Isnin, 5 Disember 2011

Seronok dan Sengal II




Ada sebab mengapa cik abg merangkul bahuku... Bukan sahaja pasal melihat gambar xtray tanganku..tetapi dia kantoi satu perkara..haha. Dia rasa baru kantoi, padahal dari perjalanan ke JB aku dah perasan hahaha.

Ingat dah lama menunggu, akan bakal lama menunggu lagi. Aku menyambung semula mengunyah roti sesambil menyuap Aimy yang masih tak berhenti makan walau kadangkala merengek kebosanan. Baru menghabiskan sekeping roti, aku nampak dari dalam bilik kecemasan itu ada seorang doktor berjalan keluar. Aku dah jangka dia akan memanggilku memandangkan dia seorang doktor yang masih berpakaian bilik pembedahan. (kan aku disuruh tunggu pakar orthopedic kerana beliau dalam OT). Memang benar jangkaan ku..sambil bangun aku memasukkan baki roti yang masih si tanganku ke dalam mulut. Menjadi bahan gurauan doktor pula "wah boleh sumbat makanan ni macam tak sakit jer!" hahahhaa memang tak sakit doktor kalau tak disentuh hehe.

Doktor tanya aku dah tengok ke gambar x-tray? Aku sambil angguk jawab "dah". Ayat intro dia "ini merupakan patah kali ke 2 ya Puan?" Ha? terkejut aku mendengar kenyataan itu. Aku tanya semula.. "Ye ke doktor?". Doktor mengiyakan sambil menunjukkan tulang tapak tangan ke 5 yang lain sedikit bentuknya berbanding yang lain. Aik bila ya patah? Katanya "dari bentuk yang ditunjukkan, patah ni zaman tok kaduk puan, jangan risau..yang tu dah ok. Hari ni kita tengok yang patah ni pula". Katanya lagi "patah begini saya akan simen separuh untuk memastikan tulang tersebut tidak bergerak apabila puan menggerakkan tangan. Kaedah tersebut dipanggil low profile. Kita akan buat sekejap lagi, puan boleh duduk di situ". Aku tanya, "tadi MO cakap kena ikat wire bagai, tak perlu ke doktor?". Doktor jawab "tak perlu, lainlah awak nak saya proses korek tangan awak" hahahhaa. Memang kelakar dan mesra alam betul Dr Tan ni. Cakap melayu fasih sungguh, MO cakap dalam bahasa inggeris, dia jawab tetap dengan bahasa Malaysia.. Hebat!

Aku ingat lama lagi kena tunggu, melewa aku nak duduk di kerusi yang dimaksudkan, sekali dia sesambil laju menyediakan peralatan..sambil sibuk suruh aku duduk. Macam-macam omelannya.. Kelakar! haha. Dia kata kalau simen low profile, dia buat sendiri dan disesuaikan dengan tangan pesakit. Kalau ready made punya, ia besar dan kadang tak sesuai dengan tangan pesakit. Berat pula tu.

Bateri telefon bimbit aku dah hampir habis pula bila cik abang nak ambil video.bagaimana tangan aku disimenkan. Jadi kenangan dalam ingatan sahajalah bila melihat Dr. Tan menggunting kapas, dan sesuatu macam kain kasa/jaring.. Pastu dilapis keduanya...dibasahkan dan dilekatkan pada tangan aku.. Ditekap dan ditekan mengikut bentuk tangan aku yang didirikan atas meja bagai nak karate hehe. Kemudian dibalut dengan kain balutan. Selesai.. Best rasa sebab terasa panas jer kat simen tu.

Menunggu lagi, kali ini menunggu dokumen dari doktor untuk ku bawa ke KPJ Selangor. Aku dah maklumkan pada.Dr Tan, aku bukan orang sini dan cuma bercuti sesambil menghadiri kenduri anak sepupu. Dia kata dia boleh rujuk aku kepada kawan dia, Dr Ip di KPJ Selangor. Dia akan berikan surat rujukan, filem xtray, report dan MC 2 minggu untuk aku. Wah lamanya MC! Mula aku cuak bila fikir hal kerja yang makin banyak huhu.

Lama juga aku menunggu dokumen tersebut.. Seorang nurse kemudiannya datang bertanyakan hal pembayaran. Aku dah minta nurse lelaki yang mendaftarkan aku tadi fax refer letter ke pejabat aku.. Rupanya ia tidak dilakukan. Tak lama, nurse perempuan tersebut memberikan aku slip untuk ubatan, dan slip untuk dibawa ke bahagian bayaran.

Terpaksa aku pula yang menelefon pejabatku untuk dapatkan GL-surat jaminan tersebut sementara staff di situ memfaksimil surat rujukan doktor klinik. Huhu dah selesai boleh balik, kena tunggu lagi dan lagi. Alhamdulillah GL dah dapat, aku pergi ambil ubat dan ke bilik kecemasan semula untuk dapatkan rekod dan laporan doktor berserta MC. Lega! walau asyik menunggu dan menunggu.. Kesian mak ayah dan anak-anakku yang kebosanan menunggu di hospital. Terus kami balik ke hotel. Jam pun dah 6 lebih.. Sekali lagi makan pun tapau macam malam sebelum. Plan nak keluar makan dan jalan-jalan menikmati pemandangan malam JB terpaksa dibatalkan.

Namun rezeki tetap ada, kawan dari Kelab Isteriku - Azlin atau Taska datang membawa cheesetart yang sedap dan banyak sungguh!!! Wah bestnya!! Terima.kasih banyak Lin!! Seronok bila ada.yang sanggup datang nak berjumpa aku walau susah payah. Siap bawa buah tangan tu! Terharu ok! Hihi. Kebetulan kakak aku dan keluarganya check in malam itu..maka meriah sedikit malam tu. Anak-anak sibuk mengekor sepupu-sepupunya ke sana ke mari. Sempat mereka ke rumah adik ipar kakak aku. Tidur ku nyenyak malam itu bila tangan gak berdenyut lagi...syukur alhamdulillah.

Pagi esoknya awal kami bersiap kerana waktu check-out Tune Hotel adalah pada jam 10 pagi. Awal sungguh kan!! huh.. Tapi bagus gak, awal sikit kami keluar san.boleh berjalan ke tempat lain pula. Sempat aku membuat aduan hal lantai licin dan tanya berkenaan tuntutan insuran akibat tangan patah tu, sementelah memang aku membayar harga insurans menginap di hotel tersebut. Tapi macam mereka tanak layan sangat, kununnya kena bagitahu sebaik terjadi. Ada saksi dari staf mereka dan sebagainya.. Dah kita ingat tak ada apa yang serius, takkan sikit-sikit pun nak report! Hmm dasar nak kaut untung jer mereka ni. Aku menunggu borang untuk diisi. Mereka tiada beri apa pun melainkan kununnya akan maklumkan pada management dan tunggu apa kata management. Aku berikan juga laporan radiologist dan doktor untuk rujukan mereka. Akan aku susul dari subang nanti.

Abang ipar kami bawa kami minum pagi merangkap makan tengahari di sebuah restoran berdekatan di seberang jalan. Kemudian kami singgah semula di Danga BAy hanya untuk bergambar hihi. Kemudian singgah pula di Melaka sekitar Menara Taming Sari. Ingat nak gak merasa naik menara berpusing tu. Tapi ramainyaaaaa orang beratur. Adani nak sangat naik. Sempat kami minum air kelapa pandan yang sedap sebelum buat keputusan. Kakak aku pernah naik, dia malas nak naik lagi sementelah bayaran tiketnya agak mahal. Dewasa RM20, kanak-kanak RM10.. kalau 2 dewasa dan 3 kanak-kanak dah RM70! padahal naiknya kejap jer dan menunggunya punya berkurun. Sudahnya aku bagi budak-budak naik motor bateri tu jer la. RM3 sorang, tapi macam lebih 30 minit mereka enjoy berpusing sana sini hehe. Aimy mengamok nak tidur, ayahnya bawa ke kereta. Jadi aku dan kedua ibu bapa serta kakak dan abang ipar aku sahaja yang melayan anak-anak.

Dalam perjalanan ke kereta, alesha menyatakan hasrat nak merasa naik beca. Ayah aku sibuk suruh bawa anak-anak naik. Aku pun bawa Alesha dan Adani naik beca. Tak jauh dan tak sampai satu pusingan pun, aku suruh hantar ke di mana kereta kami diletakkan. Seronok mereka..gelak ayahnya dan melambai dari dalam.kereta bila nampak anak-anak melambai dari beca haha. Puas hati!

Perjalanan diteruskan hingga sampai di rumahku jam 7.50 malam. Leganyaaa.. Hone sweet home.. Kenangan betul, bawa balik buah tangan yang bersimen hahahaha.

Lepas ni nak bercuti di mana pula sementelah duit aku masih ada dalam akaun Tune Hotel.. ;-)




Published with Blogger-droid v2.0.1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular