Published with Blogger-droid v2.0.2
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Selasa, 20 Disember 2011
Beransur kuat
Alhamdulillah minggu ni tangan aku dah tak rasa longlai atau longgar tulang bila dibiar bebas tak berbalut haha. Dah makin kuat rasa walau masih sakit, sengal dan bisa.
Hari Khamis 22 Dis akan berjumpa doktor semula dan akan dixtray insyaAllah nak tengok dah cantum elok ke belum. Berdebar sedikit haha.
Isnin 19 Dis..Alesha naik Quran. Alhamdulillah syukur. Gembira aku. Ustaz dia memang tegas dan teliti orangnya. Jadi bukan senang nak lepas satu mukasurat atau ayat demi ayat. Tu yang lama menghadap iqra' hehe. Apa pun syukur Alhamdulillah. Terfikir lak aku, ada kena buat apa-apa ke khatam iqra? tak kut kan hahahhaa
Minggu ini memang minggu yang sibuk. Isnin 19 Dis.. Ke sekolah Alesha mengambil surat pekeliling hal yuran dan buku. Kemudian ke RHB Bank di Taipan atas urusan pinjaman rumah. Kami dapat surat depa.nak lanjutkan tempoh pinjaman kami dan tetapkan ansuran kerana blr naik kut. Tapi kami tak setuju, kami nak juga tempoh pinjaman seperti yang dah dipersetujui dulu. Malangnya tiada pegawai bertugas, keluar dengan hampa. Sudahnya bawa Alesha dan Adani menonton wayang.
Menuju Sunway Pyramid dalam hujan semata untuk ke TGV Cinemas. Ada tiket hadiah dari Nuffnang kan..rugi kalau tak guna. Anak-anak memang nak sangat tengok Alvin The Chipmunks tu. Sekali lagi tak bernasib baik, sampai saja tiket untuk jam 2.30 petang 'sold out'. Nk tak nak ambil juga tiket jam 4.30 dah anak-anak nak juga tengok. Cerita lain lagi lambat. Jenuh menunggu. Sempat kami berlegar cuci mata...makan Ireland Potato yang sedap hehe.
Balik terus mengambil Aimy. Seronok sangat Aimy tengok kakak-kakak juga ada dalam kereta mengambilnya pulang. Indah juga perasaan ini.. Banyak masa mengadap anak-anak. Cumanya aku tak pandai merajinkan diri bila terlalu banyak masa hahaha. Tangan pun tak ok, jadi segala yang dihajati tak dapat dilakukan. Sudahnya asyik membaca, menonton, melayar internet, melayan alesha dan adani beraktiviti dan berborak. Kalau mereka bergaduh aku yang stress! haha.
Selasa, lagi sekali ke bank. Tapi kali ni ke RHB Giant Shah Alam. Blur pula pegawai di situ tentang apa borang yang perlu diberi. Sudahnya jadi lama menunggu..sedangkan cuma nak tandatanan sahaja borang tu huhu. Pegawai yang boleh menguruskan juga tiada, maka kami cuma menurunkan tandatangan dan selebihnya mereka akan telefon. Tapi sampai hari ni tak mendapat panggilan.
Balik dari bank bosan tak tahu nak buat apa, sudahnya jalan dengan anak-anak tanpa tujuan selepas menghantar ayah mereka semula ke pejabat. Mula ke Fisrt Mall Subang... Huhu bosan tiada apa yang menarik. Kemudian ke Subang Parade. Banyak yang menarik, duit jer terpaksa menolak hahahaha. Maka tengok sahajalah ya.
Nak jadi cerita, teringin aiskrim McD. Lepas beli, macam ada yang memanggil namaku 2 kali. Aku toleh cam kenal orang ini. Ya Allah kawan lama aku laa!! Norazlinda Mahamud! Dia lah jiran yang merangkap sorang-sorangnya kawan aku di kawasan rumah dan dia juga kawan sekolah aku masa tingkatan 4-5. Seronok berborak selepas hampir 22 tahun tak jumpa. Masing-masing dah mengembang ok hahaha. Pelbagai citer keluar. Dia memang datang berjalan dari Alor Setar membawa anak-anak bercuti. Kami terpaksa berhenti borak bila masing-masing perlu bergerak ke tempat lain. Gembira aku hari tu..hehe.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
best x jd surirumah sepenuh masa??
BalasPadamKebetulan cuti sek, so x la sibuk sgt.
Kalau time x cuti, mak aih..sibuk cam driver teksi.. :)
Smg cpt sembuh//
Best juga azma hihu.. sbb takyah fikir nak cepat dan segera segala.. yg tak best sbb tangan sakit.. susah nak buat apa pun... jiwa kacau tgk segala.. hari ni dah start keje.. malasnyaaaaa nak siap pagi tadi hihi
BalasPadamBest juga azma hihu.. sbb takyah fikir nak cepat dan segera segala.. yg tak best sbb tangan sakit.. susah nak buat apa pun... jiwa kacau tgk segala.. hari ni dah start keje.. malasnyaaaaa nak siap pagi tadi hihi
BalasPadam