WHAT IS SENTAP IBU? Sentap ni benornya banyak makna aku rasa..
1. Terkezzuut/terkesima
2. macam tersekat
3. TerBENGANG! hahahha
Hmm aku pernah tersentap, dan sudah pasti aku pernah menyentapkan orang.. terutama yang no 1 tu... hahaha. Memang suka kejutkan/kasi terperanjat dari dulu..kekeke. Tapi ni nak cerita pasal no 3.
Sebagai insan biasa, dah pasti kadang bicara dan perilaku kita ada saja silapnya. Minimakan semana mungkin pun, pasti ada yang terbolos.. Terutama bila 'masa sensitif' itu tak boleh kita kawal hehe. Apa pun, seboleh mingkin kita cuba postifkan diri.. fikir dan terus berfikir mengapa dan kenapa ia terjadi..bagaimana hendak diatasi dan dibendung bab SENTAP ini.
Isu sentap ini, isu sensitif kalau dirujuk kepada no 3. Tapi isu yang juga kadang sensitif, kadang kelakar, dan terkadang gembira atau sedih untuk no 1 dan 2..kekeke
Rabu lepas.. sekali lagi ke DEMC.. follow-up kesihatan Aimy. Yang dah lebih 2 minggu demam masa tu (Hari ini genap 3 minggu). Doktor kata Aimy kelihatan begitu sihat untuk I katakan dia sakit. Nampak dia aktif. Dr Koshy tanyakan macam mana makan dan minumnya. Masih sembelit atau tidak. Perkembangan sekarang. Doktor cek perut dia, tekka, dada... semua ok alhamdulillah. Tapi suhu pun ok masa kat bilik dia tu.. So tak tau apa yang tak sihat pada Aimy.
Apa pun, Dr Koshy kata.. special baby macam Aimy, sometimes akan mengalami gangguan pengawalan suhu badan dia. Ini kerana, thermostat (i'm not sure the terms and the spelling haha) yang ada dlm brain baby tersebut.. terdapat gangguan dan menyebabkan suhu special baby tersebut, kadang naik, kadang turun atau sentiasa suam dedar gitu. Apa pun, kalau ini berterusan.. banyak perlu dilakukan. Perlu diperiksa teliti segala apa yang ada pada aimy.. buat scanning, x-tray, tengok segala organ dan ada laa lagi yang disebut Dr Koshy dengan lajunya sampai aku dapat tangkap yang penting sahaja haha. Jadi secara rasminya, perlu warded kalau masih demam hingga minggu hadapan.. Apa pun kepastian itu penting, dari dibiar anak ini sentiasa demam dan diberi ubat. Tidak bagus bukan untuk hati dan buah pinggang baby kiranya terlampau banyak diberi ubat.. Apa pun ini juga buat ku tersentap sekejap memikirkan plan untuk kami.
Untuk kepastian dan kelegaan hati doktor dan kami, Dr Koshy cadangkan untuk cek darah semula sementara nursenya ambilkan keputusan air kencing tempoh hari. Maka kami pun bergerak ke tingkat 3, Makmal perubatan yang memang biasa kami kunjungi. Hujung jari aimy ditembak ala stapler dan jarinya dipicit untuk keluarkan darah. Mula tak nangis, tapi bila tangan tak leh dialihkan dan dipegang kejap.. Aimy menangis kesakitan agaknya. Kami turun semula ke tingkat 1.
Tak lama, masuk semula ke bilik Doktor. Doktor tunjukkan ujian darah terbaru, dan ujian air kencing. Urine test dibuat 2 jenis.. Ujian darah lenih kurang keputusannay seperti tempohari. Memang ada sedikit virus tapi tidak kritikal dan tidak membahayakan. Urine pula, untuk ujian jenis pertama..alhamdulillah semuanya negatif tiada yang perlu dirisaukan. Manakala ujin botol kedua, terdapat sedikit E-Coli. Ialah dah dia sembelit kan,tu yg doktor takut infection dari kencing kotor. Tapi kencingnya ok, cuma ada virus e-coli yg tak serius. Kata doktor, patutnya kalau ada e-coli, darah putih dlm darah akan banyak dan lebih tunggi...Tapi ini tidak. JAdi memang mengelirukan keptusannya.. Namun kata doktor, sepatutnya kita tak perlu risau kerana ia tidak kritikal dan kalau dibiar tanpa rawatan sekalipun, sepatutnya ia akan baik sendiri.
Keputusannya, doktor minta kami pantau suhu dia untuk seminggu ini. Diberikannya paper untuk catat suhu dan untuk melihat rentak graf turun naik suhu aimy.. Sekiranya sampai minggu petang ada lagi demam aimy, aimy perlu diwarded untuk pemeriksaan lanjut yg lbh detail... huhu..
Ya Allah berikanlah kesihatan terbaik buat anakandaku Aimy Sufia, moga kau permudahkan hidupnya dan berilah ia kesihatan yang terbaik, kesejahteraan, panjang umur, membesar dengan normal seperti anak-anakku yang lain, diberi kejayaan dunia akhirat dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk kehidupannya...Amin..
Oklah, nak tido dah.. esok nak ke Bkt Cherakah... yahoooooooooOOOOOoo.. harap2 jadi hehe
gud nite @3.48am
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Ahad, 7 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku