Jumaat, 9 Disember 2011

Bila...

BOSAN melanda diri pagi tadi...dengan tv tak boleh ditonton dek astro yang pantang dengan hujan jadi sakit, nak surfing dah abis jemu, nak menjahit tapi malas pula nak potong kain denan gunting rongak, nak membaca..kang sure ngantuk dek makan ubat.. Sudahnya bila.cik abang sms tanya dah minum pagi ke.belum dan tanya hal anak-anak.. Aku tesus cakap bosan dok umah. Gelak cik abang.. Katanya kalau nak pergi mana-mana.. Biar dia hantar lunch hour.

Maka laju aku fikirkan destinasi paling dekat yang mudah nak sampai dalam setengah jam. Public Library! kat bangunan baru tak pernah aku dan anak-anak berkunjung. Dengarnya begitu canggih dan bertaraf dunia. Ada theater 6D.. Ada gimnasium ada pusat kreatif, ada macam-macam lagilah hehe.

Terus cik abang suruh aku bersiap jam 1 dia balik ambil kami. Wah tak sempat aku nak makan tengahari dari tapauan yang dibelinya pagi tadi. Sempat jamah kuih muih sahaja dengan satu mug milo untuk makan ubat. Terus mandi dan bersiap kerana waktu itu jam dan hampir menjangkau 12 tengahari.

Tepat jam 1.15 cik abang sampai. Kunci pintu segala terus keluar. Rupanya bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor terletak dalam kawasan Kelab Golf Selangor. Memang kena masuk ke dalam mengikut arah club house dan akhirnya akan berjumpa betul-betul di depan kelab golf tersebut.

Memang besar tersergam indah bangunannya.. Dilatari dengan sedikit kawasan ala hutan yang cukup nyaman. Sejuk jer suasana sekeliling tambah masih hujan rintik-rintik masa kami sampai. Di belakang bangunan pula tasik besar yang pemandangnya cukup menenangkan.

Alesha dan Adani cukup seronok ke sana. Kami terus masuk ke bahagian kanak-kanak atau Pusat Kreatif. Tapi memang la budak lasak berdua ni, sekejap sahaja mereka duduk diam membaca buku, kemudian mula menggigit jari aku melihat mereka terloncat, tergolek, terkekek ketawa sepuas hati mereka. Sabor jerlah..anak sapa latu hehe. Apa pun aku gembira mereka enjoy! haha

Sempat aku ke Giant membeli sippy cip anak-anak dan paling best dapat gak makan kuih siput dan candy kelapa kegemaran aku hehe..Syukur alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.1

2 ulasan:

  1. nak tanya, perpustakaan ni kat mana lokasinya ? shah alam ke ?

    BalasPadam
  2. Nuyin.. yup Shah Alam. Perpustakaan Awam Selangor kan hehe. Jalan Kelab Golf 13/6 tak salah.. Seksyen 13. Tp tak penting alamat tu.. yang penting dia dalam Kelab Golf Shah Alam..;-)

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular