Isnin, 22 Februari 2010

Ada berapa ekor gajah??

Ahad semalam sebaik kami menghantar mak ke stesyen bas dan melihat mak naik bas.. Kami berempat (aku, cik abg, alesha dan adani) ke Pasar Tani Shah Alam di Stadium Shah Alam. Mudah pula kami dapat parking, dekat dengan area barang basah..

Maka seharusnya beli barang basah dulu baru jalan-jalan. Pilih udang, sotong, ikan dan ikan...berjalan cari ayam pula. Jadilah untuk seminggu punya stok. Dah ada bibik dan anak-anak yang sentiasa di rumah ni, memang kena ada stok makanan dan barang basah hehe. Selesai saja membeli barang basah, cik abang simpan dalam kereta. Aku bertiga menunggu berdekatan melihat gerai-gerai keliling. Anak-anak nak air, belikan air. Nampak laks cucuq peniram digoreng panas-panas.. huh menarik perhatian sungguh. Baru jer sebut dan teringat, dah ada depan mata. Kecik-kecik laks tu.. terus beli dan terus ngap! haha.

Cik abg sampai jer, mula jalan. Tapi tak sempat jalan jauh.. terpaut pada seorang pakcik yang baru meletakkan mainan yang ada landasan dan binatang yang bergerak membawa anak-anak keliling landasan. Sungguh menarik perhatian walau jualannya hanya itu sahaja. Anak-anak pun tertarik, aku biarkan saja mereka melihat. Seronok tengok binatang mainan tu bergerak berjujuk membawa anak-anak haha. Ada gajah, ada zirafah, ada singa laut dan ada dinasour. Memang begitu mencuit hati dan akalku. Ntah kenapa...

Pakcik penjual begitu ramah sekali dan pandai melayan budak-budak. Cukup cekap dalam berbicara dengan anak-anak kecil seperti anak-anakku. Sambil dia berborak, sambil dia menasihati bab mengajar dan mendidik anak-anak.. Terutama berkenaan matematik dan mengenal sesuatu serta menguji minda anak-anak. Diajukan soalan demi soalan pada Alesha dan Adani. Walau ikutkan soalannya begitu mudah dan begitu biasa kita dengar, tapi bila gabungan soalan dan mainan serta suasana begitu.. anak-anak cepat menangkap dan berupaya berkomunikasi dengan baik.

Adani yang kusangkakan selama ini agak berat mulut pada orang yang tak dikenali. Terutama bila tiada kakaknya.. begitu galak menjawab soalan atok! Alesha pula berfikir dulu sebelum menjawab. Begitu berhati-hati dalam menjawab haha.
"Haa kakak ada berapa ekor gajah kat sini??"
"4!!" jawab Alesha... "Wah pandai cucu atok"
"Haa adik pulak, binatang yang mana lehernya panjang??" adani tunjuk ke zirafah sambil merenung atok di depan mata... "haa pandaii"
"Apakah warna dinasour?"
"green!" jawab adani... laju dia menjawab haha.
"kakak, 4 gajah campur 2 zirafah jadi berapa?"
berfikir dulu kakak sebelum menjawab "8... eh 6!" haha

Sakan atok tu melayan anak-anakku di samping anak-anak lain. Dia memuji Adani lebih pantas dan bijak dari kakak. "Kalau diajar dan didik dengan baik, memang pandai adik ni dari kakaknya..." kata atok. Itu memangkami nampak, potensi adani ni kadang nampak lebih dari kakak. Tapi sebab dia kurang nak agresif di depan khalayak, selalu tak nampak potensi yang ada. Tapi tulah, belum tahu lagi kan.. semuanya masih kecil. Masih perlu dan terus diajar dan didik dengan cara yang betul. Tapi aku ni kadang, terlupa semua itu walau ku tahu. Tapi bila praktikal, aku lupa nak bezakan cara mendidik kakak dengan mendidik adik-adiknya.

Memang benar, sebenarnya pelbagai potensi dan kebolehan yang ada pada setiap anak-anak. Kita sahaja yang perlu mengkaji dan mencungkil apa yang terbaik ada pada mereka. Tapi terkadang, masa begitu mencemburui.. Kekangan waktu dan beban kerja di pejabat dan di rumah, buat kita cepat lesu dan letih dan mula tidak boleh berfikir dengan betul untuk anak-anak. Terkadang sedar, terkadang tidak.

Kadang aku rasa, aku terabaikan hal pendidikan adani. Dulu masa Alesha dari kecil, aku seperti teori yang aku baca dan tahu. Tapi bila anak dah 2, kesibukan bertambah.. mula teori itu hanya tinggal teori.. aduhai kesihan Adani. Kadang-kala sahaja aku teringat dan mula mengajaknya belajar dan melihat dalam dirinya. Nasiblah Adani ni bagaikan cepat sikit menangkap dan pandai belajar sendirian. Maga terbinalah dirinya.

Aimy pula, aku terlalu risaukan kesihatannya..sampaikan lupa rangsangan-rangsangan yang harus ku beri berterusan. Ilmu-ilmu dan pengetahuan yang harus ku terus ceduk dan kaut di mana jua. Aku bagaikan terhenti dengan usaha-usaha itu bila kekangan waktu menghantui aku. Dengan beban kerja di pejabat yang bagaikan suruh disambung di mana jua.. buat aku agak stress, tension ..! Menjadikan diri dan mindaku terbantut tak berkembang.. Adus.. harusku positifkan kembali cas-cas yang ada padaku. Harusku usahakan kembali mencedok ilmu untuk ku aplikasikan kepada anakku yang bernama Aimy Sufia.

Mendengar kisah, membaca cerita insan lain yang bernasib sama membuat aku bersemangat untuk terus berjuang untu anak-anak. Walau Aimy perlu diberi perhatian lebih, anak-anakku yang lain juga harus ku seiringkan perhatian dan usaha dalam membantu mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesunggunya ku bermohon padaMU... berilah aku kekuatan dan kesungguhan dalam apa jua yang ku lakukan untuk anak-anak amanahMU ini ya Allah. Berkatilah aku, permudahkanlah aku, murahkanlah rezeki kami dalam berusaha mencari sesuatu yang dapat mengubah nasib kami. Amin...amin ...ya rabbal alamin...

6 ulasan:

  1. setiap anak berbeza..
    cuma kita jangan duk bezakan..heheh. ye dak tika?

    alesya pintar, adani bijak..sama la tuh~!

    BalasPadam
  2. masa mmg x pernah cukup .
    anak 1 atau anak 10 tetap sama kalau kita x bijak mengatur. tp biasa lah manusia , hari ni sedar esok lusa alpa ..silih berganti.
    cumanya usaha tu harus berterusan , kene nekad & kene menakluk masa .
    sama² la kita usaha sebaik mungkin :-D

    BalasPadam
  3. adiya
    aku tak bezakan mereka.. sampai kadang aku lupa apa kelebihan mereka hahahaha. TU yg bila ada peristiwa, baru aku teringat pula...yg ni di sini kebolehannya, yang itu di sana kebolehannya..hehe. Sbb tu aku kata aku kesian kat adani.. sbb usaha yg tak sama aku berikan pada dia dari kecil macam aku berikan pada Alesha hehe. Yerlah tumpuan dah perlu dipecah 3 bila dah bertambah anak ini...

    jah
    hmm betul sangat tuh..
    tapi fokus akan lari juga kalau banyak sangat perlu diberi tumpuan dan diambil kira... Tambah pula bila jiwa asyik kacau, payah gak... baru nak gerak, ada jer dugaan dan cubaan.. kadang aku rasa kesian pada budak berdua tu bila aku terpaksa ambil masa mereka utk adik mereka.. hmmm.. KAlau semua sihat, semua normal.. insyaAllah masa tu mudah sikit diatur... mudah sikit nak terlaksa apa saja.. Di situ cuma kesungguhan diri dan nekad jer yang perlu... selebihnya tawakatualaAllah...

    Tak mengapa.. semua dugaan utk jadikan kita lagi tabah dan terus berusaha.. insyaAllah

    BalasPadam
  4. adiya
    lupa nak cakap tadi..
    pada aku, setiap anak berbeza walau kita rasa sama.. kaedah dan pendekatan pada setiap anak kadang tak boleh nak sama.. Kadang sampai aku buntu nak kreatifkan diri mendidik dan mengajar anak.. Yang sorang boleh cara berlembut, sorang lagi kena bertegas pula.. Yang sorang perlu diterang berjela, sorang lagi ringkas saja sudah memadai.. hehe.. Apa pun itulah indahnya dunia anak-anak kita hehe..

    BalasPadam
  5. tika..
    aku sukung tuh
    aku x kata ko bezakan anak²..
    tu aku cakap kat pakcik gajah tuh laa kunun. hehheh

    maybe aku x tau secara realitinya camno..pasal sorang je kan. tp sec teorinya..aku pon tau..cam ko cakap tuh. tp semuanya bergantung kpd keadaan semasa. tumpuan akan lebih kpd yg lebih memerlukan. cuma yg lain² jangan terabaikan..heheheh

    BalasPadam
  6. yup tul tu diya.. tumpuan ni memang bergantung sangat dgn keadaan.. tambah bila ada anak yg menuntut lebih perhatian..

    ntah laa dia. kadang aku memang stress.. nak nangis jer.. Tapi tak guna kan... hanya melegakan perasaan, tapi tak membawa apa-apa perubahan pun..

    Nak cari info, nak cari kenalan baru, nak cari tempat dan lokasi, nak cari method, macam² nak cari.. belum buat aku dah rasa sengal² badan hahahaha...

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular