Sabtu, 13 Februari 2010

Suspen... Cuak.. Takutt..!!

Minggu yang busy...dengan kerja, dengan aimy yang demam, dengan anak-anak yang sering ada saja yang menduga, dengan hal rumah dan peribadi..

Jumaat 12 Februari 2010
Memang kami dah rancang nak ke hospital hari ini. Cik abg laks amik replacement leave.. aku EL (tapi dapat cuti ehsan nanti hehe). Ikut saranan doktor untuk bawa aimy ke hospital dan admitt for further check. Aimy yang dah demam lagi sehari genap 4 minggu.. sungguh merunsingkan. Apalah sebenarnya sakitnya.Ikutkan kena bawa aimy rabu/khamis, tapi aku nak settlekan hal appraisal dan kerja-kerja.. tak mahu dibambu apa-apa dek boss. Ni pun dah sebulan aku bertahan utk TIDAK bercuti tika aimy sakit.

Siap awal, tapi malas pergi awal ke hospital. Doktor pasti melawat pesakitnya di ward sebelum jam 9.30-10.00 pagi. Jadi 9.35 pagi baru keluar. 5 minit lagi jam 10 kami dah register. Yang kelakar, doktor koshy berlari nak naik lif yang sama sedangkan sorang lagi ibu nak tekan button lif.. Sampai Dr Koshy kata, "takde I takde makna you datang hahahaha..." Memang belum ramai pun, kami yang ke 3.

Doktor check suhu aimy, 38.3C.. so dia tanya, nak masuk ward ke? Kami setuju jer.. takde kesudahan kalau kami bertahan. So doktor amik semua info yang dia perlukan dari kami. Sediakan semua form dan keperluan untuk admitt. Nurse uruskan untuk x-tray dan autoscan aimy. Dapat jer semua form kami di suruh ke bangunan utama dan pergi ke makmal x-tray. Buat appoinment untuk autoscan, alhamdulillah dapat cepat - petang jam 5.30ptg, sebab kadnag lambat gak nak dpaat appoinment autoscan ni. X-tray pula terus dibuat. Tanggalkan baju aimy, cik abg pakai baju khas.. dan cik abg yang pegang aimy utk di x-tray. Aku tunggu kat luar.

Selesai x-tray, tunggu depan pejabat admission laks. Dapat bilik single, tapi kena tunggu lepas solat jumaat baru leh check in sebab orang baru keluar. So jam masa tu baru pukul 11++ pagi. Kami decide untuk balik dulu sementelah cik abg nak solat jumaat.

Dalam perjalanan balik, teringat nak singgah farmasi. Tapi tak jumpa laks haha. So malas laa nak beli haha.. biarlah jer. Nampak jambu mak su.. beli RM2.. pastu minta cik abg belikan laksa utara 3 bungkus.. Sampai area umah nampak iklan MAHNAZ Food ke apa ntah, yang jual barangan makanan dari Iran dan Timur tengah tu.. ingat nak gak tengok apa ada.. sebab teringin nak makan halwa kacang cerdik tu hehe. Senang laks kami jumpa.. ada member citer dia cari punya sesat kilangnya haha. Memang murah bila beli di warehouse haha.. Aku tak jadi beli kacang, beli halwa tu jer ngan candy nuts.. sedap! Puas hati!! haha. Sampai rumah, seronok anak-anak tengok ayah ibu balik awal hehe.

Lepas makan, dok layan aimy nak tido.. Cik abg ke masjid.. Anak-anak lain sibuk main dan menonton tv. Sempat tidur jap lepas cik abg balik jumaat bila aimy pun dah tido. Ingat nak gi semula DEMC jam 3.30pm. Tapi kul 3 baru ku tersedar haha.. Ni gara-gara asyik tak cukup tidur pantau suhu aimy dah lebih sebulan huhu. Mandi dan pack baju aku dan aimy serta kelengkapan lain.. Jam 4.40 gak laa baru kami keluar. Semua ikut, takmo tinggal dengan bibik hehe. Tak sempat sampai, masa tunggu traffic light.. bhagaian admission DEMC call.. depa pelik kami tak datang semula pas jumaat haha.

Sampai jer ke pejabat admission, pegawai tersebut..Pn Halimah, bawa kami ke tingkat 3 bilik 303. Tak sempat duduk dah nurse kata dah ready nak gi ultrasound.. Baru perasan masa tu dah jam 5 hehe.. Ingatkan awal lagi. Turun tingkat 1, ada orang dlm bilik ultrasound.. so tunggu kejap.. Sempat rembat susu sample, sebab teringat cik abg lupa bawa susu adani hehe. Dalam 5.20 doktor dah sampai, terus dia ajak masuk ke dlm bilik ultrasound. Budak berdua tu disuruh doktor keluar, pandai depa gi main kat playground yg ada di tingkat 1 tu.

Doktor pakar x-tray dok scan kat buah pinggang dan usus aimy. AImy memula ok, tapi bila gel yg buh kat tools tu sejuk kena perut dia.. Suspen tgk gamabr kat monitor.. Nampak jelas buah pinggang...tapi mana laa faham sangat tengok haha.. MAsa tgk usus tu lagi aku tak faham apa dia tgk haha. Apa pun alhamdulillah doktor kata normal tiada apa masalah.. Alhamdulillah,

Naik semula ke bilik. Baru nak lepak jap, dah nurse kata Dr Koshy datang nak amik urine dan buatkan line aimy. Ingatkan nak buat dalam bilik, rupanya kena gi bilik lain haha. Salah faham aku.. Gi satu bilik khas kat tingkat 3 gak. Mula-mula amik urine.. Kali ni cuma 1 botol. Aimy meraung usah cakap laa...kuat sungguh!! Kemudian nak pasang line kat tangan aimy. Jenuh cari urat, siap bertukar dari tangan kiri ke kanan haha..sampai doktor pun macam ala dah nak surrender.. Dia kata, kalau kali ni tak dapat.. kira takyah line la ...jep kat punggung/paha jer..LAst try, dia kata cam tak ok.. tapi dapat amik darah... so dia tadah sampai 4 bekas kecik panjang tu. Dah settle..tetiba dia dapat masukkan jarum line tu.. So ada laa line.. alhamdulillah. Jangan jadi sakit cam dulu udah huhu.

Lepak jer kat bilik sampai malam. sebelum maghrib, kawan lama ex-ITM dan ex-housemate datang menziarah. Kemudian ayah dan adik-adik datang melawat aimy... Kecoh laa budak berdua tu bila ada atok hehe. Ayah dan cik abg balik dalam 11.15pm. Ayah dan adik-adik tidur di rumah aku malam ni. Aku dah ngantuk, tapi aimy seksa nak tido.. terpaksa dukung dulu. Nampak keta atok dan ayahnya beransur masuk jalan besar, baru tidurkan.. Tu pun dia dok kejap-kejap menyengih, kejap-kejap buat gedik-gedik badannya tengok tv yang masih terpasang haha. Tapi lama-lama tidur juga aimy. Terbangun entah pukul berapa mengamok sedikit.

Yang ditunggu, yang dinanti tiba petang hari.. sungguh aku bersyukur dan terharu dengan nikmat Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengasihi hambaNYA. Syukur Allah makbulkan doaku.. alhamdulillah...syukur...

Satu lagi hal nak citer. Dah lewat petang tak salah.. atau pas maghrib... sebab masa tu aimy dah tido ... dah pakai baju tidur. Alesha dan Adani baring kat hujung katil main berdua. Bising tak hingat, bila ditegur.. senyap sekejap 2 saat.. pastu sambung balik.. Sekali tetiba Adani gegas duduk dan batuk nak muntah.. MEMANG DIA MUNTAH!.. Aku pelik, tanya kenapa ettiba muntah?? Sambil panggil cik abg suruh angkat adani ke toilet.. takut melambak kat aimy nanti. Sekali cik abg babab adani.. ya Allah pasai apa lak?? Cik abg marah adani sebab main merepek gelak melampau sampai batuk-batuk dan muntah. Kira tak dengar laa warning kami tadi. Aku cam blur pulak, asyik dok suruh cik abg SEGERA angkat adani bawa ke toilet. Sekali adani muntah banyak sket... sambil cakap sesuatu yang tak jelas sambil tunjuk kat mulut.. Nangis dia.. Aku suh lagi cik abg angkat adani.. Dia angkat, dia suruh adani gi toilet sendiri sambil dia nak lap muntah kat katil. Aku redakan aimy yang nak terjaga menangis semula. Aku laks bengang bila cik abg biar adani gi jalan sendiri ke toilet sedangkan dia tak tahan nak muntah lagi. KAng melambak kat lantai pula, dah jadi kerja laks nak mengelap.

Sekali adani nak muntah lagi.. Aku mula bising, aku bangun tinggal aimy kat cik abg suh tengok jangan bagi jatuh katil dan aku nak pegang adani..Sekali cik abg yg datang amik angkat adani ke muka pintu toilet. Aku patah balik ke aimy lepas tengok adani muntah lagi bebetul sebelah dalam pintu toilet. Sekali cik abg marah-marah lagi...! PAsal main duit!.. AKu gi tengok.. astaghfirullah... ada duit syiling 10sen dalam muntah adani..!! Adani sambil nangis dan muntah lagi, ngadu kakak yang masukkan duit 10sen dalam mulut dia.. Aku gi kat Alesha tanya, betul ke dia buat? buat camne yang leh masuk dalam mulut adani? Alesha diam terkebil-kebil. Aku ugut dia pasal kalau tipu masuk api neraka.. Last dia angguk bila aku tanya betul ke dia yg masukkan duit dlm mulut adani? Ya Allah.. mana tak tercekik, dah laa tengah baring masa tu.. Ya Allah.. Alesha...Alesha.. Aku gi tepuk lagi belakang adani sekuat hati.. takut ada lagi duit. Lepas tu memang kena cubit laa Alesha ngan aku... Ya Allah hilang sabar aku..!! Dah laa kalut ngan aimy, dia buat macam2 hal.

Lepas uruskan muntah Adani, kena lagi Alesha ngan ayahnya pulaks.. tak habis lagi geram ayahnya.. Aduhai.. Tak tau nak kata, dah laa kat hospital.. macam-macam hal dia buat. Geram ayahnya tu asal dari siang lagi tu.. ada 2-3 kes lain yang alesha buat hal.. salah satunya dia langgar seorang budak yang tengah berjalan dengan maknya dalam Shah Alam Mall. Alesha asyik berlari, terlanggar budak tu. Sampai mak budak tu marahkan dia.. Terus cik abg bawa Alesha dan Adani balik. Hilang mood nak bawa budak-budak tu berjalan dalam mall..padahal baru 10 minit masuk masa tu hmmm.. Napelah lasak sangat anakku Alesha.. kasihanilah ibu dgn ayah Alesha.. Janganlah buat lagi perkara-perkara yang tidak elok.. risau kami, susah hati... Dulu tak apa kecik lagi, ni dah nak masuk 6 tahun.. Aduhai.. Kadang kesian kat dia, bila dia asyik buat perangai.. memang asyik kena marah.. Perangai dia bukan sikit-sikit, memang perlukan kesabaran yang tinggi.. Takpelah, harapnya Alesha terus behave dan solehah serta menjadi anak yang berakhlak mulia, bijak pandai, sihat walafiat dan membesar dgn sempurna.. aminnn..

Sambung di lain masa...

2 ulasan:

  1. Salam..

    Sabar yer, mungkin nak kan perhatian kot.. yer la Alesha dah jadik kakak, jadi kita sebagai parents kekadang tu concentrate pada yang lain dan assume dier leh jaga diri dan main sendiri, nanti cuba2 la cerita dan bincang ngan dier yer.. Ita pun bukan la terror sangat, trial n error kekadang nie.. tapi semestinya Alesha still nak bermanja tu..

    BalasPadam
  2. zulita
    yup...saya pun rasakan demikian, dia nak perhatian.. dia salurkan dengan perangainya. Kami memang amalkan slow talk, bincang, bagi kisah dan tauladan.. Tapi biasalah budak2... dia akan ulang buat juga sampai dia benar2 faham bezakan buruk baik dan kawal fikiran, emosi dan tindakannya.. hehe

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular