. Kalau la kami tak datang... huhu kesian Adani. Apa pun bangga melihat nama anakanda tersayang di skrin. Nasib aku tak jiwa halus kali ni macam masa Alesha dapat hadiah ketika tadika 5 tahunnya dulu...hehe. Kali ni ibu riang ria, tak tangkap syahdu dah.. Mungkin sebab dah bukan 1st time.. hehe. Apa pun ibu tetap bahagia.. hehe











Budak seksi tayang pingat 'Best Student 2011' dengan Appreciation untuk persembahan (tak menang pun. Aku kira mestilah ibu bapa mengundi persembahan anak masing-masing kan? Jadi mana persembahan yang ramai peserta, dah pasti ramai ibu bapanya.. dan yang itulah yang menang. Apa pun takde hal.. memang happy jer tengok gelagat anak-anak ni di atas pentas.. Kelakar sungguh! Memang terhibur hati. Ada tu bukan asyik tengok yang di atas pentas, tapi ada yang adik-adiknya bergelek di atas tangga bila mendengar muzik berbunyi.. so cute! haha)










Ini hadiah sampingan untuk 'Best Student 2011'. Pencil box yang lengkap dengan alat tulisnya. ;)










Tak sempat tukar baju seksi, dah lapar nak makan. Terus turun tingkat bawah cari makan.

















Ini dia pingat-pingat yang membanggakan kami.. :)





Ada cerita memalukan masa concert Adani ni. Awal bimillah, lepas daftar dan dapat goodies bag. Aku menghantar Adani dan seorang kawannya ke belakang pentas untuk menunggu di bilik salinan. Teachernya dan ramai murid lain dah menunggu di dalam. Sebaik aku berpatah balik ke dalam auditorium.. Aimy nampak aku jer minta dukung. Cik abang pun benarnya tengah mencari tempat duduk.. Dia tanya nak duduk mana? Aku kata atas jauh sangat, nanti jauh nak ambil gambar. Maka dia suruh aku turun ke tempat yang ada kosong. Sementelah orang dah ramai, aku tuju pada tempat yang ada 2 kerusi kosong di tepi. Terus aku melangkah dengan berhati-hati, kerana aku sedar tangga auditorium tu selang seli lebar dan sempitnya.. dan ala tangga panggung wayang kan. Tapi nak jadi cerita, tetiba jer aku jatuh berdebub melutut hahahahha. Ya Allah terkejut besar! tak tahu bagaimana boleh terjadi. Dah la tengah dukung Aimy.. Aku berusaha keras agar tidak tertumus ke lantai tangga.. sebab takut Aimy tersembam. Tu yang buat aku menahan dengan lutut.. sebelah tangan pula tercapai kerusi orang. Paling tak best, semua mata memandang arah mana datangnya bunyi nangka busuk jatuh tu hahahahhaa. MALUNYAAAA!!! hahahha.. Dalam kesakitan, dan Aimy yg cuak.. aku cuba bangun.. Alesha dan cik abang datang pada aku. Cik abang terus mengambil Aimy dari dukungan aku. Dia suruh aku duduk.. Ya Allah memang sakit gila kaki.. terutama lutut dan pergelangan kaki.. cam rasa nak membengkak jer. Tapi ku tahan demi nak tengok anak haha. Kat rumah baru berdenyut sakan.. lebam ko!! Biru!! hahaha.. Dah laa badan dah berat.. aduhaiii.. :D






Tak lepas nak upload video Adani menari tonggek hehe.. Lain kali jer la.. network internet tak baguih!




Khamis, 3 November 2011

Comotnya..!!














Inilah wajah-wajah comot yang terkesan akibat campak/measles.. Cian budak tomei dah tomot hehe.. Aimy macam dedar sejak Khamis lepas. Jumaat minggu lepas, teacher Shyla kata badannya panas di sekolah. Sabtu masih demam tapi setakat dedar jer, tapi ruam halus mula kami perasan di tangannya. Kawasan lain kelihatan merah-merah di bawah kulit. Macam dah syak masa tu. Bawa ke klinik, kebetulan dia kembali selsema selasa minggu lepas.. Alang-alang suruh doctor cek semula. Klinik banyak tutup Sabtu, terpaksa ke Klinik Lourdess di Seksyen 15. Doktor pun kata macam nak naik measles.


Ahad, masa kami dalam auditrium konsert Adani baru perasan muka dia dah mula ada bintik-bintik merah. Aimy pun asyik meragam dalam auditirium tu. Memang susah jadinya nak khusyuk menonton persembahan kakaknya. Terpaksa gilir-gilir membawanya keluar. Balik dari situ, huhu badannya makin panas dan dia makin tak selesa. Aku lepak di rumah dengannya sementara cik abang bawa anak-anak ke Jinjang kerana ada hal di sana.


Maka minggu ini, ibu dan ayah yang cuma tinggal seciput cuti.. terpaksa bergilir cuti huhu. Serba salah jadinya. Serba salah dengan kerja pejabat yang tinggi menggunung. Serba salah dengan rakan sepejabat dan boss. Aimy walau demamnya tak tinggi suhu, tapi memang agak merengek walau aktifnya Tuhan saja yang tahu...hehe.


Hari ini nampak campak halusnya dah tidak keluar lagi dan mula berkurangan. Kami tak sempat menggunakan daun mambu yang diberi dan dicari oleh jiran sebelah (baik hati Intan.. terima kasihhhh banayak-banyak.. siap bagi bedak sejuk gak tuh! haha). Dia lasak sangat, sampai tak sempat aku nak menyediakan air yang dicampur daun tersebut.. haha. Nak dibedak pun tak sempat. Sepanjang dia kena kami cuma sapukan calamine lotion.. tu pun aku yang rajin sapukan.. ayahnya kadang-kadang. Sempat kami memotong rambutnya Isnin lepas kerana rimas melihat dia yang serabut dan comot. Tambahan pula asyik menarik rambut sampai tercabut bila mengamok.


Tapi aku masih risau dengan kesihatan Aimy. Hingusnya macam teruk sangat.. Dengan pekat dan kuning kehijauan.. asyik keluar dan keluar.. huhu.. Lama dah ni selesema.. seminggu lebih dah.. tak baik-baik. Ubat dah habis sebotol.. Demam dah tiada. Batuk masih sedikit-sedikit.. Tak tahu apa nak buat. Aku tetap berikan multivitamin dan Transfer Factor Advance di samping ubatan klinik.


Apa pun harap si kecil ni kembali comel dan segar hendaknya.. Moga Allah makbulkan doa ibu ..amin.. Cepat sihat ya dik!













Catatan Popular