Ayah mengajak aku ke Johor Bahru beberapa minggu lepas untuk menghadiri perkahwinan cucu saudara mak aku atau dengan kata lain majlis perkahwinan 2 orang anak sepupuku. Mula dah cuak takut tak jadi ke Johor Bahru sementelah Aimy ceret-beret sejak Rabu (24 Nov lepas). Alhamdulillah cepat Aimy pulih. Ruam lampin yang teruk juga hilang setelah ke klinik mendapatkan ubat. Syukur sangat.
Jadi cuak bila hari Selasa sebelumnya, aku telah menempah dan membayar 2 bilik di Hotel Tune berdekatan Danga Bay Johor Bahru. Alhamdulillah masih ada bilik walau aku rasakan dah terlewat menempah. Itu saja yang agak murah berbanding hotel-hotel lain. Saja jer menempah hotel sementelah ayah aku malas menyinggah rumah anak-anak saudaranya dek segan kerana sebelum ini kerap tak dapat menghadiri kenduri anak-anak mereka haha.
Kemudian nak jadi cerita bila kakak aku lambat buat keputusan nak mengikut dan meminta tolong aku menempah hotel. Bila aku tolong, ada pula salah faham. Kakak aku cuma mahukan 2 bilik dan semalam, sedangkan aku menempah 2 malam untuknya. Jenuh laa nak selesaikan hal pembatalan pula dek aku tidak perasan syarat-syarat membatalkan. Terjadi pula silap tarikh kakak aku berikan..adoii.. Tapi alhamdulillah dapat diselesaikan, dari hangus RM352 dan penginapan untuk 2 bilik dan 2 malam, menjadi hangus RM60 sahaja. Bilik boleh ditempah semula selepas duit aku dipulang ke dalam akaun yang dicipta untuk aku dalam akaun Tune Hotel. Puas hati selepas berusaha membuat panggilan 2 kali dan mengemail pegawai perkhidmatan pelanggan mereka. Tapi sesungguhnya memang pembantu mereka yang menjawab telefon tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati. Alhamdulillah email aku dibalas oleh pegawainya yang cukup dedikasi. Maka selesai masalah.
Baki duit aku yang telah dibayar untuk bilik kakak boleh digunakan untuk menempah bilik di mana saja cawangan Tune Hotel seluruh MAlaysia dengan syarat tempahan perlu dibuat dalam masa 6 bulan dari jumaat 25 Nov lepas. Tapi penginapan bila tak ada tempoh khusus. Cuma malangnya, bila duit aku masuk ke dalam akaun, aku cuba menempah semula untuk kakak aku sekeluarga, dah habis pula bilik-biliknya. Jadi minta mereka terpaksa 'walk in' sajalah nanti. (Tapi bila wal-in, tak boleh guna fund tersebut huhu).
Pagi Sabtu (26 Nov 2011) baru sempat nak berkemas bag dan segala yang perlu dibawa. Sudahnya lambat juga kami bertolak dari rumah..12.15 baru gerak. Mana taknya, sempat lagi cik abang nak mencuci kereta dan buat apa yang patut sebelum bertolak. Perjalanan lancar walau ada sedikit kesesakan lalulintas di setengah tempat sepanjang lebuhraya PLUS ke JB. 2 kali kami singgah untuk makan, solat dan membuang air hehe. Anak-anak begitu gembira dapat berjalan dengan atok dan opah. Aku sendiri begitu teruja dek dah 25 tahun tak merasa berjalan dengan ayah aku kami-kami sahaja. Sungguh aku teruja!!
Lega sampai di hotel sekitar jam 5.20 petang. Urusan 'check in' berjalan lancar walau ada sedikit kekeliruan tentang aircond, tuala dan tv + wifi. Rupanya aku cuma tempah dan bayar untuk 1 hari sahaja. Adus berkira sungguh rasanya. Tak pernah aku jumpa hotel yang sedia basic bilik saja tanpa segala kemudahan yang lain. Nak aircond tambah 15.90, nak towel tambah lagi, nak tv pun tambah lagi, segala mak nenek 'ADD ONN' ado! haha.. Sungguh pelik. Bila masuk bilik huhu keciknyaaa... Cuma betullah sebahagian mottonya yang menyatakan kepuasan tidur 5 bintang dengan harga 1 bintang. Tapi harga idak 1 bintang pun haha. Apa pun masih murah la dalam peak seasons begini aku dapat sebilik semalam RM88. Hotel lain memang 2 kali ganda harga tersebut setidaknya.
Aimy asyik merengek sesampai di hotel. Penat agaknya. Nak tidur pun ya, lapar pun ya. Penat melayan baru tertidur Aimy. Lega sedikit, terus aku mandi. Anak-anak awal dah mandi dan mengikut atoknya berjalan ke bawah. Sebaik aku siap berbaju dan bersikat sesambil berbual dengan cik abang, terdengar suara anak-anak hampir ke pintu. Aku bergegas ke pintu.. Tapi bukan berlari pun.. Cuma berjalan laju. Tapi tak semena-mena aku tergelincir semasa tangan aku dah hampir mencapai pemegang pintu yang sedikit berat itu. Tergelincir itu membuat tangan aku terdorong laju ke pemegang pintu..tersentak aku bila tetiba terasa sakit yang amat sangat dan kuat berbunyi krap!! Sempat tangan satu lagi berpaut pada pemegang pintu itu juga. Itu menjadikan aku tak jatuh dan sempat lagi terus menarik daun pintu untuk membolehkan ayah aku dan anak-anak masuk. Ayah dan cik abang sibuk bertanya apa berbunyi "krap" tu? Waktu tu aku dah tak terjawab selain mengaduh kesakitan sambil memegang tangan aku yang sakit dan terus ke birai katil terduduk menahan kesakitan yang amat sangat!!
Aduss Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit berdenyut sengal dan bisa ketika itu.. Memang sakit!! Keluar air mata aku. Cik abang cuba melihat tangan aku.. Takut dia bila nampak buku lima aku dah tak sama seperti tangan kiri. Ayah aku pula datang cuba membantu. Kami fikir sendi jari manis teralih.. Selepas aku bertenang, ayah cuba lagi membetulkan sambil membaca apa ntah. Memang tapak tangan yang tenggelam agak naik sedikit dan sakit berkurangan. Tapi tetap sakit untuk menggerakkan jari jemari dan tangan kananku.
Disapukan minyak yu yi dek cik abang. Ayah aku memberikan panadol active fast dan ubat surut bengkak (untuk gigi ubat surut bengkak tu haha) untuk aku bertahan. Memang berat rasa nak ke klinik malam-malam dan tinggalkan Aimy. Takut dia meragam, susah kalau tak faham memujuk. Nak telefon pusat khidmat pelanggan pejabat aku untuk bertanyakan di mana klinik dan hospital panel pun aku malas. Yerlah dah malam.. dan aku rasakan, lama-lama ok kut hehe. Walau baru jam 8 malam masa kejadian.. Tapi entahlah. Penat duduk dalam kereta jauh perjalanan kut..membuat masing-masing malas keluar. Makan malam kami ditapau cik abang dari Restoran Sekinchan Ikan Bakar di sebelah hotel tersebut. Jadi menahan la aku kesakitan dan denyutan sepanjang malam walau ia sudah tidak sesakit seperti mulanya.
Pagi esoknya awal aku terjaga dek tangan yang berdenyut dan tempat baru. Awal kami bersiap untuk ke rumah sepupuku bila tiada sarapan dijual berdekatan kawasan hotel. Jam 11 kami dah sampai di rumah sepupu aku walau memang kami tak tahu jalan dan alamatnya hingga tersasar sedikit haha. Mak tak sangka ayah nak pergi, itu sebab kad kahwin yang diberi tidak dibawa. Di rumah pengantin memang teruk aku menahan sakit terutama bila lupa dan menyambut salam sanak saudara.. Adoii sakit weii!! Takyah salam la!! huhu.
Pengantin bersanding agak lambat. Hinggakan aku sempat berfikir dan membuat keputusan untuk menelefon pusat khidmat pelanggan pejabat bagi mendapatkan maklumat tentang panel klinik dan hospital. Alhamdulillah ada yang berdekatan dengan rumah sepupu dan dibuka 24 jam sementelah hari itu hari Ahad dan juga cuti Awal Muharram. Dah ada panel, gunakan sajalah kan! hehe.
Tepat jam 2, aku mengajak semua gerak ke klinik. Tak tahan dah membiar tangan membengkak. Aimy pun dah resah gelisah di rumah orang. Memang tak sempat melihat pengantin bersanding. Aku terus ke Poliklinik Penawar di Taman Universiti Skudai itu. Lama juga menunggu di dalam klinik. Dah la hari panas, aircond tak kuat pula tu. Nasib memang betul panel klinik. Mungkin tiada sangat staf syarikat aku bekerja yang datang, borang pun lama dicari baru dijumpai. Apa pun doktornya amat ramah dan baik. Siap dia tegur aku kenapa tak terus datang malam tadi? Bukan main sanggup tahan sakit katanya haha. aku cakap laa aku makan panadol active fast dan ubat surut bengkak yang ayah aku bawa. "Ohh tak aci!!" katanya haha. Katanya mungkin joint lari, jadi apa pun kena xtray. Malangnya di klinik tersebut xtray tiada haritu kerana tukang xtray bercuti. Kena tunggu hari selasa. Takkan kena tunggu kata doktor, harus ke hospital segera. Ditanyanya aku nak dirujuk ke mana? Aku cakap sama ada ke Puteri Specialist atau Johor Specialist. Jadi aku ke Puteri Specialist yang juga dikenali sebagai KPJ Johor.
Agak sesat kami mencari hospital KPJ Johor. Rupanya dekat saja dengan hotel yang kami inap. Mula tu, memang keliru mencari jalan. Lokasinya bukan di tepi jalan besar seperti kebanyakan hospital. Tu yang berpusing kami! haha. Bukan itu sahaja, mencari kaunter pertanyaan dan urusan GL pun susah. Tak pasti di mana. Kurang tersusun setiap kaunternya. Aduhai lokasi sana sini tak ketahuan. Sudahnya aku ditunjukkan ke Emergency. Terus daftar dan serahkan surat rujukan doktor klinik.
Lama juga menunggu sebelum nama dipanggil. Selepas dipanggil, diambil tekanan darah dan suhu. Ditanya dari bahagian mana yang aku sakit untuk di xtray. Tekanan darah aku agak rendah, kata nurse lelaki tersebut mungkin disebabkan jatuh. Orang jatuh selalu jadi tekanan rendah. Kemudian suhu aku pula 37.3 C.. hmm mula menunjukkan demam. Jadi segala rawatan perlu disegerakan. Aku diminta baring di sebuah katil di dalam bilik rawatan kecemasan dan kemalangan tersebut. Alahai bosan pula nak baring. Maka aku duduk. Seorang doktor (MO) perempuan cina datang. Dia tengok tangan aku dan minta nurse membawa aku ke bilik xtray. Tak lama juru xtray datang mengajakku ke bilik xtray. Pelbagai gaya tangan aku dixtray. Sekejap saja dah selesai. Menunggu lagi.
Sempat aku melayan Aimy makan roti 'butterscotch' yg atoknya belikan sebelum dipanggil sekali lagi. Kali ni doktor lelaki berbangsa india..Juga MO. Bersungguh dia menerangkan bahawa tangan aku atau lebih tepat tulang ke 4 tapak tanganku patah. Patah 2 tempat pula tu. Aku nampak macam retak, tapi doktor kata dah patah, bukan lagi retak. Ngeri tengok tulang tercapah dua. Tapi sakan aku mengambil gambar selepas meminta kebenaran doktor. Sejarah hidup ni!! Kata MO mungkin aku perlu warded untuk tindakan selanjutnya. Aku tanya, apa dijangka akan dibuat? Kata MO tersebut, mungkin mereka nak cantumkam dengan wire melalui operation.. Adussss.. Tapi aku cam biasa, cool jer... yerlah apa nak dibuat lagi..redha jer la. Cik abg aku masuk nak melihat bila dijenguk, aku sedang menangkap gambar x-tray. Dia pun mula la membega zoom out - in dan buat macam-macam kat monitor tu hahahaha. Pantang tul nampak peralatan perubatan.. mula lah dia nak jadi pakar haha. Dipeluknya bahuku bila terkejut melihat tulang yang patah tu..
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku